The Alien - Link Select

Khamis, 28 Februari 2013

PROFFESOR KADIRUN YAHYA???

Tariqat Naqsyabandiah Kadirun Yahya LATARBELAKANG • Pengasas tariqat ini ialah Prof. Dr. Haji Sayyidi Syeikh Kadirun Yahya. Nama asal beliau ialah Mohamed Amin dan gelaran rasminya Patuan Baleo Rahmatsah Harahap. Beliau dikenali oleh murid-muridnya dengan gelaran “Yang Mulia Ayahanda Guru” atau “Ayah Guru”. Beliau dilahirkan pada 20 Jun 1917 di Pengkalanbrandan Daerah Langkat, Sumatera Timur, Indonesia. Nama bapanya Ompung Sutan Sari Alam dan tinggal di Pancabumi Medan, Jln. KM 4 ½, Jend. Gatot Subroto, Medan, Kotak Pos 100, Sumatera, Indonesia. • Dalam bidang pengajian, Prof. Dr. Haji Saidi Syeikh Kadirun Yahya telah mempelajari banyak ilmu dan bahasa. Selain itu, beliau juga merupakan pakar dalam Bahasa Inggeris dan Jerman di samping turut melibatkan diri dalam mengajar ilmu-ilmu yang dipelajarinya selama 15 hingga 28 tahun. Secara ringkas, antara kelulusan yang dimiliki oleh beliau adalah seperti berikut: 1. H.I.S. Negeri (1924 – 1931). 2. MULO-B Negeri (1931 – 1935). 3. AMS-B Negeri (1935 – 1938). 4. Kuliah Ilmu Kebatinan (1938 – 1940). 5. Kuliah Ilmu Jiwa Amsterdam (1940 – 1942). 6. Kuliah Agama Islam (Bahagian Tasawuf/Sufi) (1947 – 1954). 7. Kuliah Ideologi dan Bahasa Inggeris (1951 – 1953). 8. M.O. Bahasa Inggeris Gedeelte 1 (1953) (Bandung). 9. Lulus Ujian Sarjana Lengkap (Drs.) dalam Ilmu Falsafah Kerohanian dan Metaphysika (1962). 10. Drs. Dalam Ilmu Falsafah Kerohanian dan Metaphysika (1968). 11. Lulus Ujian Sarjana Lengkap (Drs.) dalam Ilmu Fizik Kimia (1974). • Ajaran Kadirun ini diasaskannya sejak 1952 di Medan dan mula disebarluaskan ke Malaysia sekitar tahun 1970 an. Antara tempat yang dikenalpasti sebagai pusat kegiatan yang utama ialah Madrasah Darul Amin, Batu 17 ½, Rawang, Hulu Selangor dan Surau Darul Jamil, Kampung Sungai Lang Tengah, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Amalan ajaran tersebut dilakukan pada setiap malam Selasa dan Juma`at di kedua-dua tempat ini. Madrasah Darul Amin di Rawang, Selangor, dikenalpasti sebagai markas besar mereka di negara ini. Oleh itu, segala urusan pendaftaran dan bai`ah (pengakuan taat setia sebagai murid atau pengikut) turut diadakan di madrasah tersebut yang dilakukan oleh murid tua atau wakil guru kepada Kadirun Yahya. Beberapa orang wakil Kadirun Yahya di Malaysia juga begitu aktif menyebarkan tariqat ini. Antaranya yang dapat dikesan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor ialah Haji Mohd. Shariff Ali, Haji Kamaruddin Haji Ibrahim dan Prof. Datuk Mohd Nor Marahakim. • Selain itu, tariqat ini juga dipercayai telah berkembang di Malaysia di tempat-tempat seperti berikut: 1. Kempas, Johor Bahru. 2. Kota Bharu, Kelantan. 3. Kota Kinabalu, Sabah. 4. Kuching, Sarawak. 5. Alor Setar, Kedah. 6. Kemaman, Terengganu. 7. Jerantut, Pahang. 8. Seremban, Negeri Sembilan. CIRI-CIRI AJARAN 1. Nur Allah bergabung dengan nur Muhammad sallallahu `alayhi wasallam. Prof. Kadirun di dalam bukunya “Isra’ Mi`raj” dan “Sekuntum Bunga Di Taman Firdaus” telah menyifatkan nur Ilahi itu berdampingan dengan nur Muhammad sallallahu `alayhi wasallam. Baginya, nur (cahaya) tersebut berfungsi sebagai wasilah atau perantara antara manusia dengan Allah dan ditanam ke dalam diri rohani para Rasul yang disucikan. Dan manusia menghadapkan fokusnya kepada roh Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam. 2. Ajarannya dari Allah. Mereka juga mendakwa kononnya tariqat ini telah diwahyukan sendiri oleh Allah kepada Nabi Muhammad sallallahu `alayhi wasallam sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul. Melalui tariqat ini, Allah telah menurunkan nur (cahaya) ke dalam badan Nabi Muhammad sallallahu `alayhi wasallam. Manakala nur Muhammad ini pula diturunkan kepada setiap lapisan salsilah di kalangan pengamalnya hinggalah ke dalam batang tubuh Prof. Kadirun Yahya sendiri. 3. Mengi`tiqadkan bersama guru. Setiap pengikut mesti membayangkan wajah guru mereka semasa beramal agar amalan segera diterima. Begitu juga adalah sudah memadai dengan mengenali gambarnya atau orangnya. Justeru, jika tidak mengetahui wajahnya, memadailah dengan mengi`tiqadkan diri beserta dengannya dan berzikir serta berimam dengannya. Dengan demikian pengikutnya akan beserta pula berzikir dengan Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam yang kekal berada di sisi Allah. 4. Merokok tidak masuk syurga. Para ahli ajaran tariqat ini juga tidak dibenarkan menghisap rokok kerana sesiapa yang merokok tidak akan masuk syurga. 5. Menunaikan haji di Medan, Indonesia. Sebelum menunaikan haji di Makkah, pengikutnya dikehendaki terlebih dahulu datang bersuluk di Pancabudi, Medan. Sekiranya mereka tidak mampu ke Makkah, maka memadailah datang ke Medan sahaja. 6. Bersuluk meninggalkan Juma`at. Ajaran Kadirun juga mengandungi amalan suluk selama 10 hari dengan mengamalkan zikir-zikir tertentu dan meninggalkan Juma`at. Haji Mohd. Syarif Ali dan murid-murid tua bertindak sebagai pembimbing. Kaum wanita dibimbing oleh murid tua di kalangan mereka dan perlu meminta izin daripada suami atau ibu bapa sebelum menyertainya. Hanya beberapa tempat sahaja di Malaysia yang ada menjalankan suluk, iaitu di markas besarnya di Rawang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kemaman, Terengganu. Suluk akbar dilakukan pada bulan Muharram, Ramadhan, Rabi`ul Awwal, Zulhijjah dan Rajab. Ahlinya yang mempunyai kesempatan sahaja yang mengamalkan suluk dan telah memasuki tariqat ini lebih dari tiga bulan. Jumlah hari bersuluk yang diwajibkan adalah 10 hari, walaupun melakukannya di Medan dan boleh ditambah lagi selepas hari yang kesepuluh. 7. Roh terawang-awang di mana-mana. Kadirun Yahya mengajarkan bahawa manusia tidak akan sampai kepada Allah subhanahu wata`ala hingga hari qiyamat walaupun terbang dengan sebarang alat sekalipun atau melalui apa sahaja akal dan ma`rifat kerana kapasiti yang terbatas. Bagi Kadirun, roh manusia itu tetap berterbangan di awangan selamanya di alam roh yang luas tidak bertepi sehingga akhirnya roh-roh itu hancur berantakan kerana diperdayakan oleh jin, syaitan atau iblis. Tidak dapat diketahui ke mana perginya tetapi yang pastinya tidak sampai kepada Allah. Kononnya untuk sampai ke sana, memerlukan frekuensi yang tak terhingga yang hanya berada dalam diri Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam dan dapat diwarisi daripada Baginda. 8. Bergabung dengan roh Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam. Untuk mendapatkan solat yang khusyu`, pengikut ajaran Kadirun Yahya hendaklah menggabungkan dengan diri rohani Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam yang mempunyai frekuensi tidak terhingga. Maka barulah rohani ikut bergetar, bertasbih dan berzikir dengan frekuensi yang tidak terhingga dan akhirnya akan disucikan oleh roh Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam. 9. Menyalahtafsirkan ayat-ayat Al-Qur’an. Kadirun Yahya turut menyalahtafsirkan ayat-ayat Al-Qur’an sebagaimana yang terdapat di dalam karangannya di samping pengajaran yang disampaikan. KEPUTUSAN FATWA • Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mengambil maklum dan bersetuju menerima pakai keputusan fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke 3 pada 15-16 November 1981 di Bilik Gerakan Negeri Terengganu yang memutuskan bahawa: “Tariqat Naqsyabandiah Khalidiah yang dibawa oleh Kadirun Yahya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam dan mengamalkan tariqat ini adalah sesat.

NAQSYABANDI ???

Naqshbandi Tariqat Khwaja Ubaidullah Al-Ahrar salah seorang pemimpin Tariqat Naqshbandi a master of the Naqshbandi Sufi Order ________________________________________ Tariqat Naqshbandi mempunyai sejarah yang panjang iaitu silsilah pemimpin ataupun imam-imam besar bagi tariqat ini dapat dikesan sehingga ke Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Khalifah Ar-Rasyidin yang pertama.Abu Bakar as-Siddiq menjadi pengganti pertama kepada Rasulullah (s.a.w) untuk memimpin Ummat Islam pada masa itu dan mengukuhkan rohani dan iman mereka. Firman Allah didalam Al-quran yang mulia "...sedang dia(Muhammad) salah seorang dari 2(Abu Bakar r.a) orang ketika keduanya berada dalam gua,di waktu dia berkata kepada temannya,Janganlah kamu berdukacita sesungguhnya Allah beserta kita." (Al-Quran, 9:40) Rasulullah (s.a.w) pernah memuji Abu Bakar as-Siddiq dengan sabdanya,"Dikala terbit atau terbenamnya matahari, sinarnya yang memancar itu, tidak pernah menyinar pada seorang yang lebih baik selain Abu Bakar melainkan para Nabi dan Rasul." (Tarikh al-Khulafa) Baginda (s.a.w) juga pernah bersabda,"Abu Bakar lebih utama daripada kamu bukan kerana banyaknya solat atau puasa beliau melainkan kerana sesuatu rahsia yang berakar umbi di dalam hatinya."(Manaqib as-Sahaba Imam Ahmad). Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda," Jika aku di kehendaki memilih teman yang kucintai,aku memilih Abu Bakr sebagai teman yang kucintai;tetapi dia adalah saudara dan sahabatku."(Sahih Muslim) Tariqat Naqshbandi terbina asas dan rukunnya oleh 5 bintang yang bersinar di atas jalan Rasulullah (s.a.w) ini dan inilah yang merupakan ciri yang unik bagi tariqat ini yang membezakannya daripada tariqat lain. Lima bintang yang bersinar itu ialah Abu Bakr as-Siddiq,Salman Al-Farisi,Bayazid al-Bistami,Abdul Khaliq al-Ghujdawani dan Muhammad Bahauddin Uwaysi a-Bukhari yang lebih dikenali sebagai Shah Naqshband - Imam yang utama di dalam tariqat ini. Perkataan Naqshband berasal daripada dua cetusan idea : naqsh yang bermaksud "ukiran" dan ini diertikan sebagai mengukir nama Tuhan pada hati dan band pula bermaksud "ikatan" yang menunjukkan ikatan antara insan dan Penciptanya. Oleh itu ini bermakna Tariqat Naqshbandi mengajak murid-muridnya lelaki ataupun perempuan, agar melakukan solat dan menunaikan perkara yang wajib mengikut Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah (s.a.w) dan kehidupan para sahabat berserta dengan sifat Ihsan. Agar terus bermujahadah dan dapat merasakan kehadiran Allah dan perasaan cinta kepada Allah di dalam hati murid-murid tadi dan seterusnya terjalinlah ikatan antara murid dengan Penciptanya. Salman al-Farisi Selain daripada Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq siapakah lagi bintang yang bersinar di dalam tariqat warisan Rasulullah (s.a.w) ini? Salah seorang daripada mereka ialah Salman al-Farisi. Beliau berasal daripada Ispahan, sebuah bandar di Persia. Di dalam sejarah, beliau adalah sahabat yang bertanggungjawab memberikan cadangan pembinaan parit kepada ummat Islam ketika menghadapi para Musyrikin semasa peperangan Ahzab.Cadangan ini telah dapat mengelakkan korban jiwa yang banyak dan seterusnya membawa kepada perdamaian dalam waktu yang singkat. Setelah baginda Rasulullah (s.a.w) wafat, beliau berpindah ke al-Madain, ibu negara Persia ketika itu. Ia diangkat menjadi Putera dan gabenor kota tersebut. Beliau terus menetap di kota tersebut hingga ke mangkatannya. Bayazid Tayfur al-Bistami (q) Seorang lagi bintang yang menyinari tariqat ini ialah Bayazid Tayfur al-Bistami. Datuk beliau merupakan seorang penganut agama Majusi. Bayazid mendalami 'ilmu shariah dan mengamalkan kehidupan yang amat zuhud. Sepanjang hidupnya dia amat tekun dan bersungguh-sungguh di dalam mengamalkan segala suruhan agama. Dia mengajar murid-muridnya agar menyerahkan segala usaha mereka, di dalam tangan Allah. Dia juga menggalakkan murid-muridnya untuk mengamalkan ajaran Tauhid yang benar dan suci dengan penuh keikhlasan. Doktrin Ketauhidan Bayazid al Bistami Lima elemen utama terkandung di dalam doktrin ini iaitu: tetap melaksanakan kewajiban-kewajiban di dalam agama berlandaskan wahyu (Al-quran) dan As-sunnah Nabi Muhammad (s.a.w)[hadith dan cara hidup baginda], sentiasa berkata benar, jauhi hati daripada menyimpan perasaan benci, menjauhi makanan yang membahayakan diri dan menjauhi bida'ah. Bayazid berkata, matlamat utama para Sufi ialah untuk melihat Allah di alam akhirat kelak.Dia pernah berkata: " Terdapat hamba-hamba Allah yang istimewa di sisi-Nya, akan memilih dan meminta untuk dikeluarkan daripada syurga dengan segera sebagaimana penghuni neraka meminta untuk disegerakan keluar daripada neraka, SEKIRANYA pandangan mereka ditutup daripada berpeluang untuk memandang Allah di syurga." Abdul Khaliq al-Ghujduvani (q) Seorang lagi bintang yang bersinar, di dalam tariqat warisan Rasulullah (s.a.w) ini, ialah Abdul Khaliq al-Ghujduvani. Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama Ghujduvani, berdekatan dengan Bukhara - sekarang dikenali sebagai Uzbekistan dan di sinilah beliau dibesarkan dan dikebumikan. Beliau mempelajari 'Ilmu Wahyu, 'Ilmu Tafsir, Usul Fiqh dan 'Ilmu Hadith daripada Shaykh Sadruddin. Setelah menguasai 'Ilmu Ketuhanan (Shari'ah) dia meneruskan pula pengajiannya kepada Jihaddun Nafs iaitu memerangi nafsu yang ada di dalam diri setiap insan. Beliau berusaha bersungguh-sungguh memerangi nafsu diri yang rendah sehinggalah beliau berada dan sampai kepada maqam kesucian dan keikhlasan. Beliau kemudian bermusafir ke Damascus dan membuka sekolah yang telah melahirkan ramai anak-anak murid yang meneruskan perjuangan menyebarkan ajaran Islam yang sebenar ke kawasan Asia Tengah dan juga Timur Tengah. Abdul Khaliq menyambung kajian dan ajaran pemimpin tariqat sebelum beliau dengan mengumpulkan kaedah dzikr menurut sunnah Rasulullah (s.a.w).Didalam surat-suratnya beliau telah menulis tentang adab-adab yang perlu dipatuhi oleh setiap murid tariqat Naqshbandiyya. Antara kata-katanya," Wahai anakku, aku menyeru kamu supaya menuntut 'ilmu dan melakukan amalan saleh dan takutlah kamu kepada Allah. Ikutilah jejak orang-orang yang saleh dan bertaqwa yang datang sebelum kamu pada jalan kerohanian, berpeganglah pada jalan dan cara hidup Rasulullah (s.a.w), bersahabatlah dengan mukmin yang ikhlas dan jujur.Bacalah kitab-kitab Hukum Shariah dan Usul Fiqh, pelajarilah 'ilmu hadith,'ilmu tafsir, jauhilah mereka yang menipu di dalam agama dan tetaplah solat berjamaah. Berhati-hati terhadap bahaya kemasyhuran. Duduklah bersama-sama orang-orang biasa dan janganlah kamu meminta-minta jawatan." Shah Naqshband Muhammad Bahauddin Uways al-Bukhari (q) Muhammad Bahauddin Uways al-Bukhari dikenali sebagai Shah Naqshband, Imam Tariqat Naqshbandi yang tiada tandingannya. Dilahirkan pada tahun 1317 masihi di sebuah kampung yang bernama Qasr al-Arifin terletak dekat dengan Bukhara. Dalam usia muda 18 tahun beliau telah mahir dan mempunyai pemahaman yang mendalam tentang 'Ilmu Shariah. Seterusnya beliau sentiasa bersama Shaykh Muhammad Baba as-Samasi, yang merupakan Imam al-Muhaddithin (ilmu hadith) di Asia Tengah pada zaman itu. Selepas kemangkatan beliau, Shah Naqshband bersama pula dengan Shaykh Amir Kulal. Shaykh Amir Kulal meneruskan dan menyempurnakan pendidikan Shah Naqshband didalam 'Ilmu al-Quran dan 'Ilmu adz-dzikr yang diwarisinya daripada Nabi Muhammad (s.a.w), Abu Bakr as-Siddiq, Salman al-Farisi sehinggalah ke zamannya. Anak-anak murid Shaykh Amir Kulal biasa berdzikir dengan suara yang kuat semasa berdzikir beramai-ramai. Apabila berseorangan mereka berdzikir secara senyap. Shah Naqshband pernah berkata, "Ada dua kaedah berdzikir iaitu yang kuat dan yang senyap. Saya memilih yang senyap kerana ia mempunyai kesan yang lebih mendalam." Kerana inilah, kaedah dzikir secara senyap merupakan ciri yang khusus bagi Tariqat Naqshbandiyya yang membezakannya daripada lain-lain tariqat. Walaupun Abu Bakr as-Siddiq dan Shah Naqshband memilih dan cenderung kepada kaedah dzikir secara senyap, mereka tidak pernah mengkritik kaedah dzikir secara kuat. Shah Naqshband telah menunaikan fardhu haji sebanyak 3 kali. Selepas itu beliau menetap di Merv dan Bukhara. Di penghujung hidupnya dia kembali ke tempat kelahirannya, kota Qasr al-Arifin. Ajarannya menjadi buah mulut orang ramai dan dan namanya meniti dari bibir ke bibir. Pelawat daripada jauh datang untuk menziarahi dan belajar dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Murid-muridnya menimba ilmu didalam madrasah dan masjid yang dapat memuatkan 5000 orang dalam satu-satu masa yang dibina oleh beliau. Madrasah ini merupakan pusat pengajian Islam yang terbesar di Asia Tengah. Bangunan ini terus berdiri tegak hingga sekarang walaupun telah melalui zaman pemerintahan Komunis selama 70 tahun. Sekarang kerajaan tempatan mula memperbaiki dan menjaga bangunan tersebut. Ajaran Shah Naqshband telah memberi cahaya kedalam hati-hati murid-muridnya yang selama ini berada di dalam kegelapan. Beliau mengajar anak muridnya mengenai Keesaan Allah yang mana bidang ini menjadi bidang kepakaran Imam-imam Tariqat ini yang datang sebelum beliau. Beliau menekankan kepada anak muridnya tentang peri pentingnya untuk merealisasikan maqam al-Ihsan berdasarkan kepada hadith Rasulullah (s.a.w), "Ihsan ialah menyembah Allah seperti kita dapat melihatNya..." Semasa beliau sakit di saat-saat penghujung hidupnya, beliau mengunci dirinya di dalam sebuah bilik. Murid-muridnya datang menziarahi beliau tanpa henti-hentinya dan beliau memberi kepada mereka apa yang mereka perlukan. Pada satu ketika beliau telah menyuruh anak-anak muridnya membaca surah Yaasin. Setelah mereka selesai membacanya, beliau mengangkat tangan dan terus berdoa.Seterusnya beliau mengangkat jarinya sambil membaca kalimah syahadah. Setelah selesai membaca kalimah tersebut, ruh beliau pergi meninggalkan jasad untuk kembali ke hadrat ilahi,pada malam Isnin tahun 1388 masihi. Beliau dikebumikan di dalam tamannya, seperti yang beliau wasiatkan. Raja-raja yang memerintah Bukahara selepas itu, menjaga serta membesarkan madrasah dan masjid yang telah beliau bina dan menambahkan jumlah wang waqaf bagi pemeliharaan dan kegunaan madrasah tersebut. Shaykh-shaykh Tariqat Naqshbandi yang datang selepas Shah Naqshband telah banyak menulis tentang riwayat hidup beliau. Antaranya ialah Masoud al-Bukhari dan Sharif al-Jurjani yang menulis Risala Bahaiyya yang menerangkan secara terperinci mengenai kehidupan dan ajaran serta fatwa-fatwa yang telah di keluarkan oleh Shah Naqshband. Shaykh Muhammad Parsa yang meninggal di Madinah pada tahun 1419 menulis Risala Qudsiyya. Karya ini menceritakan mengenai kelebihan dan kesolehan serta ajaran-ajaran Shah Naqshband. Banyak karya-karya yang telah ditinggalkan oleh Shah Naqsband untuk generasi selepas beliau. Antaranya termasuklah, al-Awrad al-Bahaiyya, Amalan-amalan Shah Naqshband, Tanbih al-Ghafilin Maslakul Anwar dan Hadiyyatus Salikin wa Tuhfat at-Talibeen. Dia juga telah menulis puji-pujian buat Rasulullah (s.a.w) dan mengeluarkan banyak fatwa pada zamannya. Antara pendapat beliau ialah, kesemua amalan dan kaedah penyembahan, sama ada yang wajib ataupun yang sunat, adalah dibenarkan untuk dilakukan bagi mencari dan mencapai haqiqat. Solat, puasa, zakat dan sedekah,berdzikir dan mnyebut nama-nama Allah, memerangi nafsu (mujahadatunnafs)dan kehidupan zuhud, merupakan kaedah-kaedah yang diutamakan agar seseorang murid itu, dapat sampai ke hadrat Ilahi. (Lihat 11 rukun Tariqat Nashbandi). [Image] Shaykh Nazim al-Haqqani, Pemimpin Tariqat Naqshbandi pada masa ini, semasa menziarahi makam Shah Naqsband. Mufti Uzbekistan sedang memberi beliau segelas air daripada telaga air Shah Naqshband. Shah Naqshband telah membina madrasah beliau untuk memperbaharui dan mengembalikan obor Islam bagi ummat Islam dizamannya untuk menghayati ajaran Islam sebagai cara hidup mereka. Beliau menekankan tentang pentingnya berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah (s.a.w). Anak muridnya pernah bertanya kepada beliau, "Apakah yang kami perlukan untuk mengikuti jalan Tuan?" Beliau menjawab, "Mematuhi dan menghayati jalan dan cara hidup Rasulullah (s.a.w) dengan penuh kecintaan." Beliau menyambung lagi, "Jalan kita merupakan jalan yang jarang ditemui, kerana ia berpegang kepada Al-Urwatul Wuthqa, iaitu ikatan yang tidak boleh diputuskan. Jalan ini,tariqat ini hanya menghendaki pengikutnya, memegang pada jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah (s.a.w) - jalan yang suci lagi terpelihara - dan jalan yang dilalui oleh pengikut dan para sahabat baginda (s.a.w) di dalam perjuangan kita untuk menuju ke hadrat ilahi - mengenal hakihat ketuhanan." Kehidupan Shah Naqshband amatlah zuhud. Beliau amat mementingkan kehalalan makan yang beliau makan. Beliau memakan roti daripada barli yang beliau tanam dan tuai sendiri. Beliau amat mencintai para fakir miskin dan selalu memasak dan melayan mereka serta menziarahi mereka apabila mereka sakit. Sebenarnya beliau seorang yang kaya dan suka membelanjakan hartanya semata-mata pada jalan Allah, bukan untuk diri atau keluarga. Sifat beliau yang pemurah itulah yang menyebabkan beliau amat dicintai dan sifat kedermawanannya sentiasa menjadi buah mulut orang ramai. Shah Naqsband pernah berkata: "Tariqat Naqshbandi ini, merupakan jalan yang paling mudah dan senang bagi seorang murid untuk memahami tentang Tauhid.Ia bebas daripada bida'ah ataupun sebarang peyimpangan dan perbuatan yang ekstrim (shaathiyyat) ataupun tarian dan sebutan yang sukar untuk difahami (sama'a). Ia tidak meminta muridnya untuk sentiasa berlapar ataupun berjaga sepanjang malam.Oleh kerana sifat-sifat inilah, Tariqat Naqshbandiyya tetap bebas daripada mereka yang jahil ataupun penipuan (mushawazeen). Kesimpulannya, kita pula mengatakan bahawa tariqat kita ini merupakan ibu bagi tariqat-tariqat lain dan penjaga amanah kerohanian. Jalan ini adalah jalan yang paling selamat, berhikmah, dan jelas. Ia umpama telaga air yang daripadanya dapat diminum air yang suci dan amat bersih. Sehingga kini Tariqat Naqshbandiyya bebas daripada ancaman ataupun serangan daripada mana-mana pihak keran ia berpegang teguh pada As-sunnah Rasulullah (s.a.w)- jalan yang terpelihara lagi diredhai. "Dan dikehendaki dengan kaum yang keluar dari Ahlus Sunnah Wal Jama'ah itu spt kaum Wahhabi dan kaum Rafidha dan lain2, kerana diriwayatkan dari Ibn 'Umar bahawa Nabi SAW bersabda: "Akan keluar oleh manusia dari sebelah masyriq (timur) Madinah, hal keadaan mereka itu membaca akan al-Quran padahal tiada melampaui akan segala halqum mereka itu. Tiap-tiap diputuskan suatu kurun, nescaya digantikan oleh kurun yang lain pula hingga akhir mereka itu berhubung dengan keluar dajjal bersama-sama dengan Nabi 'Isa AS." Ini Kerana puak Wahhabi dan Rafidhi itu diam mereka itu pada pihak masyriq Makkah & Madinah dan mereka itulah yg membaca akan al-Quran tiada melampaui ia akan halqum mereka itu. Bahkan pada mulut jua, tiada mesra ia pada memberi faedah ia akan mengikut mereka itu akan barang yang menyuruh ia akan mereka itu."-Kitab ad-Durratun Naafi'ah fi Asyraathis Sa'ah-Bab Kenyataan Alamat Kiamat Yg Telah Jatuh, hlm 15-16 ________________________________________ Amalan Kesufian Naqshbandi © Copyright

Ahad, 24 Februari 2013

SULTAN SULU SSDI ???

"TIDAK KU JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADA-KU"