Kalimat syaitan di dalam al-Qur'an
Ayat-ayat al-Qur'an mengandungi perkataan "syaitan" (menurut kronologi) adalah:
2:14. Apabila mereka berjumpa dengan
orang-orang yang percaya, mereka berkata, "Kami percaya", tetapi
apabila mereka menyendiri kepada syaitan-syaitan mereka,
mereka berkata, "Kami bersama kamu; kami hanyalah orang-orang yang
berolok-olok."
2:36. Kemudian syaitan gelincirkan mereka
daripadanya, dan keluarkan mereka dari dalam apa mereka berada, dan Kami
berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian yang
lain, dan di bumi sebuah tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk suatu
waktu."
(kisah Adam dan isteri digelincirkan syaitan)
(kisah Adam dan isteri digelincirkan syaitan)
2:102. Dan mereka ikut apa yang syaitan-syaitan bacakan semasa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak
percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa diturunkan kepada dua malaikat
Babil, Harut dan Marut; mereka tidak ajar seseorang tanpa mereka berkata,
"Kami hanya cubaan, jangan kamu tidak percaya (kafir)." Daripada
mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh pecahkan seorang lelaki dan
isterinya, tetapi mereka tidak dapat mudaratkan seseorang dengannya, melainkan
dengan izin Allah. Dan mereka pelajari apa yang mudaratkan mereka, dan
tidak manfaatkan mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia
tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka
dengannya, jika mereka tahu.
(syaitan ajar sihir, memecahkan pasangan, apa yang tidak bermanfaat; tiada bahagian di akhirat)
(syaitan ajar sihir, memecahkan pasangan, apa yang tidak bermanfaat; tiada bahagian di akhirat)
2:168. Wahai manusia, makanlah apa
yang di bumi, yang halal dan baik, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata
bagi kamu.
2:208. Wahai orang-orang yang
percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan jangan ikut
langkah-langkah syaitan; ia
adalah musuh yang nyata bagi kamu.
2:268. Syaitan janjikan kamu kemiskinan dan suruh kamu pada
kesumbangan, tetapi Allah janjikan kamu ampunan-Nya dan
pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.
(syaitan larang beri nafkah yang Tuhan janjikan ampunan dan pemberian-Nya; ia juga menyuruh buat kesumbangan)
(syaitan larang beri nafkah yang Tuhan janjikan ampunan dan pemberian-Nya; ia juga menyuruh buat kesumbangan)
2:275. Orang-orang yang makan riba
tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan
sentuhan syaitan; itu ialah
kerana mereka kata, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah
halalkan jual beli, dan haramkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu
teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah
lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa ulanginya, mereka itulah
penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
(syaitan dan riba)
(syaitan dan riba)
3:36. Dan apabila dia melahirkannya,
dia berkata, "Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang
perempuan." Allah sangat tahu apa yang dia lahirkan, dan
bukanlah anak lelaki seperti perempuan, "Dan aku namakan dia Mariam, dan
melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam."
(doa setelah melahirkan anak, mohon diperlindungkan daripada syaitan)
(doa setelah melahirkan anak, mohon diperlindungkan daripada syaitan)
3:155. Orang-orang antara kamu yang
berpaling pada hari dua kumpulan bertemu, syaitan gelincirkan mereka kerana sebahagian apa yang mereka
usahakan, tetapi Allah maafkan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Penyantun.
(berpaling dalam peperangan)
(berpaling dalam peperangan)
3:175. Itu adalah syaitan yang menakut-nakutkan
wali-walinya (sahabat-sahabatnya), maka jangan takut pada mereka, tetapi kamu
takutilah Aku, jika kamu orang-orang mukmin.
(syaitan menakut-nakutkan)
(syaitan menakut-nakutkan)
4:38. Orang-orang yang nafkahkan
harta mereka untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan mereka tidak percayai
Allah dan Hari Akhir. Sesiapa yang mempunyai syaitan untuk teman yang dipercayai, maka ia adalah teman
dipercayai yang jahat.
(nafkah untuk menunjuk-nunjuk)
(nafkah untuk menunjuk-nunjuk)
4:60. Tidakkah kamu renungkan
orang-orang yang dakwa bahawa mereka percaya kepada apa diturunkan kepada kamu,
dan apa diturunkan sebelum kamu, hendak berhakim kepada Thagut dalam
perselisihan mereka, dan sungguh, mereka diperintah supaya tidak percayainya,
tetapi syaitan hendak
sesatkan mereka dalam kesesatan yang jauh.
(syaitan sesatkan dengan berhakimkan kepada selain al-Quran)
(syaitan sesatkan dengan berhakimkan kepada selain al-Quran)
4:76. Orang-orang yang percaya
berperang di jalan Allah, dan orang-orang tidak percaya berperang di jalan
Thagut. Maka perangilah wali-wali (sahabat-sahabat) syaitan; sesungguhnya muslihat syaitan lemah.
4:83. Apabila datang kepada mereka
suatu urusan, sama ada daripada keamanan atau ketakutan, mereka siarkannya;
tetapi jika mereka kembalikannya kepada Rasul, dan kepada orang-orang yang
dalam urusan mereka, orang-orang antara mereka yang ditugaskan untuk
selidikinya, tentu akan ketahuinya. Dan sekiranya tidak kerana pemberian Allah
kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu kamu akan ikut syaitan, kecuali sedikit.
(ikut penyelidik atau syaitan)
(ikut penyelidik atau syaitan)
4:117. Tiadalah yang mereka seru
selain daripada Dia melainkan perempuan; dan tiadalah mereka seru melainkan syaitan yang derhaka,
4:119. Dan sungguh, aku akan
sesatkan mereka, dan penuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan suruh mereka
dan mereka akan potong telinga binatang ternak; aku akan suruh mereka dan
mereka akan ubah ciptaan Allah." Sesiapa yang ambil syaitan untuknya sebagai wali
(pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata,
serugi-ruginya.
4:120. Ia janjikan mereka, dan
penuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiadalah yang syaitan janjikan mereka melainkan
tipuan.
5:90. Wahai orang-orang yang percaya,
arak, judi, berhala-berhala dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran,
sebahagian daripada amalan syaitan;
maka jauhilah ia agar kamu beruntung.
5:91. Syaitan hanya hendak sebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk halangi kamu daripada Peringatan Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?
(sebahagian daripada amalan syaitan)
5:91. Syaitan hanya hendak sebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk halangi kamu daripada Peringatan Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?
(sebahagian daripada amalan syaitan)
6:43. Kalaulah, apabila bencana Kami
datang kepada mereka, mereka rendahkan diri! Tetapi hati mereka keras, dan syaitan menampakkan indah bagi
mereka apa mereka buat.
6:68. Apabila kamu lihat orang-orang
yang terjun pada ayat-ayat Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka
terjun pada hadis (bicara) yang lain; dan, jika syaitan jadikan kamu lupa, janganlah duduk setelah
mengingatkan bersama kaum yang zalim.
(jadikan lupa)
(jadikan lupa)
6:71. Katakanlah, "Adakah kita
akan seru, selain daripada Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat, dan tidak juga
mudaratkan kita, dan adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita
setelah Allah beri petunjuk kepada kita? Seperti orang yang digoda hingga
kebingungan di bumi oleh syaitan-syaitan,
walaupun dia mempunyai teman-teman yang menyerunya kepada petunjuk, 'Datanglah
kepada kami!'" Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar,
dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam,
(menggoda hingga membingungkan daripada petunjuk Allah)
(menggoda hingga membingungkan daripada petunjuk Allah)
6:112. Begitulah Kami adakan bagi
tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada
manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama
lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka tidak
membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
(2 jenis syaitan - jin dan manusia; ucapan indah; mengadakan dalam agama)
(2 jenis syaitan - jin dan manusia; ucapan indah; mengadakan dalam agama)
6:121. Dan janganlah makan apa yang
padanya nama Allah tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan
wali-wali (sahabat-sahabat) mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu taati
mereka, kamulah orang-orang yang sekutukan.
6:142. Dan daripada binatang ternak,
untuk pengangkutan dan untuk disembelih, makanlah daripada apa yang Allah
rezekikan kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
7:20. Kemudian syaitan bisik kepada mereka,
untuk menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka,
bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara kamu larang kamu
daripada pokok ini hanya supaya kamu jadi malaikat-malaikat, atau kamu jadi
makhluk-makhluk yang hidup selama-lamanya."
(kisah Adam dan isteri)
(kisah Adam dan isteri)
7:22. Maka ia membujuk mereka dengan
tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka
jadi nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun
Taman. Dan Pemelihara mereka panggil mereka, "Tidakkah Aku telah larang
kamu berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, 'Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh
yang nyata'?"
7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan goda kamu sebagaimana ia
keluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian
mereka, untuk perlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka.
Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat
mereka. Kami buatkan syaitan-syaitan wali-wali
bagi orang-orang tidak percayai.
7:30. Segolongan Dia beri petunjuk,
dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka ambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali
(sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka sangka mereka dapat
petunjuk."
(syaitan sebabagi sahabat; sangka dapat petunjuk)
(syaitan sebabagi sahabat; sangka dapat petunjuk)
7:175. Dan bacakan kepada mereka
berita orang yang kepadanya Kami beri ayat-ayat Kami, tetapi dia
mencampakkannya, dan syaitan mengikutinya,
dan dia jadi antara orang-orang yang bersalah.
(syaitan ikut orang yang mencampakkan ayat-ayat Allah)
(syaitan ikut orang yang mencampakkan ayat-ayat Allah)
7:200. Jika suatu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu,
berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dia Mendengar, Mengetahui.
(syaitan dan provokasi)
(syaitan dan provokasi)
7:201. orang-orang bertakwa, apabila
kunjungan syaitan sentuh mereka,
mereka ingat, dan kemudian melihat.
8:11. Apabila menjadikan tidur
nyenyak menutupi kamu sebagai keamanan daripada-Nya, dan turunkan kepada kamu
air dari langit untuk bersihkan kamu dengannya, dan untuk hilangkan daripada
kamu kecemaran syaitan, dan
untuk kuatkan hati kamu, dan untuk teguhkan kaki kamu dengannya.
8:48. Dan apabila syaitan nampakkan amalan-amalan
mereka indah bagi mereka, dan berkata, "Pada hari ini, tiada manusia akan
menang terhadap kamu kerana aku jiran kamu." Tetapi apabila kedua-dua
pasukan berlihat-lihatan, ia berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata,
"Aku berlepas diri daripada kamu, kerana aku lihat apa yang kamu tidak
lihat. Aku takut kepada Allah; dan Allah keras dalam balasan-Nya."
12:5. Dia berkata, "Wahai
anakku, janganlah ceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya
mereka tidak buat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia, adalah musuh
yang nyata.
(kisah Nabi Yusuf)
(kisah Nabi Yusuf)
12:42. Kemudian dia (Nabi Yusuf)
berkata kepada orang yang dia sangka akan diselamatkan antara keduanya,
"Sebutlah aku kepada pemelihara kamu." Tetapi syaitan jadikan dia lupa untuk menyebutnya kepada
pemeliharanya, supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun.
12:100. Dan dia (Nabi Yusuf) naikkan
kedua ibu bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud
kepadanya. Berkata, "Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu;
Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya
apabila Dia keluarkan saya dari penjara, dan Dia datangkan kamu dari gurun
setelah syaitan selisihkan
antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa Dia hendaki;
sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.
14:22. Dan syaitan berkata, apabila perkara
telah diputuskan, "Sesungguhnya Allah telah janjikan kamu satu janji yang
benar; dan aku janjikan kamu, kemudian aku mungkiri kamu, kerana aku tidak ada
kuasa terhadap kamu, melainkan aku seru kamu, dan kamu sahuti aku. Maka jangan
kamu cela aku, tetapi celalah diri kamu sendiri; aku tidak dapat tolong kamu,
dan tidak juga kamu dapat tolong aku. Aku tidak percaya kepada persekutuan aku
dengan Allah daripada kamu dari dahulu." Bagi orang-orang zalim, bagi
mereka, azab yang pedih.
(syaitan jenis manusia dipersekutukan di dunia)
(syaitan jenis manusia dipersekutukan di dunia)
15:17. Dan jaga mereka daripada
tiap-tiap syaitan yang
direjam.
('mereka' - gugusan bintang)
('mereka' - gugusan bintang)
16:63. Demi Allah, sesungguhnya Kami
telah utus kepada umat-umat sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka;
ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang
pedih.
16:98. Apabila kamu membaca
Al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
(mohon perlindungan daripada syaitan)
(mohon perlindungan daripada syaitan)
17:27. Orang-orang yang boros adalah
saudara syaitan, dan syaitan tidak
berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya.
(boros teman syaitan)
(boros teman syaitan)
17:53. Dan katakan kepada
hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan buat provokasi antara
mereka, dan syaitan adalah
musuh yang nyata bagi manusia.
(ucapan buruk; provokasi)
(ucapan buruk; provokasi)
17:64. Dan kejutlah sesiapa antara
mereka yang kamu boleh dengan suara kamu, dan kumpulkanlah terhadap mereka
pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah
dengan mereka dalam harta mereka dan anak-anak mereka, dan janjikanlah
mereka!" Tetapi syaitan tidak
janjikan mereka kecuali tipuan.
18:63. Berkata, "Apa pendapat
kamu? Tatkala kita ambil perlindungan di batu, lalu aku lupakan ikan; dan hanya syaitanlah yang buat aku
lupakannya, supaya aku tidak ingatkannya; dan ia ambil jalannya ke laut dengan
cara menakjubkan."
19:44. Ayah, jangan sembah syaitan;
sesungguhnya syaitan adalah
penentang Yang Pemurah.
19:45. Ayah, aku takut bahawa
sebahagian azab daripada Yang Pemurah akan sentuh kamu supaya kamu
jadi wali (sahabat) syaitan."
19:68. Demi Pemelihara kamu, sungguh
Kami akan kumpulkan mereka, dan syaitan-syaitan,
kemudian Kami arakkan mereka di sekeliling Jahanam dengan melutut.
(syaitan turut berarak)
(syaitan turut berarak)
19:83. Tidakkah kamu lihat bagaimana
Kami utus syaitan-syaitan terhadap
orang-orang tidak percaya untuk menyucuk mereka, dengan cucukan?
(dihantar kepada orang tidak percaya)
(dihantar kepada orang tidak percaya)
20:120. Kemudian syaitan bisik kepadanya, dengan
berkata, "Wahai Adam, bolehkah aku tunjukkan kepada kamu Pokok Yang Kekal,
dan sebuah kerajaan yang tidak binasa?"
21:82. Dan daripada syaitan-syaitan, sebahagian menyelam
untuknya dan buat amalan yang lain di samping itu; dan Kamilah yang jaga
mereka.
(syaitan zaman Nabi Sulaiman - penyelam)
(syaitan zaman Nabi Sulaiman - penyelam)
22:3. Dan antara manusia ada orang
yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, dan ikut setiap syaitan yang derhaka.
(membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan)
(membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan)
22:52. Kami tidak utus seseorang
Rasul, dan tidak juga seseorang Nabi sebelum kamu, melainkan bahawa apabila dia
berkhayal, syaitan lemparkan
ke dalam khayalannya; tetapi Allah hapuskan apa yang dilempar syaitan, kemudian Allah tentukan
ayat-ayat-Nya; Allah Mengetahui, Bijaksana.
(Rasul, nabi dengan khayalan daripada syaitan)
(Rasul, nabi dengan khayalan daripada syaitan)
22:53. Supaya Dia buatkan, apa yang syaitan lemparkan, satu cubaan
bagi orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati
mereka keras; dan sesungguhnya orang-orang zalim adalah dalam perpecahan yang
jauh.
23:97. Dan katakan, "Wahai
Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan,
23:98. Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku."
(doa mohon perlindungan daripada syaitan yang sebenar)
23:98. Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku."
(doa mohon perlindungan daripada syaitan yang sebenar)
24:21. Wahai orang-orang yang
percaya, jangan ikut langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa yang ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh pada
kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan
pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara kamu yang menjadi suci
selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa Dia hendaki; dan Allah Mendengar,
Mengetahui.
25:29. Sesungguhnya dia sesatkan aku
daripada Peringatan setelah ia datang kepadaku; syaitan adalah pengabai manusia."
(sesatkan daripada al-Quran; pengabai manusia)
(sesatkan daripada al-Quran; pengabai manusia)
26:210. Tidaklah oleh syaitan-syaitan ia (al-Qur'an)
dibawa turun,
26:221. Bolehkah aku beritahu kamu,
kepada siapakah syaitan-syaitan turun?
