ALLAH
S.W.T
Berfirman
:
Dan
bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh
terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu
timbangannya. Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup,
juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar
menyediakan rezekinya. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja
perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar
dan masa yang tertentu.
[
Q.S. AL-HIJR 15 : 19-21 ]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda
:
"Tidak
sempurna iman seseorang kamu sebelum ia menyukai untuk saudaranya (sesama
Islam) apa yang disukainya untuk dirinya sendiri."
Daripada
Anas R.A
[
H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
"Tanda
orang munafik ada tiga : Apabila
berbicara ia dusta, Apabila ia berjanji
ia menyalahi janji dan Apabila diamanahkan ia berkhianat."
Daripada
Abu Hurairah R.A
[
H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
"Memaki
orang muslim adalah derhaka (fasik) dan membunuhnya kafir."
Daripada Abdullah R.A
[
H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan