ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di
langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi
langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.
Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap
Syaitan yang kena rejam. Kecuali Syaitan
yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti
(dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.
[ Q.S. AL-HIJR
15 : 16-18 ]
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Sesungguhnya Syaitan itu berjalan dalam tubuh
anak Adam menurut pembuluh darah.”
Daripada Safiyah binti Huyay R.A
[ H.R.S
: Imam Bukhari dan Imam Muslim Ra. A. ]
"Apabila seseorang daripada kalian makan,
maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan
tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya, Syaitan makan dengan tangan kirinya
dan minum dengan tangan kirinya. "
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]
"Menguap adalah daripada Syaitan. Maka
apabila seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana
sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi 'Haaa', maka
ketawalah Syaitan. "
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
“Suami yang terbaik ialah suami yang sentiasa
tidak lupa mengingatkan isterinya tentang Solat.”
UMMI AISYAH A. RAHIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan