The Alien - Link Select

Rabu, 20 Mei 2015

Q.S. AL-HIJR 15 : 16-18 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.  Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.  Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.
 [ Q.S. AL-HIJR 15 : 16-18 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Sesungguhnya Syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut pembuluh darah.”
Daripada Safiyah binti Huyay R.A
 [ H.R.S : Imam Bukhari dan Imam Muslim Ra. A. ]

"Apabila seseorang daripada kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya, Syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. "
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

"Menguap adalah daripada Syaitan. Maka apabila seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi 'Haaa', maka ketawalah Syaitan. "
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]


“Suami yang terbaik ialah suami yang sentiasa tidak lupa mengingatkan isterinya tentang Solat.”
UMMI AISYAH A. RAHIM