The Alien - Link Select

Selasa, 8 Januari 2008

HANTU MAT REMPIT

Rina memandu dengan tenang. Keretanya kini sudah mencecah had laju yang dibenarkan. Lorong yang dilaluinya semakin sunyi dan sepi. Tiada satu pun kereta yang lalu di jalan yang memang lengang dan agak jauh dari kawasan perumahan itu. Jam sudah menunjuk ke angka dua pagi. Radio kereta sengaja dikuatkan bunyinya. Lagu melayu yang rancak itu menjadi santapan telinganya dan menjadi hiburan baginya ketika itu.
Melalui jalan itu dia akan cepat sampai ke rumah. Namun, jalan yang dilaluinya itu memang jarang dilalui oleh pengguna-pengguna jalan raya pada jam dan waktu itu. Di kiri kanan
jalan raya itu adalah hutan yang agak tebal. Manakala sebelum sampai ke kawasan perumahannya dia kan melalui sebuah tanah perkuburan cina yang agak luas. Biasanya apabila dia tiba di kawasan itu, dia akan memecut dengan laju untuk melawan rasa takut tatkala memandu.
Selalunya dia memandu pulang ketika malam masih belum larut. Sekitar jam 10 malam adalah waktu-waktu yang biasa baginya. Tetapi malam itu merupakan malam jumaat yang juga kebetulan majikannya mahukan laporan audit disiapkan malam itu juga. Dia sempat menyiapkan semua fail yang ada sehinggalah jam menunjuk ke angka 12.30 malam. Dia bergegas pulang sebaik sahaja mendapati tiada seorang pun yang berada di pejabat ketika itu. Dia tidak sedar langsung Zainab balik. Rakannya itu lebih penakut berbandingnya.
Tiba di kawasan perkuburan cina, seperti biasa dia memecut laju tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Bulu romanya meremang dan tubuhnya dirasakan bagai direndam ked alam kolam ais.
Terasa dingin seram.
Tiba-tiba sedang asyik menumpukan perhatian di dada jalan. Dia dikejutkan oleh
kehadiran satu motosikal tidak berlampu sedang mengekorinya. Penunggang motosikal itu jkelihatan berbalam-balam di bawah sinaran cahaya bulan yang hanya satu pertiga sahaja yang kelihatan. Pada mulanya dia membiarkan sahaja. Bagus juga dia ada teman walaupun bukan satu kenderaan. Dia sedikit lega apabila mengetahui yang dia tidak berseorangan menggunakan jalan itu.
Motosikal itu kemudiannya menyala lampu tinggi dan kemudian dimatikan. Seolah-olah memberi satu isyarat kepadanya. Dia menjeling cermin atas dan melihat ke belakang menerusinya. Lampu motosikal itu dihidupkan lagi. Kali ini berkelip-kelip macam kunang.
Dia merasa hairan dengan gelagat penunggang itu. ‘Apa main-main lampu ni?!’ Getus hati kecilnya.
Motosikal itu memecut. Cuba menyainginya. Dia menoleh ke arah motosikal tersebut dan cuba mengecam penunggangnya. Namun dia tidak dapat melihat wajah penunggang tersebut. Hanya baju berwarna biru bercorak kotak-kotak dan seluar jeans lusuh yang dapat ditangkap oleh pengelihatannya.
Dia mengalihkan pandangan ke dada jalan raya. Membiarkan si penunggang memecut ke depan.
Ketika itu dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Hidungnya terbau satu bau yang amat busuk. Bulu romanya kembali berdiri dan tubuhnya kembali sejuk bagai direndam dalam air batu.
Dan, tiba-tiba…

ANDA INGIN TAHU CERITA LEBIH LANJUT? TUNGGU BUKU KOLEKSI 13 CERPEN SERAM YANG AKAN TERBIT TIDAK LAMA LAGI.