The Alien - Link Select

Isnin, 27 September 2010

ILLUMINATI DAN FREEMASON!





APAKAH ITU ILLUMINATI?

Illuminati (dari perkataan 'illuminate' bermaksud menerangi) adalah sebuah organisasi sulit terhasil dari gabungan pertubuhan kaum pagan khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang murtad dari agama mereka. Illuminati pada asalnya adalah berasaskan pengetahuan rahsia yang kononnya dicapai oleh kaum pagan sejak turun temurun yang lebih kepada dunia sihir,ramalan astrologi dan mistik sesat.Pengetahuan ini akhirnya diminati pula oleh kaum Kristian yang mula tidak percaya dengan agama mereka akibat kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalamnya termasuk kecelaruan konsep Triniti dan kesahihan Bible yang bercampur aduk dengan tulisan paderi.

Menurut sejarah moden Illuminati, pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishupt (mati pada tahun 1830M) pada tahun 1776M.Dia yang merupakan salah seorang anggota Freemasonry telah keluar dari Kristian dan menubuhkan pertubuhan ini.Sebelum itu, dia telah dikunjungi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman untuk menarik dirinya ke dalam sarang Freemason dan mistik Kabbalah.Dia yang juga adalah seorang profesor Teologi di Universiti Ingolstadt,Jerman telah menganut fahaman Ateisme.

Perkataan Illuminati dinisbatkan kepada salah satu daripada kumpulan mazhab Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai golongan bijaksana (hukama) Yahudi.Dalam bahasa Arab pula perkataan Illuminati bermaksud al-Nuraniyyin.Ini berasal dari salah satu nama Iblis yang dinisbatkan kepada 'bintang pagi' yang bercahaya terang atau dengan nama panggilannya ialah Lucifer.Oleh itu,perkataan ini diambil dari maksud Lucifer itu sendiri iaitu 'Pemegang Cahaya'.Pertubuhan ini dibiayai oleh Rothschid yang merupakan gedung kewangan Yahudi.

Adam Weishupt percaya bahawa dunia ini patut berubah mengikut kehendak Iblis dan dia juga percaya keamanan dan kestabilan berserta hidup gembira adalah mengikut sistem Iblis.Untuk mencapai matlamat ini,dia telah membuat helah dengan mengatakan dunia ini patut dipimpin oleh orang-orang yang berwibawa sahaja dan dia telah berjaya menarik lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang telah dirancang olehnya dengan mendapat sokongan anggota Freemasonry peringkat tertinggi.Pengikut-pengikut ini memang mempunyai berkemahiran tinggi dalam semua aspek kehidupan dunia telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai 'Lodges of The Grand Orient' untuk melaksanakan agenda Dajal Laknatullah yang merekrutnya.

Tujuan asas Illuminati ialah menguasai dunia dan isinya.Dengan itu mereka dapat melaksanakan apa jua kehendak mereka sendiri.Namun begitu mereka bukanlah yang sebenar-benarnya memegang kuasa di Illuminati ini.Terdapat 'The Hidden Hand' yang memantau mereka.Dia adalah Dajal Laknatullah Al-Muntazhor, manusia berwatak syaitan yang dilengahkan ajalnya.

APAKAH PULA FREEMASON?

Freemasonry (bahasa Inggeris) adalah sebuah organisasi persaudaraan antarabangsa. Freemasonry pada zaman moden bermula dengan berdirinya Grand Lodge di London, Inggris pada tahun 1717. Sebagian peneliti Barat berkeyakinan bahwa Freemasonry sebenarnya sudah didirikan di Scotland pada abad ke-14, ketika Ksatria Templar dihapuskan oleh Raja Perancis Philipe le Bel dan Paus Clement V.

Di Scotland, Knight Templar ini menyusup ke dalam organisasi-organisasi buruh binaan (Mason) dan menguasai kelab-kelab pekerjanya (lodge). Mereka kemudian menggelarkan diri mereka sebagai Freemasonry, sebuah istilah yang sebenarnya nama lain dari perkumpulan Kabbalah Yahudi-Talmud.

Dari Eropah, Freemasonry yang terbahagi dalam dua kelompok besar (Scotland Rites dan York Rites) menyebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Freemason adalah campuran ritual mistik ajaran sesat Kabbalah dan gerakan politik. Tetapi sejak tumbuhnya banyak pertubuhan politik dan ekonomi Dajal (Bilderberg Group contohnya) yang lain, maka Freemason banyak menumpukan kepada kebajikan sosial dan konsep persamaan dan persaudaraan manusia.

Freemason jika ditelusuri adalah berasal dari ajaran sesat Kabbalah, iaitu ajaran sesat Yahudi yang diwarisi dari era Firaun Mesir dan era Babilon Kuno. Sihir adalah intipati ajaran Kabbalah dan ini membawa kepada penyembahan Syaitan dan Iblis untuk memohon tercapainya sihir-sihir yang dilakukan.Kabbalah sebenarnya yang mengajar bahawa setiap nombor mempunyai kuasa sihir (magic) juga dari sini timbul beraneka ragam simbol, rajah dan sigil yang dipercayai dapat memanggil kuasa sihir.

Freemason mempunyai peringkat-peringkat penyertaan (level). Peringkat terendah akan diajar konsep persamaan dan persaudaraaan manusia. Agama tidak disentuh.Tetapi setiap kali menaiki peringkat, ahli akan dimasukkan sedikit demi sedikit doktrin Satanism dan mistik Kabbalah. Akhirnya pada peringkat tertinggi (contohnya 33rd degree) seseorang itu akan menyembah Iblis sepenuhnya dan tunduk kepada perintah-perintah Dajal Laknatullah.

PERASMIAN HPA DI SHAH ALAM SABTU INI!




datanglah beramai-ramai!

XIUS- SEDUTAN DARI NOVEL TELEPORT

Sebuah kereta Wira hitam G9.0 tiba-tiba berhenti di hadapan sebuah Bank yang terkenal di bandar Cheras. Empat orang bertopeng tengkorak dan berpakain seragam hitam dengan senjata mesingan meluru pantas ke arah pintu bank. Pegawal keselamatan yang bersenjatakan mesingan tergamam melihat orang bertopeng meluru ke arahnya sambil membidik senjata. Pengawal keselamatan ini tersentak dan senjata di tanagnnya terlepas ke bawah.
Satu dentuman kuat kedengaran dan pengawal keselamatan itu tersungkur dengan darah segar mengalir di kepalanya.
Tanpa bersuara kumpulan lelaki bertopeng tengkorak itu meluru masuk dan melepaskan tembakan amaran. “Jangan bergerak semua. Ini satu rompakan. Kalau kamu semua bekerjasama dengan kami. Kami janji anda semua tidak akan diapa-apakan!”
Suasana cemas melanda ruang utama bank tempatan itu. Salah seorang dari perompak berempat itu menghampiri kaunter dan melemparkan beg hitam yang agak besar kepada petugas bank. “masukkan duit ke dalam beg ini dan jangan buat apa-apa yang membuat aku tembak kepala kau macam pengawal keselamatan di luar tu!”
“Ba... ba... baik!” kata petugas kaunter itu, takut dan tergagap-gagap. Beg hitam dicapai dan duit yang banyak dalam lacinya dimasukkan ke dalam beg tersebut. Begitu juga dengan beberapa kaunter yang lain. Turut melakukan perkara yang sama. Dalam beberapa detik kemudian, kesemua duit yang tersimpan dalam laci kaunter habis dimasukkan dalam beg tersebut dan tanpa berlengah-lengah lagi keempat-empat perompak itu meluru keluar sambil melepaskan dua das tembakan amaran.
Sekali lagi jerit pekik orang ramai dalam bank itu bergema. Masing-masing menundukkan kepala, menikus dengan suasana yang mencemaskan itu.


Xius menghabiskan air coke itu kemudian membuang bekasnya ke dalam tong sampah. Matanya diliarkan. Tanpa di sedari dia sudah berada di hadapan sebuah bank tempatan. Tiba-tiba perhatiannya tertumpu pada sebuah kereta wira hitam yang diparkir dengan ganjil, seorang lelaki di dalamnya sedang merokok sambil berkali-kali memandang pintu bank.
Xius menjadi curiga. Dia mengalihkan pandangannya ke pintu bank. Pintu bank terkuak ke dalam. Kedengaran suara hingar-bingar dari dalam. Dia menajamkan pandangan. Kelihatan orang ramai sedang duduk sambil melindungi kepala masing-masing. Seorang lelaki berpakaian hitam sedang membidik senjata dan mengawal mereka. Hatinya berdetak. “Ini pasti rompakan... dan kereta wira hitam itu pasti kereta mereka!” getus hatinya.
Dia cukup pantang melihat penjenayah beraksi di depan matanya. Apatah lagi perompak bank yang amat dibencinya. Tidak boleh jadi, aku mesti bertindak! Kata hatinya. Tanpa membuang masa dia menghilangkan diri dan muncul di tepi kereta hitam itu.
“Saudara...”
Lelaki di dalam kereta itu memandangnya dengan wajah yang tidak puas hati. “Nak apa?”
“Ada api saudara?”
Lelaki itu memandang sekilas ke arah bank kemudian memandang Xius yang tersengih itu. “Nak api? Sekejap ya!”
Lelaki itu menghulurkan pemetik api jenis besi. Xius mencapainya dan mengeluarkan sebatang rokok. Hujung rokok dinyalakan. Serentak dengan itu asap berkepul berhembus dari mulutnya.
“Terima kasih...” kata Xius sambil memerhati pintu bank. Dua das tembakan kedengaran dilepaskan dari dalam. Xius tersentak. Tetapi berusaha bertenang dan menunggu masa yang sesuai untuk bertindak.
Ketika itu empat orang lelaki bertopeng tengkorak yang bersenjata dan membawa beg hitam di tangan masing-masing meluru keluar dan berlari ke arah kereta hitam. Xius yang sudah mengagak perompak-perompak itu akan bertindak demikian bersedia untuk bertindak.
Orang bertopeng tengkorak yang mula-mula tiba di kereta itu membidik senjata ke arah Xius. Xius segera angkat tangan. Lelaki itu kemudiannya masuk diikuti oleh rakan-rakannya. Ketika itu tayar kereta berputar ligat dan berdecit kuat.
Dengan pantas Xius memegang bonet kereta dan membawa kereta itu melompat ke ruang lompat. Satu denyutan kuat kedengaran ketika dia dan kereta itu lenyap di dalam udara kosong.



Suasana Tasik Titiwangsa aman dan tenang ketika itu. Orang ramai sedang berjongging di tepi tasik menggunakan jalan khas berjogging ketika satu dentuman halus kedengaran di tengah tasik.
Air tasik memercik ke atas bersama ledakan objek yang jatuh ke dalam air. Sebuah kereta muncul tiba-tiba dan menjunam masuk ke dasar tasik. Xius juga muncul seketika sebelum lenyap semula.



Xius muncul bersama dentuman halus di atas stadium Titiwangsa dalam suasana yang tenang. Dari sudut itu tiada siapa pun yang perasan kemunculannya secara tiba-tiba itu. Orang ramai kelihatan tertarik dengan apa yang berlaku di tengah tasik. Air bergelora dan kelihatan dua orang berpakaian hitam sedang berenang ke tepi tasik. 3 orang yang lain masih terperangkap dalam kereta.
Xius memerhati dengan tenang. Sebentar lagi dia akan menawan keempat-empat perompak yang tidak berakal itu. Masa itu akan tiba apabila dua lelaki itu tiba di tebing tasik. Tetapi akhirnya dia berfikir lagi sekali dan mengubah fikirannya. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan menekan nombor balai polis terdekat. Setelah memberi maklumat tersebut dia melenyapkan diri semula dalam udara tengahari yang panas itu.
Tanpa disedarinya, seorang lelaki botak berjanggut hitam dan bercermin mata hitam memerhatinya dari jauh. Lelaki ini memakai baju putih dan seluar putih. Kasut kulitnya juga dari jenis yang diwarnakan dengan warna yang sama. Di tangan kanannya ada sesuatu yang tersarung dan membekas pada lengan baju putihnya. Sejak tadi dia memerhati, bermula di Cheras sehingga Xius lenyap bersama kereta perompak itu. Kini dia muncul tidak jauh dari stadium Titiwangsa.
Lenyapnya Xius membuatnya menghilangkan diri dan muncul di atas bumbung Stadium Titiwangsa. Tanpa berlengah dia meluru ke posisi Xius menghilangkan tubuhnya. Di posisi itu kelihatan udara masih termampat dan itu merupakan sisa-sisa tenaga ruang bagi setiap pelaku teleport. Ini merupakan fenomena biasa dalam proses melompat ruang.


Markus mengeluh. Kemunculannya di dalam restoran itu menjadikan bahagian dapur kecoh seketika. Ternyata kehadirannya mendadak membuatkan tukang masak berbangsa cina itu tergamam seketika. Tetapi dia tidak bersuara sebaliknya terus keluar dari situ menjejaki Xius yang pastinya sudah keluar dari bangunan tersebut. Di sekeklilingnya kedengaran suara-suara bercakap dalam bahasa cina yang bukan dalam loghat cina Malaysia. Dia memerhatikan ruang sekelilingnya dan dia pasti akhirnya di berada di negeri China.
Dia melangkah keluar melepasi beberapa pelanggan yang baru masuk melalui pintu utama yang berukir dengan ukiran kotak-kotak merah bersama ukiran naga sedang mengejar bola cahaya. Dua biji tangung tergantung di kiri-kanan pintu tersebut.
“Hmmm... Ai Mei Chinese Restaurant-Le Royal Meridien, Shanghai!” gumamnya. “Kau memang ada citarasa yang tinggi Xius, tapi apa yang kau buat kat sini?”


Xius melajukan langkah. Shanghai kini dimasukinya dan tempat itu merupakan salah satu negara di dunia yang amat disukainya. Shanghai yang terletak di tebing Delta Sungai Yangtze di China Timur ialah bandar raya terbesar Republik Rakyat China serta bandar raya yang kelapan terbesar di dunia. Dianggap secara meluas sebagai kubu kota ekonomi moden China, bandar raya ini juga bertindak sebagai salah satu pusat kebudayaan, perdagangan, kewangan, perindustrian, dan komunikasi yang terpenting di China. Dari segi pentadbiran, Shanghai ialah kawasan perbandaran Republik Rakyat China yang berperingkat provinsi statusnya. Pelabuhan Shanghai juga merupakan salah satu pelabuhan yang paling sibuk di dunia, dan pernah menjadi pelabuhan kargo yang terbesar di dunia pada tahun 2005.
Pada asalnya merupai sebuah kota perikanan yang lengang, Shanghai menjadi bandar raya China yang terpenting menjelang abad ke-20 serta pusat kebudayaan rakyat, maksiat, perbincangan ilmiah, dan komplot-komplot politik semasa Republik China. Pada suatu ketika, Shanghai menjadi pusat kewangan yang ketiga terbesar di dunia, selepas Bandaraya New York dan London, serta bandar raya perdagangan yang terbesar di Timur Jauh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Selepas ambil alih komunis pada tahun 1949, Shanghai menjadi lembap di bawah pencukaian kerajaan pusat yang begitu berat serta penyingkiran kebanyakan unsur borjuisnya. Menyusuli kebenaran kerajaan pusat terhadap pembangunan semula ekonomi pasaran Shanghai pada tahun 1992, Shanghai dengan pantasnya mengatasi Shenzhen dan Guangzhou yang telah bermula lebih awal dan sejak dari masa itu, bandar raya ini telah mendahului pertumbuhan ekonomi China. Setengah-setengah cabaran masih dihadapai oleh Shanghai pada permulaan abad ke-21, dengan bandar raya ini menghadapi penghijrahan pekerja yang semakin meningkat serta jurang kekayaan yang besar. Bagaimanapun dengan mengetepikan cabaran-cabaran tersebut, pencakar-pencakar langit dan gaya hidup moden Shanghai menandakan mercu pembangunan ekonomi China yang baru-baru ini. Masa di sini hanya beberapa minit di belakang masa di Malaysia. Matahari terbit pada jam 5.30 pagi dan terbenam pada jam 6.19 petang. Ketika ini masih tengahari dan Xius tidak terasa perubahan masa yang banyak. Tetapi cuaca memang terasa sejuk sedikit berbanding Malaysia yang agak panas.
Betapa bersyukurnya dia memiliki keistimewaan teleport itu. Dalam sekelip mata sahaja dia sudah berada di Shanghai yang sebelumnya dia berada di Malaysia menguruskan kumpulan perompak tengkorak yang tidak ganas itu. Saat-saat seeprti itu dia teringat kisah Asif bin Barkiya, seorang lelaki alim yang mengetahui tentang isi al-Kitab di zaman nabi Sulaiman. Asif yang bertanding dengan Jin Ifrit dalam memindahkan singgahsana Balqis dari istananya ke dalam istana Nabi Sulaiman. Ternyata Asif memenangi pertandingan itu dengan memindahkan singgahsana tersebut dalam sekelipmata sahaja.
Kemampuan Asif tersebut mungkin sama dengan kemampuannya. Cuma yang berpindah tempat bukanlah Asif tetapi singgahsana tersebut. Bagi dirinya pula, dialah yang berpindah tempat mengikut apa yang difikirkannya. Keistimewaan itu ada hubunganya dengan DNA asing dalam tubuhnya. Mungkin ia keturunan, mungkin juga bukan. Yang nyatanya ia bukan DNA manusia. Itulah yang diketahuinya.
Apakah Asif bin Barkiya itu memiliki DNA asing sepertinya? Persoalan itu seringkali wujud dalam benaknya. Namun, jawabannya tidak mungkinn akan didapatinya walau dia hidup seribu tahun lagi. Rahsia Tuhan, tiada siapa yang tahu melainkan orang-orang yang terpilih.
Saat ini berada di jalanraya yang sibuk dengan kereta. Tengahari di Shanghai agak sibuk berbanding Malaysia. Dia melajukan langkah melepasi pejalan kaki yang semakin sesak menuju ke destinasi masing-masing. Cuaca agak sejuk dan ini membuatnya sedikit tidak selesa.
Ketika berada di satu simpang yang membelok ke bangunan yang tinggi, dia terlihat satu kelibat yang amat dikenalinya. “Markus?”
Jauh dihujung sana, tepat di tempat yang pernah dia lalui seorang lelaki berpakaian putih dan berkepala botak sedang melangkah pelahan sambil melihat-lihat sekelilingnya.
“Apa dia buat di sini?” benaknya tertanya-tanya. “Apakah dia mengekori aku?”
Dia merenung gerak-geri Markus dari jauh setelah dia berlindung di balik satu bangunan. Dari celah-celah pejalan kaki itu dia nampak Markus seolah-olah hilang arah dan pastinya jejak Xius hilang dari pemantauannya. Tanpa berlengah Xius berlari ke hujung lorong bangunan dan di situ tiada siapa pun yang kelihatan kecuali seorang tukang sapu sampah yang sedang leka menyapu.
Saat itu dentuman halus mula kedengaran sebelum dia melenyapkan tubuhnya dan kembali ke tempat yang selamat baginya.
Markus yang ketika itu kehilangan jejak Xius, terasa amat geram dan marah. Matanya melilau mencari kelibat Xius. Tetapi hampa. Tiada jejak Xius di situ. Tiba-tiba dia teringat jam tangan yang dilengkapi pengesan haba yang terlampau. Setiap teleport dilakukan, satu tenaga yang melampaui haba manusia normal akan terhasil dan ini akan segera dikesan oleh pengesan khas pada alat itu. Segera dia menatap jam yang digabungkan dengan senjata Bebola Magnetik yang tersarung kemas di tangan kanannya.
Markus menekan butang merah dan serta-merta kelip-kelip merah muncul di dada skrin maya yang berukuran hanya 3 cm persegi itu. Lokasi titik merah itu terletak lebih kurang 200 meter di hadapannya. Ini membuatnya segera faham, bahawa Xius sudah melompat ke ruangan lain. Segera dia berlari ke belakang bangunan yang berlorong panjang di hadapannya itu.
Tetapi tiba di sana lokasi itu dia hanya sempat melihat mampatan udara itu lenyap dalam sekelip mata.
Dia mengeluh kecil. Kecewa dengan kegagalannya sendiri. Pantas pula kemudiannya, dia menekan butang di jam tangannya itu. “Markus di sini...”
“Tuan, saya diburu ejen. Saya tak tahu bagaimana mereka berjaya menjejaki saya di apartmen. Kini saya tiada tempat lagi, semua maklumat gambar lokasi pendaratan dirampas ejen Pemutanus!”
“Bertenang Khan, segera ke Brazil. Saya jumpa Khan di sana. Sekarang juga!” arahnya sambil membayangkan lokasi yang ditujunya. Mendadak deengan itu, dentuman halus memecah kesunyian lorong sebelum tubuh sasanya lenyap di udara.
Tukang sapu yang leka menyapu itu tersentak sedikit mendengar bunyi dentuman halus itu lalu memandang ke belakang. Tetapi tukang sapu itu tidak dapat mengesan apa-apa yang ganjil. Akhirnya dia kembali meneruskan tugas hakikinya semula.

MUKA SURAT : 73-81


NOVEL TELEPORT - OLEH SILSOH KHAIROL