The Alien - Link Select

Isnin, 13 Julai 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
 “... Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan ALLAH (bertakbir-raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur.”
[ Q.S AL-BAQARAH 2 : 185 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Telah terhimpun pada hari ini dua HARI RAYA (hari Raya dan Jum'ah). Maka barangsiapa mahu, cukuplah solat ini buat dia, tidak perlu lagi solat Jum'ah, tetapi kami tetap akan mendirikan solat Jum'ah, Dengan izin ALLAH."
Daripada Ibnu ‘Abbas R.A
 [ H.R.S. : Imam Ibnu Majah Ra. A. ]

 “Aku datang kepada kalian dan kalian mempunyai dua hari raya di masa Jahiliyah yang kalian isi dengan bermain-main. Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik bagi kalian, yaitu hari raya Idul Fithri dan Idul Adha (hari Nahr)”
Daripada Anas B. Malik R.A
 [ H.R.S : Imam Nasai & Ahmad Ra. A. ]

“Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.”
[ H.R.S : Imam Tabrani Ra. A. ]

“Shaum/puasa itu ialah pada hari kamu berpuasa, dan Fithri itu ialah pada hari KAMU BERBUKA. Dan Adha itu ialah pada hari kamu menyembelih haiwan.”
Daripada Abi Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ad-Daruquthni & Tirmidzi Ra. A. ]


“Meriahkan hari Raya-mu dengan Tasbih, Tahmid dan Takbir, bersyukurlah akan tamatnya ujian bagimu tahun ini, semoga kamu menjadi di kalangan orang-orang yang bertaqwa.  Ziarahilah kedua orang tua-mu, saudara mara-mu dan saudara seagama-mu yang jauh dan dekat dengan-mu. Bersedekahlah sebagai tanda kesyukuran mu kepada ALLAH.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A




Q.S. AL-HIJR 15 : 67-73 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman:
Dan (semasa kedatangan mereka) datanglah penduduk bandar itu dengan gembira. Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku". "Dan takutlah kamu kepada Allah serta janganlah kamu menghinakan daku".  Mereka menjawab: "Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?" Nabi Lut berkata: "Di sini ada anak-anak perempuanku, kalaulah kamu mahu melakukan (secara halal).  Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka. Akhirnya merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit.

[ Q.S. AL-HIJR 15 : 67-73 ]