Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang
Pengasih.
38:1. Sad. Demi al-Qur'an yang
mengandungi Peringatan.
38:2. Tidak, tetapi orang-orang tidak
percaya adalah dalam kemuliaan dan perpecahan.
38:3. Berapa banyaknya generasi yang
Kami telah musnahkan sebelum mereka, dan mereka memanggil, tetapi bukanlah
masanya untuk melepaskan.
38:4. Dan mereka hairan bahawa seorang
pemberi amaran telah datang kepada mereka daripada kalangan mereka; dan
orang-orang tidak percaya berkata, "Ini seorang ahli sihir yang berdusta.
38:5. Apa, adakah dia jadikan
tuhan-tuhan Satu Tuhan? Sesungguhnya ini sesuatu yang aneh."
38:6. Dan pembesar-pembesar mereka
bertolak, "Jalanlah! sabarlah pada tuhan-tuhan kamu; ini sesuatu yang
dihendaki.
38:7. Kami belum dengar hal ini dalam
anutan yang akhir; sungguh, ini adalah satu rekaan.
38:8. Apa, adakah Peringatan diturunkan
kepada dia antara kita semua?" Tidak, tetapi mereka adalah dalam keraguan
mengenai Peringatan-Ku; tidak, mereka belum lagi merasakan azab-Ku.
38:9. Atau, adakah mereka perbendaharaan
pengasihan Pemelihara kamu, Yang Perkasa, Yang Pemberi?
38:10. Atau, adakah kepunyaan mereka
kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya? Maka hendaklah
mereka menaiki jalan-jalannya!
38:11. Satu tentera golongan-golongan
dikalahkan di sana!
38:12. Telah dustakan sebelum mereka,
kaum Nuh, dan Ad, dan Firaun daripada pasak-pasak khemah,
38:13. Dan Tsamud, dan kaum Lut, dan
penduduk Aikah - mereka itulah golongan-golongan.
38:14. Tiada satu pun yang tidak
dustakan Rasul-Rasul, maka wajarlah balasan-Ku.
38:15. Mereka ini hanyalah menantikan
satu Teriakan yang padanya tidak ada tangguh.
38:16. Mereka berkata, "Wahai
Pemelihara kami, segerakanlah untuk kami bahagian kami sebelum Hari
Perhitungan."
38:17. Sabarlah atas apa mereka kata,
dan ingatlah akan hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan; dia seorang yang
kembali.
38:18. Bersama dia Kami tundukkan
gunung-gunung untuk menyanjung pada waktu petang dan matahari terbit,
38:19. Dan burung-burung dalam keadaan
berkumpul, masing-masing kembali kepadanya.
38:20. Kami menguatkan kerajaannya, dan
memberinya kebijaksanaan, dan ucapan yang menetapkan.
38:21. Sudahkah berita perdebatan datang
kepada kamu? Apabila mereka memanjat mihrab (tempat ibadat),
38:22. Apabila mereka masuk kepada Daud,
dan dia terkejut dari mereka; dan mereka berkata, "Janganlah takut; kami
adalah dua orang yang berbantahan - seorang daripada kami menyalahi yang lain;
maka hakimkanlah antara kami dengan adil, dan janganlah melewati batas, dan
tunjukkanlah kami jalan yang betul."
38:23. "Sesungguhnya ini saudaraku
yang mempunyai sembilan puluh sembilan biri-biri betina, dan aku mempunyai
seekor biri-biri betina. Lalu dia berkata, 'Serahkanlah ia untuk penjagaanku';
dan dia mengalahkan aku dalam ucapan."
38:24. Berkata, "Sesungguhnya dia
menzalimi kamu dengan meminta biri-biri betina kamu untuk menambahkan biri-biri
betinanya; dan sesungguhnya, kebanyakan orang yang bercampur (berkongsi)
menyalahi satu sama lain, kecuali orang-orang yang percaya, dan buat
kerja-kerja baik - dan mereka adalah sedikit!" Dan Daud sangka Kami
mengujinya; lalu dia minta ampun kepada Pemeliharanya dan dia jatuh, tunduk,
dan dia berkesesalan.
38:25. Maka Kami ampunkannya terhadap
itu, dan dia mempunyai sebuah tempat yang dekat di sisi Kami, dan tempat
kembali yang baik.
38:26. "Wahai Daud, sesungguhnya
Kami lantik kamu sebagai khalifah (pengganti) di bumi; maka hakimkanlah antara
manusia dengan adil, dan jangan ikut keinginan supaya ia tidak menyesatkan kamu
daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah,
bagi mereka, azab yang keras kerana mereka melupakan Hari Perhitungan."
38:27. Kami tidak cipta langit dan bumi,
dan apa yang di antara keduanya, dengan sia-sia; demikianlah sangkaan
orang-orang tidak percaya, maka kecelakaanlah bagi orang-orang tidak percaya
disebabkan oleh Api!
38:28. Atau, adakah Kami akan buat
orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik , seperti orang-orang yang
buat kerosakan di bumi, atau, adakah Kami akan buat orang-orang bertakwa
seperti orang-orang yang jahat?
38:29. Sebuah Kitab Kami turunkan kepada
kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang empunya minda
renungkan ayat-ayatnya.
38:30. Dan kami beri Daud, Sulaiman;
seorang hamba yang sangat baik! Sesungguhnya dia adalah orang yang kembali.
38:31. Pada waktu petang, ketika
dikemukakan kepadanya kuda-kuda yang berdiri dengan satu kaki diangkat sedikit,
38:32. Dia berkata, "Sesungguhnya
aku cintai kecintaan pada benda-benda yang baik lebih daripada mengingati
Pemeliharaku sehingga tersembunyi di belakang hijab (tabir).
38:33. Kembalikanlah mereka
kepadaku!" Dan dia mula mengusapi betis-betis dan leher-leher mereka.
38:34. Sesungguhnya Kami telah uji
Sulaiman, dan Kami lemparkan di atas takhtanya satu jasad; kemudian dia
berkesesalan.
38:35. Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku,
ampunkanlah aku, dan berilah aku sebuah kerajaan seperti yang tidak dijatuhkan
kepada sesiapa sesudah aku; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi."
38:36. Maka Kami tundukkan untuknya
angin, yang mengalir menurut perintahnya dengan nyaman ke mana sahaja dia
timpakan,
38:37. Dan syaitan-syaitan, tiap-tiap
ahli binaan dan penyelam,
38:38. Dan yang lain juga, diikat
bersama dalam belenggu.
38:39. Inilah kurniaan Kami; memberinya,
atau menahannya, tanpa hitungan.
38:40. Dan dia mempunyai sebuah tempat
yang dekat di sisi Kami, dan tempat kembali yang baik.
38:41. Dan ingatlah akan hamba Kami,
Ayub; apabila dia panggil Pemeliharanya, "Sesungguhnya syaitan menyentuhku
dengan keletihan dan azab."
38:42. "Hentakkanlah kaki kamu! Ini
adalah satu tempat mandi yang dingin, dan satu minuman."
38:43. Dan kami beri dia keluarganya,
dan yang serupa dengan mereka bersama mereka sebagai satu pengasihan daripada
Kami, dan peringatan, bagi orang-orang empunya minda.
38:44. Dan, "Ambillah di tangan
kamu seikat rumput, dan pukullah dengannya, dan janganlah melanggar sumpah
kamu." Sesungguhnya Kami dapati dia seorang yang sabar. Seorang hamba yang
sangat baik! Sesungguhnya dia orang yang kembali.
38:45. Dan ingatlah akan hamba-hamba
Kami, Ibrahim, Ishak, dan Yaakub - yang mempunyai tangan (kekuatan) dan
pandangan.
38:46. Sesungguhnya Kami tuluskan mereka
dengan sesucinya, mengingatkan Tempat Tinggal,
38:47. Dan di sisi Kami, mereka adalah
daripada orang-orang pilihan, yang terbaik.
38:48. Dan ingatlah akan Ismail, Alyasa,
dan Zulkifli; masing-masing adalah daripada orang-orang yang terbaik.
38:49. Ini adalah Peringatan; dan bagi
orang-orang bertakwa, tempat kembali yang baik,
38:50. Taman-Taman Adn, di mana
pintu-pintunya dibuka untuk mereka,
38:51. Di dalamnya mereka bersandar, dan
di dalamnya mereka seru banyak buah-buahan, dan minuman,
38:52. Dan di sisi mereka,
perawan-perawan yang menahan gerlingan mereka, yang sebaya.
38:53. "Inilah apa yang kamu
dijanjikan pada Hari Perhitungan,
38:54. Sesungguhnya ini adalah rezeki
Kami yang tidak akan habis."
38:55. Semua ini; tetapi bagi
orang-orang yang melampaui batas, tempat kembali yang buruk,
38:56. Jahanam, di mana mereka
dipanggang - satu buaian yang buruk!
38:57. Semua ini; maka mereka merasainya
- air yang mendidih dan nanah,
38:58. Dan seksaan lain yang serupa
jenisnya berpasangan.
38:59. "Ini adalah satu kumpulan
yang menyerbu masuk bersama kamu; tidak ada Selamat Datang bagi mereka; mereka
akan dipanggang di dalam Api."
38:60. Mereka berkata, "Tidak,
kamulah yang tiada Selamat Datang; kamu mendahulukannya untuk kami; maka
buruknya suatu kestabilan!"
38:61. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara
kami, sesiapa yang dahulukan ini untuk kami berilah dia azab dua kali ganda di
dalam Api!"
38:62. Mereka berkata,
"Bagaimanakah dengan kami, bahawa kami tidak lihat orang-orang lelaki yang
kami hitung di kalangan orang-orang jahat?
38:63. Apa, adakah kami ambil mereka
untuk buah ejekan? Atau, adakah penglihatan kami menyimpang daripada
mereka?"
38:64. Sesungguhnya itu benar -
pertengkaran penghuni-penghuni-penghuni Api.
38:65. Katakanlah, "Aku hanyalah
seorang pemberi amaran. Tidak ada sesuatu tuhan melainkan Allah, Yang Satu,
Yang Menakluki,
38:66. Pemelihara langit dan bumi, dan
apa yang di antara keduanya, Yang Perkasa, Yang Pengampun."
38:67. Katakanlah, "Ia adalah satu
berita besar,
38:68. Yang daripadanya kamu berpaling.
38:69. Aku tidak ada pengetahuan
mengenai pembesar-pembesar tertinggi apabila mereka bertengkar.
38:70. Hanya ini yang diwahyukan
kepadaku, bahawa aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."
38:71. Apabila Pemelihara kamu berkata
kepada para malaikat, "Sesungguhnya Aku cipta seorang manusia daripada
tanah liat.
38:72. Apabila Aku telah membentuknya,
dan hembus Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu sujud kepadanya!"
38:73. Kemudian para malaikat sujud,
kesemuanya,
38:74. Kecuali Iblis; dia sombong, dan
termasuk orang-orang tidak percaya (kafir).
38:75. Berkata, "Wahai Iblis,
apakah yang halangi kamu daripada sujud kepada apa yang Aku telah cipta dengan
tangan-Ku Sendiri? Adakah kamu menyombong, atau kamu termasuk orang-orang yang
tinggi?"
38:76. Berkata, "Aku lebih baik
daripadanya; Engkau cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah
liat."
38:77. Berkata, "Maka keluarlah
kamu darinya; kamu direjam.
38:78. Ke atas kamu laknat-Ku hingga
Hari Agama (Pengadilan)."
38:79. Berkata, "Wahai
Pemeliharaku, tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan."
38:80. Berkata, "Kamu adalah antara
orang-orang yang ditangguhkan,
38:81. Hingga hari, waktu yang
diketahui."
38:82. Berkata, "Maka, demi
kemuliaan Engkau, aku akan buat mereka bersalah, kesemuanya,
38:83. Kecuali hamba-hamba Engkau antara
mereka yang tulus."
38:84. Berkatalah Dia, "Maka yang
benar, Aku mengatakan yang benar,
38:85. Sungguh, Aku akan penuhi Jahanam
dengan kamu, dan dengan sesiapa antara mereka yang ikut kamu, kesemuanya."
38:86. Katakanlah, "Aku tidak minta
kepada kamu upah untuknya, dan tidak juga aku termasuk orang-orang yang
melakukan mengikut kehendak mereka sendiri.
38:87. Ia, tidak lain, melainkan
Peringatan bagi semua alam,
38:88. Dan sungguh, kamu akan tahu
beritanya selepas suatu waktu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan