The Alien - Link Select

Khamis, 28 Februari 2013

PROFFESOR KADIRUN YAHYA???

Tariqat Naqsyabandiah Kadirun Yahya LATARBELAKANG • Pengasas tariqat ini ialah Prof. Dr. Haji Sayyidi Syeikh Kadirun Yahya. Nama asal beliau ialah Mohamed Amin dan gelaran rasminya Patuan Baleo Rahmatsah Harahap. Beliau dikenali oleh murid-muridnya dengan gelaran “Yang Mulia Ayahanda Guru” atau “Ayah Guru”. Beliau dilahirkan pada 20 Jun 1917 di Pengkalanbrandan Daerah Langkat, Sumatera Timur, Indonesia. Nama bapanya Ompung Sutan Sari Alam dan tinggal di Pancabumi Medan, Jln. KM 4 ½, Jend. Gatot Subroto, Medan, Kotak Pos 100, Sumatera, Indonesia. • Dalam bidang pengajian, Prof. Dr. Haji Saidi Syeikh Kadirun Yahya telah mempelajari banyak ilmu dan bahasa. Selain itu, beliau juga merupakan pakar dalam Bahasa Inggeris dan Jerman di samping turut melibatkan diri dalam mengajar ilmu-ilmu yang dipelajarinya selama 15 hingga 28 tahun. Secara ringkas, antara kelulusan yang dimiliki oleh beliau adalah seperti berikut: 1. H.I.S. Negeri (1924 – 1931). 2. MULO-B Negeri (1931 – 1935). 3. AMS-B Negeri (1935 – 1938). 4. Kuliah Ilmu Kebatinan (1938 – 1940). 5. Kuliah Ilmu Jiwa Amsterdam (1940 – 1942). 6. Kuliah Agama Islam (Bahagian Tasawuf/Sufi) (1947 – 1954). 7. Kuliah Ideologi dan Bahasa Inggeris (1951 – 1953). 8. M.O. Bahasa Inggeris Gedeelte 1 (1953) (Bandung). 9. Lulus Ujian Sarjana Lengkap (Drs.) dalam Ilmu Falsafah Kerohanian dan Metaphysika (1962). 10. Drs. Dalam Ilmu Falsafah Kerohanian dan Metaphysika (1968). 11. Lulus Ujian Sarjana Lengkap (Drs.) dalam Ilmu Fizik Kimia (1974). • Ajaran Kadirun ini diasaskannya sejak 1952 di Medan dan mula disebarluaskan ke Malaysia sekitar tahun 1970 an. Antara tempat yang dikenalpasti sebagai pusat kegiatan yang utama ialah Madrasah Darul Amin, Batu 17 ½, Rawang, Hulu Selangor dan Surau Darul Jamil, Kampung Sungai Lang Tengah, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Amalan ajaran tersebut dilakukan pada setiap malam Selasa dan Juma`at di kedua-dua tempat ini. Madrasah Darul Amin di Rawang, Selangor, dikenalpasti sebagai markas besar mereka di negara ini. Oleh itu, segala urusan pendaftaran dan bai`ah (pengakuan taat setia sebagai murid atau pengikut) turut diadakan di madrasah tersebut yang dilakukan oleh murid tua atau wakil guru kepada Kadirun Yahya. Beberapa orang wakil Kadirun Yahya di Malaysia juga begitu aktif menyebarkan tariqat ini. Antaranya yang dapat dikesan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor ialah Haji Mohd. Shariff Ali, Haji Kamaruddin Haji Ibrahim dan Prof. Datuk Mohd Nor Marahakim. • Selain itu, tariqat ini juga dipercayai telah berkembang di Malaysia di tempat-tempat seperti berikut: 1. Kempas, Johor Bahru. 2. Kota Bharu, Kelantan. 3. Kota Kinabalu, Sabah. 4. Kuching, Sarawak. 5. Alor Setar, Kedah. 6. Kemaman, Terengganu. 7. Jerantut, Pahang. 8. Seremban, Negeri Sembilan. CIRI-CIRI AJARAN 1. Nur Allah bergabung dengan nur Muhammad sallallahu `alayhi wasallam. Prof. Kadirun di dalam bukunya “Isra’ Mi`raj” dan “Sekuntum Bunga Di Taman Firdaus” telah menyifatkan nur Ilahi itu berdampingan dengan nur Muhammad sallallahu `alayhi wasallam. Baginya, nur (cahaya) tersebut berfungsi sebagai wasilah atau perantara antara manusia dengan Allah dan ditanam ke dalam diri rohani para Rasul yang disucikan. Dan manusia menghadapkan fokusnya kepada roh Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam. 2. Ajarannya dari Allah. Mereka juga mendakwa kononnya tariqat ini telah diwahyukan sendiri oleh Allah kepada Nabi Muhammad sallallahu `alayhi wasallam sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul. Melalui tariqat ini, Allah telah menurunkan nur (cahaya) ke dalam badan Nabi Muhammad sallallahu `alayhi wasallam. Manakala nur Muhammad ini pula diturunkan kepada setiap lapisan salsilah di kalangan pengamalnya hinggalah ke dalam batang tubuh Prof. Kadirun Yahya sendiri. 3. Mengi`tiqadkan bersama guru. Setiap pengikut mesti membayangkan wajah guru mereka semasa beramal agar amalan segera diterima. Begitu juga adalah sudah memadai dengan mengenali gambarnya atau orangnya. Justeru, jika tidak mengetahui wajahnya, memadailah dengan mengi`tiqadkan diri beserta dengannya dan berzikir serta berimam dengannya. Dengan demikian pengikutnya akan beserta pula berzikir dengan Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam yang kekal berada di sisi Allah. 4. Merokok tidak masuk syurga. Para ahli ajaran tariqat ini juga tidak dibenarkan menghisap rokok kerana sesiapa yang merokok tidak akan masuk syurga. 5. Menunaikan haji di Medan, Indonesia. Sebelum menunaikan haji di Makkah, pengikutnya dikehendaki terlebih dahulu datang bersuluk di Pancabudi, Medan. Sekiranya mereka tidak mampu ke Makkah, maka memadailah datang ke Medan sahaja. 6. Bersuluk meninggalkan Juma`at. Ajaran Kadirun juga mengandungi amalan suluk selama 10 hari dengan mengamalkan zikir-zikir tertentu dan meninggalkan Juma`at. Haji Mohd. Syarif Ali dan murid-murid tua bertindak sebagai pembimbing. Kaum wanita dibimbing oleh murid tua di kalangan mereka dan perlu meminta izin daripada suami atau ibu bapa sebelum menyertainya. Hanya beberapa tempat sahaja di Malaysia yang ada menjalankan suluk, iaitu di markas besarnya di Rawang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kemaman, Terengganu. Suluk akbar dilakukan pada bulan Muharram, Ramadhan, Rabi`ul Awwal, Zulhijjah dan Rajab. Ahlinya yang mempunyai kesempatan sahaja yang mengamalkan suluk dan telah memasuki tariqat ini lebih dari tiga bulan. Jumlah hari bersuluk yang diwajibkan adalah 10 hari, walaupun melakukannya di Medan dan boleh ditambah lagi selepas hari yang kesepuluh. 7. Roh terawang-awang di mana-mana. Kadirun Yahya mengajarkan bahawa manusia tidak akan sampai kepada Allah subhanahu wata`ala hingga hari qiyamat walaupun terbang dengan sebarang alat sekalipun atau melalui apa sahaja akal dan ma`rifat kerana kapasiti yang terbatas. Bagi Kadirun, roh manusia itu tetap berterbangan di awangan selamanya di alam roh yang luas tidak bertepi sehingga akhirnya roh-roh itu hancur berantakan kerana diperdayakan oleh jin, syaitan atau iblis. Tidak dapat diketahui ke mana perginya tetapi yang pastinya tidak sampai kepada Allah. Kononnya untuk sampai ke sana, memerlukan frekuensi yang tak terhingga yang hanya berada dalam diri Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam dan dapat diwarisi daripada Baginda. 8. Bergabung dengan roh Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam. Untuk mendapatkan solat yang khusyu`, pengikut ajaran Kadirun Yahya hendaklah menggabungkan dengan diri rohani Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam yang mempunyai frekuensi tidak terhingga. Maka barulah rohani ikut bergetar, bertasbih dan berzikir dengan frekuensi yang tidak terhingga dan akhirnya akan disucikan oleh roh Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam. 9. Menyalahtafsirkan ayat-ayat Al-Qur’an. Kadirun Yahya turut menyalahtafsirkan ayat-ayat Al-Qur’an sebagaimana yang terdapat di dalam karangannya di samping pengajaran yang disampaikan. KEPUTUSAN FATWA • Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mengambil maklum dan bersetuju menerima pakai keputusan fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke 3 pada 15-16 November 1981 di Bilik Gerakan Negeri Terengganu yang memutuskan bahawa: “Tariqat Naqsyabandiah Khalidiah yang dibawa oleh Kadirun Yahya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam dan mengamalkan tariqat ini adalah sesat.

Tiada ulasan: