Sakit gigi apabila
menyerang. Sakitnya bukan kepalang sehingga bagai nak pengsan menahannya. Inilah satu-satunya azab yang amat ditakuti
untuk dihadapi. Nak jumpa doktor gigi pun
pada saat betul-betul sudah tidak mampu nak tahan. Sampai nak tidur malam pun susah nak
lena. Asyik terbangun. Nak cabut gigi takut dan sayang pada gigi
yang sakit. Inilah satu dilema yang
sukar untuk dihadapi. Kadang-kadang
sampai bengkak gusi dan pipi kerana takut nak cabut. Kepada yang sudah biasa cabut gigi itu tiada
masalah sangat. Nak makan pun kena
berhati-hati, takut gigi sakit saat berlaga antara gigi.... memang sangat
perit!
Antara Faktor-faktor yang menyebabkan sakit gigi ialah, kerosakan gigi, Kerosakan Struktur gusi dan gigi, Penyakit Gusi dan Trauma silam pada gigi. Erosi atau akibat salah teknik memberus gigi sehingga gigi haus dan rosak kerana menggunakan berus gigi yang tidak sesuai. Dan ternyata paling banyak menyumbang hal ini ialah kerosakkan gigi dari kecuaian kita menjaga kesihatannya. Memberus gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari (Pagi, Tengahari dan malam). Terutamanya selepas makan dan minum, ramai yang gagal memberus atau membersihkan gigi dan mulut mereka selepas aktiviti ini. Oleh itu, peluang untuk bakteria membentuk plak pada gigi dan seterusnya merosakkan gigi adalah cerah sangat tinggi. Ini sebenarnya masalah sikap... Apapun fenomena ini bukan hanya kita seorang yang melaluinya. ada ramai lagi orang yang mengalamai situasi ini. Saya yakin, apa yang kita lalui dan hadapi dalam situasi ini akan memantapkan sikap penjagaan kebersihan bagi mulut dan gigi masing-masing.
Di setiap daerah
pasti berbeza-beza cara menghilangkan sakit gigi namun pada umumnya masyarakat
kita menggunakan obat apotik dan alami padahal ada juga metode pengobatan sakit
gigi dengan cara memijat dan juga berdoa. Kalau anda sudah tidak tahan... Cabut sahaja
gigi itu, pasti akan lega! Tapi kalau
masih sayang dan masih mahu berusaha untuk mengekalkannya dan mahu mengubatinya
dengan cara tradisional. Maka lebih baik anda mulakan sekarang!
.... ANDA PERLUKAN INI!
ELIKSHERBA U.G.S
-3 BATANG SERAI SEGAR,
4 ULAS BAWANG PUTIH, 3 CM HALIA SEGAR, 14 BIJI BUNGA CENGKIH, 1 BIJI BAWANG MERAH, 1 SUDU GARAM BUKIT / KASAR dan SEGELAS AIR SUAM.
-kesemua bahan herba
ditumbuk/Blender hingga hancur dan dicampurkan dengan segelas air suam.
-segelas air herba
ini digelar 1 set.
KAEDAH
3 Set untuk tiga hari
dengan dos yang sama
Digelar Kumur seminit
- 7 kali kumur dalam set pertama(7 Minit)
KESAN
-Pastikan anda terasa
aromatik herba itu menguasai seluruh kepala (penguasaan aromatik herba),
sehingga air mata menitis kerana pengaruh air herba ini. Barulah ia dikira sebagai meresap ke dalam
salur darah dan membaiki seluruh struktur saraf dan gusi. Jangan berhenti berkumur selagi anda tidak
mengalami rasa penguasaan aromatik herba Selepas 7 kali kumur seminit itu,
perubahan akan berlaku, di mana rasa sakit akan terasa berdenyut pada mulanya,
tetapi hal ini harus anda sabar dan tahan menghadapinya sehingga ia akan hilang
sendiri, rasa sensitif pada gigi dan gusi akan berkurangan kemudiannya. Tapi
ini bukan bermakna, bengkak dan nanah pada gusi hilang pada tahap ini. Ia akan
beransur surut bengkaknya dan
lama-kelamaan sakit gigi akan hilang terus. Sekirang gigi masih sakit setiap kali
dijentik dengan kuku. Itu bermakna masalah gusi
anda belum sembuh. Tetapi
memerlukan set seterusnya untuk memastikan gigi dan gusi sihat dan boleh sembuh
dengan sendirinya. Hasilnya amat
menakjubkan. Dengan khasiat semulajadi
herba ia lebih 1000 kali lebih baik berbanding ubat kumur beralkohol di
pasaran. Halal dan baik serta sihat.
-Untuk gigi yang
berlubang dan masih boleh ditampal. Ia perlu ditampal untuk elak kesakitan ini
berulang. Yang sudah ditampal tapi masih
sakit. Dos seperti di atas boleh
dilakukan.
-selepas berkumur,
biarkan rasa herba itu hilang sendiri dalam mulut. Jangan sesekali berkumur air
biasa untuk menghilangkan rasa itu.
Biarkan khasiatnya meresap ke dalam seluruh gusi dan gigi anda. Kesannya, mulut terasa ringan dan nyaman
serta sihat. Tetapi pemeriksaan ke
doktor adalah masih perlu untuk mengetahui status kesihatan gigi anda.
-Campuran Herba ini
adalah Anti-Kanser, Anti-bengkak, anti-Sakit, Anti-asid, Anti Bakteria, Virus
dan Kuman, mampu memulihkan sel-sel yang rosak dengan menjana sel semula. Menguatkan gigi dan gusi dan menghapuskan bau
mulut. Ia bukan sahaja untuk sakit
gigi. Malah untuk mereka yang ada
masalah dalam mulut seperti Pembengkakan Tonsil dan kanser mulut juga boleh
diatasi dengan berkumur air ‘ELIKSHERBA U.G.S’ ini.
PENGULANGAN KAEDAH
3 kali sehari selepas
makan-Kumur Seminit
2 kali sehari selepas
makan-Kumur Seminit
1 kali sehari selepas
makan-Kumur Seminit (untuk Amalan Rutin Harian)
SARANAN UNTUK
PENGEKALAN TAHAP KESIHATAN GIGI
1. Setiap
hari dalam masa seminggu 3 kali sehari-
Kaedah Kumur seminit
2. 1
Minggu sekali bagi bulan pertama-Kaedah Kumur seminit dengan dos asal
3. 2
minggu sekali bagi bulan kedua.-kaedah kumur seminit dengan dos asal
ELAKKAN!!!
-Makanan & minuman manis
-Makanan Ringan yang
manis
-Air tin berkarbonat
dan manis.
-Makan berasid
seperti cuka
-Yogurt, Kopi dan
bersoda.
AMALKAN PETUA-PETUA
INI :
-Minum Air
Suam/putih, Susu dan Teh Hijau ‘O’ tanpa gula
-Minum air garam
setiap malam sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur
-Berkumur air garam
sebelum solat bagi yang Muslim dan selepas makan serta selepas memberus
gigi.-kaedah kumur seminit
-Gunakan air garam
sebagai ubat gigi setiap kali memberus gigi anda.
-Gunakan Ubat gigi
Herba yang diakui HALAL dna BAIK.
-Pastikan Berus gigi
anda ditukar setiap bulan dan direndam dengan air panas bergaram seminggu
sekali.
-Pastikan Plak pada
gigi dibersihkan dan ditanggalkan.
-Sapukan Gel Lidah
Buaya @ Aloe vera pada keseluruhan gigi, terutama pada gigi yang sakit dan
berlubang seminggu sekali.- Biarkan rasa pahit gel itu menguasai seluruh ruang
mulut dna telan sahaja gel itu, ia juga baik untuk kesihatan dalaman dan kulit.
-Kalau ada lubang
pada gigi, letakkan Serbuk Habbatussaudah. Insyallah gigi sakit akan cepat
hilang.
-Tomato Muda dan
Gambir boleh juga digunakan untuk meredahkan sakit gigi.
-Buat jus Air Garam dan
Limau nipis yang telah dididihkan. Setelah
sejuk berkumurlah dengannya. Lakukan setiap hari sehingga sakit hilang.-kaedah ‘kumur
seminit’
-Tumbuk bawang putih
dua biji dan masukkan ke dalam gigi berlubang yangs akit. Dalam sejam kesan amat mujarab menghilangkan
sakit. Boleh dilakukan setiap kali gigi
sakit.
-Air Sirih dan Gambir
serta Kunyit boleh juga digunakan sebagai ubat Kumur setelah dididihkan dalam
segelas air dan dikumur seminit tiga kali sehari.
-Garam & Halia : satu sudu kecil Garam dan 1 CM halia tumbuk lumat dan campurkan dalam air suam. berkumur la selepas memberus gigi. amalkan Insyallah Gigi putih dan kuat dan memulihkan sakit gigi.
-Kayu Sugi merupakan alat sunnah nabi untuk membersihkan gigi dan mulut. amalkan! -Baca infonya di sini
:http://fikirdanrisau.blogspot.my/2009/05/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html
KAEDAH AIR PENAWAR
-Selain ubat Kumur. Berikut satu lagi kaedah yang mesti anda ingin untuk memulihkan sakit gigi dengan cepat. Kaedah ini mudah sahaja. Anda perlukan ini :
- 2 Ulas Bawang Putih
-Segelas air Suam/ Putih
Caranya : Tumbuk atau hiris nipis-nipis Bawang putih dan campurkan dengan air suam segelas. Habiskan air tersebut. Anda boleh amalkan selagi sakit gigi masih ada dengan tambahan dua biji lagi Bawang putih.- Ia merupakan Anti-Biotik, anti penahan sakit semula jadi yang mujarab!
GAMBAR 1-Segelas Air Suam dan 2 Ulas Bawang Putih.
-Garam & Halia : satu sudu kecil Garam dan 1 CM halia tumbuk lumat dan campurkan dalam air suam. berkumur la selepas memberus gigi. amalkan Insyallah Gigi putih dan kuat dan memulihkan sakit gigi.
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Siwak
merupakan kebersihan bagi mulut sekaligus keredhaan bagi Rabb.”
[ HRS : Imam
Ahmad Ra. A. ]
“Kalau bukan
karena akan memberatkan umatku, tentulah kuperintahkan mereka untuk bersiwak
setiap akan wudhu untuk Solat.”
[ HRS : Imam
Bukhari dan Muslim Ra. A. ]
-Kayu Sugi merupakan alat sunnah nabi untuk membersihkan gigi dan mulut. amalkan! -Baca infonya di sini
:http://fikirdanrisau.blogspot.my/2009/05/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html
KAEDAH AIR PENAWAR
-Selain ubat Kumur. Berikut satu lagi kaedah yang mesti anda ingin untuk memulihkan sakit gigi dengan cepat. Kaedah ini mudah sahaja. Anda perlukan ini :
- 2 Ulas Bawang Putih
-Segelas air Suam/ Putih
Caranya : Tumbuk atau hiris nipis-nipis Bawang putih dan campurkan dengan air suam segelas. Habiskan air tersebut. Anda boleh amalkan selagi sakit gigi masih ada dengan tambahan dua biji lagi Bawang putih.- Ia merupakan Anti-Biotik, anti penahan sakit semula jadi yang mujarab!
GAMBAR 1-Segelas Air Suam dan 2 Ulas Bawang Putih.
KAEDAH REFLEKSOLOGI
-Selain ubat Kumur
Kaedah kedua ialah Refleksologi iaitu dengan mengurut titik utama atau pertama mata urat Gigi iaitu pada Ibu jari kaki di
bahagian atas sebelum kuku (Lihat Gambar 1). Urut di bahagian itu pada
kedua-dua ibu jari kaki sehingga terasa sakit menyucuk dan setelah diurut
lama-lama ia akan hilang sakitnya dan gigi anda beransur reda sakitnya. Sila
tahan kesakitannya ketika mengurut mata-mata urat tersebut. Semakin anda sabar dan tahan, kesembuhan akan
tiba lebih cepat!
- Mata Urat ke-2 pada
kedua tangan antara ibu jari dan telunjuk yang berbentuk ‘V’. Di bahagian bawah V itu anda urut
perlahan-lahan dengan menggunakan minyak Halia yang boleh anda buat sendiri. Lihat
Gambar 2
*Minyak Halia adalah
bahan pelincir yang baik untuk mengurut mata urat.
KAEDAH BATIN MA’RIFAT
Kita harus meyakini
sakit gigi adalah datang dari ALLAH maka kita juga harus menyadari bahawa gigi
sehat adalah nikmat jika kamu sukur nikmat maka Allah akan menambahnya dan jika
kufur maka maka ALLAH akan mencabut nikmatnya seperti sakit yang ANDA alami ini . Anda boleh baca info di sini : http://www.fadhilza.com/2011/08/kisah-hikmah/do%E2%80%99a-punya-kekuatan-sembuhkan-penyakit-anda-pengalaman-membuktikan.html
Berikut ini doa untuk
anda yang sedang sakit gugi :
1. Doa Sakit Gigi
Inilah doa untuk
membantu menyembuhkan penyakit gigi dan gusi dengan izin Allah SWT.
Langkah Membacanya :
Siapkan air satu
gelas (ELIKSHERBA U.G.S)
Membaca Istigfar 1000 kali dengan khusyuk, mohon ampun kerana dosa mengabaikan kesihatan gigi yang merupakan amanah ALLAH.- Salawat Nabi 7 kali
Lalu membaca :
"Allahuma Adzhib 'anni suu-a Maa Ajiduhu Wa Fuhsyahu Bi Da'wati Nabiyyikal
Aminil Makiini...." Sebanyak 11 X... Walhamdulillahi-r-rabbil'alamin.
2. Doa Sakit Gigi
berlubang yang ke dua
Ini doa untuk menghilangkan
sakit gigi, gigi berlubang. Kadang-kadang gigi yang elok pun sakit kerana saraf
gigi terganggu oleh minuman sejuk, badan terlampau panas dsbgnya. Dengan
mengamalkan dan membaca doa ini dengan kahfiat ayat dari Surah Al Mulk, Ayat
23.
Caranya:
Bila sakit gigi
berdenyut, pegang bahagian yang sakit dan baca doa ini tiga (3) kali.
Atau ambil air kosong
masuk sedikit garam, baca doa ini sebanyak tiga (3) kali.
Sebelum itu salawat
dahulu tiga kali (3) dan kumur sehingga hilang sakit. InsyaAllah sakit akan
hilang dengan izin-Nya. Surah Al Mulk, Ayat 23:
-Sekiranya sakit gigi
terus berlarutan. Kemungkinan besar ada
campur tangan Jin dan Sihir. Oleh itu kaedah halus atau batin boleh digunakan
seperti yang dinyatakan oleh penulis.
Sesiapapun boleh belajar ilmu ini dan mengamalkannya. Anda boleh melakukannya sendiri!- atau anda minta bantuan kepada mereka yang
tahu ilmu ini.
selain itu anda boleh juga melihat di sini tentang cara lain yang lebih unik dan ajaib. :
http://www.quranic-healing.com/2012/01/mengobati-sakit-gigi-dengan-energi.html
selain itu anda boleh juga melihat di sini tentang cara lain yang lebih unik dan ajaib. :
http://www.quranic-healing.com/2012/01/mengobati-sakit-gigi-dengan-energi.html
KAEDAH TUKUL GIGI
Tukul- untuk tukul
paku
Paku-untuk menulis
gambarajah pada kayu
Kayu atau papan yang
ditulis gambarajah seperti di bawah : *Gambarajah ini ditulis tanpa
dakwat. Hanya menggunakan paku sahaja.
Ayat Bacaan :
-Al-Fatihah 1 kali
-Al-Ikhlas 7 kali
-Al-Falaq 7 kali
-An-Naas 7 kali
Niat untuk
menyembuhkan sakit Gigi.
-Mesti tau gigi yang
mana satu yang sakit untuk disembuhkan dan ma’rifatkan semasa menukul paku pada
lubang pertama,... sekiranya masih belum hilang sakitnya pada paku pertama.
Maka diteruskan memaku lubang kedua dan ketiga apabila belum hilang
sakitnya pada lubang kedua. Insyallah pada lubang ketiga pasti hilang
sakitnya dan sembuh dari sakit gigi.
-Kaedah ini hanya untuk
orang Islam sahaja. Ia merupakan petua
dan ilmu dari para ulama hikmah terdahulu yang mewariskan kaedah ini kepada
orang tua-tua kita. Petua dan Ilmu ini
juga diamalkan oleh Ustaz Harun Din As-Shifah untuk mengubati sakit gigi
pesakit yang datang berubat.
KAEDAH PEMANASAN
Kapas
Lidi
Api
Minyak Masak
-Bentukkan Kapas pada
hujung lidi seperti bebola yang sama saiz dengan lubang gigi dan rendamkannya dalam minyak masak sehingga sebati. Bakar pada api dan biarkan ia terbakar sehingga keseluruhan
kapas jadi hitam. Padamkan apinya dan
tonyoh ke dalam gigi yang berlubang pada saat ia masih berasap.
InsyALLAH, gigi yang sakit akan segera hilang sakitnya. Sesudah itu ia pulih dari sakit berkumurlah
dengan air garam untuk menghilangkan kesan hitam pada gigi.- Kaedah ini hanya untuk gigi yang berlubang dan tiada Tampalan pada lubang gigi. Memang agak menyeramkan caranya, tetapi ia efektif untuk sementara. Anda perlu segera bertemu doktor gigi untuk cabut gigi atau tampal gigi.
GAMBAR 1
KAEDAH ZIKIR & MEDITASI
-Berzikir dengan
Zikir “ALLAH...ALLAH...ALLAH...”. Allah
akan menghilangkan sakit selagi zikir berkumandang dalam hati. InsyALLAH, dengan zikir ini juga secara
perlahan-lahan hati dan tubuh akan Tenang dan proses mengubati diri akan
berlangsung secara normal dan mungkin lebih pantas, ini bergantung sejauh mana
kekhusyukkan Zikir itu dalam hatimu.
-Meditasi merupakan salah satu cara mengubat sakit dengan cara batin dan halus. Menyarankan kepada diri untuk sembuh dan
mengubati sakit gigi. Cara ini mesti diiringi dengan kaedah pernafasan dan olahan tenaga dalam- teknik Meditafakur Suluken. Namun kaedah ini perlu dipelajari terlebih dahulu dari Imam Suluken.Meditafakur Suluken
Bersila dengan santai
atau duduk antara dua sujud menghadap ke arah Kiblat (Kaabah di Mekah)
Menulis Alif, Lam, Lam
Ha pada dahi dengan jari telunjuk sambil membaca ayat * Allah Ya hayyu Ya
Qayyum. Bayangkan tulisan itu adalah
Cahaya yang membentuk ALLAH pada dahimu dan menular cahayanya ke seluruh tubuh
secara perlahana-lahan diiriingi tarikan nafas lembut keluar dan masuk bersama
zikrullah. Niatkan Cahaya Terang itu
menguasai tubuh dan menghidupkan sel2 yang mati dan menyembuhkan sel-sel yang
sakit dna rosak serta menghalau Cahaya Gelap.
Umapama konsep Yin Yang. Biarkan
cahaya Terang ini menguasai segenap inci tubuh secara berterusan tanpa henti
sehingga mencukupi zikir ALLAH 1000 kali.
Setelah itu, biarkan
cahaya terang itu terus mengembang
sehingga membungkus tubuhmu seperti dalam bentuk telur ayam. Ianya akan
berfungsi sebagai Pelapis Cahaya atau pendinding cahaya dari segala aura buruk
dari kegelapan yang dijana oleh Syaitan Jin dan Syaitan Manusia.- kekalkan naluri ini sehingga ke meditafakur selanjutnya.
Kaedah yang sama juga
dengan posisi SUJUD. Posisi ini
merupakan posisi yang teragung yang amat suka dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW
dan para nabi ALLAH dalam bertafakur dan mengingat ALLAH. Berdoa dan memohon kepada ALLAH atas segala
hajat. Cara yang sama seperti di
atas. Pernafasan yang teratur dan zikir serta
doa (saranan dua mata meminta dan mendapat) itu
dilafazkan secara bersuara.
KAEDAH PERNAFASAN
Dengan pernafasan, kesakitan akan hilang
cepat. Anda boleh lakukan pernafasan
teratur 10 kali dalam setiap satu set.
-Nafas Masuk dan keluar sebanyak 10 kali dan
ditahan pada hembusan terakhir sambil menggerah tenaga ke tempat yang sakit
untuk memulihkan kesakitan. Ini merupakan cara Qi Gong untuk kesihatan tubuh.
KAEDAH TERAKHIR
Kaedah ini merupakan
kaedah yang terakhir mesti dilakukan apabila gigi dalam kedaan teruk dan tidak
boleh diselamatkan lagi. Kita semua
sedia maklum, kerosakkan dan kematian gigi adalah hal atau proses yang tidak
boleh dielakkan tetapi boleh ditangguhkan.
Sihat macam mana pun gigi kita, lama-kelamaan ia akan lemah dan sakit
semula bergantung kepada cara penjagaan kita dan faktor usia yang tidak boleh
dielakkan. Sesungguhnya semua jenis
penyakit itu ada ubatnya, kecuali Tua dan MATI.
*Gambar sekadar Hiasan.
Oleh itu, buatlah
keputusan, temui doktor gigi anda dan minta gigi yang sakit itu dicabut. Doktor akan memeriksa gigi anda yang layak
dikeluarkan itu dan kemudian akan memasukkan ubat Bius pada gusi gigi yang
sakit dan untuk dibuang. Setelah ubat Bius
meresap seluruh kawasan terbabit. Gigi dan Gusi anda akan kebas dan proses
mengeluarkannya akan berlangsung sekejap sahaja. Anda tidak akan terasa sakit melainkan hanya
terasa kehilangan sesuatu dalam mulut anda.
Pada ketika itulah anda akan lega dan bebas dari kesakitan. Kalau anda pening selepas proses ini,
baringlah dna tarik nafas dalam-dalam 10 kali.
Dan minum segelas air garam.
Saat inilah anda
perlu ucapkan“ Selamat jalan gigi-ku sayang.
Jodoh kita sampai di sini sahaja.”
Oleh itu mintalah gigi anda tadi untuk anda tanam sendiri dalam tanah.
Biarkan ia jadi baja kepada tumbuhan. “Jangan lupa minta maaf kepada gigi itu
kerana anda lalai dan alpa menjaga kesihatannya.”- akhir sekali anda jagalah gigi yang masih
tinggal dalam mulut anda dengan lebih baik.
Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.
Kasihan Sang gigi...
PERINGATAN
Ubat Kumur EliksHerba
UGS hanya Petua dan persediaan Tradisional. Sekiranya sakit gigi berlarutan dan
anda sudah buntu untuk meneruskan kaedah ini. Anda disarankan untuk bertemu
doktor gigi anda segera. Kesihatan gigi adalah tanggungjawab anda. Kalau anda lalai dan malas memberus gigi
minima tiga kali sehari dan berkumur dengan air garam 3 kali sehari dan berus gigi selepas makan dan minum... Naaaa, Kemungkinan besar sakit gigi anda akan kembali. Oleh itu, bersedia dan berdisiplin dalam
menjaga kesihatan gigi dan mulut anda. Ingat, apabila anda mahu JANTUNG anda sihat, maka pastikan kesihatan GIGI anda TipTop! Gambar di bawah ini adalah akibat tidak menjaga kesihatan GIGI dengan betul. Jadi, berhati-hatilah. kalau ada gigi yang tidak boleh diselamatkan lagi itu. maka cabutlah sebelum ia merosakan anggota lain dalam badan anda. ....Mencegah lebih baik dari mengubat!
Ingat! Bertemulah doktor gigi anda dalam 6 bulan
sekali untuk mencuci gigi dan menampal gigi yang berlubang kalau perlu. Jangan abaikan... pada BULAN 6 dan BULAN 12.
Buat Temujanji dan jadilah seorang individu yang bertanggungjawab ke
atas amanah ALLAH ini. Ini merupakan antara
cara bersyukur kepada ALLAH agar nikmat ALLAH itu ditambah lagi untuk kamu dan
agar ALLAH tidak menarik semula nikmat-nikmat pemberianNya dengan cara
demikian.
Semoga ALLAH merahmati
dan memberkati anda dan semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan sesiapa pun
yang mahu mengamalkannya.
Salamun Alaikum....