The Alien - Link Select

Selasa, 1 Disember 2015

SURAH AL-AN'AM ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
6:1. Segala puji bagi Allah yang cipta langit dan bumi, dan buatkan gelap dan cahaya; kemudian orang-orang tidak percaya setarakan Pemelihara mereka.
6:2. Dia yang cipta kamu daripada tanah liat, kemudian tentukan satu tempoh, dan satu tempoh dinyatakan dengan-Nya; kemudian kamu ragu-ragu.
6:3. Dia, Allah di langit dan di bumi; Dia tahu rahsia-rahsia kamu, dan apa yang kamu umumkan, dan Dia tahu apa yang kamu usahakan.
6:4. Tiada satu ayat daripada ayat-ayat Pemelihara mereka datang kepada mereka melainkan mereka berpaling daripadanya.
6:5. Mereka dustakan yang benar apabila ia datang kepada mereka; kelak akan datang kepada mereka berita daripada apa yang mereka olok-olokkan.
6:6. Tidakkah mereka renungkan bagaimana Kami musnahkan sebelum mereka banyak generasi yang Kami telah teguhkan di bumi, yang Kami tidak teguhkan untuk kamu, dan bagaimana Kami utus langit kepada mereka dengan hujan lebat, dan buatkan sungai-sungai mengalir di bawah mereka? Kemudian Kami musnahkan mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami tumbuhkan sesudah mereka generasi yang lain.
6:7. Sekiranya Kami turunkan kepada kamu sebuah Kitab di kertas, lalu mereka sentuh ia dengan tangan-tangan mereka, tentu orang-orang tidak percaya akan berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."
6:8. Mereka berkata, "Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan kepadanya?" Sekiranya Kami turunkan seorang malaikat, tentu perkara itu akan diputuskan, dan kemudian, tiada tangguh akan diberi kepada mereka.
6:9. Dan sekiranya Kami buat dia seorang malaikat, tentu Kami buat dia seorang lelaki, dan kelirukan mereka mengenai apa yang mereka sendiri kekeliruan.
6:10. Sesungguhnya Rasul-Rasul telah diperolok-olokkan sebelum kamu; tetapi orang-orang yang ejek mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.
6:11. Katakanlah, "Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang dustakan."
6:12. Katakanlah, "Kepunyaan siapakah segala yang ada di langit dan bumi?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah. Dia telah tuliskan (tetapkan) ke atas diri-Nya pengasihan. Dia kumpulkan kamu pada Hari Kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang rugikan jiwa-jiwa mereka, mereka tidak percayai."
6:13. Dan kepunyaan-Nya apa sahaja yang mendiami pada malam dan siang hari; dan Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
6:14. Katakanlah, "Adakah aku akan ambil untukku sebagai wali (pelindung), selain daripada Allah, Pemula langit dan bumi, dan Dia yang beri makan, dan tidak diberi makan?" Katakanlah, "Aku diperintah supaya jadi yang pertama, orang yang tunduk patuh: 'Janganlah kamu jadi daripada orang-orang yang sekutukan.'"
6:15. Katakanlah, "Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."
6:16. Daripada sesiapa ia dipalingkan pada hari itu, Dia kasihaninya; itulah kemenangan yang nyata.
6:17. Dan jika Allah sentuh kamu dengan mudarat, tiada yang dapat hilangkannya melainkan Dia; dan jika Dia sentuh kamu dengan kebaikan, Dia berkuasa atas segala sesuatu.
6:18. Dia Yang Menakluki hamba-hamba-Nya, dan Dia Yang Bijaksana, Yang Menyedari.
6:19. Katakanlah, "Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar saksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak saksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan."
6:20. Orang-orang yang kepada mereka kami beri Kitab, mereka mengenalinya sebagaimana mereka mengenali anak-anak lelaki mereka. Orang-orang yang rugikan jiwa-jiwa mereka sendiri, mereka tidak percayai.
6:21. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia yang dustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang zalim.
6:22. Dan pada hari Kami kumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang sekutukan, "Di manakah sekutu-sekutu kamu yang kamu dakwakan?"
6:23. Kemudian tiadalah pertikaian mereka, melainkan mereka berkata, "Demi Allah, Pemelihara kami, bukanlah kami orang-orang yang sekutukan."
6:24. Perhatikan bagaimana mereka berdusta terhadap diri-diri mereka sendiri, dan bagaimana apa yang mereka ada-adakan sesat (hilang) daripada mereka.
6:25. Dan antara mereka ada yang dengarkan kamu, dan Kami letak penudung pada hati mereka, supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka, sumbatan; dan jika mereka lihat sebarang ayat pun, mereka tidak percayainya, supaya apabila mereka datang kepada kamu, mereka bantah kamu. Orang-orang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."
6:26. Dan mereka melarangnya, dan menjauhkan daripadanya, dan ia hanyalah diri-diri mereka sendiri yang mereka musnahkan, tetapi mereka tidak sedar.
6:27. Jika kamu dapat lihat ketika mereka diberhentikan di hadapan Api, dan mereka berkata, "Aduhai, sekiranya kami dapat dikembalikan, dan kami tidak dustakan ayat-ayat Pemelihara kami supaya kami jadi antara orang-orang mukmin."
6:28. Tidak, apa yang mereka sembunyikan sebelumnya telah nyata sekarang bagi mereka, dan sekiranya mereka dikembalikan, tentu mereka akan ulangi lagi pada apa yang mereka telah dilarang daripadanya; merekalah pendusta-pendusta yang sebenarnya.
6:29. Dan mereka berkata, "Ada hanya kehidupan dunia kita, dan kita bukanlah orang-orang yang dibangkitkan."
6:30. Jika kamu dapat lihat ketika mereka diberhentikan di hadapan Pemelihara mereka; Dia berkata, "Bukankah ini yang benar?" Mereka berkata, "Ia benar, demi Pemelihara kami!" Dia berkata, "Maka rasalah azab kerana ketidakpercayaan kamu."
6:31. Sungguh rugilah orang-orang yang dustakan pertemuan dengan Allah, sehingga apabila Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata, "Aduhai, sesalnya kami, bahawa kami melalaikannya!" Di atas punggung mereka, mereka pikul beban mereka; alangkah buruknya apa yang mereka pikul!
6:32. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan; sungguh, tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?
6:33. Sesungguhnya Kami tahu bahawa ia sedihkan kamu, apa mereka kata; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka dustakan, tetapi orang-orang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka sangkal.
6:34. Sesungguhnya Rasul-Rasul telah didustakan sebelum kamu. Mereka sabar atas apa yang mereka didustakan, dan disakiti, sehingga pertolongan Kami datang kepada mereka. Kata-Kata Allah tidak dapat ditukar; dan telah pun datang kepada kamu sebahagian berita para utusan.
6:35. Dan jika palingan mereka membencikan kamu, jika kamu boleh cari lubang di bumi, atau sebuah tangga di langit, untuk datangkan kepada mereka satu ayat (mukjizat) - tetapi, sekiranya Allah hendak, tentu Dia kumpulkan mereka pada petunjuk; maka jangan kamu jadi antara orang-orang bodoh.
6:36. Yang sahut hanyalah orang-orang yang dengar; bagi orang-orang yang mati, Allah akan bangkitkan mereka, kemudian kepada-Nya mereka dikembalikan.
6:37. Mereka juga berkata, "Mengapa tiada ayat (mukjizat) diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?" Katakanlah, "Sesungguhnya Allah berkuasa untuk turunkan satu ayat, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu."
6:38. Tiada makhluk yang merayap di bumi, tiada burung yang terbang dengan sayap-sayapnya, melainkan mereka adalah umat-umat yang serupa dengan kamu. Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab; kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka akan dikumpulkan.
6:39. Dan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami adalah pekak dan bisu, dalam kegelapan. Sesiapa Allah hendak, Dia sesatkan, dan sesiapa Dia hendak, Dia letakkannya di atas jalan lurus.
6:40. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu, atau Saat datang kepada kamu, adakah kamu seru sesiapa selain daripada Allah, jika kamu berkata benar?"
6:41. Tidak, hanya kepada Dia kamu seru, dan Dia akan hilangkan apa yang kamu seru kepada-Nya jika Dia hendak, dan kamu lupa apa yang kamu sekutukan.
6:42. Sesungguhnya Kami telah utus kepada umat-umat sebelum kamu, dan Kami ambil mereka dengan musibah dan kesusahan supaya mereka merendah diri.
6:43. Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka rendahkan diri! Tetapi hati mereka keras, dan syaitan menampakkan indah bagi mereka apa mereka buat.
6:44. Maka, apabila mereka lupakan apa yang mereka telah diingatkan, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala sesuatu, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang mereka diberi, Kami ambil mereka dengan tiba-tiba; maka ketika itu, mereka adalah orang-orang yang berputus asa.
6:45. Sisa terakhir kaum yang buat zalim dipotong. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam!
6:46. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah ambil pendengaran kamu, dan penglihatan kamu, dan letak penutup pada hati kamu, siapakah ia tuhan selain daripada Allah yang datangkannya kembali kepada kamu?" Perhatikan bagaimana Kami ulang-ulangi ayat-ayat! Namun demikian, setelah itu mereka berpaling.
6:47. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu dengan tiba-tiba, atau dengan nyata; tidakkah sesiapa yang dimusnahkan melainkan kaum yang zalim?"
6:48. Kami tidak utus para utusan kecuali untuk beri berita gembira, dan beri amaran. Maka sesiapa yang percaya, dan membetulkan - tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
6:49. Tetapi orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, merekalah yang azab akan sentuh kerana mereka buat fasiq.
6:50. Katakanlah, "Aku tidak kata kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak tahu yang ghaib, dan aku tidak kata kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu fikirkan?"
6:51. Dan berilah amaran dengannya kepada orang-orang yang takut bahawa mereka akan dikumpulkan kepada Pemelihara mereka; tidak ada bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung) dan tiada juga seorang pengantara, supaya mereka bertakwa.
6:52. Dan jangan usir orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, kerana hendakkan wajah-Nya. Tidak ada sama sekali hitungan mereka kepada kamu, dan tidak ada sama sekali hitungan kamu kepada mereka, bahawa kamu patut usir mereka, dan jadi antara orang-orang zalim.
6:53. Begitulah Kami uji sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain supaya mereka berkata, "Inikah orang-orang yang Allah berbudi baik kepada mereka antara kita?" Bukankah Allah sangat-sangat tahu orang-orang berterima kasih?
6:54. Dan apabila orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Sejahtera ke atas kamu)." Pemelihara kamu tuliskan (tetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu buat jahat dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
6:55. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat, supaya jalan orang-orang yang berdosa jadi nyata.
6:56. Katakanlah, "Aku dilarang sembah orang-orang yang kamu seru selain daripada Allah." Katakanlah, "Aku tidak ikut keinginan kamu; jika demikian, aku sesat dan tidak termasuk orang-orang yang dapat petunjuk."
6:57. Katakanlah, "Aku adalah di atas satu bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan kamu dustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan dengannya; putusan hanyalah bagi Allah. Dia ceritakan yang benar, dan Dia yang terbaik daripada pembuat-pembuat ketetapan."
6:58. Katakanlah, "Jika apa yang kamu minta disegerakan ada padaku, tentu perkara antara aku dan kamu telah diputuskan, dan Allah sangat-sangat tahu orang-orang zalim."
6:59. Pada-Nya kunci-kunci pada yang ghaib; tiada yang ketahuinya melainkanDia. Dia tahu apa yang di darat dan laut, dan tiada sehelai daun yang jatuh melainkan Dia ketahuinya. Tiada sebutir biji dalam kegelapan bumi, dan tiada satu benda, segar atau kering, kecuali di dalam Kitab yang jelas.
6:60. Dia yang matikan kamu pada malam hari, dan Dia tahu apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia bangkitkan kamu padanya supaya satu tempoh yang telah dinyatakan disempurna; kemudian kepada-Nya kamu kembali, lalu Dia beritahu kamu apa kamu buat.
6:61. Dia Yang Menakluki hamba-hamba-Nya. Dia utus pencatat-pencatat kepada kamu sehingga, apabila salah seorang antara kamu didatangi kematian, Rasul-Rasul Kami matikannya, dan mereka tidak lalai.
6:62. Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah, Pelindung mereka Yang Benar. Ketahuilah, bagi-Nya putusan, dan Dia penghitung yang paling cepat.
6:63. Katakanlah, "Siapakah yang selamatkan kamu daripada kegelapan darat dan laut?" Kamu seru kepada-Nya dengan rendah diri dan dengan berahsia, "Sungguh, jika Engkau selamatkan daripada ini, kami akan jadi di kalangan orang-orang yang bersyukur (berterima kasih)."
6:64. Katakanlah, "Allah selamatkan kamu daripadanya, dan daripada segala kecemasan; kemudian kamu sekutukan."
6:65. Katakanlah, "Dia berkuasa unuk mengirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau unuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk rasakan kepada kamu bencana satu sama lain." Perhatikan bagaimana Kami ulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka faham.
6:66. Kaum kamu dustakannya, padahal ia adalah yang benar. Katakanlah, "Aku bukanlah seorang wakil kepada kamu."
6:67. Tiap-tiap berita ada masa ketetapannya, dan pasti kamu akan ketahuinya.
6:68. Apabila kamu lihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis (bicara) yang lain; dan, jika syaitan jadikan kamu lupa, janganlah duduk setelah mengingatkan bersama kaum yang zalim.
6:69. Tidak ada sama sekali hitungan mereka ke atas orang-orang bertakwa, tetapi hanya mengingatkan supaya mereka bertakwa (takut kepada Tuhan).
6:70. Dan tinggalkanlah orang-orang yang ambil agama mereka untuk satu permainan, dan satu hiburan, dan yang kehidupan dunia menipu mereka. Ingatkanlah dengannya supaya sesuatu jiwa tidak dibinasakan kerana apa yang ia usahakan; selain daripada Allah, ia tidak ada wali (pelindung) dan tidak ada pengantara, dan jika ia tebus dengan yang setara, ia tidak akan diambil daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dibinasakan kerana apa yang mereka usahakan. Bagi mereka, minuman daripada air yang mendidih, dan azab yang pedih, kerana mereka tidak percaya.
6:71. Katakanlah, "Adakah kita akan seru, selain daripada Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat, dan tidak juga mudaratkan kita, dan adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah beri petunjuk kepada kita? Seperti orang yang digoda hingga kebingungan di bumi oleh syaitan-syaitan, walaupun dia mempunyai teman-teman yang menyerunya kepada petunjuk, 'Datanglah kepada kami!'" Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar, dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam,
6:72. Dan lakukan solat, dan takuti Dia; Dia yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan."
6:73. Dia yang cipta langit dan bumi dengan benar pada hari Dia berkata, "Jadilah", lalu jadilah ia. Ucapan-Nya benar, dan bagi-Nya Kerajaan pada hari trompet ditiup; Yang tahu yang ghaib, dan yang nyata; Dia Yang Bijaksana, Yang Menyedari.
6:74. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, "Adakah kamu ambil patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku lihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata."
6:75. Demikianlah Kami lihatkan kepada Ibrahim dominion langit dan bumi, supaya dia jadi antara orang-orang yang yakin.
6:76. Apabila malam menutupi di atasnya, dia lihat satu bintang dan berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Aku tidak suka yang terbenam."
6:77. Apabila dia lihat bulan terbit, dia berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Jika Pemeliharaku tidak beri petunjuk kepada aku, tentu aku jadi daripada kaum yang sesat."
6:78. Apabila dia lihat matahari terbit, dia berkata, "Inilah Pemeliharaku; ini lebih besar!" Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan.
6:79. Aku hadapkan wajahku kepada Dia yang mulakan langit dan bumi; seorang yang lurus, dan bukanlah aku daripada orang-orang yang sekutukan."
6:80. Kaumnya mendebatnya. Dia berkata, "Adakah kamu hendak debat aku mengenai Allah, dan Dia beri petunjuk kepadaku? Aku tidak takut pada apa yang kamu sekutukan dengan-Nya, kecuali jika Pemeliharaku hendak sesuatu. Pemeliharaku merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan-Nya; tidakkah kamu ingatinya?
6:81. Bagaimanakah aku boleh takut pada apa yang kamu sekutukan, sedang kamu tidak takut sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kepada kamu sebarang kuasa? Manakah antara dua golongan yang lebih berhak dengan keamanan jika kamu tahu?"
6:82. Orang-orang yang percaya, dan tidak campuradukkan iman mereka dengan kezaliman; bagi merekalah keamanan, dan merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar.
6:83. Itu hujah Kami yang kami beri Ibrahim terhadap kaumnya. Kami naikkan darjat siapa yang Kami hendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu Bijaksana, Mengetahui.
6:84. Dan kami beri dia Ishak, dan Yaakub - masing-masing Kami beri petunjuk. Dan Nuh, Kami beri petunjuk sebelum itu, dan daripada keturunannya, Daud, Sulaiman, Ayub, Yusuf, Musa, dan Harun - begitulah Kami balas orang-orang buat baik.
6:85. Dan Zakaria, Yahya, Isa, dan Elias; masing-masing termasuk orang-orang salih.
6:86. Dan Ismail, Alyasa, Yunus, dan Lut; masing-masing Kami lebihkan di atas semua alam.
6:87. Dan daripada bapa-bapa mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami memilih mereka, dan Kami beri mereka petunjuk pada jalan lurus.
6:88. Itu petunjuk Allah; Dia beri petunjuk dengannya kepada siapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya; sekiranya mereka orang-orang yang sekutukan, nescaya sia-sialah bagi mereka apa yang mereka telah buat.
6:89. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka kami beri Kitab, dan Putusan, dan Kenabian. Jika mereka tidak percaya kepadanya, Kami amanahkannya kepada suatu kaum yang bukanlah orang-orang tidak percaya kepadanya.
6:90. Mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk; maka ikutlah petunjuk mereka. Katakanlah, "Aku tidak minta kepada kamu upah untuknya; ia hanyalah satu peringatan untuk semua alam."
6:91. Mereka tidak pertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar ketika mereka berkata, "Allah tidak turunkan sesuatu kepada mana-mana manusia." Katakanlah, "Siapakah yang turunkan Kitab yang Musa datangkan sebagai satu cahaya dan satu petunjuk bagi manusia? Kamu letakkannya di kertas-kertas, dengan menampakkannya, dan sembunyikan kebanyakannya; dan kamu diajar apa yang kamu tidak tahu, kamu dan bapa-bapa kamu." Katakanlah, "Allah." Kemudian tinggalkanlah mereka bersendiri bermain-main permainan terjunan mereka.
6:92. Inilah sebuah Kitab yang Kami turunkan, yang diberkati, dan mengesahkan apa yang sebelumnya, dan supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang yang di sekitarnya; dan orang-orang yang percayai akhirat percayainya, dan mereka yang pelihara solat mereka.
6:93. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, "Kepada aku ia diwahyukan"; padahal tiada yang diwahyukan kepadanya, atau orang yang berkata, "Aku akan turunkan yang serupa dengan apa yang Allah turunkan"? Jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim dalam sengsara kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, "Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu kata yang tidak benar terhadap Allah, dan sombong terhadap ayat-ayat-Nya."
6:94. "Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian, seperti Kami cipta kamu pada kali pertama, dan kamu tinggalkan apa yang Kami kurniakan kepada kamu di belakang punggung kamu. Kami tidak lihat bersama kamu pengantara-pengantara kamu, orang-orang yang kamu dakwa untuk jadi sekutu-sekutu antara kamu. Pertalian antara kamu diputuskan, dan apa yang kamu dakwakan sudah sesat (hilang) daripada kamu."
6:95. Sesungguhnya Allah membelah biji biji-bijian, dan biji kurma, keluarkan yang hidup daripada yang mati; Dia keluarkan juga yang mati daripada yang hidup. Demikianlah itulah Allah; maka bagaimanakah kamu dipalingkan?
6:96. Dia membelah pagi, dan buatkan malam satu kerehatan, dan matahari dan bulan untuk hitungan. Itu ketentuan Yang Perkasa, Yang Mengetahui.
6:97. Dia yang buatkan untuk kamu bintang-bintang supaya dengannya kamu dapat petunjuk dalam kegelapan darat dan laut. Kami telah jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.
6:98. Dia yang tumbuhkan kamu daripada jiwa yang satu, dan kemudian sebuah tempat menginap, dan kemudian tempat simpanan. Kami telah jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang faham.
6:99. Dia yang turunkan dari langit, air; dan dengannya Kami keluarkan tunas segala tumbuh-tumbuhan, dan kemudian Kami keluarkan daun-daun hijau, dan keluarkan daripadanya biji-bijian yang bersusun rapat, dan keluar daripada pohon palma, daripada seludangnya, kurma-kurma bertandan lebat yang boleh dicapai, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan zaitun, dan delima, yang serupa sesamanya dan tidak mutasyabihat (serupa) sesamanya. Perhatikanlah pada buah-buahnya apabila mereka berbuah, dan masak. Sesungguhnya pada semua ini adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.
6:100. Namun begitu, mereka adakan bagi Allah, sebagai sekutu-sekutu, jin, padahal Dia yang cipta mereka. Mereka andaikan bagi-Nya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan tanpa sebarang pengetahuan. Dia disanjung! Tingginya Dia di atas apa mereka terangkan.
6:101. Pencipta langit dan bumi; bagaimanakah Dia boleh mempunyai seorang anak lelaki sedang Dia tiada isteri, dan Dia yang cipta segala sesuatu, dan Dia tahu segala sesuatu?
6:102. Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, Pencipta segala sesuatu. Maka sembahlah Dia, dan Dia Wakil atas segala sesuatu.
6:103. Penglihatan tidak dapat mencapai-Nya, tetapi Dia dapat capai penglihatan; Dia Yang Halus, Yang Menyedari.
6:104. Bukti-bukti yang nyata telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa melihat, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buta, ia adalah kepadanya sendiri; aku bukanlah penjaga kamu.
6:105. Begitulah Kami ulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka berkata, "Kamu telah pelajarinya"; dan supaya Kami jelaskannya bagi kaum yang tahu.
6:106. Ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan.
6:107. Sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak jadi orang-orang yang sekutukan; dan Kami tidak lantik kamu sebagai penjaga kepada mereka, dan kamu bukanlah wakil mereka.
6:108. Jangan mencaci-maki orang-orang yang mereka seru selain daripada Allah, atau mereka akan mencaci-maki Allah dalam membalas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami nampakkan indah bagi setiap umat amalan-amalan (perbuatan) mereka, kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka kembali, dan Dia beritahu mereka apa mereka buat.
6:109. Mereka bersumpah dengan Allah, dengan sumpah segenap hati, bahawa jika satu ayat (mukjizat) datang kepada mereka, mereka akan percayainya. Katakanlah, "Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah." Apakah yang akan buat kamu sedar bahawa, apabila ia datang, mereka tidak akan percayai?
6:110. Kami terbalikkan hati mereka, dan penglihatan mereka, sebagaimana mereka tidak percayainya pada kali pertama; dan Kami tinggalkan mereka dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.
6:111. Walaupun Kami turunkan malaikat-malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang mati berkata-kata dengan mereka, sekiranya Kami kumpulkan kepada mereka segala sesuatu berhadapan muka, bukanlah mereka yang akan percayai, kecuali jika Allah hendaki; tetapi kebanyakan mereka bodoh.
6:112. Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
6:113. Dan supaya hati orang-orang tidak percayai akhirat condong kepadanya, dan supaya mereka sangat puas hati dengannya, dan supaya mereka peroleh apa yang mereka perolehkan.
6:114. Apa, adakah aku akan cari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang turunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab tahu bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
6:115. Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh tukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
6:116. Jika kamu taati kebanyakan orang di bumi, mereka akan sesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka ikut hanya sangkaan, semata-mata dugaan.
6:117. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu siapa yang sesat daripada jalan-Nya; Dia sangat-sangat tahu orang yang dapat petunjuk yang benar.
6:118. Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya.
6:119. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah jelaskan kepada kamu apa yang Dia haramkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang mencabul.
6:120. Tinggalkanlah dosa yang nampak, dan yang tersembunyi; sesungguhnya orang-orang yang usahakan dosa akan dibalas dengan apa yang mereka perolehkan.
6:121. Dan janganlah makan apa yang padanya nama Allah tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan wali-wali (sahabat-sahabat) mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu taati mereka, kamulah orang-orang yang sekutukan.
6:122. Adakah orang yang sudah mati, dan Kami hidupkannya, dan buatkannya satu cahaya untuk berjalan dengannya di tengah-tengah manusia, seperti orang yang persamaannya berada di dalam kegelapan, dan tidak dapat keluar darinya? Maka dinampakkan indah bagi orang-orang tidak percaya (kafir) apa mereka buat.
6:123. Dan begitulah Kami adakan di tiap-tiap bandaraya, pembesar-pembesar, orang-orangnya yang berdosa, untuk buat tipu daya di dalamnya; tetapi mereka perdayakan hanya diri-diri mereka sendiri, dan mereka tidak sedar.
6:124. Dan apabila satu ayat datang kepada mereka, mereka berkata, "Kami tidak akan percayai sehingga kami diberi yang serupa dengan apa yang Rasul-Rasul Allah telah diberi." Allah sangat-sangat tahu di mana hendak letak Mesej-Nya; dan kehinaan pada pandangan Allah akan menimpa orang-orang yang berdosa, dan azab yang keras, kerana mereka memperdayakan.
6:125. Sesiapa Allah hendak beri petunjuk, Dia lapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa Dia hendak disesatkan, Dia buatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah letak kotoran kepada orang-orang tidak percayai.
6:126. Inilah jalan Pemelihara kamu, yang lurus; sesungguhnya Kami telah jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengingati.
6:127. Bagi mereka tempat kediaman sejahtera di sisi Pemelihara mereka, dan Dia Wali (Pelindung) mereka kerana apa yang mereka telah buat.
6:128. Pada hari Dia kumpulkan mereka kesemuanya: "Wahai golongan jin, kamu telah banyak ambil daripada manusia." Kemudian wali-wali mereka di kalangan manusia berkata, "Wahai Pemelihara kami, sebahagian kami telah dapat kesenangan daripada sebahagian yang lain, dan kami telah sampai tempoh yang Engkau tentukan bagi kami." Dia berkata, "Apilah tempat tinggal kamu, di dalamnya tinggal selama-lamanya"; kecuali seperti yang Allah hendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu Bijaksana, Mengetahui.
6:129. Maka Kami jadikan orang-orang zalim sahabat-sahabat satu sama lain, kerana apa yang mereka usahakan.
6:130. "Wahai golongan jin dan manusia, tidakkah Rasul-Rasul datang daripada kamu sendiri yang ceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan beri amaran kepada kamu mengenai pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Kami saksikan terhadap diri-diri kami sendiri." Mereka ditipu oleh kehidupan dunia, dan mereka saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya.
6:131. Itu adalah kerana Pemelihara kamu tidak akan musnahkan bandaraya-bandaraya dengan kezaliman sedang penduduknya lalai.
6:132. Bagi semua, ada darjat mengikut apa mereka buat. Pemelihara kamu tidak lalai daripada apa mereka buat.
6:133. Pemelihara kamu ialah Yang Kaya, Berpengasihan. Jika Dia hendaki, Dia hapuskan kamu, dan sesudah kamu, unuk menggantikan kamu, apa yang Dia hendaki, sebagaimana Dia tumbuhkan kamu daripada keturunan kaum yang lain.
6:134. Apa yang kamu dijanjikan, itu pasti datang; bukanlah kamu orang-orang yang mengandaskan.
6:135. Katakanlah, "Wahai kaumku, beramallah kamu mengikut tempat kamu; aku seorang yang beramal. Dan sungguh, kamu akan tahu siapa yang mempunyai tempat kediaman muktamad. Sesungguhnya orang-orang zalim tidak beruntung."
6:136. Mereka tentukan bagi Allah sebahagian daripada tanaman dan binatang ternak yang Dia cipta, dengan berkata, "Ini untuk Allah" - demikian mereka dakwa - "dan ini untuk sekutu-sekutu kami." Maka apa yang untuk sekutu-sekutu mereka tidak sampai kepada Allah, dan apa yang untuk Allah sampai kepada sekutu-sekutu mereka. Adalah jahat apa yang mereka putuskan!
6:137. Demikianlah sekutu-sekutu mereka nampakkan indah bagi kebanyakan orang yang sekutukan supaya membunuh anak-anak mereka, untuk binasakan mereka, dan untuk kelirukan agama mereka kepada mereka. Sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak membuatnya; maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
6:138. Mereka berkata, "Binatang ternak dan tanaman ini adalah larangan; tiada yang akan makan kecuali siapa yang kami hendaki" - demikian mereka dakwa - "Dan binatang ternak yang punggungnya diharamkan, dan binatang ternak yang mereka tidak mengingati (menyebut) nama Allah padanya"; untuk mengada-adakan terhadap-Nya. Kelak Dia akan balas mereka atas apa yang mereka ada-adakan.
6:139. Dan mereka berkata, "Apa yang di dalam perut binatang ternak ini adalah khas untuk lelaki kami, dan diharamkan kepada isteri-isteri kami; tetapi jika ia mati, maka mereka semua bersekutu padanya." Sungguh, Dia akan balas mereka atas keterangan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.
6:140. Rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka dalam kebodohan, tanpa pengetahuan, dan mereka haramkan apa yang Allah rezekikan mereka, dengan mengada-adakan terhadap Allah; mereka sesat, dan tidak dapat petunjuk yang benar.
6:141. Dia yang tumbuhkan kebun-kebun yang berjunjung, dan tidak berjunjung, dan pohon-pohon palma, dan tanaman yang bermacam-macam hasilnya, dan zaitun, dan delima, yang mutasyabihat (serupa) sesamanya dan tidak mutasyabihat sesamanya. Makanlah buah-buah mereka apabila mereka berbuah, dan berikan haknya (yang patut diberi) pada hari memetiknya, dan janganlah membazir; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang membazir.
6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk dihidangkan, makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
6:143. Lapan pasangan; dua biri-biri, dan kambing, dua. Katakanlah, "Adakah dua yang jantan Dia haramkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Beritahu aku pengetahuannya jika kamu berkata benar."
6:144. Daripada unta, dua; dan daripada lembu, dua. Katakanlah, "Adakah dua yang jantan Dia haramkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Adakah kamu saksi-saksi ketika Allah wasiatkan ini kepada kamu? Maka siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah untuk dia sesatkan manusia tanpa sebarang pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim."
6:145. Katakanlah, "Aku tidak dapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang makan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."
6:146. Dan ke atas orang-orang Yahudi, Kami haramkan segala haiwan yang berkuku, dan daripada lembu dan kambing, Kami haramkan mereka lemak mereka, kecuali apa yang punggung-punggung mereka bawa, atau ususnya, atau apa yang bercampur dengan tulangnya; bahawa Kami balas mereka kerana keangkuhan mereka; sesungguhnya Kami berkata benar.
6:147. Maka, jika mereka dustakan kamu, katakanlah, "Pemelihara kamu, dalam pengasihan merangkumi, dan bencana-Nya tidak dapat dikembalikan daripada kaum yang berdosa."
6:148. Orang-orang yang sekutukan akan berkata, "Sekiranya Allah hendak, tentu kami tidak jadi orang-orang yang sekutukan, dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami haramkan sesuatu." Begitulah orang-orang sebelum mereka dustakan sehingga mereka rasakan bencana Kami. Katakanlah, "Adakah kamu sebarang pengetahuan untuk kamu keluarkan kepada kami? Kamu hanya ikut sangkaan, semata-mata dugaan."
6:149. Katakanlah, "Bagi Allah hujah yang muktamad; sekiranya Dia hendak, tentu Dia beri petunjuk kepada kamu semua."
6:150. Katakanlah, "Bawalah saksi-saksi kamu, orang-orang yang saksikan bahawa Allah haramkan ini." Kemudian, jika mereka saksikan, janganlah saksikan bersama mereka; dan jangan ikut keinginan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan yang tidak percayai akhirat, dan setarakan Pemelihara mereka.
6:151. Katakanlah, "Marilah, aku akan bacakan apa yang Pemelihara kamu haramkan kamu: bahawa kamu tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan buat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami beri rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak dekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.
6:152. Dan bahawa kamu tidak mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik, sehingga dia dewasa. Dan tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, berlakuadillah, walaupun ia kepada sanak saudara yang dekat. Dan tepatilah perjanjian Allah. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu ingat.
6:153. Dan bahawa inilah jalan-Ku, lurus; maka kamu ikutlah ia, dan jangan ikut jalan-jalan yang berlainan supaya mereka tidak pecah belahkan kamu daripada jalan-Nya. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu bertakwa."
6:154. Kemudian kami beri Musa al-Kitab, yang sempurna bagi orang buat baik, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan sebagai satu petunjuk, dan satu pengasihan, supaya mereka percayai pertemuan dengan Pemelihara mereka.
6:155. Ini ialah sebuah Kitab yang Kami turunkan, yang diberkati; maka ikutlah ia, dan bertakwalah supaya kamu dikasihani.
6:156. Supaya kamu tidak berkata, "Kitab diturunkan hanya kepada dua golongan sebelum kami, dan kami adalah orang-orang yang lalai daripada pengajiannya."
6:157. Atau, supaya kamu tidak berkata, "Jika Kitab diturunkan kepada kami, tentu kami lebih dapat petunjuk daripada mereka." Sesungguhnya satu bukti yang jelas telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan; maka siapakah lebih zalim daripada orang yang dustakan ayat-ayat Allah, dan berpaling daripadanya? Sungguh, Kami akan balas orang-orang yang berpaling daripada ayat-ayat Kami dengan azab yang jahat kerana palingan mereka.
6:158. Apa, adakah mereka menanti-nanti supaya malaikat-malaikat datang kepada mereka, atau supaya Pemelihara kamu datang, atau satu daripada ayat-ayat Pemelihara kamu datang? Pada hari satu daripada ayat-ayat Pemelihara kamu datang, ia tidak akan bermanfaat kepada sesuatu jiwa untuk beriman, yang tidak pernah percaya sebelumnya, atau mengusahakan sedikit kebaikan pada imannya. Katakanlah, "Lihat dan tunggulah; kami juga menunggu."
6:159. Orang-orang yang buat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu (Muhammad) bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan beritahu mereka apa yang mereka telah buat.
6:160. Sesiapa yang datangkan satu yang baik, akan dapati sepuluh yang serupa dengannya; dan sesiapa yang datangkan satu kejahatan, hanya dibalas dengan yang serupa dengannya; mereka tidak dizalimi.
6:161. Katakanlah, "Bagiku, Pemeliharaku telah beri aku petunjuk pada jalan lurus, agama yang betul, anutan Ibrahim, seorang yang lurus; dia bukanlah orang yang sekutukan."
6:162. Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam.
6:163. Tiada sekutu bagi-Nya, dan begitulah aku diperintah, dan aku yang pertama muslim."
6:164. Katakanlah, "Adakah aku cari satu pemelihara, selain daripada Allah, yang adalah Pemelihara segala sesuatu?" Tiap-tiap jiwa tidak usahakan melainkan terhadapnya sendiri; orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain. Kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu kembali, dan Dia beritahu kamu apa yang padanya kamu selisihkan.
6:165. Dia yang melantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi, dan naikkan sebahagian kamu dalam darjat di atas sebahagian yang lain, supaya Dia uji kamu pada apa yang Dia beri kamu. Sesungguhnya, Pemelihara kamu cepat dalam balasan-Nya; dan sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
Daftar Surah



Tiada ulasan: