KADANG-KADANG kita tidak sedar bahawa Rumah yang kita diami itu berhantu atau dihuni oleh Makhluk Halus (Jin) secara DOMINAN kerana akibat dari kelalaian kita terhadap beberapa tanda. Terutamanya kelalaian kita kepada ALLAH, khususnya ZIKRULLAH. Apabila kita jauh dari ALLAH, maka ALLAH menjadikan Jin-Syaitan sebagai pendamping bagi kita tanpa kita sedari. Dalam hal ini, makhluk halus ini adalah Jin yang bersifat Syaitan. Ia digelar Jin-Syaitan atau Syaitan-Jin. Mereka ini biasa sangat kuat dan cekal menduduki sesuatu tempat sehingga apabila tempat mereka diganggu, mereka akan kembali mengganggu dengan pelbagai cara. Mereka lebih takut kepada kita berbanding takut kita kepada mereka. Tetapi apabila kita takut kepada mereka, mereka akan lebih berani ke atas kita. Oleh itu, elakkan aura takut anda berkembang dengan pesat sehingga dilihat oleh Syaitan Jin. Ini sangat bahaya untuk anda. Caranya amat mudah…. ZIKRULLAH. Selain lalai dari ALLAH dan Rumah yang selalu ditinggalkan dalam tempoh yang lama berikut ialah 13 tanda yang menunjukkan rumah anda berhantu ATAU dihuni Jin Syaitan dan hal ini akan menggamit ‘Fenomena Syaitan-Jin’ yang lain.
13 PETANDA, RUMAH ANDA BERHANTU @ DIHUNI JIN!
KELANCARAN ALAT-ALAT ELEKTRONIK TERGANGGU
Siaran Radio, TV, Internet dan alat-alat
Elektronik terganggu. - Kehadiran makhluk halus biasanya boleh mengganggu
frekuensi alat-alat elektronik atau elektrik, seperti lampu yang menyala dan
mati sendiri. Beberapa tanda lain adalah TV yang menyala sendiri, atau
tiba-tiba terganggu. Hal ini juga boleh terjadi pada radio dan alat-alat
elktronik yang lain.
OBJEK MENGHILANG DAN MUNCUL SEMULA
Benda-benda atau objek menghilang dari
tempatnya-Apakah anda pernah kehilangan benda-benda yang seolah ghaib begitu
saja? Kemudian benda tersebut terkadang muncul sendiri tanpa diduga? Hal
semacam ini juga boleh disebut Dissapearing Object Phenomenon. Ke mana
benda-benda itu pergi? Tak ada yang tahu. Boleh jadi ke dunia paralel, atau ada
makhluk halus yang sedang bermain dengan benda-benda anda.
OBJEK DAN BAU PELIK
Anda menemui objek ganjil dan pelik serta
menyeramkan. Seperti kotak misteri, patung buruk, Sarang Labah-labah yang
banyak dan sebagainya. Bau-bau yang
busuk dan pelik, terlalu wangi atau terlalu busuk di sudut tertentu dalam rumah
anda.
SUARA ATAU BUNYI GANJIL
Beberapa tanda bahawa rumah anda berhantu
adalah munculnya suara-suara aneh yang tak jelas asalnya. Boleh jadi seperti
bisikan, ketukan di dinding, suara langkah kaki. kadang-kadang juga dapat
terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi di
bilik air.Jika ini sering terjadi di rumah, sebaiknya segera lakukan investigasi. Dan anjing yang tiba-tiba menyalak di luar
rumah anda.
KELIBAT MISTERI
Bayangan, lembaga dan kelibat, Bayangan
tak hanya berbentuk manusia, tetapi juga boleh berbentuk banyak hal, mulai
binatang hingga gumpalan berwarna hitam. Jika anda sering melihat bayangan-bayangan
semacam ini di sekitar rumah, terutama saat malam hari, kemungkinan rumah anda
berhantu.
REAKSI HAIWAN
Perilaku dan reaksi Haiwan - Haiwan,
bahkan ayam kecil biasanya sensitif terhadap kehadiran makhluk halus. Mereka
biasanya bertingkah aneh, seperti sedang melihat sesuatu atau terlihat
ketakutan. Jika anjing anda terus-terusan menggonggong pada suatu tempat
tertentu dalam rumah, atau kucing anda seolah-olah tengah mengikuti sesuatu,
padahal tak ada apapun atau siapapun di sana, sebaiknya waspadalah.
SEJARAH RUMAH
Mempelajari sejarah rumah anda sendiri boleh
bermanfaat. Misalkan apakah rumah yang anda tempati konon pernah digunakan
untuk bunuh diri, pernah terjadi pembunuhan, atau lainnya. Ini boleh menjadi
petunjuk mengenai apa yang terjadi dalam rumah. Memiliki rumah yang dulunya
digunakan sebagai tempat pembantaian, atau kuburan massal tentu membuat anda
waspada.
AKTIVITI PSYCOKINETIK
Aktiviti psychokinetic adalah ketika anda
sering melihat benda-benda melayang atau bergerak dengan sendirinya. Ini juga
sering menjadi tanda bahwa rumah anda tengah dihuni oleh hantu poltergeist.
Jika anda sering melihat benda-benda bergerak sendiri, sebaiknya waspadalah.
RUANG SERAM
Ruang Rumah yang menyeramkan - Wujudnya
satu ruang khas yang menyeramkan seperti bilik-bilik yang memang berkunci sejak
dari mula dan tidak pernah dibuka atau dibersihkan.
PATUNG DAN GAMBAR
Wujudnya gambar-gambar manusia, patung
manusia dan binatang di dalam rumah dengan rupa bentuk seakan-akan asli dan
hidup.
HISTERIA DAN FENOMENA RASUKAN
Histeria – ada ahli keluarga atau orang
lain yang Histeria apabila berada dalam
rumah anda.
BULU ROMA MEREMANG DAN PERASAAN ANEH
Bulu Roma meremang - Anda sentiasa merasa
seram dan meremang bulu roma anda ketika berada di dalam rumah anda sendiri.
Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada
di rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus. Atmosfera rumah anda
terasa tebal, sempit atau berat.
KEMUNCULAN ENTITI
Kemunculan Hantu - Yang terakhir dan yang
paling jelas adalah adanya penampakan hantu atau kemunculan makhluk halus di
rumah anda. Ini boleh jadi langka, karena jika terjadi berarti rumah anda
benar-benar berhantu. Biasanya hantu juga boleh mengambil wujud apapun dalam
rumah, dan tak selalu menunjukkan wujud asli atau wujudnya sepenuhnya.
Itulah 13 tanda rumah dihuni hantu.
Apakah rumah anda memiliki tanda-tanda di atas? Atau ada tanda lain rumah
berhantu yang anda ketahui?
SILAKAN BERKONGSI DENGAN KAMI SEMUA DI
RUANG KOMEN.
*SARANAN
Hantu yang paling sering muncul di negara
kita antara lain pontianak, pocong, hantu raya, hantu pelesit, saka dari
keturunan kita, atau hantu tanpa kepala.
Untuk menghalau hantu yang mengganggu rumah, banyak cara yang dilakukan
orang terpulang kepercayaannya. Namun yang terpenting tentunya kita harus selalu
yakin bahwa Allah akan selalu memberikan perlindungan kepada kita. Boleh juga dengan menaburkan garam kasar. Tapi
awas ! Garam kasar boleh mencederakan dan membunuh hingga teruk makhluk-makhluk
halus ini. Sehinggakan rumah anda akan berbau hanyir akibat kecederaan makhluk
halus tersebut akan membalas dendam.Jika anda tiada ilmunya jangan lakukan ini.
Sebaik-baiknya pangilah mereka yang pakar dalam bidang ini.
ATAU ANDA BOLEH IKUT CARA YANG TERDAPAT
DALAM ARTIKEL SAYA YANG LAIN.
SELAMAT MENCUBA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan