The Alien - Link Select

Ahad, 24 Julai 2011

SATU MALAYSIA SATU AGAMA!!!


Surah Ali Imran ayat 103 : ALLAH berfirman yang bermaksud; "Berpegang teguhlah kamu dengan tali ALLAH dan janganlah kamu berpecah-belah."

Tali ALLAH dalam ayat ini yang dimaksudkan oleh ALLAH ialah Agama ALLAH (syariat islam) sepertimana yang telah digariskan oleh ALLAH dalam Al-Quran dan Rasul dalam sunnahnya. ALLAH telah memerintahkan kita bersama-sama berpegang teguh dan bersatu kukuh dalam islam dan dilarang kita berpecah belah.

Secara terperinci dapatlah dihuraikan konsep bersatu itu kepada lima perkara:

1- Bersatu Aqidah; Keyakinan dan pegangan kita mestilah tepat sebagaimana yang dikehendaki dalam iktikat Ahlul.sunah wal jamaah, iaitu meyakini keenam-enam rukun iman dengan sebenar-benarnya. Yakin
kepada ALLAH, yakin kepada malaikat,kitab- kitab ynag diturunkan kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Takin pada hari akhirat, yakin pada qadak dan qadar ( untung baik dan jahat) datang dari ALLAH Ta'ala semuanya.

2- Bersatu syariat: Ia itu bersatu menerima dalam segala hukum-hukum ALLAH yang lima, iaitu wajib, sunat, haram, makruk dan harus. Dalam kegiatan hidup kita sehari-hari kita tidak dapat lari daripada
terlibat ke dalam salah satu hukum-hukum tersebut, buatlah apa kerja pun samaada kerja yang kecil mahupun kerja yang besar.

Kita diperintahkan bersatu dalam syariat, bererti kita diperintahkan menerima segala ketetapan hukum-hukum, memahami, mengamal dan memperjuangkannya. Persoalan-persoalan aqidah, ibadah, akhlak,
jihad,tarbiah, siasah dan lain-lain yang berkaitan adalah perkara wajib, maka umat islam mestilah menerima , berusaha memahami mengamal dan memperjuangkannya supaya tertegak secara bersama-sama dan bersungguh-sungguh.

Sebaliknya perkara-perkara seperti arak. zina. rasuah, judi, pendedahan aurat, pergaulan bebas, riba dan lain-lain yang berkaitan haram, maka umat islam seluruhnya mestilah bersama-sama meyakininya
sebagai haram dan berusaha meninggalkannya serta memperjuangkannya supaya tidak diamalkan oleh masyarakat dan berusaha menghapuskannya secara bersama-sama dan bersungguh-sungguh.

3- Bersatu akhlak: Bersama-sama berusaha memiliki akhlak yang baik. Mencontohi akhlak Rasullah SAW dalam segala persoalan, seperti cara sabarnya, ikhlasnya, tawadhuknya, zuhudnya, dermawan, pemaafnya ibadah dan lain-lain yang menjadi sunnah hidupnya. Disamping itu kita hendaklah membuang segala akhlak yang buruk dan keji yang bersarang dalam hati manusia.

4- Bersatu dalam perkara khilafiah: Bersikap terbuka, lapang dada dan tolak ansur. Hendaklah kita faham bahawa islam membolehkan dan membenarkan adanya perbezaan pendapat dalam masalah furu' tanpa
menggangu atau merosakan persoalan asas (pokok) atau tunjang islam itu sendiri Nabi bersabda yang bermaksud" Perbezaan pendapat di antara umatku adalah mendatangkan rahmat'' - Riwayat Al- Baihagi)

5- Bersatu dalam menilai kawan dan lawan: Islam telah menetapkan siapakah kawan dan lawan, sahabat dan musuh. Maka hendaklah kita sama-sama dapat mengenalinya. Yang menjadi musuh sama-samalah kita
menjadikannya musuh dan menolaknya tanpa sebarang tolak ansur. Kawan dan sahabat hendaklah kita menerima sebagai sahabat, menggaulinya, mempertautkan lagi kasih sayang sesama dengannya serta dibawalah bermuafakat dalam urusan agama. Pertahankan sekiranya ada pihak yang cuba untuk menghancurkannya. Dalam Al-Quran ALLAH menjelaskan kepada kita siapa musuh dan siapa sahabat dan saudara mukmin.

Firman ALLAH tentang musuh yang bermaksud: " Dan selama-lama tidak akan reda oleh orang-orang yahudi dan nasrani itu kepada kamu hinggalah kamu mengikuti "millah" (cara hidup) mereka," - Al- Baqarah: 120

Firman ALLAH tentang sahabat dan saudara yang bermaksud " Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah satu sama lain bersaudara, oleh yang demikian berusahalah mendamaikan kedua-dua saudaramu yang bertikai dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat,"- Al- Hujuraat:10 )

Demikianlah pengertian dan konsep dalam islam. Islam meyeru semua insan tanpa mengira bangsa, warna kulit, bahasa, keturunan, daerah dan lain-lain perbezaan lahiriah, setiap yang ALLAH jadikan itu adalah
semata-mata mempunyai hikmah yang amat besar untuk manusia sendiri dan saling mengenal. ( andai ada kesilapan harap maaf sila betulkan)

oleh itu hasrat kerajaan utnuk menyatukan seluruh trakyat juga satu usaha memenuhi perintah Allah dalam surah Al-Imran 103 itu...

"Berpegang teguhlah kamu dengan tali ALLAH dan janganlah kamu berpecah-belah."