ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Wahai orang-orang yang
beriman, apabila diserukan untuk mengerjakan SOLAT PADA HARI JUMUAHT (Berjemaah)
maka bersegeralah kamu pada mengingati
Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang
demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
[Q.S. AL-JUMUAHT 62 : 9]
RASULULLAH NABI MUHAMMAD
S.A.W
Bersabda :
“Solat pada waktu Jumuaht
adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu
hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit.”
Thariq bin Syihab R.A
[ H.R.S : Imam Abu Daud,
Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Iraqi dan asy-Shaukani Ra. A. ]
“Barangsiapa yang
beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat Jumuaht
(Berjemaah) melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit.”
Daripada Jabir bin
Abdillah R.A
[H.R.S.D : Imam
ad-Daruquthni, al-Baihaqi & asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar Ra. A.]
SETIAP hari kelima dalam seminggu, satu solat yang dikatakan sebagai solat Jumaat akan didirikan di seluruh dunia. Hari ini dinamakan Jumuaht, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun atau berjemaah kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah S.W.T memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya secara berjemaah.
Ini merupakan fahaman Ahlu-Sunnah atau Sunni. Menurut Sejarah Umum tentang SOLAT pada hari JUMAAT ini, permulaan Solat Jumaat dalam hadis-hadis yang sahih di jelaskan bahawa permulaan Rasulullah SAW mengerjakan solat Jumaat ialah di Madinah. Setelah Rasulullah SAW sampai di Quba’ dalam perjalanan hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW berhenti di kampung Amr Ibn ‘Auf. Baginda menetap di situ dari Isnin hingga hari Khamis. Dalam masa empat hari itu baginda membangun sebuah masjid bersama dengan kaum Muslimin. Pada hari Jumaat Rasulullah SAW meneruskan perjalanannya. Ketika tiba waktu solat Jumaat baginda telah sampai ke Kampung Bani Salim Ibn ‘Auf. Maka baginda mengerjakan solat Jumaat di suatu masjid yang didirikan ketika itu dalam sebuah lembah. Maka itulah permulaan solat Jumaat yang di laksanakan Rasulullah SAW di daerah Madinah. Sebab solat ini dinamakan dengan solat Jumaat, kerana dikerjakan pada hari Jumaat. Nama Jumaat adalah nama yang diberikan oleh Islam. Pada zaman jahiliyah mereka menamakannya dengan “urubah”. Setengah ulama mengatakan bahawa dinamakan dengan solat Jumaat kerana pada hari itu para penduduk berkumpul atau berjemaah. Golongan ini mensyaratkan sahnya solat Jumaat itu kerana jamaah.
Namun, sebenarnya Solat Jumaat TIDAK pernah disyariatkan sebagai wajib sekali dalam seminggu atau pun solat Fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam berdasarkan sebab-sebab berikut :
1.
Dalam peristiwa Israk-Mihraj sahaja hanya solat lima waktu yang diperintahkan oleh ALLAH kepada
Nabi Muhammad dan seluruh umatnya. Iaitu Solat Fajar(Subuh), Solat
Zohor, Solat Wusta(Asar), Solat Maghrib dan Solat Isyak. Tetapi tiada langsung disebut tentang SOLAT JUMAAT!- Malaikat Jibril turun bertemu dengan Nabi Muhammad untuk mengimami Solat 5 waktu bukannya Solat Jumaat. Malah tiada Hadis Jibril tentang solat Jumaat ini seperti halnya solat fardhu lima waktu.
2.
Sistem
pengiraan hari dalam masyarakat Arab adalah berdasarkan nombor. Iaitu Ahad(Satu), Isnin(Dua), Selasa(Tiga), Arba’a (Rabu/Empat), Khamsa’(Khamis
/Lima), 'Urubah'/Sitah(Enam) dan Sabtu (7).
Tidak langsung disebut Hari yang bernama Jumaat.
3.
Maksud
JUMUAHT dalam ayat Q.S. 62:9-10 adalah bermaksud BERKUMPUL atau BERJEMAAH. Secara langsung, kerana tidak ada namanya
hari yang digelar Jumaat, malah perkataan “fiYaumil” bukanlah bermaksud kepada
HARI tetapi bermaksud KETIKA atau waktu.
Jadi ayat itu bermaksud : “Wahai
orang-orang yang beriman! Apabila diserukan untuk mengerjakan SOLAT (SALATI)
pada hari(waktu) BERKUMPUL (JUMUAHT),...”
4. Dalam
Qur’an, apabila ALLAH menyebutkan tentang SOLAT, Dia menggunakan perkataan ‘SALATI’
diiringi nama solat tersebut. Seperti dalam ayat : “...SOLAT FAJAR (SALATI
FAJR) dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari ( Az-Zahri
), dan sesudah SOLAT ISYAK (SALATI ISYAK)...”[ Q.S. AN-NUR 24 : 58) dan juga SOLAT
WUSTA (SALATI WUSTA dalam ayat Q.S.
AL-BAQARAH 2 : 238. Dalam kes ini Solat
Jumaat tidak pernah disebut oleh ALLAH langsung dalam mana-mana ayat Qur’an. Hanya disebut : “SOLAT PADA WAKTU
BERKUMPUL(Jumuaht).”- Oleh yang demikian SOLAT JUMAAT memang tidak pernah
disebut dalam Qur’an dan bukanlah merupakan solat tetapi bermaksud
berjemaah. Dalam ayat 9-10 dalam surah
62 itu merujuk kepada solat berjemaah dalam 5 waktu yang difardhukan tersebut.
5. Hanya
Hadis nabi yang menyebut tentang Hari Jumaat dan Solat Jumaat. Secara lojiknya sekiranya ALLAH tidak
menyebut apa-apa tentang SOLAT JUMAAT, maka secara lojik dan secara automatik,
hadis nabi atau Nabi Muhammad sendiri tidak berhak mengada-adakan sesuatu yang
tidak pernah disyariatkan oleh ALLAH. Tambahan
pula, hari ini kita sudah sedia maklum, hadis-hadis nabi tidak semua sahih dan
mutawatir, ada yang Dhoif dan Maudhu’.
Hanya penyataan Qur’an yang terpelihara dan terjamin kesahihannya oleh
ALLAH S.W.T. Sedangkan Hadis-hadis nabi
tiada jaminan dari ALLAH dan RasulNya tentang ketulenannya. Sekiranya hadis-hadis itu tidak selari dengan
Qur’an, maka secara jelas dan terang hadis-hadis tersebut adalah palsu.
Dari 5 alasan tersebut, adalah
mudah kita fahami bahawa solat Jumaat tidak pernah disyariatkan dalam
Islam. Secara jelas, hadis-hadis tentang
solat Jumaat dan hari Jumaat itu hanya direka-reka oleh orang tertentu dengan
tujuan tertentu. Kemungkinan besar
adalah kerja–kerja musuh-musuh Islam untuk menyesatkan umat Islam dari ajaran ALLAH. Pada hari ini hal ini tidak dapat diubah dengan mudah kerana umat Islam hari ini telah diajar dari kecil tentang Solat Jumaat sebagai solat Fardhu seminggu sekali. Sudah sebati dengan darah dan daging mereka. Hanya orang-orang yang memikirkan ayat-ayat ALLAH sahaja yang mampu memahami dan mampu kembali kepada ajaran ALLAH yang tulen.
JELAS SEKALI….
Tujuan ajaran SOLAT JUMAAT direka-reka oleh
seseorang agar:
1. Umat
Islam jauh dari ajaran ALLAH yang sebenar iaitu seruan untuk bersolat berjemaah
(Jumuaht) pada lima waktu solat yang difardhukan secara rasmi.
2. Umat
Islam menambah-nambah Syariat ALLAH dan RasulNya.
3. Agar
solat berjemaah Lima Waktu itu didirikan dengan tidak sehati dan berjemaah
secara mutlak iaitu kalau dibezakan Solat Jumaat Hari ini yang lebih padat dan
ramai dengan solat berjemaah yang biasa itu kelihatan tidak seramai dan sepadat
pada hari Solat Jumaat.
4. Menjadikan
umat Islam hari ini sama seperti umat Kristian dan Yahudi yang hanya berkumpul
sekali sahaja dalam seminggu. “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu maka
dia adalah dari kaum itu.” (Hadis). SEcara tidak langsung Umat Islam adalah
dari kedua-dua kaum Kristian dan Yahudi.
5. Agar
umat Islam meghilangkan keFardhuan Solat Zohor pada hari tersebut dengan
menambah syariat bahawa 2 khutbah dan dua rakaat solat Jumaat menggantikan dua
rakaat solat Zohor secara mutlak dengan berpandukan hadis-hadis nabi yang
direka-reka. Hal ini bertentangan dengan
dengan Firman ALLAH dalam Surah Al-Jumuaht : 9. Jelas
sekali ayat ini menyatakan SOLAT BERJEMAAH(JUMUAHT)… bukan SOLAT JUMAAT. Juga ia satu usaha untuk menghilangkan sistem
nama hari mengikut adat dan budaya Arab dan kebiasaan kita mengira hari
sebagai nama hari. Dalam
kes ini, nama hari keenam atau SITAH dihapuskan dan ditukar kepada hari JUMAAT!
WALLAHU’ALAM
1 ulasan:
Satu kajian yang sangat baik berkenaan solat Jumaah. Solat Zuhur dan solat Asar dan rakaat ke3 dan kle4 juga tidak di subut dalam Quran Yang hairannya Solat2 ini di senyapkan berbanding dgn solat biasa berlawanan dgn Q17:110 dimana Allah larand solat di kuatkan dan di senyapkan. Secara lansung solat2 tersebut di disqualify oleh Allah sebagai solat Quran dari DiriNya Sendiri. Mka konklusinya : Tidal ada solat Zuhur ,solat Asar dan rakaat ke3 dan ke4.
Catat Ulasan