MUNCUL satu persoalan mengenai RASUL, yang mengakibatkan sesetengah ORANG disangka jadi Rasul pada hari ini. Sangkaan lahir daripada fahaman bahawa Rasul terdiri daripada golongan manusia dan malaikat sahaja. Dan bahawa Rasul, menurut al-Qur'an, didapati berada di kalangan masyrakat dewasa ini. Firman Allah,
"Bagaimanakah kamu
boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya
berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi
petunjuk pada jalan lurus."
[Q.S. 3:101]
Kerana Rasul dikatakan hadir
pada hari ini maka dia disangka hanya terdiri daripada orang-orang yang
menyampaikan ayat-ayat Allah, yang bilangannya didapati begitu ramai. Sedia
maklum bahawa ayat-ayat Allah yang diturunkan, antara lain, beri petunjuk kepada
manusia pada jalan lurus. Tugas itu, apabila direnungkan tidak hanya mampu
dilaksana oleh Rasul jenis manusia kerana sebuah Kitab pun mampu buat demikian.
Lalu Kitab itu boleh juga dianggap sebagai Rasul, seperti ditunjukkan dalam
kandungan Peringatan berbunyi,
"Wahai ahli Kitab,
sungguh telah datang kepada kamu RASUL Kami, menjelaskan kepada kamu banyak
perkara yang kamu sembunyikan daripada KITAB, dan banyak yang dimaafkan. Telah
datang kepada kamu daripada Allah SATU CAHAYA, dan sebuah KITAB yang jelas. Allah beri petunjuk kepada siapa ikut
kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan keluarkan mereka dari
kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia beri petunjuk kepada mereka
pada jalan lurus."
[Q.S. 5:15-16]
Rasul dikatakan telah datang
dan apa yang dikatakan telah datang di situ dijelaskan lagi dengan frasa sebuah
Kitab yang jelas. Justeru, ayat tersebut dengan jelas membawa mesej iaitu Rasul
adalah Kitab. Penurunan
Kitab ambil masa yang lama, di antara sebuah Kitab dengan Kitab yang lain
(contoh, Injil dan al-Qur'an yang memakan masa kira-kira 600 tahun, atau
al-Qur'an hingga ke hari ini selama lebih 1400 tahun). Kerana begitu lama
mungkin terdapat orang-orang di kalangan ahli Kitab menyatakan tidak ada
sebarang pemberi berita gembira mahu pun pemberi amaran datang kepada mereka.
Namun, Allah sangkal mereka dengan ayat berikut:
"Wahai ahli Kitab,
sungguh telah datang kepada kamu RASUL Kami, menjelaskan kepada kamu pada satu
masa jeda antara Rasul-Rasul, supaya kamu tidak kata, 'Telah tidak datang
kepada kami sebarang PEMBAWA BERITA GEMBIRA, dan tidak juga sebarang PEMBERI
AMARAN.' Sungguh, telah datang kepada kamu PEMBAWA BERITA GEMBIRA, dan PEMBERI
AMARAN; Allah berkuasa atas segala sesuatu."
[Q.S. 5:19]
"Kami tidak utus para
RASUL kecuali untuk beri BERITA GEMBIRA, dan BERI AMARAN. Maka sesiapa yang
percaya, dan membetulkan - tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka
bersedih."
[Q.S.6:48]
Dia menyatakan bahawa RASUL
@ UTUSAN merupakan PEMBAWA BERITA GEMBIRA dan PEMBERI AMARAN. Pembawa dan
pemberi tersebut boleh berbentuk sebuah KITAB. Seperti Kitab AL-QUR’AN, yang tidak dinafikan
berfungsi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran sepertimana menurut
firman-Nya yang berbunyi;
"Sebuah KITAB yang ayat-ayatnya
dijelaskan sebagai sebuah QUR’AN bahasa ARAB bagi kaum yang tahu, PEMBAWA
BERITA GEMBIRA, dan PEMBERI AMARAN, tetapi kebanyakan mereka berpaling, dan
tidak mendengar."
[Q.S. 41:3-4]
Serupa mana-mana RASUL jenis
manusia, AL-QUR’AN juga dikatakan sebagai PEMBAWA BERITA GEMBIRA, dan PEMBERI
AMARAN. Dan kerana mesejnya masih terpelihara hingga hari ini maka mana-mana
manusia tidak perlu lagi menganggap diri mereka sebagai Rasul. Kerana RASUL boleh berbentuk sebuah KITAB, seperti
al-Qur'an, sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, maka RASUL kita
pada hari ini ialah Kitab AL-QUR’AN itu sendiri.
APAKAH nabi Muhammad adalah
RASUL terakhir?
Dalam surah 33:40. ALLAH
menyatakan:
“Muhammad bukanlah bapa bagi
seseorang daripada lelaki kamu, tetapi RASULULLAH, dan penutup Nabi-Nabi; Allah
tahu segala sesuatu.”
[Q.S. 33:40]
Dari jenis manusia, Nabi Muhammad
adalah Rasul, tetapi bukanlah Rasul terakhir atau penutup Rasul kerana Rasul
adalah Jawatan yang tiada penutup.
Tetapi Jawatan NABI ada penutupnya iaitu Nabi Muhammad SAW.
NABI merupakan orang yang
diberi wahyu oleh Allah S.W.T sebagai panduan hidup dirinya sendiri. Dan ini
berlaku kepada semua nabi ALLAH.
Manakala,
RASUL adalah nabi yang
diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia
sejagat pada zamannya. Namun Rasul, bukan hanya disandang oleh manusia, tetapi
boleh berbentuk KITAB berdasarkan Fungsi Rasul itu sendiri. Oleh kerana, Nabi Muhammad telah wafat dan
selepasnya sudah tiada lagi Rasul dan nabi yang diutus dari kalangan mnausia
maka Rasul pada hari ini ialah BUKAN berbentuk Manusia atau Malaikat lagi,
Kerana RASUL boleh berbentuk sebuah KITAB, seperti al-Qur'an, sebagai pemberi
berita gembira dan pemberi amaran, maka RASUL kita pada hari ini ialah Kitab
AL-QUR’AN itu sendiri.
ALLAH DISANJUNG DAN SEGALA
PUJI BAGI ALLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan