Dengan nama Allah,
Yang Pemurah, Yang Pengasih.
6:1.
Segala puji bagi Allah yang cipta langit dan bumi, dan buatkan gelap dan
cahaya; kemudian orang-orang tidak percaya setarakan Pemelihara mereka.
6:2.
Dia yang cipta kamu daripada tanah liat, kemudian tentukan satu tempoh, dan
satu tempoh dinyatakan dengan-Nya; kemudian kamu ragu-ragu.
6:3.
Dia, Allah di langit dan di bumi; Dia tahu rahsia-rahsia kamu, dan apa yang
kamu umumkan, dan Dia tahu apa yang kamu usahakan.
6:4.
Tiada satu ayat daripada ayat-ayat Pemelihara mereka datang kepada mereka
melainkan mereka berpaling daripadanya.
6:5.
Mereka dustakan yang benar apabila ia datang kepada mereka; kelak akan datang
kepada mereka berita daripada apa yang mereka olok-olokkan.
6:6.
Tidakkah mereka renungkan bagaimana Kami musnahkan sebelum mereka banyak
generasi yang Kami telah teguhkan di bumi, yang Kami tidak teguhkan untuk kamu,
dan bagaimana Kami utus langit kepada mereka dengan hujan lebat, dan buatkan
sungai-sungai mengalir di bawah mereka? Kemudian Kami musnahkan mereka kerana
kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami tumbuhkan sesudah mereka generasi yang
lain.
6:7.
Sekiranya Kami turunkan kepada kamu sebuah Kitab di kertas, lalu mereka sentuh
ia dengan tangan-tangan mereka, tentu orang-orang tidak percaya akan berkata,
"Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."
6:8.
Mereka berkata, "Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan
kepadanya?" Sekiranya Kami turunkan seorang malaikat, tentu perkara itu
akan diputuskan, dan kemudian, tiada tangguh akan diberi kepada mereka.
6:9.
Dan sekiranya Kami buat dia seorang malaikat, tentu Kami buat dia seorang
lelaki, dan kelirukan mereka mengenai apa yang mereka sendiri kekeliruan.
6:10.
Sesungguhnya Rasul-Rasul telah diperolok-olokkan sebelum kamu; tetapi
orang-orang yang ejek mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.
6:11.
Katakanlah, "Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikan bagaimana
kesudahan orang-orang yang dustakan."
6:12.
Katakanlah, "Kepunyaan siapakah segala yang ada di langit dan bumi?"
Katakanlah, "Kepunyaan Allah. Dia telah tuliskan (tetapkan) ke atas
diri-Nya pengasihan. Dia kumpulkan kamu pada Hari Kiamat yang tidak ada
keraguan terhadapnya. Orang-orang yang rugikan jiwa-jiwa mereka, mereka tidak
percayai."
6:13.
Dan kepunyaan-Nya apa sahaja yang mendiami pada malam dan siang hari; dan Dia
Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
6:14.
Katakanlah, "Adakah aku akan ambil untukku sebagai wali (pelindung),
selain daripada Allah, Pemula langit dan bumi, dan Dia yang beri makan, dan
tidak diberi makan?" Katakanlah, "Aku diperintah supaya jadi yang
pertama, orang yang tunduk patuh: 'Janganlah kamu jadi daripada orang-orang
yang sekutukan.'"
6:15.
Katakanlah, "Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan
azab hari yang besar."
6:16.
Daripada sesiapa ia dipalingkan pada hari itu, Dia kasihaninya; itulah
kemenangan yang nyata.
6:17.
Dan jika Allah sentuh kamu dengan mudarat, tiada yang dapat hilangkannya
melainkan Dia; dan jika Dia sentuh kamu dengan kebaikan, Dia berkuasa atas
segala sesuatu.
6:18.
Dia Yang Menakluki hamba-hamba-Nya, dan Dia Yang Bijaksana, Yang Menyedari.
6:19.
Katakanlah, "Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?"
Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini
diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa
ia sampai. Adakah kamu benar-benar saksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain
Allah?" Katakanlah, "Aku tidak saksikan." Katakanlah, "Dia
hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa kamu
sekutukan."
6:20.
Orang-orang yang kepada mereka kami beri Kitab, mereka mengenalinya sebagaimana
mereka mengenali anak-anak lelaki mereka. Orang-orang yang rugikan jiwa-jiwa
mereka sendiri, mereka tidak percayai.
6:21. Dan siapakah lebih zalim daripada
orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia yang dustakan
ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang zalim.
6:22.
Dan pada hari Kami kumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada
orang-orang yang sekutukan, "Di manakah sekutu-sekutu kamu yang kamu
dakwakan?"
6:23.
Kemudian tiadalah pertikaian mereka, melainkan mereka berkata, "Demi
Allah, Pemelihara kami, bukanlah kami orang-orang yang sekutukan."
6:24.
Perhatikan bagaimana mereka berdusta terhadap diri-diri mereka sendiri, dan
bagaimana apa yang mereka ada-adakan sesat (hilang) daripada mereka.
6:25.
