Jumaat, 6 Mei 2011
EKZEMA DAN UBATNYA???
Pakar dermatologi menyarankan individu yang mudah menghidap ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai.
Ekzema adalah penyakit berkaitan genetik yang mana sistem imunisasi individu bertindak keterlaluan terhadap alergen (bahan penyebab alahan) dan menyebabkan kulit mengalami keradangan, iritasi dan bengkak. Dalam keadaan sederhana, ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal. Bagi kes yang lebih teruk, kulit boleh merekah, melecet dan berdarah.
Perunding kanan dematologi, Dr Steven Chow, berkata di beberapa negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat kajian yang dijalankan terhadap kesan ekzema menunjukkan peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan.
"Melainkan mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan, walaupun setelah dewasa. Oleh itu, ibu bapa perlu menyedari akan kepentingan penggunaan pencuci sederhana digabungkan dengan pelembap terhadap anak mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rawatan mudah dan kos efektif berguna ini akan membantu mengurangkan pengulangan keradangan," katanya.
Pemerhatian menunjukkan permintaan bagi rawatan ekzema di Malaysia meningkat 20 peratus sejak 2001 yang mana sebahagian besarnya menjejaskan kanak-kanak.
Ekzema atopi diramalkan akan memberi kesan kepada sehingga 14 peratus kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti demam alergi dan asma. Beberapa faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.
Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.
Dr Chow berkata, kaji selidik bebas yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 23 peratus daripada individu yang menghidap dermatitis atopi tidak menggunakan pelembap dan 29 peratus tidak menggunakan pencuci yang sesuai. Berdasarkan kaji selidik itu, keputusan yang sama juga dijangka berlaku di negara ini.
"Dengan mengenalpasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema dalam jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan," katanya.
Sementara itu, perunding dermatologi, Dr Mardziah Alias, berkata penggunaan sabun dan bahan cuci kasar adalah penyebab biasa ekzema kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan kulit.
"Produk pencuci yang tidak sesuai akan mengikis lapisan perlindungan semulajadi pada kulit yang sensitif. Ia mengakibatkan kitaran yang menghasilkan tindakan balas yang menyebabkan keradangan," katanya.
Beliau berkata, menggunakan pelembap adalah elemen yang tidak diendahkan dalam penjagaan kulit dan ia sangatlah penting bagi ibu bapa yang prihatin terhadap anak mereka yang mempunyai sejarah ekzema dalam keluarga mereka.
"Kumpulan individu ini perlu memilih pelembap yang tidak mengandungi pewangi atau bahan awet untuk menghindari sebarang iritasi kulit. Paling baik ialah krim yang mempunyai dwifungsi untuk melembap dan pada masa sama sebagai agen anti-keradangan untuk melegakan kulit," katanya.
Oleh itu, katanya, dengan mengikut nasihat doktor, menggunakan produk sesuai dan mengamalkan regim penjagaan kulit yang betul, individu mungkin mampu mengawal ekzema dalam jangka masa panjang.
Justeru, sebagai organ terbesar yang meliputi bahagian luar tubuh, tidak hairanlah sebarang masalah yang timbul pada kulit boleh menyebabkan penghidapnya terpaksa menanggung kesengsaraan dan tekanan perasaan.
Ekzema atopik adalah sejenis penyakit kulit akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik.
Pakar Dermatologi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Mokhtar Nor berkata, penghidap ekzema tidak terkecuali mengalami tekanan perasaan dan gangguan emosi akibat masalah kulit yang keterlaluan ini.
Menurut beliau, penyakit yang berlaku pada pelbagai peringkat umur ini lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak yang berusia kurang dua tahun.
"Biasanya, bayi yang menghidap penyakit ini berumur antara enam hingga dua tahun,'' katanya.
Bayi yang menghidap ekzema akan menanggung kesengsaraan seperti rasa gatal yang berlebihan, pedih dan berasa resah.
Bagi kanak-kanak pula, biasanya ekzema membabitkan bahagian lutut, pelipat, siku, atas punggung, buku lali dan di belakang telinga.
Pada peringkat bayi, biasanya masalah ini lebih kerap berlaku pada muka dan kulit kepala.
Namun, apabila kanak-kanak ini berusia 18 bulan, ekzema ini lebih ketara pada bahagian pelipat siku dan belakang lutut.
TANDA- TANDA
Tanda-tanda utama seseorang menghidap penyakit ini ialah rasa gatal.
Selain itu, lain-lain tanda yang dicirikan dengan penyakit ini termasuklah:
* Mengelupas
* Bersisik
* Kemerah-merahan
* Kulit yang kering
* Penebalan kulit
* Ada kalanya lepuhan juga terbentuk
Ekzema pada bayi lebih kerap berlaku pada kepala, muka dan tangan, manakala pada orang dewasa dan kanak-kanak di belakang lutut dan pelipat siku.
RAWATAN
Pesakit akan dimaklumkan bahawa penyakit ini tidak boleh disembuhkan, tetapi boleh dikawal. Malah dalam keadaan tertentu, ia akan pulih dengan sendiri apabila pesakit meningkat dewasa.
Pada masa yang sama, pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun yang mengandungi bahan pelembap (emollients). Ini kerana, sabun biasa akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering, bertambah gatal dan rosak
* Ubat histamine (ubat menghilang rasa gatal) akan diberi kepada pesakit untuk mengelakkan pesakit menggaru.
* Sebaik-baiknya ubat ini diambil pada waktu malam kerana ia menyebabkan pesakit mengantuk.
Jika pesakit mendapat jangkitan sekunder, mereka akan diberi antibiotik.
Ubat ini perlu diambil dalam sukatan yang betul, sekurang-kurangnya selama satu minggu.
*Penggunaan ubat sapu (topikal steroid)
Kekuatan ubat yang digunakan ini bergantung kepada tahap keseriusan dan umur kanak-kanak yang terlibat.
Ini kerana, penggunaan ubat topikal steroid yang kuat iaitu yang tidak sesuai dengan kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.
Sehubungan itu, pastikan ia diambil sesuai dengan peringkat umur pesakit.
Sebaik-baiknya, elakkan mengambil ubat-ubatan yang dimakan kerana ia mempunyai kesan sampingan kepada pesakit.
Bagi kes-kes yang serius, ubat-ubatan seperti steroid, sitotoksik (azathioprine) dan phote kemoterapi (PUVA) boleh digunakan.
Dalam merawat masalah ekzema, mengurangkan jangkitan merupakan perkara yang paling utama. Ini kerana, bakteria lebih mudah membiak pada kulit mereka yang menghidap masalah ini.
Jangkitan bakteria seperti staphylococcus dan streptoccocus adalah jenis yang sering berlaku dan menyebabkan ekzema seseorang penghidap menjadi lebih serius.
Virus herpes simplex yang biasanya menyebabkan kayap bunga juga boleh menyebabkan ekzema seseorang bertambah teruk. Sehubungan itu, ubat-ubatan antibiotik dan ubat-ubat antiviral ada kalanya perlu diberi semasa rawatan.
KOMPLIKASI
* Ketahanan tubuh menjadi rendah, menyebabkan seseorang mudah diserang penyakit.
* Paling bahaya apabila dapat herpes simplex (kayap bunga).
* Jangkitan serius yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan kematian.
* Apabila kulit kering dan digaru, seseorang boleh mendapat jangkitan sekunder - jangkitan kuman.
Sehubungan itu, elakkan mengguna sabun mandi biasa dan kulit tidak digaru bagi mengelakkan kulit kering.
Penyakit ini boleh menjejaskan keseluruhan hidup penghidapnya seperti hubungan persahabatan, kerjaya dan waktu tidur.
* Hanya sebahagian kecil pesakit saja yang alah pada telur dan bahan pengawet yang mengakibatkan keadaan mereka menjadi lebih serius.
Sehubungan itu, jangan mudah menghalang anak-anak daripada memakan makanan tertentu sebelum benar-benar pasti yang mereka alah pada makanan tersebut.
PANDUAN
* Pastikan anda tidak terdedah dengan bahan yang boleh memedihkan kulit.
* Sesetengah bahan seperti pembersih rumah, sabun, losen selepas bercukur, sabun mandi, gaslin, turpentin dan lain-lain solvent boleh menimbulkan rasa pedih pada kulit.
* Pakai sarung tangan untuk melindungi kulit apabila anda melakukan sesuatu. Gunakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau campuran daripadanya.
* Elakkan mengguna sabun mandi biasa kerana ia boleh menyebabkan kulit bertambah kering. Elakkan menggaru bahagian yang gatal kerana ia boleh merosakkan kulit dan mudah dijangkiti kuman.
* Elakkan memakan makanan tertentu dan makanan yang mengandungi bahan awet jika alah pada bahan atau makanan tersebut. Banyakkan mengguna bahan pelembap kulit dan jangan biarkan kulit kering. Cepat berjumpa doktor dan jangan biarkan keadaan bertambah teruk.
* Pengambilan Evening Primrose Oil (EPO) dapat membantu sebahagian pesakit yang berada di tahap serius.
Penyakit ekzema atau dermatitis atopik ini juga ialah satu penyakit kulit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi kepada orang yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi yang berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan penyakit ekzema.Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak.
Oleh kerana kulit terasa gatal, maka pesakit akan menggaru kulit sehingga terdapat tanda cakaran. Akhirnya kulit merekah. Penyakit ekzema tidak boleh diubati. Rawatan ekzema cuma untuk melegakan rasa ketidakselesan pesakit bagi mencegah jangkitan sekunder penyakit kulit ini .
UBAT HERBA UNTUK EKZEMA
Dalam perawatan herbal, ubat untuk semua masalah di atas tak kiralah selsema atau gatal-gatal
Ubat HERBA yang boleh diguna pakai ialah :
HABBATUSSAUDAH SOFTGEL + VCO SOFTGEL + SABUN CLAY
Kelebihan Habbatus Sauda
Habbatussauda merupakan jamu yang unggul yang memiliki banyak manfaat terutama untuk pemeliharaan sistem imunasi yang kuat dan sihat. Habbatussauda ini juga sangat berguna untuk mereka yang mempunyai masalah:
• asma dan saluran pernafasan
• sistem imunasi yang lemah
• ginjal atau hati
• pencernaan & perut
• peredaran darah
• alergi
• demam
• jerawat
Bahan ini tidak mempunyai efek sampingan dan ia memiliki sejarah panjang tentang penggunaannya selama beberapa ratusan tahun.
Di dalam Kitab At Tibbun Nabawi (Perubatan Cara Nabi yang ditulis oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah), habbatussauda yang dikenali sebagai Al Habbah Al Barakah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatussauda dapat mengubati sekitar 50 penyakit tanpa kesan sampingan. Subhaanallah.
7 ciri-ciri utama habbatussauda:
1. Nilai pemakanan
2. Sistem imunasi
- meningkatkan sistem imunasi.
- pencengahan kepada kanser
3. Anti-histamine (ekzema)
- anti alahan
4. Anti-tumor
- berupaya menghalang pembetukkan sel2 tumor.
5. Anti-bakteria
6. – sesuai untuk mereka-mereka yang terkena cirit-birit dan masalah perut yang lain
7. Anti-radang (anti-inflammation)
- asma, bengkak sendi etc
8. Menggalakkan pengeluaran susu
Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) boleh diguna untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit menawan. Ini kerana kandungannya tinggi nurisi dan dihasilkan daripada pati kelapa dara organik yang bebas kolesterol. Penggunaan yang berterusan akan mengurangkan kadar kolesterol tidak baik, low-density lipoproteins (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik, high-density lipoproteins (HDL).
Antara khasiat lain Minyak Kelapa Dara (VCO) :
• membantu mengurangkan risiko kanser
• membantu menyingkirkan batu karang dan batu hempedu serta mengawal diabetes
• meningkatkan sistem imunisasi badan
• meningkatkan sistem penghadaman, penyerapan nutrien, kadar metabolisme dan pembakaran lemak
• memudahkan proses bersalin
• mengurangkan risiko arterioklerosis dan penyakit jantung
• memperbaiki dan memulihkan struktur kulit yang rosak
• menolong meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kelemumur
• membantu mencegah osteoporosi
MANDI SANTAN DAN LULURKAN KULIT DENGAN PATI SANTAN!
Khasiat Santan
Mengandungi asid lemak tepu untuk melindungi kulit dan mengekalkan daya ketahanan badan seseorang.
Mengandungi asid laurik untuk merangsang pertumbuhan kolagen dalam sel kulit mati serta bertindak melindungi kulit daripada kuman.
Santan – Rambut lebat, hitam dan lembut.
Santan juga boleh melebatkan rambut. Caranya:
Perah santan dari kelapa tua. Biarkan selama sejam agar patinya naik, kemudian sapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Selepas itu, bilas rambut kamu dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Kelebihan lulur santan
Menjelmakan kulit agar menjadi lebih halus, gebu dan cerah.
Membuang sel-sel mati dan daki yang terdapat pada badan.
Memutihkan bahagian pelipat seperti paha, lutut, siku dan selah ketiak.
Boleh mengurangkan tekanan dan keletihan badan.
Mengekalkan tenaga yang optimum.
Mengurangkan masalah bau badan dan mengawal masalah peluh berbau.
Membaiki tekstur kulit.
Mengurangkan dehidrasi.
PENULIS : Patutlah masa kecik-kecik dulu, mak aku mandikan aku ngan santan kelapa untuk ubat gatal-gatal seluruh badan aku akibat mencantas sayur keladi punya pokok. Akibat dari tak dengar cakap mak... bahananya aku tanggunglah... kena je aura Keladi tu... terus badan aku gatal2 yang teramat sangat...macam aku nak siat2 je kulit aku.... punyalah gatal! aku try juga mandi sungai lepas tu....sambil menangis tu tahan gatal... akhirnya mak aku memang tahu ubatnya...saja je dia nak kenakan aku ...bagi serik sikit... tetapi memang aku serik lepas tu... tak nak main potong pokok keladi gatal tu lagi... hahahaha....dan dari situ baru aku tahu khasiat santan kelapa... hehehehe!
Ringkasnya .. kenalah minum air kelapa muda, minum HABBATUSSAUDAH KOPI dan guna sabun Clay untuk mandi... jangan mandi kerap... sekali sehari, sapukan badan dengan minyak kelapa dara. Minum juga Histamin-ubat ANTI GATAL- klinik.
petua lain : Zikir "Allah... Allah...Allah" 5000 kali lepas solat Wuduk dan Taubat.. Ingat... Allah yang beri penyakit...dan Allah jua yang beri ubatnya... maka mengapa tidak minta dan berdoa pada Allah untuk diubati???
SELAMAT BERUBAT!
Langgan:
Catatan (Atom)