The Alien - Link Select

Jumaat, 25 September 2015

SAKIT GIGI ???

Sakit gigi apabila menyerang. Sakitnya bukan kepalang sehingga bagai nak pengsan menahannya.  Inilah satu-satunya azab yang amat ditakuti untuk dihadapi.  Nak jumpa doktor gigi pun pada saat betul-betul sudah tidak mampu nak tahan.  Sampai nak tidur malam pun susah nak lena.  Asyik terbangun.  Nak cabut gigi takut dan sayang pada gigi yang sakit.  Inilah satu dilema yang sukar untuk dihadapi.  Kadang-kadang sampai bengkak gusi dan pipi kerana takut nak cabut.  Kepada yang sudah biasa cabut gigi itu tiada masalah sangat.  Nak makan pun kena berhati-hati, takut gigi sakit saat berlaga antara gigi.... memang sangat perit!
 
Antara Faktor-faktor yang menyebabkan sakit gigi ialah, kerosakan gigi, Kerosakan Struktur gusi dan gigi, Penyakit Gusi dan Trauma silam pada gigi. Erosi atau akibat salah teknik memberus gigi sehingga gigi haus dan rosak kerana menggunakan berus gigi yang tidak sesuai.  Dan ternyata paling banyak menyumbang hal ini ialah kerosakkan gigi dari kecuaian kita menjaga kesihatannya.   Memberus gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari (Pagi, Tengahari dan malam).  Terutamanya selepas makan dan minum, ramai yang gagal memberus atau membersihkan gigi dan mulut mereka selepas aktiviti ini.  Oleh itu, peluang untuk bakteria membentuk plak pada gigi dan seterusnya merosakkan gigi adalah cerah sangat tinggi. Ini sebenarnya masalah sikap... Apapun fenomena ini bukan hanya kita seorang yang melaluinya. ada ramai lagi orang yang mengalamai situasi ini.  Saya yakin, apa yang kita lalui dan hadapi dalam situasi ini akan memantapkan sikap penjagaan kebersihan bagi mulut dan gigi masing-masing.

Di setiap daerah pasti berbeza-beza cara menghilangkan sakit gigi namun pada umumnya masyarakat kita menggunakan obat apotik dan alami padahal ada juga metode pengobatan sakit gigi dengan cara memijat dan juga berdoa.  Kalau anda sudah tidak tahan... Cabut sahaja gigi itu, pasti akan lega!  Tapi kalau masih sayang dan masih mahu berusaha untuk mengekalkannya dan mahu mengubatinya dengan cara tradisional. Maka lebih baik anda mulakan sekarang!

.... ANDA PERLUKAN INI!

ELIKSHERBA U.G.S
-3 BATANG SERAI SEGAR,  4 ULAS BAWANG PUTIH, 3 CM HALIA SEGAR, 14 BIJI BUNGA CENGKIH, 1 BIJI BAWANG MERAH, 1 SUDU GARAM BUKIT / KASAR  dan SEGELAS AIR SUAM.

-kesemua bahan herba ditumbuk/Blender hingga hancur dan dicampurkan dengan segelas air suam.
-segelas air herba ini digelar 1 set.

KAEDAH
3 Set untuk tiga hari dengan dos yang sama
Digelar Kumur seminit - 7 kali kumur dalam set pertama(7 Minit)

KESAN
-Pastikan anda terasa aromatik herba itu menguasai seluruh kepala (penguasaan aromatik herba), sehingga air mata menitis kerana pengaruh air herba ini.  Barulah ia dikira sebagai meresap ke dalam salur darah dan membaiki seluruh struktur saraf dan gusi.  Jangan berhenti berkumur selagi anda tidak mengalami rasa penguasaan aromatik herba Selepas 7 kali kumur seminit itu, perubahan akan berlaku, di mana rasa sakit akan terasa berdenyut pada mulanya, tetapi hal ini harus anda sabar dan tahan menghadapinya sehingga ia akan hilang sendiri, rasa sensitif pada gigi dan gusi akan berkurangan kemudiannya. Tapi ini bukan bermakna, bengkak dan nanah pada gusi hilang pada tahap ini. Ia akan beransur surut bengkaknya dan  lama-kelamaan sakit gigi akan hilang terus.  Sekirang gigi masih sakit setiap kali dijentik dengan kuku. Itu bermakna masalah gusi  anda belum sembuh.  Tetapi memerlukan set seterusnya untuk memastikan gigi dan gusi sihat dan boleh sembuh dengan sendirinya.  Hasilnya amat menakjubkan.  Dengan khasiat semulajadi herba ia lebih 1000 kali lebih baik berbanding ubat kumur beralkohol di pasaran.  Halal dan baik serta sihat.

-Untuk gigi yang berlubang dan masih boleh ditampal. Ia perlu ditampal untuk elak kesakitan ini berulang.  Yang sudah ditampal tapi masih sakit.  Dos seperti di atas boleh dilakukan.

-selepas berkumur, biarkan rasa herba itu hilang sendiri dalam mulut. Jangan sesekali berkumur air biasa untuk menghilangkan rasa itu.  Biarkan khasiatnya meresap ke dalam seluruh gusi dan gigi anda.  Kesannya, mulut terasa ringan dan nyaman serta sihat.  Tetapi pemeriksaan ke doktor adalah masih perlu untuk mengetahui status kesihatan gigi anda.

-Campuran Herba ini adalah Anti-Kanser, Anti-bengkak, anti-Sakit, Anti-asid, Anti Bakteria, Virus dan Kuman, mampu memulihkan sel-sel yang rosak dengan menjana sel semula.  Menguatkan gigi dan gusi dan menghapuskan bau mulut.  Ia bukan sahaja untuk sakit gigi.  Malah untuk mereka yang ada masalah dalam mulut seperti Pembengkakan Tonsil dan kanser mulut juga boleh diatasi dengan berkumur air ‘ELIKSHERBA U.G.S’ ini.

PENGULANGAN KAEDAH
3 kali sehari selepas makan-Kumur Seminit
2 kali sehari selepas makan-Kumur Seminit
1 kali sehari selepas makan-Kumur Seminit (untuk Amalan Rutin Harian)

SARANAN UNTUK PENGEKALAN TAHAP KESIHATAN GIGI
1.      Setiap hari dalam masa seminggu  3 kali sehari- Kaedah Kumur seminit
2.      1 Minggu sekali bagi bulan pertama-Kaedah Kumur seminit dengan dos asal
3.      2 minggu sekali bagi bulan kedua.-kaedah kumur seminit dengan dos asal

ELAKKAN!!!
-Makanan &  minuman manis
-Makanan Ringan yang manis
-Air tin berkarbonat dan manis.
-Makan berasid seperti cuka
-Yogurt, Kopi dan bersoda.

AMALKAN PETUA-PETUA INI :
-Minum Air Suam/putih, Susu dan Teh Hijau ‘O’ tanpa gula
-Minum air garam setiap malam sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur
-Berkumur air garam sebelum solat bagi yang Muslim dan selepas makan serta selepas memberus gigi.-kaedah kumur seminit
-Gunakan air garam sebagai ubat gigi setiap kali memberus gigi anda.
-Gunakan Ubat gigi Herba yang diakui HALAL dna BAIK.
-Pastikan Berus gigi anda ditukar setiap bulan dan direndam dengan air panas bergaram seminggu sekali.
-Pastikan Plak pada gigi dibersihkan dan ditanggalkan.
-Sapukan Gel Lidah Buaya @ Aloe vera pada keseluruhan gigi, terutama pada gigi yang sakit dan berlubang seminggu sekali.- Biarkan rasa pahit gel itu menguasai seluruh ruang mulut dna telan sahaja gel itu, ia juga baik untuk kesihatan dalaman dan kulit.
-Kalau ada lubang pada gigi, letakkan Serbuk Habbatussaudah. Insyallah gigi sakit akan cepat hilang.
-Tomato Muda dan Gambir boleh juga digunakan untuk meredahkan sakit gigi.
-Buat jus Air Garam dan Limau nipis yang telah dididihkan.  Setelah sejuk berkumurlah dengannya. Lakukan setiap hari sehingga sakit hilang.-kaedah ‘kumur seminit’
-Tumbuk bawang putih dua biji dan masukkan ke dalam gigi berlubang yangs akit.  Dalam sejam kesan amat mujarab menghilangkan sakit.  Boleh dilakukan setiap kali gigi sakit.
-Air Sirih dan Gambir serta Kunyit boleh juga digunakan sebagai ubat Kumur setelah dididihkan dalam segelas air dan dikumur seminit tiga kali sehari.
-Garam & Halia : satu sudu kecil Garam dan 1 CM halia tumbuk lumat dan campurkan dalam air suam.  berkumur la selepas memberus gigi.  amalkan Insyallah Gigi putih dan kuat dan memulihkan sakit gigi.


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Siwak merupakan kebersihan bagi mulut sekaligus keredhaan bagi Rabb.”
[ HRS : Imam Ahmad Ra. A. ]

“Kalau bukan karena akan memberatkan umatku, tentulah kuperintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu untuk Solat.”
[ HRS : Imam Bukhari dan Muslim Ra. A. ]

-Kayu Sugi merupakan alat sunnah nabi untuk membersihkan gigi dan mulut. amalkan! -Baca infonya di sini 
:http://fikirdanrisau.blogspot.my/2009/05/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html


KAEDAH AIR PENAWAR
-Selain ubat Kumur.  Berikut satu lagi kaedah yang mesti anda ingin untuk memulihkan sakit gigi dengan cepat.  Kaedah ini mudah sahaja.  Anda perlukan ini :
- 2 Ulas Bawang Putih
-Segelas air Suam/ Putih
Caranya :  Tumbuk atau hiris nipis-nipis Bawang putih dan campurkan dengan air suam segelas.  Habiskan air tersebut.  Anda boleh amalkan selagi sakit gigi masih ada dengan tambahan dua biji lagi Bawang putih.- Ia merupakan Anti-Biotik, anti penahan sakit  semula jadi yang mujarab!

GAMBAR 1-Segelas Air Suam dan 2 Ulas Bawang Putih.


KAEDAH REFLEKSOLOGI
-Selain ubat Kumur Kaedah kedua ialah Refleksologi iaitu dengan mengurut titik utama atau pertama  mata urat Gigi iaitu pada Ibu jari kaki di bahagian atas sebelum kuku (Lihat Gambar 1). Urut di bahagian itu pada kedua-dua ibu jari kaki sehingga terasa sakit menyucuk dan setelah diurut lama-lama ia akan hilang sakitnya dan gigi anda beransur reda sakitnya. Sila tahan kesakitannya ketika mengurut mata-mata urat tersebut.  Semakin anda sabar dan tahan, kesembuhan akan tiba lebih cepat!

- Mata Urat ke-2 pada kedua tangan antara ibu jari dan telunjuk yang berbentuk ‘V’.  Di bahagian bawah V itu anda urut perlahan-lahan dengan menggunakan minyak Halia yang boleh anda buat sendiri. Lihat Gambar 2


*Minyak Halia adalah bahan pelincir yang baik untuk mengurut mata urat.

KAEDAH BATIN MA’RIFAT
Kita harus meyakini sakit gigi adalah datang dari ALLAH maka kita juga harus menyadari bahawa gigi sehat adalah nikmat jika kamu sukur nikmat maka Allah akan menambahnya dan jika kufur maka maka ALLAH akan mencabut nikmatnya seperti sakit yang ANDA  alami ini . Anda boleh baca info di sini :     http://www.fadhilza.com/2011/08/kisah-hikmah/do%E2%80%99a-punya-kekuatan-sembuhkan-penyakit-anda-pengalaman-membuktikan.html

Berikut ini doa untuk anda yang sedang sakit gugi :

1. Doa Sakit Gigi
Inilah doa untuk membantu menyembuhkan penyakit gigi dan gusi dengan izin Allah SWT.

Langkah Membacanya :
Siapkan air satu gelas (ELIKSHERBA U.G.S)
Membaca Istigfar 1000 kali dengan khusyuk, mohon ampun kerana dosa mengabaikan kesihatan gigi yang merupakan amanah ALLAH.-  Salawat Nabi 7 kali
Lalu membaca : "Allahuma Adzhib 'anni suu-a Maa Ajiduhu Wa Fuhsyahu Bi Da'wati Nabiyyikal Aminil Makiini...." Sebanyak 11 X... Walhamdulillahi-r-rabbil'alamin.
Lalu Tiupkan ke air Dan gunakan air untuk kumur-kumur 3 kali sehari.

2. Doa Sakit Gigi berlubang yang ke dua
Ini doa untuk menghilangkan sakit gigi, gigi berlubang. Kadang-kadang gigi yang elok pun sakit kerana saraf gigi terganggu oleh minuman sejuk, badan terlampau panas dsbgnya. Dengan mengamalkan dan membaca doa ini dengan kahfiat ayat dari Surah Al Mulk, Ayat 23.

Caranya:
Bila sakit gigi berdenyut, pegang bahagian yang sakit dan baca doa ini tiga (3) kali.
Atau ambil air kosong masuk sedikit garam, baca doa ini sebanyak tiga (3) kali.
Sebelum itu salawat dahulu tiga kali (3) dan kumur sehingga hilang sakit. InsyaAllah sakit akan hilang dengan izin-Nya. Surah Al Mulk, Ayat 23:



-Sekiranya sakit gigi terus berlarutan.  Kemungkinan besar ada campur tangan Jin dan Sihir. Oleh itu kaedah halus atau batin boleh digunakan seperti yang dinyatakan oleh penulis.  Sesiapapun boleh belajar ilmu ini dan mengamalkannya.  Anda boleh melakukannya sendiri!-  atau anda minta bantuan kepada mereka yang tahu ilmu ini.
selain itu anda boleh juga melihat di sini tentang cara lain yang lebih unik dan ajaib.   :
http://www.quranic-healing.com/2012/01/mengobati-sakit-gigi-dengan-energi.html 


KAEDAH TUKUL GIGI
Tukul- untuk tukul paku
Paku-untuk menulis gambarajah pada kayu
Kayu atau papan yang ditulis gambarajah seperti di bawah : *Gambarajah ini ditulis tanpa dakwat.  Hanya menggunakan paku sahaja.

Ayat Bacaan :
-Al-Fatihah 1 kali
-Al-Ikhlas 7 kali
-Al-Falaq 7 kali
-An-Naas 7 kali
Niat untuk menyembuhkan sakit Gigi. 
-Mesti tau gigi yang mana satu yang sakit untuk disembuhkan dan ma’rifatkan semasa menukul paku pada lubang pertama,... sekiranya masih belum hilang sakitnya pada paku pertama. Maka diteruskan memaku lubang kedua dan ketiga apabila belum hilang sakitnya  pada lubang kedua.  Insyallah pada lubang ketiga pasti hilang sakitnya dan sembuh dari sakit gigi.

-Kaedah ini hanya untuk orang Islam sahaja.  Ia merupakan petua dan ilmu dari para ulama hikmah terdahulu yang mewariskan kaedah ini kepada orang tua-tua kita.  Petua dan Ilmu ini juga diamalkan oleh Ustaz Harun Din As-Shifah untuk mengubati sakit gigi pesakit yang datang berubat.


KAEDAH PEMANASAN
Kapas
Lidi
Api
Minyak Masak

-Bentukkan Kapas pada hujung lidi seperti bebola yang sama saiz dengan lubang gigi dan rendamkannya dalam minyak masak sehingga sebati.  Bakar pada api dan biarkan ia terbakar sehingga keseluruhan kapas jadi hitam.  Padamkan apinya dan tonyoh ke dalam gigi yang berlubang pada saat ia masih berasap.  InsyALLAH, gigi yang sakit akan segera hilang sakitnya.  Sesudah itu ia pulih dari sakit berkumurlah dengan air garam untuk menghilangkan kesan hitam pada gigi.- Kaedah ini hanya untuk gigi yang berlubang dan tiada Tampalan pada lubang gigi. Memang agak menyeramkan caranya, tetapi ia efektif untuk sementara.  Anda perlu segera bertemu doktor gigi untuk cabut gigi atau tampal gigi.
GAMBAR 1

KAEDAH ZIKIR & MEDITASI
-Berzikir dengan Zikir “ALLAH...ALLAH...ALLAH...”.  Allah akan menghilangkan sakit selagi zikir berkumandang dalam hati.  InsyALLAH, dengan zikir ini juga secara perlahan-lahan hati dan tubuh akan Tenang dan proses mengubati diri akan berlangsung secara normal dan mungkin lebih pantas, ini bergantung sejauh mana kekhusyukkan Zikir itu dalam hatimu.
-Meditasi merupakan salah satu cara mengubat sakit dengan cara batin dan halus.  Menyarankan kepada diri untuk sembuh dan mengubati sakit gigi. Cara ini mesti diiringi dengan kaedah pernafasan dan olahan tenaga dalam- teknik Meditafakur Suluken.  Namun kaedah ini perlu dipelajari terlebih dahulu dari Imam Suluken.Meditafakur Suluken
Bersila dengan santai atau duduk antara dua sujud menghadap ke arah Kiblat (Kaabah di Mekah)
Menulis Alif, Lam, Lam Ha pada dahi dengan jari telunjuk sambil membaca ayat * Allah Ya hayyu Ya Qayyum.  Bayangkan tulisan itu adalah Cahaya yang membentuk ALLAH pada dahimu dan menular cahayanya ke seluruh tubuh secara perlahana-lahan diiriingi tarikan nafas lembut keluar dan masuk bersama zikrullah. Niatkan Cahaya Terang  itu menguasai tubuh dan menghidupkan sel2 yang mati dan menyembuhkan sel-sel yang sakit dna rosak serta menghalau Cahaya Gelap.  Umapama konsep Yin Yang.  Biarkan cahaya Terang ini menguasai segenap inci tubuh secara berterusan tanpa henti sehingga mencukupi zikir ALLAH 1000 kali.
Setelah itu, biarkan cahaya terang  itu terus mengembang sehingga membungkus tubuhmu seperti dalam bentuk telur ayam. Ianya akan berfungsi sebagai Pelapis Cahaya atau pendinding cahaya dari segala aura buruk dari kegelapan yang dijana oleh Syaitan Jin dan Syaitan Manusia.- kekalkan naluri ini sehingga ke meditafakur selanjutnya.


Kaedah yang sama juga dengan posisi SUJUD.  Posisi ini merupakan posisi yang teragung yang amat suka dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan para nabi ALLAH dalam bertafakur dan mengingat ALLAH.   Berdoa dan memohon kepada ALLAH atas segala hajat.  Cara yang sama seperti di atas.  Pernafasan yang teratur dan zikir serta doa (saranan dua mata meminta dan mendapat) itu  dilafazkan  secara bersuara.  


KAEDAH PERNAFASAN
Dengan pernafasan, kesakitan akan hilang cepat.  Anda boleh lakukan pernafasan teratur 10 kali dalam setiap satu set.
-Nafas Masuk dan keluar sebanyak 10 kali dan ditahan pada hembusan terakhir sambil menggerah tenaga ke tempat yang sakit untuk memulihkan kesakitan. Ini merupakan cara Qi Gong untuk kesihatan tubuh.

KAEDAH TERAKHIR
Kaedah ini merupakan kaedah yang terakhir mesti dilakukan apabila gigi dalam kedaan teruk dan tidak boleh diselamatkan lagi.  Kita semua sedia maklum, kerosakkan dan kematian gigi adalah hal atau proses yang tidak boleh dielakkan tetapi boleh ditangguhkan.  Sihat macam mana pun gigi kita, lama-kelamaan ia akan lemah dan sakit semula bergantung kepada cara penjagaan kita dan faktor usia yang tidak boleh dielakkan.  Sesungguhnya semua jenis penyakit itu ada ubatnya, kecuali Tua dan MATI.
*Gambar sekadar Hiasan.


Oleh itu, buatlah keputusan, temui doktor gigi anda dan minta gigi yang sakit itu dicabut.  Doktor akan memeriksa gigi anda yang layak dikeluarkan itu dan kemudian akan memasukkan ubat Bius pada gusi gigi yang sakit dan untuk dibuang.  Setelah ubat Bius meresap seluruh kawasan terbabit. Gigi dan Gusi anda akan kebas dan proses mengeluarkannya akan berlangsung sekejap sahaja.  Anda tidak akan terasa sakit melainkan hanya terasa kehilangan sesuatu dalam mulut anda.  Pada ketika itulah anda akan lega dan bebas dari kesakitan.   Kalau anda pening selepas proses ini, baringlah dna tarik nafas dalam-dalam 10 kali.  Dan minum segelas air garam.

Saat inilah anda perlu ucapkan“ Selamat jalan gigi-ku sayang.  Jodoh kita sampai di sini sahaja.”  Oleh itu mintalah gigi anda tadi untuk anda tanam sendiri dalam tanah. Biarkan ia jadi baja kepada tumbuhan. “Jangan lupa minta maaf kepada gigi itu kerana anda lalai dan alpa menjaga kesihatannya.”-  akhir sekali anda jagalah gigi yang masih tinggal dalam mulut anda dengan lebih baik.  Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.  Kasihan Sang gigi...

PERINGATAN
Ubat Kumur EliksHerba UGS hanya Petua dan persediaan Tradisional. Sekiranya sakit gigi berlarutan dan anda sudah buntu untuk meneruskan kaedah ini. Anda disarankan untuk bertemu doktor gigi anda segera. Kesihatan gigi adalah tanggungjawab anda.  Kalau anda lalai dan malas memberus gigi minima tiga kali sehari dan berkumur dengan air garam 3 kali sehari dan berus gigi selepas makan dan minum... Naaaa,  Kemungkinan besar sakit gigi anda akan kembali.  Oleh itu, bersedia dan berdisiplin dalam menjaga kesihatan gigi dan mulut anda.  Ingat, apabila anda mahu JANTUNG anda sihat, maka pastikan kesihatan GIGI anda TipTop!  Gambar di bawah ini adalah akibat tidak menjaga kesihatan GIGI dengan betul.  Jadi, berhati-hatilah.  kalau ada gigi yang tidak boleh diselamatkan lagi itu.  maka cabutlah sebelum ia merosakan anggota lain dalam badan anda.  ....Mencegah lebih baik dari mengubat! 


Ingat!  Bertemulah doktor gigi anda dalam 6 bulan sekali untuk mencuci gigi dan menampal gigi yang berlubang kalau perlu.  Jangan abaikan... pada BULAN 6  dan BULAN 12.  Buat Temujanji dan jadilah seorang individu yang bertanggungjawab ke atas amanah ALLAH ini.  Ini merupakan antara cara bersyukur kepada ALLAH agar nikmat ALLAH itu ditambah lagi untuk kamu dan agar ALLAH tidak menarik semula nikmat-nikmat pemberianNya dengan cara demikian.

Semoga ALLAH merahmati dan memberkati anda dan semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan sesiapa pun yang mahu mengamalkannya. 

Salamun Alaikum....



Tiada ulasan: