The Alien - Link Select

Isnin, 29 Ogos 2016

TAMAN FIRDAUS DAN JAHANAM : SATU KEPULANGAN ABADI 2 ???


TAMAN FIRDAUS DAN JAHANAM : SATU KEPULANGAN ABADI.
OLEH : MOHAMED IBRAHEEM

BAHAGIAN 2
-----
PEREMPUAN TIDAK SUCI SELEPAS BERSALIN

“Begitu juga perempuan baru bersalin, kotornya hingga ke empat puluh hari."

Lev 12:2 "Say to the people of Israel, If a woman conceives, and bears a male child, then she shall be unclean seven days; as at the time of her menstruation, she shall be unclean.

Lev 12:4 Then she shall continue for thirty-three days in the blood of her purifying; she shall not touch any hallowed thing, nor come into the sanctuary, until the days of her purifying are completed."

"Empat puluh hari hasil campur dari tujuh hari dengan tiga puluh tiga hari, masa pantang tu, tak boleh buat apa pun, walaupun zikir mengingati Tuhan, sehabis tempoh tersebut, buatlah pula kenduri Akikah, sungguh taat masyarakat kita melaksanakan hukum Bible." Aku berkata lagi, sinis.



KENDURI AKIKAH

"Ustaz, cerita yang ini lagi best, celok terus dari Bible - Lev 12:6 dan 7.”  Aku berkata. “Lihat ayat-ayat ini.”

6 "And when the days of her purifying are completed, whether for a son or for a daughter, she shall bring to the priest at the door of the tent of meeting a lamb a year old for a burnt offering, and a young pigeon or a turtledove for a sin offering,

7 and he shall offer it before the LORD, and make atonement for her; then she shall be clean from the flow of her blood. This is the law for her who bears a child, either male or female.

"Perlukah umat Islam ikut hukum Bible dengan membuat Aqeqah, lepas itu fitnahkan pula diatas nama Nabi?" Tanyaku lagi.
“Itukan sudah jadi lumrah kita umat Islam Melayu.  Dulu kamu pun dikendurikan Aqeqah masa kamu dilahirkan dulu.  Kamu sudah lupa?” ujar Pak Rashid, menyindir.
 “Saya tidak lupa hal itu, Pak Rashid.  Hal itu sudah berlalu dan bukanlah kemahuan saya untuk menerima perbuatan kedua orang tua saya yang hanya menurut ajaran Habr agama.” Kataku, merenung wajah Pak Rashid.  
“Begitu juga  tidak disebut di dalam al-Qur'an mengenai Azan dan Iqamah, atau telinga kanan dan telinga kiri oleh bapa kepada anak yang baru lahir.  Yang ada disebut adalah kata-kata ibu Mariam kepada Tuhan selepas melahirkan anaknya (Mariam) yang bermaksud,
"Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang anak perempuan." ...... "Dan aku namakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam." (3:35-36).” Sambungku lagi.
Ustaz Harun diam tidak bersuara.  Matanya terkebil-kebil merenungku.

“Apa yang disebut oleh ibu Mariam itu adalah suatu pengajaran bagi kita semua. Mariam kemudiannya jadi seorang gadis yang suci, dan ibu kepada Nabi Isa.  Kembali kepada soalan pokok. Boleh dikatakan semua anak orang Melayu diazan atau diiqamah setelah dilahirkan, menurut ajaran pihak-pihak tertentu.  Namun, amalan itu tidak mampu untuk selamatkan ramai daripada mereka daripada kejahatan dan kesumbangan yang menanti.  Sehingga mereka dewasa atau sampai umur tua, juga tidak mampu.   Malah, yang paling malang sekali, sehingga ke umur tua, adalah apabila mereka jadi ingkar kepada ajaran Tuhan. Walhal, Dia disebut-sebut dalam azan atau iqamah, ke dalam telinga kanan atau kiri, menurut jantina bayi, selepas dilahirkan. Demikianlah palsunya ajaran yang tidak dianjurkan Tuhan.  Seperti itu juga dengan kenduri Aqiqah. Membazir saja. Yang untung hanya perut-perut yang kosong!” kataku lagi.


BERSUNAT
"Selepas anak itu besar pula, kita buat upacara bersunat, yang kita petik dari Bible." Kataku lagi. “Lihat ayat-ayat ini...”

Lev 12:3 And on the eighth day the flesh of his foreskin shall be circumcised."

Gen 17:14 Any uncircumcised male who is not circumcised in the flesh of his foreskin shall be cut off from his people; he has broken my covenant."

Gen 17:24 Abraham was ninety-nine years old when he was circumcised in the flesh of his foreskin.

Gen 17:25 And Ish'mael his son was thirteen years old when he was circumcised in the flesh of his foreskin.

Exod 4:25 Then Zippo'rah took a flint and cut off her son's foreskin, and touched Moses' feet with it, and said, "Surely you are a bridegroom of blood to me!"

“Semua itu ayat-ayat Bible, tak ada satu pun ayat Quran yang disuruh bersunat baik lelaki mahupun wanita, mengapakah ulamak-ulamak muktabar sanggup mencedok hukum dari Bible dan melabelkannya terus atas nama Islam? Lihatlah perbuatan keji mereka." Aku mula bertegas. “Dalam ayat 40:64. "Allah yang membuatkan untuk kamu, bumi, sebuah tempat yang tetap, dan langit, bangunan; dan Dia membentuk kamu, dan membentuk kamu dengan baik, dan merezekikan kamu dengan benda-benda yang baik. Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu, maka berkatnya Allah, Pemelihara semua alam.  Cuba Ustaz sendiri perhatikan, Allah telah membentuk kita dengan baik, itu firman Allah, tapi kita hendak juga ikut Bible. Betul tak?" Tanyaku pada Ustaz Harun.
“Seterusnya dalam ayat 3:78. "Dan antara mereka, ada segolongan yang memutarbalikkan lidah mereka dengan al-Kitab supaya kamu menyangkanya daripada sebahagian al-Kitab, sedang ia bukanlah daripada al-Kitab; dan mereka berkata, "Ia daripada Allah", tetapi ia bukanlah daripada Allah, dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya".
Dalam Ayat 2:120. "Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu mengikuti anutan mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar." Jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong."
Ayat 2:159. "Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat".
"Tadi kena celaka tiga kali, sekarang pula kena laknat." Kataku lagi.



ASAL WANITA

"Dalam Bible ada menceritakan akan kejadian wanita. Sila lihat Gen 2:18~23". Kataku pada Ustaz Harun. Semua mata tertumpu pada Bible.

18 Then the LORD God said, "It is not good that the man should be alone; I will make him a helper fit for him."

19 So out of the ground the LORD God formed every beast of the field and every bird of the air, and brought them to the man to see what he would call them; and whatever the man called every living creature, that was its name.

20 The man gave names to all cattle, and to the birds of the air, and to every beast of the field; but for the man there was not found a helper fit for him.

21 So the LORD God caused a deep sleep to fall upon the man, and while he slept took one of his ribs and closed up its place with flesh;

22 and the rib which the LORD God had taken from the man he made into a woman and brought her to the man.

23 Then the man said, "This at last is bone of my bones and flesh of my flesh; she shall be called Woman, because she was taken out of Man."

"Tahukah Ustaz dalam Sahih Bukhari Vol. 7. Hadis No. 114 : from Abu Hurairah - The Prophet said, ‘Whoever believes in Allah and the Last Day should not hurt (trouble) his neighbor. And I advise you to take care of the women, for they are created from a rib and the most crooked portion of the rib is its upper part.’ Parti Kristian ini sungguh-sunguh mempertahankan Bible?" Tanyaku lagi.
Allah telah berfiman 4:1."Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya, dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan; dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu saling meminta, dan rahim-rahim (pertalian darah); sesungguhnya Allah menjagai kamu".
Allah telah berfiman 3:59. "Sesungguhnya persamaan Isa di sisi Allah seperti persamaan Adam. Dia menciptanya daripada tanah, kemudian Dia berkata padanya, "Jadilah", maka jadilah dia".
"Tapi Ustaz, apa yang Allah firman, kita tak mau ikut, masih nak percaya akan asal-usul wanita daripada tulang rusuk Adam - apalah punya karut marut ni?" Komenku, selamba.
“Dalam 22:5. "Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan mengenai Kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah mencipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada dadih darah, kemudian daripada seketul daging, berbentuk dan tidak berbentuk, supaya Kami memperjelaskan kepada kamu. Dan Kami menetapkan di dalam rahim-rahim apa yang Kami mengkehendaki hingga satu tempoh yang dinyatakan, kemudian Kami mengeluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu sampai dewasa; dan antara kamu mati, dan antara kamu dikembalikan kepada umur yang paling hina hingga mereka, setelah mengetahui sesuatu, tidak mengetahui apa-apa. Dan kamu melihat bumi kehitaman, kemudian apabila Kami menurunkan air kepadanya, ia bergetar dan menggelembung, dan menumbuhkan tiap-tiap jenis yang menggirangkan".  Kedatangan Quran telah mengangkat darjat wanita dari diperlecah oleh Bible. Wanita yang berhaid tidak boleh masak, bahkan kerusi yang dia telah duduk juga dikira najis. Wanita juga larang bersuara di gereja. Samalah seperti tempat kita, wanita tidak boleh bercakap dalam masjid, kerana suara wanita adalah aurat. Cuba buka 1Cor 14:34 "the women should keep silence in the churches. For they are not permitted to speak, but should be subordinate, as even the law says".
"Ikut, jangan tak ikut, inilah hadis yang memperincikan Quran." Kataku lagi.



TUDUNG

"Allah suruh menutup dada 24:31. "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung."
"Tetapi ulamak pula suruh menutup kepala. Hukum ini diambil dari Bible 1 Cor 11:5 hingga 6. Fahami ayat-ayat ini.”

5 but any woman who prays or prophesies with her head unveiled dishonors her head--it is the same as if her head were shaven.

6 For if a woman will not veil herself, then she should cut off her hair; but if it is disgraceful for a woman to be shorn or shaven, let her wear a veil.

"Dan ayat Bible 1 Cor 10 dan 13." Tambahku lagi.

10 That is why a woman ought to have a veil on her head, because of the angels.

13 Judge for yourselves; is it proper for a woman to pray to God with her head uncovered?

"Jadi ustaz mana yang lebih utama – tutup dada ikut Quran atau tutup kepala ikut Bible?" Aku bertanya lagi, tapi tiada bantahan buat seketika. Tiba-tiba sangkaan aku meleset "Lelaki akan tergoda dengan rambut wanita." Wak Seman mencelah.

"Wak, tolong jawap dengan ikhlas, adakah Wak berahi bila melihat rambut wanita yang ikal mayang atau Wak akan berahi melihat wanita yang memakai low cut sehingga boleh ternampak alur "dada" wantia tersebut?" Tanyaku sambil merenung Wak Seman yang terkebil-kebil bagai ayam berak kapur.
Sejurus kemudian, Wak tersenyum, dia tergelak sedikit. Semua tersenyum melihat telatah Wak Seman. "Mestilah buah dada!”
"Eh, Wak Brahim kata "alur" dada, bukan buah dada. Ke situ pula orang tua ni!" Sampuk Pak Rashid.
Semua tergelak seketika.



GANTUNG AYAT-AYAT SUCI SEBAGAI TANGKAL, AZIMAT, TOLAK BALA DAN SEBAGAINYA.

"Cuba Wak sendiri tenggok warung Wak ni, Nama "Allah" bersebelahan dengan nama "Muhammad", kenapa ni Wak? Mengapa Wak letak nama Nabi Muhammad setaraf dengan nama Allah? Tanya ku. "Tangkal, azimat, atau penghadang adalah pekerjaan orang Kristian. Ini adalah suruhan Bible. Cuba lihat Deut 6:6-8."

6 And these words which I command you this day shall be upon your heart;

7 and you shall teach them diligently to your children, and shall talk of them when you sit in your house, and when you walk by the way, and when you lie down, and when you rise.

8 And you shall bind them as a sign upon your hand, and they shall be as frontlets between your eyes.

"Nah, sekarang lihat pula Deut 11:20-21." Kataku lagi.

20 And you shall write them upon the doorposts of your house and upon your gates,

21 that your days and the days of your children may be multiplied in the land which the LORD swore to your fathers to give them, as long as the heavens are above the earth.

"Elok koyak saja gambar pemimpin-pemimpin tertinggi parti bulan tu. Mereka hanya berkiblatkan Bible. Marilah kita masuk ke dalam Islam sepenuhnya dan sembah Allah, satu-satunya Tuhan." Aku merayu dalam sindiran.  "Lagi satu, bentuk pendewaan berlebih-lebihan begini telah dilarang oleh Allah. Kemungkinan suatu hari nanti manusia akan menjadi hamba kepada tulisan nama-nama itu sendiri. Banyak nyanyian, nashid, berzanji, merhaban, Qasidah memuja-muji Nabi Muhammad secara tidak dengan sepatutnya. Amalan ini sangat ditegah oleh Allah melalui Quran."
"Lawaknya, pada masa itu kita tidak boleh hisap curut dan makan bawang, kerana Roh Nabi Muhammad tidak suka pada benda-benda tersebut". Kata ku lagi.  "Jika mereka fitnah Nabi sekali pun kita diam, pasai mereka cakap Arab, kita pula tidak faham. Besar kemungkinan mereka sendiri pun tak sedar mereka telah hina Nabi.   Cuba baca 18:110. Katakanlah, "Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang mengharapkan pertemuan dengan Pemeliharanya membuat kerja-kerja kebaikan, dan dia tidak menyekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun.  Seterusnya dalam ayat 3:79 dan 80. Tiadalah bagi seseorang manusia bahawa Allah memberinya al-Kitab, dan Pemutus, dan Kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain daripada Allah." Tetapi, "Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai) dengan sebab kamu mengetahui al-Kitab, dan dengan sebab kamu mempelajarinya. Dia tidak akan menyuruh kamu untuk mengambil malaikat-malaikat, dan Nabi-Nabi sebagai Pemelihara-Pemelihara; adakah Dia menyuruh kamu supaya tidak percaya setelah kamu Muslim?"





PERAYAAN

"Begitu juga apa bezanya perayaan HIJRAH dengan perayaan PASSOVER, iaitu untuk mengingati kebebasan dan pelarian kaum Yahudi dari pengabdian di Mesir. Apa pula bezanya perayaan MAAL HIJRAH dengan perayaan ROSH HASHANAH yang disambut pada 1hb Tishri kalendar Yahudi dimana pada hari yang kesepuluh mereka berpuasa dan menghabiskan hari itu dengan ibadah dan sembahyang dan apakah pula bezanya NUZUL QUR’AN dengan PENTECOST, di mana orang Yahudi merayakan turunnya Taurat di Gunung Sinai?" Aku melontar pertanyaan demi pertanyaan. Agaknya kita orang Islam ini, tak cukup perayaan, sehingga terpaksa mengimport perayaan kaum lain untuk menjadi perayaan kita?"
“Begitu juga dengan perayaan-perayaan yang dirayakaan oleh umat Islam hari ini. Seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji yang tidak disebut langsung dalam Qur’an.   Pun begitu, mungkin ada orang berkata bahawa tidak juga disebut di dalam al-Qur'an tentang larangan menyambut hari raya. Tidak dinafikan, mengadakan majlis untuk sesuatu sambutan adalah baik. Suasananya riang gembira. Perut kenyang. Sanak saudara, sahabat handai berjumpa dan bermesra.  Akan tetapi, ada pula golongan yang "mengagamakan" sesuatu sambutan. Seperti mengadakan peribadatan khas, mandi khas, doa khas, apa yang mendatangkan pahala, apa yang makruh, dan sebagainya. Mereka mensyariatkannya pula. Ini yang tak betul. 
Apa yang baik atau tidak baik dalam hal ini adalah hanya hal-hal lojik dan baik untuk dilakukan. Ayat yang menyebut tentang Perayaan hanya ada satu ayat yang jelas bukanlah satu perayaan yang disambut oleh umat hari ini.  Dan ia merupakan perayaan yang pertama dan terakhir untuk umat Muslim di zaman nabi Isa.

"Berkata Isa putera Mariam, 'Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan jadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki'" (5:114).




AMIN

"Bacalah mana-mana Quran, baik Arab ataupun terjemahan lain, tidak termaktub Fatihah berakhir dengan "AMIN" dan buat pengetahuan Ustaz dan sekelian yang ada, dalam senaskah Quran tidak ada langsung satu pun satu doa yang Allah ajar diakhiri dengan perkataan "Amin", tetapi "Amin" telah diulangi sebanyak 50 kali dalam Bible.  Masih tak sempurnakah Quran sehingga "Amin" perlu dipinjamkan dari Bible dan dinobatkan sebagai penutup Fatihah?" Kata ku dengan nada yang sangat terharu. Lihat ayat-ayat ini.

"Lalu Ezra memuji Tuhan, Allah yang maha besar, dan semua orang menyambut dengan, "Amin, Amin!" (Nehemia 8:7) ---- Num 5:22.27 Num 5:22.28 Deut 27:15.40 Deut 27:16.17 Deut 27:17.15 Deut 27:18.18 Deut 27:19.23 Deut 27:20.25 Deut 27:21.17 Deut 27:22.27 Deut 27:23.17 Deut 27:24.16 Deut 27:25.19 Deut 27:26.22 1Kgs 1:36.10 1Chr 16:36.18 Neh 5:13.42 Neh 8:6.14 Neh 8:6.15 Pss 41:13.13 Pss 41:13.15 Pss 72:19.15 Pss 72:19.17 Pss 89:52.7 Pss 89:52.9 Pss 106:48.19 Jer 28:6.6 Mark 16:20.24 Rom 1:25.26 Rom 9:5.26 Rom 11:36.19 Rom 15:33.9 Rom 16:27.13 1Cor 14:16.20 1Cor 16:24.10 2Cor 1:20.18 Gal 1:5.10 Gal 6:18.13 Eph 3:21.19 Phil 4:20.12 1Tim 1:17.19 1Tim 6:16.26 2Tim 4:18.25 Heb 13:21.33 Heb 13:25.7 1Pet 4:11.46 1Pet 5:11.10 2Pet 3:18.28 Jud 1:25.26 Rev 1:6.22

Oleh sebab ia tidak disyariatkan di dalam al-Qur'an, iaitu kitab yang mengawal kandungan kitab-kitab sebelumnya, maka adalah wajar untuk tidak memakai 'Amin' seperti yang dipakai dewasa ini. Dalam Qur’an, kita telah diajar oleh ALLAH bagaimana menutup doa. Ajaran ALLAH tentang penutup DOA adalah terdapat dalam ayat ini. “Sesungguhnya Engkau medengar Doa." (Q.S.3:38). “dan kabulkanlah doaku.”(Q.S.14:40) “(dan akhir Doa mereka): Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam." (Q.S. 10:10).  OLEH itu, jangan kita sia-siakan amalan kita dengan mengikuti amalan yang tidak termaktub dalam Wahyu ALLAH kepada Muhammad, Rasulullah dan penutup nabi-nabi.”

Bukan sahaja doa penutup yang ALLAH ajarkan dalam Qur’an untuk kita, malah doa pembukaan juga diajarkan.  Lihat ayat ini. “SUBHANAKA ALLAHUMMA” (Q.S. 10:10)  Dan ayat ini boleh juga digunakan untuk memulakan doa sebagai tambahan ayat di atas (QS10:10)

“Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Merajai Hari Agama(Pengadilan). Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan.” (Q.S. 1:1-4)



JANGGUT

"Macam itu juga kes janggut." Aku memandang pada janggut Ustaz Harun yang lebat. Janggut Pak Rashid hanya sejemput.  Janggut Lebai Ngah panjang lagi jarang dan janggut Wak Seman pendek dan kontot, hitam dan putih berselang- seli. 
"Oh, saya terhina sunnah Bible dan Ustaz pula tersinggung, maafkan saya. Tahukah Ustaz, orang yang tidak berjanggut tidak dimuliakan, dan tidak boleh jadi pemimpin di Afganistan.  Mereka akan ditangkap dan disumbat ke dalam lokap sehingga janggut mereka tumbuh kembali. Ulamak jahat telah mengambil ayat-ayat ini dari Bible dan mereka telah menobatkan identiti berjanggut ini atas nama Islam."  Kataku. “Orang Barat Kristian juga telah terganggu dengan amalan Islam apabila kaum lelaki menyimpan janggut. Selepas kejadian 11 September, ramai lelaki Islam yang berjanggut telah jadi objek untuk disyaki dan diperiksa terus oleh polis dan agensi penguatkuasaan undang-undang lain di seluruh Barat.  Ini adalah lagi bukan ajaran Nabi atau al-Quran. Sebaliknya menyimpan janggut untuk lelaki juga diambil daripada Bible Kristian. Islam telah merasakan sesuai bahawa lelaki Islam patut menegakkan amalan agama ini daripada Bible. Bible Kristian jelas menyatakan dalam ayat-ayat ini…”

Imamat 19
27  Janganlah kamu mencukur tepi rambut kepalamu berkeliling dan janganlah engkau merusakkan tepi janggutmu.

Imamat 21
5  Janganlah mereka menggundul sebagian kepalanya, dan janganlah mereka mencukur tepi janggutnya, dan janganlah mereka menggoresi kulit tubuhnya

2 Samuel 10
5  Hal ini diberitahukan kepada Daud, lalu disuruhnya orang menemui mereka, sebab orang-orang itu sangat dipermalukan. Raja berkata: "Tinggallah di Yerikho sampai janggutmu itu tumbuh, kemudian datanglah kembali."

Seketika aku berhenti, merenung wajah mereka satu demi satu.  Pak Rashid mengurut-urut janggutnya sambil khusyuk mendengar peneranganku.  “Oleh itu, seperti golongan Taliban contohnya, tidak mengadakan sesuatu yang baru apabila mereka mendesak kaum lelaki supaya berjanggut.  Ajaran seperti itu didapati di dalam Bible Kristian. Tidak syak lagi Nabi dan al-Quran tidak menyebut mengenai menyimpan janggut bagi lelaki tetapi kerana perkembangan Islam selepas Nabi yang jadi bukti kepada kebesaran Islam sebagai sebuah agama yang telah menyerapkan banyak daripada jirannya, terutamanya Bible Kristian dan kitab-kitab Yahudi.  Sarjana-sarjana Islam pada masa lampau telah dengan sendiri membahas sama ada orang-orang Islam harus terus menegakkan ajaran-ajaran Bible yang tidak didapati di dalam Quran mereka.   Sesungguhnya mereka terikat dengan sekatan-sekatan di dalam al-Quran yang sama jelas:

[Quran 2:120] “Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu ikut anutan mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar." Jika kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.”

Orang-orang Islam diberitahu di dalam al-Quran iaitu mereka tidak seharusnya ikut jalan orang-orang Kristian dan Yahudi. Meskipun ada amaran tersebut, ia adalah risiko mereka yang tinggi, suka menepuh bahaya dan cabaran bertoleransi sehingga sarjana-sarjana Islam buat keputusan untuk terus menerima dan mengamal ajaran-ajaran Bible Kristian.  Al-Quran sangat jelas menunjukkan orang-orang Islam tidak seharusnya ikut orang-orang Kristian atau Yahudi:

[3:100] Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu taati segolongan daripada orang-orang diberi al-Kitab , mereka akan kembalikan kamu, sesudah keimanan kamu, kepada orang-orang tidak percaya.

[3:101] Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus.

Risiko ikut Bible Kristian disebatikan di dalam ajaran al-Quran yang berikut:

[Quran 3:69] Ada segolongan daripada ahli Kitab menginginkan untuk menyesatkan kamu, tetapi tiada yang mereka sesatkan melainkan diri-diri mereka sendiri, dan mereka tidak sedar.

[Quran 3:70] Wahai ahli Kitab, mengapa kamu tidak percaya kepada ayat-ayat Allah yang kamu sendiri saksikan ?

[Quran 3:71] Wahai ahli Kitab, mengapa kamu campuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan kamu sembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya?

Walaupun wujud amaran-amaran serupa itu, namun sarjana-sarjana Islam, atas kepentingan untuk mengekalkan harmoni dan kedamaian dengan saudara dan saudari Kristian mereka telah memutuskan bahawa ajaran-ajaran Bible diterima dan harus dipegang dengan kuat oleh orang-orang Islam yang baik.” Aku berkata dengan penuh hiba.  “Oleh yang demikian, ketakutan orang-orang Barat Kristian adalah tidak bertempat dan tidak berasas.”
Ustaz Harun mengangguk-angguk.  Seolah-olah faham dengan maksud penerangan ku.  "Demi Allah, cuba Ustaz jelaskan janggut Nabi panjang mana?”
Ustaz Harun cuba angkat tangan dan letak pada dada sekejap menghampiri dagu sekejap ke bawah sedikit, sekejap tangan dia berhenti di bawah dada, dia sendiri tidak pasti, akhinya dia turunkan tangan lalu mencapai rokok Marlboronya dan mengmbil sebatang lalu dikepitkan ke bibir. Wajah itu kelihatan beriak hampa.
"Tidak ada sesiapa yang seratus peratus pasti akan panjang janggut Nabi, itulah reka-rekaan semata. Ini juga salah satu budaya Arab yang dinobatkan sebagai Sunnah nabi." Kataku lagi.  “Malangnya tuan-tuan semua ikut dengan penuh setia dan patuh dengan idealogi ini.  Puak-puak Kristian bermati-matian tidak mahu ikut Bible. Ini kerana hukum Bible tidak logik dan mustahil untuk dilaksanakan, sebaliknya ada golongan yang mengaku diri mereka Islam telah sanggup mempertahankan hukum-hukum Bible.  Peliknya umat yang mengaku Islam hari ini." Kataku sambil mengeleng-gelengkan kepala.
“Berjanggut atau tidak, ia tidak menggambarkan kita sebagai orang Islam atau pun tidak.”





KHARAJ

"Sebelum kita bincangkan Kharaj yang parti Ustaz ingin laksanakan itu, mari kita buka Bible sekali lagi." Kataku, mengubah topik seterusnya. “Lihat ayat-ayat ini… “

2 Sam 8:2 And he defeated Moab, and measured them with a line, making them lie down on the ground; two lines he measured to be put to death, and one full line to be spared. And the Moabites became servants to David and brought tribute.

"Kalau Ustaz merujuk pada kamus The Oxford Companion to the Bible, Oxf. Uni. Press 1993 mukasurat 780, mengatakan bahawa "David conquest of Moab, Aram and Hamath, where David imposed taxation on the people defeated, cuba lihat dengan teliti, Deut 26:1-2 adalah tax bagi tanaman." Kataku lagi.

1"When you come into the land which the LORD your God gives you for an inheritance, and have taken possession of it, and live in it,

2 you shall take some of the first of all the fruit of the ground, which you harvest from your land that the LORD your God gives you, and you shall put it in a basket, and you shall go to the place which the LORD your God will choose, to make his name to dwell there.

"Nah, Kharaj - Land Tax pula seperti saranan Parti Ustaz , iaitu 10% itu bulat-bulat diambil dari Bible, sila rujuk Lev 27:32 And all the tithe of herds and flocks, every tenth animal of all that pass under the herdsman's staff, shall be holy to the LORD."
"Allah telah berfiman dalam 3:100. "Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu mentaati segolongan daripada orang-orang yang diberi al-Kitab, mereka akan mengembalikan kamu, sesudah keimanan kamu, kepada orang-orang yang tidak percaya". Pada ayat 3:101. "Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus."  Kata ku lagi.  "Nah, masih bertaut kuat dengan perlembagaan parti itu Ustaz?"
Ustaz Harun buat-buat untuk tidak mendengar.




HALAL DAN HARAM

Allah telah berfirman 5:3. "Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang yang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka janganlah takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku merelakan Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih".
"Secara kesimpulanya ustaz, Allah telah berfirman bahawa empat benda tak boleh dimakan iaitu bangkai, darah, daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah. Manakala tujuh cara kematian adalah diharamkan iaitu, dicekik, dipukul, jatuh lalu mati, yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah. Selain dari empat benda tersebut dan tujuh cara kematian binatang tersebut adalah Halal, itu jaminan Allah.  Adakah Ustaz setuju?" Tanya ku pada Ustaz.
Ustaz Harun tidak berani berkata lagi. Dia melihat pada kotak rokoknya.
"Ustaz, cuba lihat sambungan ayat tersebut 5:4. "Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.”
"Kalau nak bertarik dari sini, anjing juga boleh dipelihara, takkan Ustaz lupa pada surah Al Kahfi kot?" Tanyaku lagi.  "Seterunya, ayat 5:87. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengharamkan benda-benda yang baik yang Allah menghalalkan bagi kamu, dan jangan mencabul; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang mencabul. Ayat 5:88. Makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang Mukmin."
"Ayat 5:96 5:96.  Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat selama kamu dalam kesucian haji (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan."
"Adakah Ustaz setuju dengan semua ayat-ayat tersebut?" Aku bertanya.
Ustaz Harun buat muka Sardin.
"Malangnya Ustaz, ada dikalangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sendiri, tidak memakan ikan yang tidak bersisik, ketam dan udang.” Kataku.

Wak Seman, Lebai Ngah dan Pak Rashid mula berdongak-dongak semacam ikan di air yang mencari udara segar. Aku tahu mereka mungkin terkejut, tetapi tidak buat Ustaz Harun. Di Universiti Al-Azhar, dia pasti sudah belajar tentang perbezaan antara mazhab.
"Kalau begitu, apa yang kami pelajari, binatang dua alam dan sebagainya makruh untuk dimakan!" Lebai Ngah mula bersuara.
"Ayat tadi yang kita baca, ada sebut dua alam?"  Tanyaku pada Lebai Ngah.
"Tiada." Jawab Lebai Ngah.
“Kalau begitu, esok kita buat ketam batu stim, dan sup kaki katak, macam di Thailand, amacam?" Cadangku pada Lebai Ngah.
"Lebai, jangan hang masak katak, tapi buat sup beruk kat dia!" Ustaz Harun bersuara, menyindir.
"Seperti ayat di atas, saya tidak berani menghalalkan apa yang Allah telah mengharamkan,  dan saya juga tidak berani juga mengharamkan apa yang Allah telah halalkan!" Tegasku.
"Kalau beruk, buat sup tak syok. Apa kata kita BBQ saja, cicah dengan sos. Walau pun gitu, saya lebih suka ketam batu yang distimkan!" Aku memulangkan sindiran Ustaz Harun.
"Sekarang cuba perhatikan Lev 11:9~22". Kata ku lagi. “Lihat ayat-ayat itu…”

09 "These you may eat, of all that are in the waters. Everything in the waters that has fins and scales, whether in the seas or in the rivers, you may eat.

10 But anything in the seas or the rivers that has not fins and scales, of the swarming creatures in the waters and of the living creatures that are in the waters, is an abomination to you. They shall remain an abomination to you; of their flesh you shall not eat, and their carcasses you shall have in abomination.

12 Everything in the waters that has not fins and scales is an abomination to you. "And these you shall have in abomination among the birds, they shall not be eaten, they are an abomination: the eagle, the vulture, the osprey,

14 the kite, the falcon according to its kind,

15 every raven according to its kind,

16 the ostrich, the nighthawk, the sea gull, the hawk according to its kind,

17 the owl, the cormorant, the ibis,

18 the water hen, the pelican, the carrion vulture,

19 the stork, the heron according to its kind, the hoopoe, and the bat.

"Ayat ini pun puak Sunnah Wal Jama’ah tidak sepakat, kerana ada imam muktabar mereka mengambil pendirian Bible untuk membolehkan makan belalang dan sebagainya."

20 "All winged insects that go upon all fours are an abomination to you.

21 Yet among the winged insects that go on all fours you may eat those which have legs above their feet, with which to leap on the earth.

22 Of them you may eat: the locust according to its kind, the bald locust according to its kind, the cricket according to its kind, and the grasshopper according to its kind.

"Jadi Ustaz, kalau nak makan beruk ke, gajah ke, harimau ke, kalau ia baik bagi kamu, makanlah. Jangan pula kata itu halal dan itu haram tanpa nas dari Allah." Kataku lagi.  “Ayat 10:59. Katakanlah, "Adakah kamu memikirkan rezeki yang Allah menurunkan untuk kamu, dan kamu membuat sebahagiannya haram, dan sebahagiannya halal?" Katakanlah, "Adakah Allah memberi izin kepada kamu, atau kamu mengada-adakan terhadap Allah?”
Dalam Ayat 16:116. "Dan janganlah mengatakan apa yang lidah kamu menyifatkan dengan dusta, "Ini halal, dan ini haram," supaya kamu mengada-adakan dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung."
Aku sempat membacakan dua buat ayat Quran bagi mereka.
"Kamu ni Brahim, kalau Bible kata tak boleh makan babi, dan Quran pula kata kita tak boleh makan babi, adakah kamu nak kata Quran ikut Bible?" Tiba-tiba saja membentak si Ustaz.
"Ustaz, adakah ustaz buat-buat lupa bahawa Allah telah berfirman pada 3:31, 6:92, 35:31 dan 46:30 yang Quran ini membenarkan kitab yang terdahulu.  Ini bermakna bahawa kalau dalam Bible kata tak boleh makan babi dan dalam Quran juga ada perintah yang sama, maka ayat Bible itu ayat aslilah, iaitu Kristian tak boleh makan babi, tetapi masalahnya di sini pula, Bible berlawanan dengan perintah Quran, dan Ustaz masih beria-ia juga nak akur pada hukum Bible." Kataku selamba.


NABI ISA DAN IMAM MAHDI

"Kalau macam tu, aku tak sabar-sabar untuk tunggu akan kedatangan Nabi Isa dan Imam Mahdi, biar mereka datang balik untuk mendaulatkan kembali Islam." Bentak Pak Rashid yang sekian lama membisu.
"Tunggu, jangan tak tunggu!"
"Apasal hang cakap macam tu?" Pak Rashid bertanya, pelik.
"Allah dah kata 5:116 dan 117. Dan apabila Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu mengatakan kepada manusia, 'Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah'?" Dia berkata, "Kepada Engkau sanjungan! Tiadalah bagiku untukku mengatakan apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku mengatakannya, Engkau mengetahuinya, dengan mengetahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak mengetahui apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib. Aku hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.' Dan aku seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu".
19:33 dan 34. "Kesejahteraan ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati, dan hari aku dibangkitkan hidup. Itulah Isa putera Mariam, dengan perkataan yang benar, yang mengenainya mereka ragu-ragu".
3:55. "Apabila Allah berkata, "Wahai Isa, Aku akan mematikan kamu, dan menaikkan kamu kepada-Ku, dan Aku membersihkan kamu daripada orang-orang yang tidak percaya. Aku akan membuatkan orang-orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang yang tidak percaya hingga Hari Kiamat. Kemudian kepada-Ku kamu akan kembali, dan Aku akan menghakimkan antara kamu mengenai apa yang padanya kamu memperselisihkan".
Ayat 21:34 dan 35 "Kami tidak membuat sesuatu makhluk sebelum kamu untuk hidup selama-lamanya; maka, jika kamu mati, adakah mereka akan hidup selama-lamanya? Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan".
"Kepercayaan bahawa Nabi Isa tidak mati dan akan turun bunuh Dajal berasal dari hadis, hadis ini pula hasil daripada cedokan dari Bible Mark 13:24-27 "But in those days, after that tribulation, the sun will be darkened, and the moon will not give its light, and the stars will be falling from heaven, and the powers in the heavens will be shaken. And then they will see the Son of man coming in clouds with great power and glory. And then he will send out the angels, and gather his elect from the four winds, from the ends of the earth to the ends of heaven,
"Jadi, macam itulah juga dengan kes Imam Mahdi. Ini adalah asas kepercayaan kaum Shiah yang mengakui bahwa imam yang ke dua belas iaitu Muhammad ibn Hasan Al-Askari yang ghaib itu akan muncul kembali sebagai Imam Mahdi untuk mentakbir dunia dengan adil." Tambahku lagi.   “Berbagai-bagai versi pada cerita Imam Mahadi. Lain golongan manusia dan kepercayaan, lain pula ceritanya.  Namun, Imam Mahadi tidak disebut di dalam al-Qur'an. Maka cerita mengenainya tidak harus diyakini. Renungkanlah ayat-ayat ini, "Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan." (4:82). 
Imam Mahdi merupakan kepercayaan golongan Syiah yang menunggu kedatangan Imamnya yang ke-12.  Kepercayaan ini kemudiannya menyerap masuk ke dalam pegangan orang Sunni, mungkin untuk "melawan" Mahdi orang Syiah.  Rujukan utama bagi kepercayaan kepada Mahdi adalah hadis.  Akan tetapi, tidak semua kitab hadis ajar kepercayaan tersebut.  Hanya kitab Sunan Abu Dawud dan Mishkat al-Masabih menyebutnya.  Masing-masing mencatatkan dua hadis.  Daripada hadis (Nabi) mereka, adalah difahamkan bahawa Mahdi itu berketurunan Nabi, daripada Fatimah, berdahi luas, dan hidungnya menonjol.  Dia akan melimpahi bumi ini dengan kesaksamaan dan keadilan seperti ia telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman.  Dia dikatakan akan memerintah selama tujuh tahun.  Itu bermakna Nabi telah menyatakan sesuatu yang akan datang, atau yang ghaib, baginya. Sukar untuk mempercayainya kerana Allah telah menyatakan bahawa Nabi tidak tahu perkara yang ghaib. Firman-Nya,  "Katakanlah (Muhammad), 'Aku tidak kata kepada kamu, aku mempunyai perbendaharaan Allah. Aku tidak tahu yang ghaib, dan aku tidak kata kepada kamu, aku seorang malaikat; aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku (al-Qur'an).'"(6:50).
Tidak juga baginda mengetahui bahawa Presiden Obama sedang cuba jadi seperti seorang Mahdi kerana ambil peranan sebagai ketua polis dunia untuk hapuskan golongan Pengganas  termasuk daripada puak Islam yang sedang mengancam keamanan dunia hari ini.  Jadi Pak Rashid tunggulah terus, ya.” Ujarku panjang lebar.
Pak Rashid terdiam kemudian mengangguk faham.
"Nah, lima belas kes telah kita bincang, Ijtihad mana yang nak dapat dua pahala dan Ijtihad mana pula yang nak dapat satu pahala?" Tanyaku.

Ustaz Harun terdiam kaku.  Melihat mereka lama terdiam kaku, aku berkata lagi "Baiklah, kita sambung yang terakhir, ini Ijtihad Imam Khomini pula, cuba tenggok, betulkah, kalau Ijtihad dia betul dapat dua pahala, kalau salah dia dapat satu pahala atau sengaja dia nak tempah bala?" Aku cuba berlawak.


SIKSA KUBUR

"Kamu menghina Sunnah Nabi - Brahim, bawa mengucap, mati nanti kamu mesti kena siksa kubur. Ular tu besar, kuku dia panjang berjela dan taring dia sungguh bisa. Masa tu baru kamu tahu. Celuparnya mulut kamu, Brahim." Bentak Ustaz Harun.
"Janganlah Ustaz kata begitu. Saya percaya tidak ada ular dalam siksa kubur.”  Kataku lagi. “Siksa kubur pun tidak wujud, Ustaz!”
"Macam mana kamu pasti? kamu tak mati lagi!" Ustaz cuba melawak.
"Laaaaa, kan dalam Quran ayat 8:50. Jika kamu dapat melihat ketika para malaikat mematikan orang-orang yang tidak percaya, dengan memukul muka-muka mereka, dan belakang mereka, "Rasalah azab yang membakar… dan ayat 47:27. Maka bagimanakah ia, apabila malaikat-malaikat mematikan mereka, memukul muka mereka dan belakang mereka?"
"Itu masa nak dimatikan. Lepas tu Allah telah berfirman pada ayat 36:51 hingga 53. "Dan trompet ditiupkan; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka. Mereka berkata, "Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami daripada tempat tidur kami? Inilah apa Yang Pemurah menjanjikan, dan para utusan berkata benar." Ia hanyalah satu Teriakan; kemudian tiba-tiba, mereka kesemuanya dihadapkan kepada Kami".   Kalau macam tu, orang yang mati berjuta-juta tahun dahulu akan kena siksa sampai hari kiamat, yang mati sejam dua sebelum kiamat, akan beruntunglah, azab kubur mereka sebentar sahaja, mana dia sifat Allah yang Maha Adil lagi Maha Penyayang itu?" Aku tanya soalan logik lagi.
"Kalau mati di lautan atau mati dimakan binatang buas, selamatlah dari siksa kubur, kerana si mati tak mempunyai kubur." Lebai Ngah berkata.
"Yang saya pasti, setiap yang mati ada kuburnya, walaupun di dasar lautan, dalam perut haiwan, atau di mana saja dan mereka akan dibangkitkan seperti ayat 22:7. Dan kerana Saat pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan Allah membangkitkan sesiapa sahaja yang di dalam kubur."
Ini semacam satu sokongan buat ku. Ustaz Harun kerling pada Pak Rashid. Pak Rashid tersengih. Lebai Ngah cuba buat muka serius.  
Semua terdiam seketika termasuk aku.



FATWA IMAM KHOMINI

"Cuba Pak Rashid bayangkan, patutkah puak Shiah mengganggap bahawa Imam Khomini adalah maksum. Saya sendiri meremang bulu tengkok bila melihat pada serban dan janggutnya. Semua menjadi kagum tenggok dia, tetapi malang seribu kali malang, bila dia buka sahaja mulut, Allah telah melondehkan identiti dia, kalau tak percaya, sila lihat fatwanya yang jijik lagi meloyakan." Kataku, buka topik lain pula.
"Setiap lelaki dibolehkan mendapat kepuasan sex dari kanak-kanak, walaupun kanak-kanak tersebut masih bayi. Bagaimanapun dia seharusnya tidak boleh menembusi kemaluan tetapi dibolehkan untuk meliwat kanak-kanak tersebut. Kalau lelaki itu menembusi lalu mencederakan kanak-kanak tersebut, dia seharusnya bertanggung-jawab untuk memberi nafkah kepada kanak-kanak tersebut sepanjang hayat kanak-kanak tersebut. Walaubagaimanapun, kanak-kanak perempuan ini, tidak boleh dihitung sebagai salah satu dari empatnya isteri yang tetap. Lelaki ini juga tidak dibolehkan berkahwin dengan saudara kanak-kanak perempuan tersebut." (Dari buku Khomeini "Tahrirolvasyleh" Jilid 4, Darol Elm, Gom, Iran, 1990).
"Ada lebih baik bila kanak-kanak perempuan mulai datang haid berkahwin di rumah suaminya daripada rumah ayahnya. Si ayah yang mengahwini anak perempuannya pada usia begitu akan mendapat tempat yang tetap di Firdaus." (Dari buku Khomeini "Tahrirolvasyleh" Jilid 4, Darol Elm, Gom, Iran, 1990).
"Setiap lelaki boleh mendapat kepuasan sex dengan haiwan seperti kambing biri-biri, lembu, unta dan sebagainya. Walau bagaimanapun dia seharusnya membunuh binatang tersebut selepas persetubuhan itu. Dia tidak boleh menjual daging bintang tersebut kepada orang kampungnya, adalah lebih baik baginya supaya menjual daging binatang tersebut kepada penduduk desa yang berdekatan." (Dari buku Khomeini "Tahrirolvasyleh" Jilid 4, Darol Elm, Gom, Iran, 1990).
"Setiap lelaki yang meliwat dengan haiwan seperti lembu, biri-biri betina atau unta, maka air kencing dan sistem kumbuhan binatang tersebut tidak lagi suci. Ia menjadi najis dan kotor. Oleh itu susunya tidak lagi boleh diminum. Haiwan tersebut seharusnya dibunuh dan dibakar secepat mungkin."(Dari buku kecil hijau, Sayings of Ayatollah Khomeini, Political, Phylosophica, Social and Religious with a special introduction by Clive Irving, ISBN number 0-553-14032-9, page 47)."  Kata ku, mengakhiri hujah.
Aku hanya memerhatikan, mereka sedang berfikir.




QARDIANI

"Kamu tahu pasai Qardani, apakah mereka juga tak betul?" Tanya Pak Rashid padaku.
"Sikit-sikit tahulah, macam Mirza Ghulam Ahmad telah dilahirkan di-sabuah kampong bernama Qadian di-Utara India pada tahun Masehi 1839 berasal dari keluarga Islam. Dia sering mengalami berbagai penyakit baik jiwa atau jasmani dan lazim mengubati dirinya dengan candu dan tonik arak anggur. Ia juga mengakui dirinya adalah Nabi Isa al-Masih, Imam Mahdi bahkan sabagai kedatangan Nabi Muhammad yang kedua kalinya dalam bentuk rupa Mirza untuk mengembang-kan ajaran Islam. Dalam pada itu ia mendakwa telah menerima WAHYU dengan menyifatkan karangannya BRAHEEN-e-AHMADIYA sebagai KITAB ALLAH. Dia telah menemui ajal-nya pada tahun 1908.  Semasa hidupnya dia telah mengarang 80 buah kitab dan kesemua kitab-kitab karangan Mirza Ghulam telah dihimpunkan dan diberi tajuk 'ROOHAINI KHAZAIN' diterbit dan diedarkan oleh Pusat Aliran Ahmadiyyah di London.”

Mirza Ghulam Ahmad telah mengatakan (petikan dari Izala-e-Auham'ROOHAINI KHAZAIN ,jilid 3, ms. 114-472) yang :

1.Nabi Muhammad tidak mengerti makna Surah Al-Zilzal.

2.Para rasul yang lain juga telah berbuat salah dan berbohong.

3.Kesilapan juga didapati dalam wahyu yang diterima Rasulullah kerana tidak memaklumkan tentang Ibnu-Maryam, Dajal, Ya'juj dan Ma'juj dan Daabatul Ardh.

4.Braheen-e-Ahmadiyya dirujuk sabagai Kitab Allah dalam karangan Mirza yang lain umpamanya dalam Roohani Khazain jilid 22. Ms 502. Contohnya… " Inna Anzalnaahu Qareeban min alQadian wa bil Haq anzalnaahu" {Sasungguhnya kami telah mengutus-nya[ Mira] di-Qadian dan mengutus-nya dengan kebenaraan}. Ayat yang kononnya wahyu ini juga telah dikandungkan dalam Braheen-e-Ahmadiyya dan dengan nyata mendakwa bahawa Qadian telah disebut terdahulunya didalam Qur'an atau Hadis.

5.Rujukan kapada Makkah, Madinah dan Qadian didapati dalam Al-Qur'an yang suci.

6.Al-Qur'an megandungi perkataan-perkataan yang kurang sopan. { Mirza kini berusaha mempertahankan kata-kata kesat yang digunakan terhadap mereka yang membangkangnya}". Kataku lagi.

Aku menarik nafas panjang. Semua muka berkerut. Nyamuk tidak lagi menjadi teman sejati.  "Tak cukup dengan fakta-fakta yang merapu tu, dia tambah lagi ajaran dia dengan fakta-fakta gila seperti …

Ia merupakan kedatangan Nabi Muhammad yang kedua kalinya bahkan lebih sempurna dan lebih berdarjat dari pengutusannya yang pertama (Roohani Khazain jilid.16 ms 272).

Nabi Muhammad telah kembali ke dunia sabagai Mirza untuk mengembangkan Islam (Roohani Khazain jilid.17 ms 249).

Penganut Ahmadiyya tidak harus membezakan antara Mirza Ghulam dengan Nabi Muhammad kerana "sesiapa yang membezakan antara aku dan Mustafa [Rasullulah] tidak pernah melihat atau mengenalku"(Roohani Khazain jilid.16 ms 171).

Mirza kononnya menerima WAHYU: Muhammadur Rasoolullah wallazeena ma'ahoo ashiddaohoo' ala alkuffar rohamao bainahum' dalam mana Tuhan telah menamakan aku Muhammad dan Rasulullah (Roohani Khazain jilid.18 ms 207).

Sesiapa menjadi ahli Jama'at Mirza dengan tersendirinya dia bertaraf Sahabat Rasulullah (Roohani Khazain jilid.16 ms 259).

Oleh sebab, Mirza Ghulam tidak lain orangnya dari Nabi Muhammad maka apabila saorang Ahmadi mengucap KALIMA TAYYEBAH( Shahadah) maksud Muhammad Rasululah ialah Mirza Ghulam Ahmad Qadiani (Kalimat al-Fasl oleh Mirza Basheer Ahmad anak-nya Mirza Ghulam Ahmad Qadiani).

Si Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan oleh Chiragh Bibi tetapi ia mendakwa yang ianya adalah Isa ibn-Maryam. Mirza mengatakan pada mulanya Tuhan telah merubahnya menjadi Maryam salama dua tahun. Salepas itu, Tuhan membuatnya mengandung salama 10 bulan dengan meniup ruh Isa kadalam-nya dan akhir-nya dia telah menukar menjadi Isa ibn-Maryam( Roohani Khazain jilid. 19ms 87-89).

Dia adalah Massel Maseeh serta mempunyai beberapa persamaan dengan Isa ibn-Maryam (Roohani Khazain jilid.1 ms 593).

Nabi Isa ada-lah anak Yusuf Najjar (Roohani Khazain jilid.3 ms 254).
Nabi Isa telah wafat dan tidak lagi akan kembali (Roohani Khazain jilid.3 ms402).

Nabi Isa ada-lah sa-orang pembohong, kerap kali menyebut kata-kata lucah, pemabuk, perakus dan jahat, bukan orang yang salih atau mencari kebenaran, dianya juga sombong dan angkuh dan mendakwa ketuhanan dirinya (Roohani Khazain jilid.9 ms 289).

Sebenar-nya Nabi Isa tidak pernah memperlihatkan sabarang mukjizat" (Roohani Khazain jilid.11 ms 290-291).

Tiga nenek moyang Nabi Isa ada-lah ahli zina dan pelacur dan dari darah daging mereka Nabi Isa di-jadikan" (Roohani Khazain jilid.11 ms 291).

Nabi Isa menjadi gila kerana penyakit sawan" (Roohani Khazain jilid.9 ms 417).
Aku lebih senang jika Nabi Isa tidak pernah diturunkan ke dunia ini" (Roohani Khazain jilid.9 ms 417).

Aku lebih sempurna dari Isa ibn Maryam" (Roohani Khazain jilid.1 ms 593).

"Aku mempunyai beberapa sifat yang menyerupai Jesus ….sifatku dan Jesus ibarat atom yang kembar atau dua benih dari pokok yang sama." (Roohani Khazain jilid.1 ms 593).

"Qur'an adalah Kitab Allah dan sebutanku" (Iklan bertarih 15 Mar 1897, Roohani Khazain jilid.22 ms 87).

Aku yakin akan wahyu yang aku terima sama saperti Qur'an dan Torah"(Roohani Khazain jilid.17 ms 454 ).

"Asas dakwaan kami bukan Hadis dan Qur'an tetapi WAHYU yang kami terima.  Memang benar kami merujuk kapada Hadis yang disahkan Qur'an bilamana ia memperkukuhkan dan TIDAK BERCANGGAH DENGAN WAHYU KAMI. YANG LAINNYA KAMI KETEPIKAN SAPERTI SAMPAH KERTAS" (Roohani Khazain jilid.19 ms 140).

"Bait-ul-Zikr (Masjid disebelah Bait-ul-Fikr, bilik yang dimana Mirza berdiam dan mengarang kitab-kitabnya) sama saperti Harram-e-Kaaba, 'Wa man dakhalahoo kaan amina' {dan sasiapa yang memasukinya berada dalam keamanan}" (Roohani Khazain jilid.1 ms 666-667).

Ayat 1 Surah 17 (Al-Isra) dari Al-Qur'an: "Maha suci Tuhan yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Haram(di Makkah) ka Masjid Aqsa (di Baitul Makdis)", erti and tujuannya adalah Masjid yang dibina bapa Mirza Ghulam. (Himpunan iklan jilid. 3 ms 286).

"Kesemuanya telah terima dan percaya akan kenabianku melainkan keturunan pelacur yang hati mereka itu telah ditutupi Tuhan" (Kamalate Islam, Roohani Khazain jilid.5 ms 547).

"Sasiapa yang enggan percaya tentang Mirza Ghulam Ahmad Qadiani telah ingkar terhadap Tuhan dan Rasul dan akan dimasukkan kadalam Neraka" (Iklan oleh Mirza Ghulam Ahmad bertarih 25 Mai 1900).

"Aku adalah 'benih yang dengan kemahuan sendiri ditanam/dipelihara' KERAJAAN INGGERIS. Kerajaan harus melindungi BENIH TANAMAN INI…. Mesti mengarah kaki tangannya melayan AKU serta JAMA'AHKU dengan kemudahan and pertolongan yang istimewa. Keluarga kami tidak pernah teragak-agak menumpahkan darah mereka demi kepentingan Kerajaan Inggeris dan tidak berhenti menggadai nyawa meraka sejak dahulu hingga kini" (Roohani Khazain jilid.13 ms 350).

"Dari sejak remaja hingga kini usiaku 65 tahun, aku sentiasa sibuk, dengan lidah dan penaku, dalam tugas penting bagi mengubah hati orang Islam kapada cinta, tulus-ihlas and simpati terhadap Kerajaan Inggeris dan melesapkan fahaman Jihad dari hati sibodoh (Orang Islam) " (Kitab-ul-Bariyah, Roohani Khazain jilid.13 ms 350 ).

"….demi kepentingan Kerajaan Inggeris, sudahku menerbitkan dan membahagi 50,000 keping kertas di negeri ini (India) dan negara Islam yang lainnya (membahas Jihad) … kesudahannya beratus ribu manusia telah menggugurkan fahaman Jihad yang kotor itu." (Roohani Khazain jilid .15 ms 114)". Kata ku lagi sambil menarik nafas lega.

"Mak datuk, beraninya dia?" Tiba-tiba saja perkataan itu keluar dari mulut sang lebai.
"Apa nak dihairankan lagi Lebai, itulah akibat bila Quran dibuat barang hiasan." Kataku lagi.




BAB 5 : PUASA

Masing-masing masih tidak bergenjak dari bangku panjang itu. Semua bebola mata bertumpu kepada Bible dan Quran. Satu lagi teko teh susu panas dibawa keluar. Lebai Ngah, Ustaz Harun, Pak Rashid, dan Wak Seman dalam keadaan yang sangat tertekan. Aku semakin bersemangat untuk berhujah memandangkan mereka pula semakin setia untuk mendengar.
 "Kalau begitu bagaimana pula cara kamu berpuasa dan bersolat Brahim?" Lebai Ngah yang lama mendiamkan diri terus menyoal.
Aku senyum kepadanya dan membetulkan buntut yang sudah mula panas di tempat duduk bangku panjang.   Kemudia aku bersuara dengan tenang.
"Pertama, puasa bila Ramadan 2:185. "Bulan Ramadan yang padanya Al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu; dan agar kamu mencukupkan bilangan, dan mengagungkan Allah, bahawa Dia telah memberi petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.”
"Kedua, dalam ayat 2:196. "Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu berasa aman, sesiapa yang menikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan sewajarnya."
"Ketiga 5:89. "Allah tidak mempertanggungjawabkan kamu kerana sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia mempertanggungjawabkan kerana ikatan yang kamu buat dengan sumpah-sumpah itu. Penebusannya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan yang biasa kamu memberikan keluarga kamu, atau memberi Pakaian mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Jika sesiapa tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa tiga hari. Itulah penebusan bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah; jagalah sumpah-sumpah kamu. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu berterima kasih."
"Keempat dalam surah 5:95. "Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam kesucian haji (ihram); sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebusan - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia merasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah memaafkan apa yang telah lalu, tetapi sesiapa mengulanginya, Allah akan melepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam."
"Yang kelima Zihar 58:4. Tetapi sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin - itu, supaya kamu mempercayai Allah dan rasul-Nya. Itulah hudud (had-had) Allah; dan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang pedih."
"Itulah kelima-lima kes yang memerlukan puasa, jadi tidak ada puasa enam, puasa bulan putih, puasa Isnin dan Khamis, puasa Rejab, puasa Shaaban dan entah apa-apa punya puasa yang dilabelkankan atas nama Islam dan sebagai ganjaranya pula, sipengamalnya akan mendapat pula pahala Nabi itu dan Nabi ini atau dia akan mendapat pahala setahunlah, seumur hiduplah dan akhirnya diberi dengan ganjaran Syurga!"Kataku, puas.
"Ingat tak pada kes tuan penasihat tadi?" Tanyaku ringkas.
"Perempuan yang berhaid pun kena puasa, kan?" Ustaz Harun bertanya sambil menjeling padaku. Ada nada jengkil dalam suaranya.
Aku lempar senyuman padanya. "Tidak perlu, seperti kita bincangkan ayat yang pertama tadi 2:185. ".. dan sesiapa yang sakit (seperti gangguan yang mengakibatkan kesakitan), atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu; dan agar kamu mencukupkan bilangan.”.   Jadi, perempuan datang bulan tidak perlu puasa kerana kita faham apabila wanita mengalami haid. Mereka mengalami kesakitan yang  luar biasa. Ianya termasuk gangguan dalam kesihatan." Kataku.
"Puasa pula dari Fajar, sebelum matahari terbit sampai Malam, iaitu setelah matahari terbenam sepenuhnya.  Kerana ayat 2:187. "Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada Fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa." Tegasku.
“Kamu memang sah gila Brahim!. Adakah kamu hendak memberitahu kami bahawa, perempuam yang datang haid juga kena puasa!" Ustaz Harun mula naik benggang.
"Ustaz jangan marah saya, perempuan yang datang haid boleh main bola jaring, berenang, menoreh getah, pergi opis, makan, minum dan pergi kerja. Pasal apa tak boleh solat  dan berpuasa?” Kata ku. 
"Buktikan teori kamu Brahim!" Perintah Lebai Ngah.
"Hanya ada tiga ayat berkenaan dengan haid yang saya dapat cari dan ketiga-tiga ayat ini tidak memberi cuti pada kaum Hawa, entahlah kalau ada Tuhan lain yang telah mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak mengizinkan…. (42:21)?" Aku pura-pura bertanya. “Lihat ayat-ayat ini…”

2:222. Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah memerintahkan kamu." Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.

2:228. Perempuan-perempuan yang diceraikan akan menunggu sendiri selama tiga haid, dan tidaklah halal bagi mereka untuk menyembunyikan apa yang Allah menciptakan di dalam rahim mereka jika mereka mempercayai Allah dan Hari Akhir. Pada masa itu suami-suami mereka adalah lebih berhak untuk mengembalikan mereka jika mereka menghendaki untuk memperbetulkan. Bagi perempuan ada hak yang baik seperti yang ke atas lelaki, tetapi para lelaki mereka adalah satu darjat di atas mereka; Allah Perkasa, Bijaksana.

65:4. Bagi perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada haid selanjutnya, jika kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan mereka yang tidak datang haid hingga kini. Dan mereka yang hamil, tempoh mereka ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan membuatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah.
"Ustaz, ayat 2:222 mengatakan "cuti dari melakukan hubungan sejenis" untuk bersama suami, bukan cuti dari solat, cuti dari mengingati Allah, cuti dari berbuat baik dan sebagainya. Tuhan palsu mana pula berani "cancel" hukum Allah ini?" Aku sambung lagi.
"Lebai Ngah, ini bukan teori, Ini ayat Quran yang sangat jelas." Kataku sambil memandang pada Lebai Ngah.


.... BERSAMBUNG





Tiada ulasan: