"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau
daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada
Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku."
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
23:1. Beruntunglah orang-orang mukmin,
23:2. Yang dalam solat mereka, mereka merendahkan
hati;
23:3. Dan yang daripada percakapan sia-sia, mereka
berpaling;
23:4. Dan yang pada zakat, mereka lakukan;
23:5. Dan yang pada kemaluan mereka, mereka menjagai;
23:6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau apa
yang tangan-tangan kanan mereka miliki, lalu mereka tidak tercela;
23:7. Tetapi sesiapa yang cari lebih daripada itu,
mereka itu derhaka;
23:8. Dan yang amanat mereka, dan perjanjian mereka,
mereka awasi;
23:9. Dan yang pada solat mereka, mereka jagai;
23:10. Mereka itulah pewaris-pewaris,
23:11. Yang mewarisi Firdaus, di dalamnya tinggal
selama-lamanya.
23:12. Kami cipta manusia daripada sari tanah liat,
23:13. Kemudian Kami buat dia setitis mani di dalam
satu bekas yang kukuh,
23:14. Kemudian Kami ciptakan daripada setitis mani,
dadih darah; kemudian Kami ciptakan daripada dadih darah, seketul daging yang
kecil; kemudian Kami ciptakan daripada seketul daging yang kecil, tulang;
kemudian Kami kelubungkan tulang dengan daging; kemudian Kami tumbuhkan dia
sebagai ciptaan yang lain. Berkatnya Allah, pencipta paling baik!
23:15. Kemudian sesudah itu kamu pasti mati.
23:16. Kemudian pada Hari Kiamat, kamu akan
dibangkitkan.
23:17. Dan Kami ciptakan di atas kamu tujuh tarekat
(jalan), dan Kami tidak lalai terhadap ciptaan.
23:18. Dan Kami turunkan dari langit air, menurut
ukuran, dan Kami tempatkan ia di dalam bumi; dan Kami berkuasa untuk
hilangkannya.
23:19. Kemudian Kami tumbuhkan untuk kamu dengannya
kebun-kebun palma dan anggur, di dalamnya terdapat banyak buah-buahan untuk
kamu, dan daripadanya kamu makan.
23:20. Dan pokok yang keluar dari Gunung Sinai,
menghasilkan minyak dan bumbu (penyedap makanan) untuk semua yang makan.
23:21. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran
bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut
mereka, dan banyak manfaat pada mereka kepada kamu, dan daripadanya kamu makan,
23:22. Dan di atasnya, dan di atas kapal, kamu dibawa.
23:23. Dan Kami utus Nuh kepada kaumnya, dan dia
berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan melainkan
Dia. Tidakkah kamu bertakwa?"
23:24. Berkata pembesar-pembesar daripada orang-orang
tidak percaya daripada kaumnya, "Tiadalah ini, melainkan seorang manusia
yang serupa dengan kamu, yang hendak menjadi lebih tinggi daripada kamu, dan
jika Allah hendaki, tentu Dia turunkan malaikat-malaikat. Kami tidak pernah
dengar yang ini pada bapa-bapa kami yang terdahulu.
23:25. Dia tidak lain hanya seorang lelaki yang gila;
maka tunggulah padanya untuk satu waktu."
23:26. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tolonglah
aku kerana mereka dustakan aku."
23:27. Kemudian Kami wahyukannya, "Kamu buatlah
kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami, dan kemudian
apabila perintah Kami datang, dan tanur mendidih, masukkan ke dalamnya dua
daripada tiap-tiap jenis, dan keluarga kamu, kecuali orang yang kepadanya
perkataan telah pun diucapkan antara mereka; dan janganlah berucap kepada-Ku
mengenai orang-orang buat kezaliman ; mereka akan ditenggelamkan.
23:28. Kemudian, apabila kamu sudah duduk di dalam
kapal, dan orang-orang yang bersama kamu, katakanlah, 'Segala puji bagi Allah
yang selamatkan kami daripada kaum yang zalim.'
23:29. dan katakan, 'Wahai Pemeliharaku, labuhkan aku
di sebuah pelabuhan yang diberkati; Engkau yang terbaik daripada mereka yang
melabuhkan.'"
23:30. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah
ayat-ayat, dan sesungguhnya Kami uji.
23:31. Kemudian sesudah mereka, Kami tumbuhkan
generasi yang lain,
23:32. Dan Kami utus di kalangan mereka seorang Rasul
daripada mereka sendiri, "Sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada
Dia. Tidakkah kamu bertakwa?"
23:33. Berkata pembesar-pembesar, orang-orang tidak
percaya daripada kaumnya, yang dustakan pertemuan di akhirat, dan kepadanya
Kami beri kesenangan dalam kehidupan dunia, "Tiadalah ini, melainkan
seorang manusia yang serupa dengan kamu, yang makan apa kamu makan, dan minum
apa kamu minum.
23:34. Jika kamu taati manusia yang serupa dengan
kamu, maka kamulah orang-orang yang akan rugi.
23:35. Apa, adakah dia janjikan kamu bahawa apabila
kamu sudah mati, dan menjadi tanah dan tulang, kamu akan dikeluarkan?
23:36. Jauh, jauh, dengan apa kamu dijanjikan!
23:37. Tidaklah ia melainkan kehidupan dunia kita;
kita mati, dan kita hidup, dan kita tidak akan dibangkitkan.
23:38. Dia tidak lain hanya seorang lelaki yang
ada-adakan dusta terhadap Allah, dan kami tidak mukmin kepadanya."
23:39. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tolonglah
aku kerana mereka dustakan aku."
23:40. Berkatalah Dia, "Dalam sedikit waktu,
mereka akan jadi penuh sesal."
23:41. Dan Teriakan ambil mereka dengan patut, dan
Kami buat mereka seperti sampah kering; maka nyahlah kaum yang zalim!
23:42. Kemudian sesudah mereka, Kami tumbuhkan
generasi-generasi yang lain.
23:43. Tiada umat mendahului tempohnya, dan tidak juga
mereka melambatkannya.
23:44. Kemudian Kami utus Rasul-Rasul Kami
berturut-turut. Setiap kali Rasulnya datang kepada satu umat, mereka
dustakannya, maka Kami jadikan sebahagian mereka mengikuti sebahagian yang
lain, dan Kami buat mereka hadis (buah tutur); maka nyahlah kaum yang tidak
percayai!
23:45. Kemudian Kami utus Musa dan saudaranya Harun
dengan ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata,
23:46. Kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, tetapi
mereka sombong, dan mereka adalah kaum yang tinggi.
23:47. Dan mereka berkata, "Apa, adakah kita akan
percayai dua manusia yang serupa dengan kita, yang kaumnya hamba-hamba
kita?"
23:48. Maka mereka dustakan keduanya, dan mereka
termasuk orang-orang yang dimusnahkan.
23:49. Dan kami beri Musa Kitab supaya mereka dapat
petunjuk.
23:50. Dan Kami buat putera Mariam dan ibunya menjadi
satu ayat (tanda), dan Kami beri mereka perlindungan di atas bukit, di mana ada
sebuah lubang, dan sebuah mata air.
23:51. "Wahai Rasul-Rasul, makanlah benda-benda
yang baik, dan buatlah kerja-kerja baik ; sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu
kerjakan,
23:52. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan
Aku Pemelihara kamu; maka takutilah Aku."
23:53. Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka
antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan gembira
dengan apa di sisi mereka.
23:54. Maka tinggalkanlah mereka dalam kekusutan
mereka untuk satu waktu.
23:55. Apa, adakah mereka sangka bahawa Kami bantu
mereka dengan harta dan anak-anak,
23:56. Kami bersegera dalam kebajikan untuk mereka?
Tidak, tetapi mereka tidak sedar.
23:57. Sesungguhnya orang-orang yang ketakutan dalam
takuti Pemelihara mereka,
23:58. Dan orang-orang yang percayai ayat-ayat
Pemelihara mereka,
23:59. Dan orang-orang yang tidak sekutukan Pemelihara
mereka,
23:60. Dan orang-orang yang beri apa yang mereka beri,
dan hati mereka gementar bahawa mereka akan kembali kepada Pemelihara mereka,
23:61. Mereka itu bersegera dalam kebajikan dengan
mendahuluinya.
23:62. Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan
menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada sebuah Kitab yang berkata benar, dan
mereka tidak akan dizalimi.
23:63. Tidak, tetapi hati mereka dalam kekusutan
mengenai ini, dan mereka mempunyai amalan-amalan yang selain itu, yang mereka
beramal.
23:64. Sehingga, apabila Kami ambil dengan azab
orang-orang antara mereka yang hidup mewah, tiba-tiba mereka melaung-laung.
23:65. "Jangan melaung-laung pada hari ini;
sesungguhnya kamu tidak akan ditolong daripada Kami.
23:66. Ayat-ayat-Ku telah dibacakan kepada kamu,
tetapi di atas tumit-tumit kamu, kamu berundur,
23:67. Dengan sombong terhadapnya, bercakap-cakap
percakapan kosong pada waktu malam."
23:68. Tidakkah mereka renungkan ucapan, atau telah
datang kepada mereka apa yang tidak datang kepada bapa-bapa mereka yang dahulu
kala?
23:69. Atau, tidakkah mereka kenal pada Rasul mereka,
lalu menafikannya?
23:70. Atau mereka berkata, "Dia gila"?
Tidak, dia datangkan kepada mereka yang benar, tetapi kebanyakan mereka benci
pada yang benar.
23:71. Sekiranya yang benar ikut keinginan mereka,
langit dan bumi dan apa sahaja yang di dalamnya, tentulah rosak. Tidak, Kami
datangkan kepada mereka Peringatan mereka, tetapi daripada Peringatan mereka,
mereka berpaling.
23:72. Atau kamu minta kepada mereka ufti? Ufti
daripada Pemelihara kamu adalah lebih baik, dan Dia yang terbaik daripada
pemberi-pemberi rezeki.
23:73. Sesungguhnya kamu seru mereka ke jalan lurus,
23:74. Dan sesungguhnya orang-orang tidak percayai
akhirat menyimpang daripada jalan.
23:75. Sekiranya Kami kasihani mereka, dan hilangkan
mudarat yang ada bersama mereka, tentu mereka berterusan dalam kelampauan batas
mereka, merayau-rayau membabi buta.
23:76. Kami telah pun ambil mereka dengan azab, tetapi
mereka tidak tunduk kepada Pemelihara mereka, dan tidak juga mereka rendahkan
diri,
23:77. Sehingga, apabila Kami bukakan kepada mereka
pintu azab yang keras, tiba-tiba mereka berputus asa padanya.
23:78. Dia yang tumbuhkan untuk kamu pendengaran, dan
penglihatan, dan hati; sedikit kesyukuran (terima kasih) kamu tunjukkan.
23:79. Dia yang kembangbiakkan kamu di bumi, dan
kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.
23:80. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan
bagi-Nya pergantian malam dan siang; apa, tidakkah kamu faham?
23:81. Tidak, tetapi mereka mengatakan yang serupa
dengan apa orang-orang dahulu kala berkata.
23:82. Mereka berkata, "Apa, apabila kami sudah
mati, dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan
dibangkitkan?
23:83. Kami dan bapa-bapa kami telah dijanjikan yang
ini dari dahulu; tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."
23:84. Katakanlah, "Kepunyaan siapakah bumi dan
sesiapa yang di dalamnya, jika kamu tahu?"
23:85. Mereka akan berkata, "Kepunyaan
Allah." Katakanlah, "Tidakkah kamu mengingati?"
23:86. Katakanlah, "Siapakah Pemelihara tujuh
langit, dan Pemelihara Arasy yang besar?"
23:87. Mereka akan berkata, "Kepunyaan
Allah." Katakanlah, "Tidakkah kamu bertakwa?"
23:88. Katakanlah, "Di tangan siapakah dominion
segala sesuatu; Dia melindungi dan Dia Sendiri tidak dilindungi, jika kamu
tahu?"
23:89. Mereka akan berkata, "Kepunyaan
Allah." Katakanlah, "Bagaimanakah pula kamu disihir?"
23:90. Tidak, tetapi Kami datangkan kepada mereka yang
benar, dan mereka adalah benar-benar pendusta-pendusta.
23:91. Allah tidak ambil kepada-Nya sebarang anak, dan
tidak juga ada tuhan bersama-Nya; jika demikian, tentulah tiap-tiap tuhan pergi
dengan apa yang ia cipta, dan sebahagian mereka tentulah meninggi terhadap
sebahagian yang lain; Allah disanjung, di atas apa mereka terangkan.
23:92. Yang tahu yang ghaib, dan yang nyata; tingginya
Dia daripada apa yang mereka sekutukan.
23:93. Katakanlah, "Wahai Pemeliharaku, jika Engkau
lihatkan kepadaku apa yang mereka dijanjikan,
23:94. Wahai Pemeliharaku, janganlah Engkau letak aku
di kalangan kaum yang zalim."
23:95. Sesungguhnya Kami berkuasa untuk perlihatkan
kepada kamu apa yang Kami janjikan mereka.
23:96. Tangkislah kejahatan dengan apa yang lebih
baik. Kami Sendiri sangat-sangat tahu apa yang mereka terangkan.
23:97. dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, aku
berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan,
23:98. Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku,
daripada mereka hadir padaku."
23:99. Sehingga, apabila kematian datang kepada
seorang daripada mereka, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, kembalikanlah
aku,
23:100. Supaya aku buat kerja-kerja baik yang aku
telah tinggalkan." Tidak, ia hanyalah satu kata yang dia ucapkan; dan di
belakang mereka ada barzakh (tembok) hingga hari mereka dibangkitkan.
23:101. Maka apabila trompet ditiup, pada hari itu
tidak akan ada pertalian keluarga lagi antara mereka, dan mereka tidak saling
bertanya.
23:102. Kemudian orang yang timbangannya berat,
merekalah orang-orang beruntung.
23:103. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka
merugikan jiwa mereka sendiri; di dalam Jahanam tinggal selama-lamanya.
23:104. Api bakar muka-muka mereka semasa mereka
pandang dengan marah di dalamnya.
23:105. "Apa, tidakkah ayat-ayat-Ku dibacakan
kepada kamu, dan kamu dustakannya?"
23:106. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami,
kesusahan kami telah mengalahkan kami; kami adalah kaum yang sesat.
23:107. Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami
darinya! Jika kami mengulanginya, sungguh, kami akan jadi orang-orang
zalim."
23:108. Berkata, "Selinaplah kamu ke dalamnya,
dan janganlah berkata-kata kepada-Ku.
23:109. Ada segolongan hamba-hamba-Ku yang berkata,
'Wahai Pemelihara kami, kami percaya; maka ampunkanlah kami, dan kasihanilah
kami; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan.'
23:110. Tetapi kamu ambil mereka untuk buah ejekan
sehingga mereka buat kamu lupakan Peringatan-Ku, dengan ketawakan mereka.
23:111. Maka pada hari ini, Aku balas mereka kerana
kesabaran mereka; merekalah orang-orang yang menang.”
23:112. Berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal di
bumi, dengan bilangan tahun?"
23:113. Mereka berkata, "Kami tinggal sehari,
atau sebahagian hari; tanyalah orang-orang yang menghitung!"
23:114. Berkata, "Tidaklah kamu tinggal melainkan
sebentar, sekiranya kamu tahu.
23:115. Apa, adakah kamu sangka Kami cipta kamu hanya
untuk bermain-main, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
23:116. Maka tingginya Allah, Raja, Yang Benar! Tidak
ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang mulia.
23:117. Dan sesiapa menyeru tuhan yang lain bersama
Allah, yang dengannya dia tidak ada bukti, hitungannya adalah dengan
Pemeliharanya; sesungguhnya orang-orang tidak percaya tidak beruntung.