ALLAH
S.W.T
Berfirman
:
Dan
Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui
sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta
hati akal fikiran; supaya kamu bersyukur.
Tidakkah
mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di
angkasa? Tiada yang menahan mereka melainkan Allah; sesungguhnya pada yang
demikian itu, ada tanda-tanda bagi kaum yang beriman.
Dan
Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi
kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah, yang kamu mendapatinya
ringan semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan dari berjenis-jenis
bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan
perhiasan, hingga ke suatu masa.
Dan
Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda
untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang
tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang
memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu
semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya
kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya.
Kemudian,
jika mereka masih berpaling ingkar maka sesungguhnya engkau hanya
bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan cara yang jelas
nyata.
Mereka
mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka tergamak mengingkarinya; dan
kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang kufur ingkar.
Dan
hari Kami bangkitkan dari tiap-tiap umat, seorang saksi; kemudian tidak
diizinkan bagi orang-orang yang kafir dan mereka pula tidak diminta memohon
keredaan Allah.
[ Q.S. AN-NAHL 16 : 78-84 ]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda
:
“Sesiapa
yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku di dalam keadaan jaga
dan syaitan tidak boleh menyerupai diriku.”
Daripada
Abu Hurairah R.A
[
H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. : juzuk
ke-9, m.s. 42 ]
“Sesungguhnya
seringkali aku kedatangan Warid (semacam
ilham
atau kasyf), kemudian semua itu tidak aku terima begitu
saja
kecuali dengan dua saksi yang adil, yaitu kitabullah(Qur’an) dan
Sunnah
Nabi-Nya.”
IMAM
AL-JUNAID AL-BAGHDADI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan