Ahad, 6 Februari 2011
RAYYAN FANTASI
MEMBACA Rayyan Fantasi... bagaikan membaca dan menonton SMALLVILLE ISLAMIK--- macam Smallville kat Malaysia heheheh... anyway, ceritanya agak bagus kali ini.... walaupun Fantasi tetapi Thriller tu tetap ada... dan cuma agak kurang kesaifaiannya... aku merasakan bagaikan membaca novel sai-fai tahun 70-an... tetapi usaha RAM boleh dipuji kerana menjadi pencetus Fantasi islamik yang lebih kedepan berbanding yang lain-lain... AKHIRNYA... novel ini aku selesai baca pada hari semalam...(tahun baru cina 2011)
Rayyan Fantasi mengisahkan tentang seorang anak muda yang bernama Aiddin, berasal dari daerah pergunungan Kundasang, yang mana rahsia susur galurnya dengan sengaja dirahsiakan oleh ayahnya Ibrahim. Ketika melanjutkan pelajaran di UKM, dia telah bertemu dengan Feena dan jatuh cinta. Kemudian...mereka pun bertunang. Dalam usia seawal 20-an itu, Aiddin tidak menyedari sesuatu telah merubah kehidupannya. Dia kerap pengsan. Setelah mendapat rawatan, doktor mengesahkan Aiddin menghidap barah otak tahap empat dan diramal hanya mampu hidup dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Pada bulan terakhir kehidupannya, Aiddin mengimpikan untuk mendaki gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana tetapi dia hilang semasa menuruni gunung itu. Kehilangannya sangat menggemparkan. Usaha mencari dan menyelamat dilakukan dengan giat namun Aiddin tidak juga ditemui. Hari demi hari, bulan bertukar tahun...dan lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula dari kawasan hutan pergunungan. Sejak itu...berlaku beberapa siri pembunuhan ngeri. Aiddin pula kerap mendengar bisikan perempuan.
profail penulis ialah...
Nama: Ramlee Awang Mursyid
Tarikh Lahir: 4 November 1967
Tempat Lahir: Papar, Sabah
Kerjaya: Penulis novel, Penulis Malaysia untuk RTM sejak 1986, Wartawan Penyiaran RTM
Genre Novel: Lebih kepada 'thriller' dan seram
Latar Belakang Pendidikan
1. Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
2. Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
3. Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
4. Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
1. Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
2. Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996 menerusi novel Igauan Maut
3. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
4. Anugerah Sastera Negeri Sabah 2004/2005 menerusi novel Pei Pan
5. Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 menerusi novel Bagaikan Puteri
6. Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 menerusi novel Hijab Sang Pencinta (tempat ke-3)
Senarai Novel
1. Igauan Maut - Dewan Bahasa & Pustaka
2. Anugerah Pertama - Creative Enterprise
3. Pei Pan - Utusan Publications & Distributions
4. Tombiruo - Alaf 21
5. Semangat Hutan - Alaf 21
6. Tombiruo Terakhir - Alaf 21
7. Ranggau - Alaf 21
8. Mandatori - Alaf 21
9. ADAM - Alaf 21
10. Satu Janji - Alaf 21
11. Bagaikan Puteri - Alaf 21
12. Rahsia Perindu - Alaf 21
13. Hatiku Di Harajuku - Alaf 21
14. Cinta Sang Ratu - Alaf 21
15. Hijab Sang Pencinta - Alaf 21
16. Ungu Karmila - Alaf 21
17. Personal Justice (ADAM versi Inggeris)- Alaf 21
18. Mikhail - Alaf 21
19. 9 Nyawa - Alaf21
20. Cinta Sufi - Alaf21
21. Rayyan Fantasi - Alaf21 -terbaru!!!
sekarang ini aku meneruskan pembacaan Artakus yang tergendala kerana novel RF ini... KEMBAR ARTAKUS!
Langgan:
Catatan (Atom)