26:222. Mereka turun kepada tiap-tiap penyamar yang berdosa.
26:223. Mereka mendengar, tetapi kebanyakan mereka adalah pendusta-pendusta.
26:222. Mereka turun kepada tiap-tiap penyamar yang berdosa.
26:223. Mereka mendengar, tetapi kebanyakan mereka adalah pendusta-pendusta.
27:24. Aku dapati dia dan kaumnya
sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka,
dan ia halangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak dapat petunjuk,
(nampakkan amalan indah; halang jalan Allah)
(nampakkan amalan indah; halang jalan Allah)
28:15. Dan dia (Nabi Musa) masuk
kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia dapati di dalamnya dua orang
lelaki sedang berperang; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan
yang lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya minta
pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan
menentukannya (matikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang
menyesatkan, yang nyata."
29:38. Dan Ad, dan Tsamud - telah
jadi nyata bagi kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka; dan syaitan menampakkan indah bagi
mereka amalan-amalan mereka, dan halangi mereka daripada jalan, walaupun mereka
adalah orang-orang yang melihat dengan jelas.
31:21. Dan apabila dikatakan kepada
mereka, "Ikutlah apa yang Allah turunkan", mereka berkata,
"Tidak, tetapi kami ikut apa yang kami dapati pada bapa-bapa kami."
Apa? Walaupun syaitan menyeru
mereka kepada azab yang menyala?
(ikut bapa-bapa, tidak mahu ikut al-Qur'an)
(ikut bapa-bapa, tidak mahu ikut al-Qur'an)
35:6. Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu;
maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka jadi
di kalangan penghuni-penghuni Menyala.
36:60. Tidakkah Aku buat perjanjian
dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak sembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang
nyata bagi kamu,
37:7. Dan untuk jaga daripada setiap syaitan yang derhaka.
37:65. Seludang-seludangnya seperti
kepala-kepala syaitan,
38:37. Dan syaitan-syaitan, tiap-tiap ahli binaan
dan penyelam,
38:41. Dan ingatlah akan hamba Kami,
Ayub; apabila dia panggil Pemeliharanya, "Sesungguhnya syaitan menyentuhku dengan
keletihan dan azab."
41:36. Jika satu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu,
berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
(provokasi)
(provokasi)
43:36-37. Sesiapa yang membutakan
diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami tentukan syaitan untuk menjadi teman yang
dipercayai, Dan mereka halangi mereka daripada jalan, dan mereka sangka mereka
dapat petunjuk,
(syaitan adalah teman baik orang yang membutakan diri daripada al-Qur'an, dan ia buat orang itu sangka dapat petunjuk)
(syaitan adalah teman baik orang yang membutakan diri daripada al-Qur'an, dan ia buat orang itu sangka dapat petunjuk)
43:62. Janganlah syaitan menghalangi kamu; ia,
bagi kamu, musuh yang nyata.
47:25. Orang-orang yang kembali
(murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk jadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka,
dan memanjangkan angan-angan mereka.
(syaitan hasut sampai murtad dengan angan-angan)
(syaitan hasut sampai murtad dengan angan-angan)
58:10. Bicara rahsia adalah daripada syaitan, supaya orang-orang yang
percaya bersedih; tetapi ia tidak mudaratkan mereka sedikit pun, kecuali dengan
izin Allah, dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal.
(bicara rahsia)
(bicara rahsia)
58:19. Syaitan telah menguasai mereka, dan jadikan mereka melupakan
Peringatan Allah. Mereka itu golongan syaitan; sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi!
(melupakan ayat Allah - golongan syaitan)
(melupakan ayat Allah - golongan syaitan)
59:16. Persamaan syaitan, apabila ia berkata kepada
manusia, "Jangan percaya"; kemudian apabila dia tidak percaya, ia
berkata, "Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu. Sesungguhnya aku
takut kepada Allah, Pemelihara semua alam."
(suruh manusia jangan percaya)
(suruh manusia jangan percaya)
67:5. Dan Kami hiasi langit dunia
dengan pelita-pelita, dan membuatnya untuk merejam syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab yang Menyala.
81:25. Dan ia (al-Qur'an) bukanlah
ucapan syaitan yang
direjam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan