The Alien - Link Select

Ahad, 7 November 2010

KUNGFU MENTADAK?!

Tsu Koon kini kuasai kung fu 'mentadak'
KUALA LUMPUR 7 Nov. - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon hari ini menjawab kritikan kononnya beliau adalah pemimpin yang terlalu berlembut dengan menjelaskan bahawa beliau boleh menjadi 'keras' apabila diperlukan.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, cara yang terlalu keras mungkin membawa kesan negatif kepada parti itu sendiri dalam jangka panjang.

"Misalnya, sifat angkuh seperti Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee telah menyebabkan dia tewas dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi.

"Sehubungan itu, kita perlu tahu melakukan keseimbangan dengan bertindak secara lembut atau keras apabila tiba masanya," katanya sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2010, di sini hari ini.

Gaya kepimpinan lembut Tsu Koon turut dikritik oleh Tun Dr. Lim Keng Yaik sehingga tokoh itu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai penasihat parti itu pada 4 Oktober lalu.

Keng Yaik berkata, beliau kecewa dengan cara Presiden Gerakan itu menangani konflik yang melanda parti selain menyifatkan Tsu Koon sebagai seorang yang tidak suka campur tangan dalam menyelesaikan konflik kerana bimbang akan menyentuh perasaan orang lain.

Sementara itu, Tsu Koon secara berseloroh menggambarkan kepimpinannya satu ketika dahulu sebagai gerakan kung fu Tai Chi yang menggunakan kelembutan untuk mengatasi kekerasan.

Bagaimanapun, katanya, menyedari Tai Chi yang digunakan terlalu lemah, beliau telah mendalami kung fu 'mentadak' yang lebih keras untuk memperkasakan kepimpinan.

"Saya mungkin terlalu 'Tai Chi' kerana saya belajar kung fu ini sejak umur 9 tahun. Tetapi sekarang, saya telah belajar kung fu 'mentadak' daripada adik saya yang telah menjadi jurulatih.

"Maka saya boleh menjadi 'keras' pada masa yang diperlukan kerana ia merupakan sejenis kung fu yang nampak 'keras'," katanya.

PENULIS : Huh, KungFu Mentadak???!! .. Hmmm....lepas ni parlimen Malaysia penuhlah dengan pesilat-pesilat kung Fu ni... takut jadi macam parlimen kat China atau Korea je... hehehe, siap berkungfu dalam dewan... hehehee... itu Cina dan korea...kalau melayu pula??? nak belajar Silat Ghaib ke??? hehehe,, kalau india??? kalari Payat??? heee... datuk sorang ni macam2... Bersyuukurlah parlimen malaysia belum ke tahap itu... minta2 janganlah... politik la katakannnn! hehehe.. dah lah hentikanlah... belaja mende2 ala keras2 ni... bukan bawa kebaikan pun... amalkan terus konsep SATU MALAYSIA...Insyallah, aman la Malaysia... Gembira dan bersyukur sangat kerana PM kita dah kuar Hospital..semoga beliau dapat mentadbir negara dengan lebih baik... kita sama2 doakan beliau...