The Alien - Link Select

Jumaat, 11 Januari 2008


DI MANA SHARLINIE???


PADA 9-1-2008 BERTEMPAT DI TAMAN MEDAN, PJ. ADIK SHARLINEI BERUMUR 5 TAHUN, TINGGI SATU METER, BERAT 20 KG, BERAMBUT PENDEK DAN BERMUKA BULAT. TELAH HILANG DICULIK OLEH YANG KEMUNGKINAN BESAR ADALAH PENJENAYAH YANG SAMA DALAM KES ADIK NURIN JAZLIN.


"Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah... wahai Tuhanku, tuhan seluruh Alam. Ampuni dosa-dosa kami dan permudahkanlah urusan kami. Ya Allah... kembalikanlah adik Sharlinie ke pangkuan keluarganya dengan selamat dan sihat sejahtera. Kami mengharap kasih-sayang-Mu Ya Allah... perkenanankanlah doa-doa kami Ya Allah... Butakanlah pengelihatan penjenayahnya dan lumpuhkanlah tubuh badanya dan panjangkanlah umurnya dan hinakanlah dia di dunia dan di akhirat...amin"


Semua rakyat Malaysia marilah kita sama-sama berkerja keras dalam mencari adik yang hilang ini. Perhatilah sekeliling anda dan jaga anak-anak anda agar selamat dan sentiasa bersama-sama anda. Jangan biarkan diri anda dan anak-anak anda menjadi mangsa jenayah seterusnya. Laporkan segera kepada pihak polis atau kepada pihak ibu bapa adik Sharlinie. Dibawah ini ada talian yang boleh anda hubungi....


MULAKAN PENCARIAN ANDA...


Nashar ( Bapa) : 016-2709096 / 016-2583450

Polis : 03-79662222 @ 999
PERHATIAN UMAT ISLAM SELURUH NEGARA
MARI KITA SOLAT HAJAT UNTUK ADIK SHARLINIE.
KITA DOAKAN AGAR ADIK SHARLINIE SELAMAT KEMBALI KEPANGKUAN KELUARGANYA DALAM KEADAAN SIHAT SEJAHTERA.