Dan antara mereka ada yang dengarkan kamu, dan Kami letak penudung pada hati
mereka, supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka, sumbatan; dan
jika mereka lihat sebarang ayat pun, mereka tidak percayainya, supaya apabila
mereka datang kepada kamu, mereka bantah kamu. Orang-orang tidak percaya
berkata, "Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."
6:26.
Dan mereka melarangnya, dan menjauhkan daripadanya, dan ia hanyalah diri-diri
mereka sendiri yang mereka musnahkan, tetapi mereka tidak sedar.
6:27.
Jika kamu dapat lihat ketika mereka diberhentikan di hadapan Api, dan mereka
berkata, "Aduhai, sekiranya kami dapat dikembalikan, dan kami tidak
dustakan ayat-ayat Pemelihara kami supaya kami jadi antara orang-orang
mukmin."
6:28.
Tidak, apa yang mereka sembunyikan sebelumnya telah nyata sekarang bagi mereka,
dan sekiranya mereka dikembalikan, tentu mereka akan ulangi lagi pada apa yang
mereka telah dilarang daripadanya; merekalah pendusta-pendusta yang sebenarnya.
6:29.
Dan mereka berkata, "Ada hanya kehidupan dunia kita, dan kita bukanlah
orang-orang yang dibangkitkan."
6:30.
Jika kamu dapat lihat ketika mereka diberhentikan di hadapan Pemelihara mereka;
Dia berkata, "Bukankah ini yang benar?" Mereka berkata, "Ia
benar, demi Pemelihara kami!" Dia berkata, "Maka rasalah azab kerana
ketidakpercayaan kamu."
6:31.
Sungguh rugilah orang-orang yang dustakan pertemuan dengan Allah, sehingga
apabila Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata,
"Aduhai, sesalnya kami, bahawa kami melalaikannya!" Di atas punggung
mereka, mereka pikul beban mereka; alangkah buruknya apa yang mereka pikul!
6:32.
Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan;
sungguh, tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang bertakwa.
Apa, tidakkah kamu faham?
6:33. Sesungguhnya Kami tahu bahawa ia sedihkan kamu, apa
mereka kata; namun
begitu, bukanlah kamu yang mereka dustakan, tetapi orang-orang zalim, ia adalah
ayat-ayat Allah yang mereka sangkal.
6:34. Sesungguhnya Rasul-Rasul telah didustakan sebelum kamu.
Mereka sabar atas apa yang mereka didustakan, dan
disakiti, sehingga pertolongan Kami datang kepada mereka. Kata-Kata Allah tidak
dapat ditukar; dan telah pun datang kepada kamu sebahagian berita para utusan.
6:35.
Dan jika palingan mereka membencikan kamu, jika kamu boleh cari lubang di bumi,
atau sebuah tangga di langit, untuk datangkan kepada mereka satu ayat
(mukjizat) - tetapi, sekiranya Allah hendak, tentu Dia kumpulkan mereka pada
petunjuk; maka jangan kamu jadi antara orang-orang bodoh.
6:36.
Yang sahut hanyalah orang-orang yang dengar; bagi orang-orang yang mati, Allah
akan bangkitkan mereka, kemudian kepada-Nya mereka dikembalikan.
6:37.
Mereka juga berkata, "Mengapa tiada ayat (mukjizat) diturunkan kepadanya
daripada Pemeliharanya?" Katakanlah, "Sesungguhnya Allah berkuasa
untuk turunkan satu ayat, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu."
6:38. Tiada makhluk yang merayap di bumi, tiada burung yang
terbang dengan sayap-sayapnya, melainkan mereka adalah umat-umat yang serupa
dengan kamu. Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab; kemudian kepada
Pemelihara mereka, mereka akan dikumpulkan.
6:39.
Dan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami adalah pekak dan bisu, dalam
kegelapan. Sesiapa Allah hendak, Dia sesatkan, dan sesiapa Dia hendak, Dia
letakkannya di atas jalan lurus.
6:40.
Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu, atau
Saat datang kepada kamu, adakah kamu seru sesiapa selain daripada Allah, jika
kamu berkata benar?"
6:41.
Tidak, hanya kepada Dia kamu seru, dan Dia akan hilangkan apa yang kamu seru
kepada-Nya jika Dia hendak, dan kamu lupa apa yang kamu sekutukan.
6:42.
Sesungguhnya Kami telah utus kepada umat-umat sebelum kamu, dan Kami ambil
mereka dengan musibah dan kesusahan supaya mereka merendah diri.
6:43.
Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka rendahkan diri!
Tetapi hati mereka keras, dan syaitan menampakkan indah bagi mereka apa mereka
buat.
6:44.
Maka, apabila mereka lupakan apa yang mereka telah diingatkan, Kami bukakan
kepada mereka pintu-pintu segala sesuatu, sehingga apabila mereka bergembira
dengan apa yang mereka diberi, Kami ambil mereka dengan tiba-tiba; maka ketika
itu, mereka adalah orang-orang yang berputus asa.
6:45.
Sisa terakhir kaum yang buat zalim dipotong. Segala puji bagi Allah, Pemelihara
semua alam!
6:46.
Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah ambil pendengaran kamu, dan
penglihatan kamu, dan letak penutup pada hati kamu, siapakah ia tuhan selain
daripada Allah yang datangkannya kembali kepada kamu?" Perhatikan
bagaimana Kami ulang-ulangi ayat-ayat! Namun demikian, setelah itu mereka
berpaling.
6:47. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang
kepada kamu dengan tiba-tiba, atau dengan nyata; tidakkah sesiapa yang dimusnahkan melainkan kaum yang zalim?"
6:48.
Kami tidak utus para utusan kecuali untuk beri berita gembira, dan beri amaran.
Maka sesiapa yang percaya, dan membetulkan - tiadalah ketakutan pada mereka,
dan tidaklah mereka bersedih.
6:49.
Tetapi orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, merekalah yang azab akan
sentuh kerana mereka buat fasiq.
6:50. Katakanlah, "Aku tidak kata kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak tahu yang
ghaib, dan aku tidak kata kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya ikut
apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta
dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu fikirkan?"
6:51.
Dan berilah amaran dengannya kepada orang-orang yang takut bahawa mereka akan
dikumpulkan kepada Pemelihara mereka; tidak ada bagi mereka, selain daripada
Allah, seorang wali (pelindung) dan tiada juga seorang pengantara, supaya
mereka bertakwa.
6:52. Dan jangan usir orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, kerana
hendakkan wajah-Nya. Tidak ada sama sekali hitungan mereka kepada kamu, dan
tidak ada sama sekali hitungan kamu kepada mereka, bahawa kamu patut usir
mereka, dan jadi antara orang-orang zalim.
6:53.
Begitulah Kami uji sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain supaya mereka
berkata, "Inikah orang-orang yang Allah berbudi baik kepada mereka antara
kita?" Bukankah Allah sangat-sangat tahu orang-orang berterima kasih?
6:54. Dan apabila orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami datang
kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Sejahtera ke atas kamu)." Pemelihara kamu tuliskan
(tetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu buat jahat
dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya
Dia Pengampun, Pengasih.
6:55.
Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat, supaya jalan orang-orang yang berdosa jadi
nyata.
6:56.
Katakanlah, "Aku dilarang sembah orang-orang yang kamu seru selain
daripada Allah." Katakanlah, "Aku tidak ikut keinginan kamu; jika
demikian, aku sesat dan tidak termasuk orang-orang yang dapat petunjuk."
6:57.
Katakanlah, "Aku adalah di atas satu bukti yang jelas daripada
Pemeliharaku, dan kamu dustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta
disegerakan dengannya; putusan hanyalah bagi Allah. Dia ceritakan yang benar,
dan Dia yang terbaik daripada pembuat-pembuat ketetapan."
6:58.
Katakanlah, "Jika apa yang kamu minta disegerakan ada padaku, tentu
perkara antara aku dan kamu telah diputuskan, dan Allah sangat-sangat tahu
orang-orang zalim."
6:59.
Pada-Nya kunci-kunci pada yang ghaib; tiada yang ketahuinya melainkanDia. Dia
tahu apa yang di darat dan laut, dan tiada sehelai daun yang jatuh melainkan
Dia ketahuinya. Tiada sebutir biji dalam kegelapan bumi, dan tiada satu benda,
segar atau kering, kecuali di dalam Kitab yang jelas.
6:60.
Dia yang matikan kamu pada malam hari, dan Dia tahu apa yang kamu kerjakan pada
siang hari, kemudian Dia bangkitkan kamu padanya supaya satu tempoh yang telah
dinyatakan disempurna; kemudian kepada-Nya kamu kembali, lalu Dia beritahu kamu
apa kamu buat.
6:61. Dia Yang Menakluki hamba-hamba-Nya. Dia utus
pencatat-pencatat kepada kamu sehingga, apabila salah seorang antara kamu
didatangi kematian, Rasul-Rasul Kami matikannya, dan mereka tidak lalai.
6:62.
Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah, Pelindung mereka Yang Benar. Ketahuilah,
bagi-Nya putusan, dan Dia penghitung yang paling cepat.
6:63.
Katakanlah, "Siapakah yang selamatkan kamu daripada kegelapan darat dan
laut?" Kamu seru kepada-Nya dengan rendah diri dan dengan berahsia,
"Sungguh, jika Engkau selamatkan daripada ini, kami akan jadi di kalangan
orang-orang yang bersyukur (berterima kasih)."
6:64.
Katakanlah, "Allah selamatkan kamu daripadanya, dan daripada segala
kecemasan; kemudian kamu sekutukan."
6:65.
Katakanlah, "Dia berkuasa unuk mengirimkan kepada kamu azab, dari atas
kamu atau dari bawah kaki kamu, atau unuk mengelirukan kamu dalam
golongan-golongan, dan untuk rasakan kepada kamu bencana satu sama lain."
Perhatikan bagaimana Kami ulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka faham.
6:66.
Kaum kamu dustakannya, padahal ia adalah yang benar. Katakanlah, "Aku
bukanlah seorang wakil kepada kamu."
6:67.
Tiap-tiap berita ada masa ketetapannya, dan pasti kamu akan ketahuinya.
6:68. Apabila kamu lihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat
Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis (bicara)
yang lain; dan, jika syaitan jadikan kamu lupa,
janganlah duduk setelah mengingatkan bersama kaum yang zalim.
6:69.
Tidak ada sama sekali hitungan mereka ke atas orang-orang bertakwa, tetapi
hanya mengingatkan supaya mereka bertakwa (takut kepada Tuhan).
6:70.
Dan tinggalkanlah orang-orang yang ambil agama mereka untuk satu permainan, dan
satu hiburan, dan yang kehidupan dunia menipu mereka. Ingatkanlah dengannya
supaya sesuatu jiwa tidak dibinasakan kerana apa yang ia usahakan; selain
daripada Allah, ia tidak ada wali (pelindung) dan tidak ada pengantara, dan
jika ia tebus dengan yang setara, ia tidak akan diambil daripadanya. Mereka
itulah orang-orang yang dibinasakan kerana apa yang mereka usahakan. Bagi
mereka, minuman daripada air yang mendidih, dan azab yang pedih, kerana mereka
tidak percaya.
6:71.
Katakanlah, "Adakah kita akan seru, selain daripada Allah, sesuatu yang
tidak bermanfaat, dan tidak juga mudaratkan kita, dan adakah kita akan
dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah beri petunjuk kepada kita?
Seperti orang yang digoda hingga kebingungan di bumi oleh syaitan-syaitan,
walaupun dia mempunyai teman-teman yang menyerunya kepada petunjuk, 'Datanglah
kepada kami!'" Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar,
dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam,
6:72.
Dan lakukan solat, dan takuti Dia; Dia yang kepada-Nya kamu akan
dikumpulkan."
6:73.
Dia yang cipta langit dan bumi dengan benar pada hari Dia berkata, "Jadilah",
lalu jadilah ia. Ucapan-Nya benar, dan bagi-Nya Kerajaan pada hari trompet
ditiup; Yang tahu yang ghaib, dan yang nyata; Dia Yang Bijaksana, Yang
Menyedari.
6:74. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar,
"Adakah kamu ambil patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku
lihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata."
6:75.
Demikianlah Kami lihatkan kepada Ibrahim dominion langit dan bumi, supaya dia
jadi antara orang-orang yang yakin.
6:76.
Apabila malam menutupi di atasnya, dia lihat satu bintang dan berkata,
"Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata,
"Aku tidak suka yang terbenam."
6:77.
Apabila dia lihat bulan terbit, dia berkata, "Ini Pemeliharaku."
Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Jika Pemeliharaku tidak beri
petunjuk kepada aku, tentu aku jadi daripada kaum yang sesat."
6:78.
Apabila dia lihat matahari terbit, dia berkata, "Inilah Pemeliharaku; ini
lebih besar!" Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Wahai kaumku,
sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan.
6:79.
Aku hadapkan wajahku kepada Dia yang mulakan langit dan bumi; seorang yang
lurus, dan bukanlah aku daripada orang-orang yang sekutukan."
6:80.
Kaumnya mendebatnya. Dia berkata, "Adakah kamu hendak debat aku mengenai
Allah, dan Dia beri petunjuk kepadaku? Aku tidak takut pada apa yang kamu
sekutukan dengan-Nya, kecuali jika Pemeliharaku hendak sesuatu. Pemeliharaku
merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan-Nya; tidakkah kamu ingatinya?
6:81.
Bagaimanakah aku boleh takut pada apa yang kamu sekutukan, sedang kamu tidak
takut sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kepada kamu sebarang
kuasa? Manakah antara dua golongan yang lebih berhak dengan keamanan jika kamu
tahu?"
6:82.
Orang-orang yang percaya, dan tidak campuradukkan iman mereka dengan kezaliman;
bagi merekalah keamanan, dan merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang
benar.
6:83.
Itu hujah Kami yang kami beri Ibrahim terhadap kaumnya. Kami naikkan darjat
siapa yang Kami hendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu Bijaksana, Mengetahui.
6:84.
Dan kami beri dia Ishak, dan Yaakub - masing-masing Kami beri petunjuk. Dan
Nuh, Kami beri petunjuk sebelum itu, dan daripada keturunannya, Daud, Sulaiman,
Ayub, Yusuf, Musa, dan Harun - begitulah Kami balas orang-orang buat baik.
6:85.
Dan Zakaria, Yahya, Isa, dan Elias; masing-masing termasuk orang-orang salih.
6:86.
Dan Ismail, Alyasa, Yunus, dan Lut; masing-masing Kami lebihkan di atas semua
alam.
6:87.
Dan daripada bapa-bapa mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara
mereka; dan Kami memilih mereka, dan Kami beri mereka petunjuk pada jalan
lurus.
6:88. Itu petunjuk Allah; Dia beri petunjuk dengannya kepada
siapa Dia hendaki daripada
hamba-hamba-Nya; sekiranya mereka orang-orang yang sekutukan, nescaya
sia-sialah bagi mereka apa yang mereka telah buat.
6:89.
Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka kami beri Kitab, dan Putusan, dan
Kenabian. Jika mereka tidak percaya kepadanya, Kami amanahkannya kepada suatu
kaum yang bukanlah orang-orang tidak percaya kepadanya.
6:90.
Mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk; maka ikutlah petunjuk
mereka. Katakanlah, "Aku tidak minta kepada kamu upah untuknya; ia
hanyalah satu peringatan untuk semua alam."
6:91.
Mereka tidak pertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar ketika
mereka berkata, "Allah tidak turunkan sesuatu kepada mana-mana
manusia." Katakanlah, "Siapakah yang turunkan Kitab yang Musa
datangkan sebagai satu cahaya dan satu petunjuk bagi manusia? Kamu letakkannya
di kertas-kertas, dengan menampakkannya, dan sembunyikan kebanyakannya; dan
kamu diajar apa yang kamu tidak tahu, kamu dan bapa-bapa kamu."
Katakanlah, "Allah." Kemudian tinggalkanlah mereka bersendiri
bermain-main permainan terjunan mereka.
6:92.
Inilah sebuah Kitab yang Kami turunkan, yang diberkati, dan mengesahkan apa
yang sebelumnya, dan supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya,
dan orang-orang yang di sekitarnya; dan orang-orang yang percayai akhirat
percayainya, dan mereka yang pelihara solat mereka.
6:93. Dan siapakah lebih zalim daripada
orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata,
"Kepada aku ia diwahyukan"; padahal tiada yang diwahyukan kepadanya,
atau orang yang berkata, "Aku akan turunkan yang serupa dengan apa yang
Allah turunkan"? Jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim dalam
sengsara kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka,
"Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan
kerana kamu kata yang tidak benar terhadap Allah, dan sombong terhadap
ayat-ayat-Nya."
6:94.
"Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian, seperti Kami cipta
kamu pada kali pertama, dan kamu tinggalkan apa yang Kami kurniakan kepada kamu
di belakang punggung kamu. Kami tidak lihat bersama kamu pengantara-pengantara
kamu, orang-orang yang kamu dakwa untuk jadi sekutu-sekutu antara kamu.
Pertalian antara kamu diputuskan, dan apa yang kamu dakwakan sudah sesat
(hilang) daripada kamu."
6:95.
Sesungguhnya Allah membelah biji biji-bijian, dan biji kurma, keluarkan yang
hidup daripada yang mati; Dia keluarkan juga yang mati daripada yang hidup.
Demikianlah itulah Allah; maka bagaimanakah kamu dipalingkan?
6:96. Dia membelah pagi, dan buatkan malam satu kerehatan, dan
matahari dan bulan untuk hitungan. Itu ketentuan Yang
Perkasa, Yang Mengetahui.
6:97. Dia yang buatkan untuk kamu bintang-bintang supaya dengannya
kamu dapat petunjuk dalam kegelapan darat dan laut. Kami telah jelaskan
ayat-ayat bagi kaum yang tahu.
6:98. Dia yang tumbuhkan kamu daripada jiwa yang satu, dan
kemudian sebuah tempat menginap, dan kemudian tempat simpanan. Kami telah
jelaskan ayat-ayat bagi
kaum yang faham.
6:99. Dia yang turunkan dari langit, air; dan dengannya Kami
keluarkan tunas segala tumbuh-tumbuhan, dan kemudian Kami keluarkan daun-daun
hijau, dan keluarkan daripadanya biji-bijian yang
bersusun rapat, dan keluar daripada pohon palma, daripada seludangnya,
kurma-kurma bertandan lebat yang boleh dicapai, dan kebun-kebun (jannah)
anggur, dan zaitun, dan delima, yang serupa sesamanya dan tidak mutasyabihat
(serupa) sesamanya. Perhatikanlah pada buah-buahnya apabila mereka berbuah, dan
masak. Sesungguhnya pada semua ini adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.
6:100.
Namun begitu, mereka adakan bagi Allah, sebagai sekutu-sekutu, jin, padahal Dia
yang cipta mereka. Mereka andaikan bagi-Nya anak-anak lelaki dan anak-anak
perempuan tanpa sebarang pengetahuan. Dia disanjung! Tingginya Dia di atas apa
mereka terangkan.
6:101.
Pencipta langit dan bumi; bagaimanakah Dia boleh mempunyai seorang anak lelaki
sedang Dia tiada isteri, dan Dia yang cipta segala sesuatu, dan Dia tahu segala
sesuatu?
6:102.
Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia,
Pencipta segala sesuatu. Maka sembahlah Dia, dan Dia Wakil atas segala sesuatu.
6:103.
Penglihatan tidak dapat mencapai-Nya, tetapi Dia dapat capai penglihatan; Dia
Yang Halus, Yang Menyedari.
6:104. Bukti-bukti yang nyata telah datang kepada kamu daripada
Pemelihara kamu. Sesiapa melihat, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan
sesiapa buta, ia adalah kepadanya sendiri; aku bukanlah penjaga kamu.
6:105.
Begitulah Kami ulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka berkata, "Kamu telah
pelajarinya"; dan supaya Kami jelaskannya bagi kaum yang tahu.
6:106.
Ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; tidak ada
tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan.
6:107.
Sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak jadi orang-orang yang sekutukan; dan
Kami tidak lantik kamu sebagai penjaga kepada mereka, dan kamu bukanlah wakil
mereka.
6:108.
Jangan mencaci-maki orang-orang yang mereka seru selain daripada Allah, atau
mereka akan mencaci-maki Allah dalam membalas tanpa pengetahuan. Demikianlah
Kami nampakkan indah bagi setiap umat amalan-amalan (perbuatan) mereka,
kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka kembali, dan Dia beritahu mereka apa
mereka buat.
6:109.
Mereka bersumpah dengan Allah, dengan sumpah segenap hati, bahawa jika satu
ayat (mukjizat) datang kepada mereka, mereka akan percayainya. Katakanlah,
"Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah." Apakah yang akan buat kamu sedar
bahawa, apabila ia datang, mereka tidak akan percayai?
6:110.
Kami terbalikkan hati mereka, dan penglihatan mereka, sebagaimana mereka tidak
percayainya pada kali pertama; dan Kami tinggalkan mereka dalam kelampauan
batas mereka, merayau-rayau membabi buta.
6:111.
Walaupun Kami turunkan malaikat-malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang
mati berkata-kata dengan mereka, sekiranya Kami kumpulkan kepada mereka segala
sesuatu berhadapan muka, bukanlah mereka yang akan percayai, kecuali jika Allah
hendaki; tetapi kebanyakan mereka bodoh.
6:112. Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin,
yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk
menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka tidak membuatnya.
Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
6:113.
Dan supaya hati orang-orang tidak percayai akhirat condong kepadanya, dan
supaya mereka sangat puas hati dengannya, dan supaya mereka peroleh apa yang
mereka perolehkan.
6:114.
Apa, adakah aku akan cari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang turunkan
kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami
beri Kitab tahu bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang
benar; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
6:115. Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran
dan keadilan;
tiada yang boleh tukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
6:116.
Jika kamu taati kebanyakan orang di bumi, mereka akan sesatkan kamu daripada
jalan Allah; mereka ikut hanya sangkaan, semata-mata dugaan.
6:117.
Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu siapa yang sesat daripada
jalan-Nya; Dia sangat-sangat tahu orang yang dapat petunjuk yang benar.
6:118. Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut)
nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya.
6:119. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada
apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah jelaskan kepada
kamu apa yang Dia haramkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi,
sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang
pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang mencabul.
6:120.
Tinggalkanlah dosa yang nampak, dan yang tersembunyi; sesungguhnya orang-orang
yang usahakan dosa akan dibalas dengan apa yang mereka perolehkan.
6:121. Dan janganlah makan apa yang padanya nama Allah tidak
disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan wali-wali
(sahabat-sahabat) mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu taati mereka,
kamulah orang-orang yang sekutukan.
6:122.
Adakah orang yang sudah mati, dan Kami hidupkannya, dan buatkannya satu cahaya
untuk berjalan dengannya di tengah-tengah manusia, seperti orang yang
persamaannya berada di dalam kegelapan, dan tidak dapat keluar darinya? Maka
dinampakkan indah bagi orang-orang tidak percaya (kafir) apa mereka buat.
6:123.
Dan begitulah Kami adakan di tiap-tiap bandaraya, pembesar-pembesar,
orang-orangnya yang berdosa, untuk buat tipu daya di dalamnya; tetapi mereka
perdayakan hanya diri-diri mereka sendiri, dan mereka tidak sedar.
6:124.
Dan apabila satu ayat datang kepada mereka, mereka berkata, "Kami tidak
akan percayai sehingga kami diberi yang serupa dengan apa yang Rasul-Rasul
Allah telah diberi." Allah sangat-sangat tahu di mana hendak letak
Mesej-Nya; dan kehinaan pada pandangan Allah akan menimpa orang-orang yang
berdosa, dan azab yang keras, kerana mereka memperdayakan.
6:125.
Sesiapa Allah hendak beri petunjuk, Dia lapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa
Dia hendak disesatkan, Dia buatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki
ke langit. Begitulah Allah letak kotoran kepada orang-orang tidak percayai.
6:126. Inilah jalan Pemelihara kamu, yang lurus; sesungguhnya Kami
telah jelaskan
ayat-ayat bagi kaum yang mengingati.
6:127.
Bagi mereka tempat kediaman sejahtera di sisi Pemelihara mereka, dan Dia Wali
(Pelindung) mereka kerana apa yang mereka telah buat.
6:128. Pada hari Dia kumpulkan mereka kesemuanya: "Wahai
golongan jin, kamu telah banyak ambil daripada
manusia." Kemudian wali-wali mereka di kalangan manusia berkata, "Wahai
Pemelihara kami, sebahagian kami telah dapat kesenangan daripada sebahagian
yang lain, dan kami telah sampai tempoh yang Engkau tentukan bagi kami."
Dia berkata, "Apilah tempat tinggal kamu, di dalamnya tinggal
selama-lamanya"; kecuali seperti yang Allah hendaki; sesungguhnya
Pemelihara kamu Bijaksana, Mengetahui.
6:129.
Maka Kami jadikan orang-orang zalim sahabat-sahabat satu sama lain, kerana apa
yang mereka usahakan.
6:130.
"Wahai golongan jin dan manusia, tidakkah Rasul-Rasul datang daripada kamu
sendiri yang ceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan beri amaran kepada kamu
mengenai pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Kami saksikan
terhadap diri-diri kami sendiri." Mereka ditipu oleh kehidupan dunia, dan
mereka saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah
orang-orang tidak percaya.
6:131. Itu adalah kerana Pemelihara kamu tidak akan musnahkan bandaraya-bandaraya dengan kezaliman
sedang penduduknya lalai.
6:132.
Bagi semua, ada darjat mengikut apa mereka buat. Pemelihara kamu tidak lalai
daripada apa mereka buat.
6:133.
Pemelihara kamu ialah Yang Kaya, Berpengasihan. Jika Dia hendaki, Dia hapuskan
kamu, dan sesudah kamu, unuk menggantikan kamu, apa yang Dia hendaki,
sebagaimana Dia tumbuhkan kamu daripada keturunan kaum yang lain.
6:134.
Apa yang kamu dijanjikan, itu pasti datang; bukanlah kamu orang-orang yang
mengandaskan.
6:135.
Katakanlah, "Wahai kaumku, beramallah kamu mengikut tempat kamu; aku
seorang yang beramal. Dan sungguh, kamu akan tahu siapa yang mempunyai tempat
kediaman muktamad. Sesungguhnya orang-orang zalim tidak beruntung."
6:136.
Mereka tentukan bagi Allah sebahagian daripada tanaman dan binatang ternak yang
Dia cipta, dengan berkata, "Ini untuk Allah" - demikian mereka dakwa
- "dan ini untuk sekutu-sekutu kami." Maka apa yang untuk
sekutu-sekutu mereka tidak sampai kepada Allah, dan apa yang untuk Allah sampai
kepada sekutu-sekutu mereka. Adalah jahat apa yang mereka putuskan!
6:137.
Demikianlah sekutu-sekutu mereka nampakkan indah bagi kebanyakan orang yang sekutukan
supaya membunuh anak-anak mereka, untuk binasakan mereka, dan untuk kelirukan
agama mereka kepada mereka. Sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak
membuatnya; maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
6:138.
Mereka berkata, "Binatang ternak dan tanaman ini adalah larangan; tiada
yang akan makan kecuali siapa yang kami hendaki" - demikian mereka dakwa -
"Dan binatang ternak yang punggungnya diharamkan, dan binatang ternak yang
mereka tidak mengingati (menyebut) nama Allah padanya"; untuk
mengada-adakan terhadap-Nya. Kelak Dia akan balas mereka atas apa yang mereka
ada-adakan.
6:139.
Dan mereka berkata, "Apa yang di dalam perut binatang ternak ini adalah
khas untuk lelaki kami, dan diharamkan kepada isteri-isteri kami; tetapi jika
ia mati, maka mereka semua bersekutu padanya." Sungguh, Dia akan balas
mereka atas keterangan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.
6:140.
Rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka dalam kebodohan, tanpa
pengetahuan, dan mereka haramkan apa yang Allah rezekikan mereka, dengan
mengada-adakan terhadap Allah; mereka sesat, dan tidak dapat petunjuk yang
benar.
6:141. Dia yang tumbuhkan kebun-kebun yang berjunjung, dan tidak
berjunjung, dan pohon-pohon palma, dan tanaman yang bermacam-macam hasilnya,
dan zaitun, dan delima, yang mutasyabihat (serupa) sesamanya dan tidak
mutasyabihat sesamanya. Makanlah buah-buah mereka apabila mereka berbuah, dan berikan haknya (yang patut diberi) pada hari memetiknya, dan janganlah
membazir; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang membazir.
6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk
dihidangkan, makanlah daripada apa yang Allah rezekikan
kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi
kamu.
6:143. Lapan pasangan; dua biri-biri, dan kambing, dua.
Katakanlah, "Adakah dua yang jantan Dia haramkan, atau dua yang
betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Beritahu aku
pengetahuannya jika kamu berkata benar."
6:144. Daripada unta, dua; dan daripada lembu, dua. Katakanlah,
"Adakah dua yang jantan Dia haramkan, atau dua yang betina? Atau apa yang
rahim-rahim dua yang betina kandung? Adakah kamu
saksi-saksi ketika Allah wasiatkan ini kepada kamu? Maka siapakah lebih zalim
daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah untuk dia sesatkan manusia
tanpa sebarang pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum
yang zalim."
6:145. Katakanlah, "Aku tidak dapati, dalam apa yang
diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada
orang yang makan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah,
atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada
selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak
menginginkan dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu
Pengampun, Pengasih."
6:146. Dan ke atas orang-orang Yahudi, Kami haramkan segala haiwan
yang berkuku, dan daripada lembu dan kambing, Kami haramkan mereka
lemak mereka, kecuali apa yang punggung-punggung mereka bawa, atau ususnya,
atau apa yang bercampur dengan tulangnya; bahawa Kami balas mereka kerana
keangkuhan mereka; sesungguhnya Kami berkata benar.
6:147.
Maka, jika mereka dustakan kamu, katakanlah, "Pemelihara kamu, dalam
pengasihan merangkumi, dan bencana-Nya tidak dapat dikembalikan daripada kaum
yang berdosa."
6:148.
Orang-orang yang sekutukan akan berkata, "Sekiranya Allah hendak, tentu
kami tidak jadi orang-orang yang sekutukan, dan tidak juga bapa-bapa kami, dan
tidak juga kami haramkan sesuatu." Begitulah orang-orang sebelum mereka
dustakan sehingga mereka rasakan bencana Kami. Katakanlah, "Adakah kamu
sebarang pengetahuan untuk kamu keluarkan kepada kami? Kamu hanya ikut
sangkaan, semata-mata dugaan."
6:149.
Katakanlah, "Bagi Allah hujah yang muktamad; sekiranya Dia hendak, tentu
Dia beri petunjuk kepada kamu semua."
6:150.
Katakanlah, "Bawalah saksi-saksi kamu, orang-orang yang saksikan bahawa
Allah haramkan ini." Kemudian, jika mereka saksikan, janganlah saksikan
bersama mereka; dan jangan ikut keinginan orang-orang yang dustakan ayat-ayat
Kami, dan yang tidak percayai akhirat, dan setarakan Pemelihara mereka.
6:151.
Katakanlah, "Marilah, aku akan bacakan apa yang Pemelihara kamu haramkan
kamu: bahawa kamu tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan buat baik kepada ibu
bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami beri rezeki
kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak dekati sebarang
kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh
jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut. Itu yang Dia wasiatkan kamu
dengannya, supaya kamu faham.
6:152. Dan bahawa kamu tidak mendekati harta anak yatim, kecuali
dengan cara yang lebih baik, sehingga dia dewasa. Dan tepatilah sukatan dan
timbangan dengan adil. Kami tidak bebankan sesuatu
jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata,
berlakuadillah, walaupun ia kepada sanak saudara yang dekat. Dan tepatilah
perjanjian Allah. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu ingat.
6:153.
Dan bahawa inilah jalan-Ku, lurus; maka kamu ikutlah ia, dan jangan ikut
jalan-jalan yang berlainan supaya mereka tidak pecah belahkan kamu daripada
jalan-Nya. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu bertakwa."
6:154.
Kemudian kami beri Musa al-Kitab, yang sempurna bagi orang buat baik, dan
penjelasan bagi segala sesuatu, dan sebagai satu petunjuk, dan satu pengasihan,
supaya mereka percayai pertemuan dengan Pemelihara mereka.
6:155.
Ini ialah sebuah Kitab yang Kami turunkan, yang diberkati; maka ikutlah ia, dan
bertakwalah supaya kamu dikasihani.
6:156.
Supaya kamu tidak berkata, "Kitab diturunkan hanya kepada dua golongan
sebelum kami, dan kami adalah orang-orang yang lalai daripada
pengajiannya."
6:157. Atau, supaya kamu tidak berkata, "Jika Kitab
diturunkan kepada kami, tentu kami lebih dapat petunjuk daripada
mereka." Sesungguhnya satu bukti yang jelas telah datang kepada kamu
daripada Pemelihara kamu, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan; maka siapakah
lebih zalim daripada orang yang dustakan ayat-ayat Allah, dan berpaling
daripadanya? Sungguh, Kami akan balas orang-orang yang berpaling daripada
ayat-ayat Kami dengan azab yang jahat kerana palingan mereka.
6:158.
Apa, adakah mereka menanti-nanti supaya malaikat-malaikat datang kepada mereka,
atau supaya Pemelihara kamu datang, atau satu daripada ayat-ayat Pemelihara
kamu datang? Pada hari satu daripada ayat-ayat Pemelihara kamu datang, ia tidak
akan bermanfaat kepada sesuatu jiwa untuk beriman, yang tidak pernah percaya
sebelumnya, atau mengusahakan sedikit kebaikan pada imannya. Katakanlah,
"Lihat dan tunggulah; kami juga menunggu."
6:159. Orang-orang yang buat pecahan dalam agama mereka, dan
menjadi golongan-golongan, kamu (Muhammad) bukanlah daripada mereka dalam
apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan beritahu
mereka apa yang mereka telah buat.
6:160.
Sesiapa yang datangkan satu yang baik, akan dapati sepuluh yang serupa
dengannya; dan sesiapa yang datangkan satu kejahatan, hanya dibalas dengan yang
serupa dengannya; mereka tidak dizalimi.
6:161.
Katakanlah, "Bagiku, Pemeliharaku telah beri aku petunjuk pada jalan
lurus, agama yang betul, anutan Ibrahim, seorang yang lurus; dia bukanlah orang
yang sekutukan."
6:162.
Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan
matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam.
6:163.
Tiada sekutu bagi-Nya, dan begitulah aku diperintah, dan aku yang pertama
muslim."
6:164.
Katakanlah, "Adakah aku cari satu pemelihara, selain daripada Allah, yang
adalah Pemelihara segala sesuatu?" Tiap-tiap jiwa tidak usahakan melainkan
terhadapnya sendiri; orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain.
Kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu kembali, dan Dia beritahu kamu apa yang
padanya kamu selisihkan.
6:165. Dia yang
melantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi, dan naikkan
sebahagian kamu dalam darjat di atas sebahagian yang lain, supaya Dia uji kamu
pada apa yang Dia beri kamu. Sesungguhnya, Pemelihara kamu cepat dalam
balasan-Nya; dan sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
Daftar Surah