The Alien - Link Select

Selasa, 20 Disember 2016

KITAB SIHIR ???

ALLAH S.W.T
berfirman :
“Dan mereka ikut apa yang syaitan-syaitan bacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan Marut; mereka tidak ajar seseorang tanpa mereka berkata, "Kami hanya cubaan, jangan kamu tidak percaya (kafir)." Daripada mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh pecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi mereka tidak dapat mudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah. Dan mereka pelajari apa yang mudaratkan mereka, dan tidak manfaatkan mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, jika mereka tahu.”
[Q.S. AL-BAQARAH /  LEMBU 2:102]



Berdasarkan kepada fakta bahawa kitab  “GRAND GRIMOIRE" wujud atau tidak ia adalah sebuah buku yang dikenali sebagai "THE DRAGON RED” dan "INJIL SYAITAN". Buku ini dikatakan benar-benar wujud kerana Gereja Roman Katolik secara rasmi mendakwa buku atau Gospel ini hak milik mereka, tetapi tidak pernah dipamerkan untuk tontonan orang ramai.


Hakikat bahawa ia telah ditemui di Jerusalem pada tahun 1750, berdekatan dengan makam Nabi Sulaiman a.s, samada dalam bentuk tulisan Hebrew atau Aramaik. Manuskrip ini tidak bertarikh ketika ditulis, tetapi ketika ditemui semula, ianya bertarikh 1522 Masihi.

Ahli teori mendakwa bahawa ia telah disalin dalam tahun itu daripada manuskrip asal dan menulis tarikh pada tahun 1522 dan fakta sebenarnya ia ditulis mungkin dalam Masihi 1200-an atau lebih awal.

Bukti terawal yang diketahui ia datang dari tulisan-tulisan Honorius Thebes, yang kewujudannya tidak terbukti dan tidak dapat dinafikan.  Ia mungkin ditulis oleh Paus Honorius III (1148-1227).

Honorius Thebes dipercayai telah menulis sesuatu yang kini dirujuk sebagai 'Sworn Book of Honorius' (Kitab Sumpahan Honorius), dan fakta bahawa dari mana Grand Grimoire diperolehi sebenarnya tidak diketahui.

Sesetengah orang berpendapat bahawa Honorius sama ada mempelajarinya sendiri dari Iblis sendiri atau yang dimiliki oleh Iblis untuk tujuan penulisan buku ini. Ia mengandungi arahan untuk memanggil iblis pada bila-bila masa, di mana-mana tempat di bumi untuk pelbagai tujuan kejahatan.

Perkataan "grimoire" bermaksud buku sihir yang mengandungi ajaran tentang jenis-jenis sihir sama ada baik atau buruk. Banyak salinan buku ini yang kononnya telah diedarkan di seluruh dunia tetapi tidak seorang pun mendakwa teori gospel ini ialah konspirasi yang mengandungi kata-kata sebenar Grimoire. Ia sangat popular dalam budaya ilmu guna-guna dan sihir bagi puak negro di Haiti dan pengamal yang mendakwa menggunakan buku ini sepanjang masa seperti buku masakan mereka untuk mantera dan pemujaan.

Ahli teori mendakwa Grand Grimoire itu sendiri luar biasa kerana ia tahan terbakar, tidak boleh dipotong, ditusuk, ditembusi, koyak, atau dalam apa-apa cara untuk merosak atau memusnahkannya.

Ia adalah satu-satunya buku dengan pengetahuan tentang bagaimana untuk memanggil syaitan (menyeru Ilbis, lain-lain roh atau apa-apa saja) dengan upacara tertentu untuk dilaksanakan dan di samping itu ia boleh memanggil mana-mana syaitan tertentu (Pazuzu daripada "The Exorcist" di kalangan syaitan).

Yang ditulis oleh Iblis ialah butiran bukti pelbagai keajaiban kitab ini, lokasi tepat peninggalan bible dan  mengandungi lakaran peribadi bentuk sebenar Iblis, muka Judas Iscariot dan Nabi Isa (kononnya). Kerana ia disimpan dan menjadi hak milik Gereja Katolik, teori mendakwa bahawa setiap Pope bermula dari manusia biasa dan kemudian menjadi hak milik syaitan dan apabila dia dipilih sebagai Pope tertinggi, secara logiknya Pope bukan menyembah Tuhan, tetapi Iblis.

Pada tahun 1989, filem "Warlock" yang dibintangi oleh Julian Sands sebagai bakal Dajjal menggunakan Grimoire sebagai plot utama berdasarkan fakta-fakta yang boleh dibuktikan dan fakta-fakta dalam Grand Grimoire itu sendiri. Jadi di manakah Grimoire sekarang? Tentu saja tersimpan didalam Arkib Rahsia Vatican (tempat segala rahsia kebenaran dan kecurangan kitab bible).

Kewujudan ilmu-ilmu hitam ini sejak zaman Nabi Sulaiman a.s lagi di mana amalan sihir oleh orang-orang Yahudi berleluasa ketika itu. Mereka boleh berhubung dengan Iblis Azazil dan Dajjal Al-Maseh secara langsung melalui buku-buku sihir ini. Mungkin kitab ini ditemui oleh kumpulan Knight Templar semasa mereka mengawal kota Baitulmuqqadis dulu.


WALLAHU’ALAM

Sabtu, 17 Disember 2016

SULTAN AGONG KE 15 MALAYSIA ???





"DAULAT TUANKU"

SULTAN MUHAMMAD V
:: NEGERI KELANTAN ::
SULTAN AGONG KE 15 MALAYSIA

PENGELOLA ISTANA D'RAJA
PEJABAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-SULTAN KELANTAN,
ISTANA BALAI BESAR,
15000 KOTA BHARU,
KELANTAN.
09-7416625 (TEL)

09-7416635 (FAX)

Khamis, 15 Disember 2016

DOA UNTUK MENGUBATI DIRI SENDIRI ???

DOA UNTUK MENGUBATI DIRI SENDIRI


ALLAH
Tiada tuhan selain-Mu, Ya Allah Yang Esa dan Tiada sekutu bagi-Mu,
tiada yang disembah selain-Mu dan tiada kuasa selain-Mu

Ya ALLAH,
Suci Engkau dan segala puji bagi Engkau(10:10)
“Wahai Pemelihara semua alam. Wahai Yang Pemurah, Yang Pengasih. Yang menguasai hari agama.  Hanya Engkau yang aku sembah dan hanya kepada engkau aku meminta.”(1:1-4)
"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku." (23:97-98)
"Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunkanlah aku." (28:16)
“Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim.” (46:15)
"Sesungguhnya syaitan menyentuhku dengan keletihan dan azab." (38:41)
"Sesungguhnya, mudarat telah menyentuhku, dan Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan." (21:83)
“Ya ALLAHUSSALAAM, Sembuhkanlah aku dari penyakit ku, wahai Tuhan manusia! Berilah kesembuhan karena Engkaulah Penyembuh segala penyakit. Tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, yaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.”
“Sesungguhnya Engkau mendengar Doa." (Q.S.3:38)
“Wahai pemeliharaku, kabulkanlah doaku.”(Q.S.14:40)


Aku percaya, Muhammad adalah Utusan-Mu dan penutup nabi-nabi Mu.
Sesungguhnya agama yang benar di sisi-Mu  hanyalah Islam.  Aku adalah dari golongan orang-orang Muslim dan aku tundukkan diriku kepada Mu,
cukuplah Engkau menjadi Saksi ke atas ku,
 wahai Pemelihara seluruh alam,

Sejahtera ke atas hamba-hambaMu yang Engkau pilih.
Dan sejahtera ke atas para utusanMu.
“Di alam ini sesungguhnya Engkau yang terpuji dan yang Mulia.”
“Segala puji bagi-Mu, Ya ALLAH, Tuhan seluruh alam."
(Q.S. 10:10)


*BACA DOA INI SETIAP HARI.  SELEPAS SOLAT FARDHU.
HAFAL DAN FAHAMI DOA INI,  HAYATI MAKSUDNYA.  TUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN KEPADA ALLAH KETIKA MENGUCAPKAN DOA INI.  DENGAN IZIN ALLAH, PASTI SEMBUH DARI PENYAKIT.

******


ELEKSER Q

Bismillah 21
Al-Fatihah
Ayat Qursyi
Al-Ikhlas

“INNII RA’AITU AHADA ‘ASARA KAUKABAN WASSYAMSAA WALQAMARAA RAAITUUHUUM LISAAJIDIIN
12:4., saya lihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya lihat mereka sujud kepada saya."

FAINNAKAA MINAL MUNZHARIIN
15:37. "Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan,

WILDAANUN MMUKHALLADUUN
56:17. Kanak-kanak yang hidup kekal berkeliling di sekitar mereka,

FALYAUMAA NUNAJJIKA BIBADAANIKA LITAKUUNAA LIMAN KHALFAKAA AAYATS
10:92. Maka pada hari ini Kami selamatkan kamu dengan badan kamu, supaya kamu jadi satu ayat bagi orang-orang yang sesudah kamu.

LAAYAZUUKUUNA FIIHAALMAUTA
44:56. Mereka tidak akan merasakan di dalamnya kematian,

FAFIL JANNATI KHAALIDIINA FIIHAA MAADAAMATISSAMAAWATUU WAL-ARDHU… ‘ATHOAAN KHAIRA MAJZUUZII
11:108. mereka berada di dalam Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya, selagi ada langit dan bumi,…; sebagai kurnia yang tidak putus-putus.

SALAAMUN QAULANMMINRRABBIRRAHIIM
36:58. "Salam!" ialah ucapan daripada Pemelihara yang Pengasih.

WALHAMDULILLAHIRABBILAALAMIN
“Segala puji bagi-Mu, Ya ALLAH, Tuhan seluruh alam."
(Q.S. 10:10)



*BACA PADA AIR PUTIH. DAN MINUM SEBELUM TIDUR UNTUK SEBAGAI AIR KESIHATAN ZAHIR DAN BATIN


******

:: AYAT PELINDUNG DAN PEMUSNAH SYAITAN JIN DALAM TUBUH :: Bismillahirrahmaanirrahiim 21 kali Al-Fatihah Ayat Qursyi 4 Qul “Wa Laqad Zayyannassamaa’addunnya bimashaabiihaa waja’alnaaha rujuumannllisssyayaathiini wa’atadnaa lahuum ‘azaabassa’ir” 67:5 “Walaqad ja’alnaa Fiissamaaa’I buruujan Wazayyannaahaa linnazhiriin. Wahafidznaahaa min kulli syaithaaniiiirajiim. Illaa manistaraqassam’a fa’atba’ahu syiihabummubiin. ” 15:16-18 “Wahifdzann minn kulli Syaithaaninmmarid. Laayassamma’uuna ilalmalaail a’laa wayuqzafuuna min kulli jaanibiin. Duhuuran walahuum azaabun washib. Illaa man khaatifal khathfata fa atba’ahuu, syiihaabun syaaqiibuun.” 37:6-10 *3 kali pada air putih. minum sebelum tidur atau untuk mengubati oraang kena rasuk.
:::::




Rabu, 14 Disember 2016

SALAM MAULIDUR-RASUL ???




6:19. Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai.

33:40. Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi Rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah tahu segala sesuatu.

 47:2. Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan percaya kepada apa diturunkan kepada Muhammad, dan ia adalah yang benar daripada Pemelihara mereka, Dia akan lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan membetulkan keadaan mereka.

3:144. Muhammad tiadalah melainkan seorang Rasul; Rasul-Rasul telah berlalu sebelum dia. Apakah, jika dia mati atau dibunuh, kamu akan balik di atas tumit-tumit kamu? Jika seseorang balik di atas tumit-tumitnya, dia tidak akan mudaratkan Allah sedikit pun; dan Allah akan balas orang-orang berterima kasih.

48:29. Muhammad adalah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang tidak percaya, pengasih sesama mereka. Kamu lihat mereka tunduk, sujud, mencari pemberian daripada Allah, dan kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud. Itu persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil - seperti sebiji benih yang keluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang tidak percaya. Allah janjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan buat kerja-kerja baik , dengan ampunan dan upah yang besar.


33:56. Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya rahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar.


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
 “Janganlah kalian menulis dariku(Hadis), barangsiapa menulis dariku selain AL-QUR’AN hendaklah dihapus, dan ceritakanlah dariku(Al-Qur’an) dan tidak ada dosa.  Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka henkdaklah menyiapkan tempatnya di Neraka.”
[H.R.S : Haddad Ibn Khalid, Hammam, Zaid Aslam, AthoIbn Yasar, Abu Sai’d Al-Khudri/ Abdullah Ibn Mas’ud R.A- Imam Muslim no 5326/ Imam Ahmad 10731.]

“Demi sesungguhnya aku telah tinggalkan kalian sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat – iaitu KITAB ALLAH.”
[H.R.S : Jabir bin Abdullah R.A, Ibn Abi Syaibah, Imam Muslim(1218), Imam Abu Daud dan lain-lain.]

“Rosaknya Ahlul Kitab (orang-orang Yahudi dan Nashrani) sebelum kalian adalah karena mereka mengagumi kitab-kitab ulama mereka dan mereka tinggalkan kitab Tuhan mereka.”
[ H.R.S : Ad-Darimi - no. 469. ]





Rabu, 30 November 2016

SEJARAH PENURUNAN AL-QUR’AN MENURUT QUR’AN???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Dia disanjung, yang menjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami berkati,  supaya Kami lihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.”
[Q.S. AL-ISRA / BANI ISRAIL 17 : 1]

“Bulan Ramadhan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza…”
[Q.S. AL-BAQARAH / LEMBU  2 : 185]

“Sesungguhnya, Kami turunkannya pada malam yang berkuasa.  Dan tahukah kamu apakah ia malam yang berkuasa? Malam yang berkuasa adalah lebih baik daripada seribu bulan, Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah, Sejahteralah ia, hingga terbit fajar.”
[Q.S. AL-QADAR / YANG BERKUASA 97 : 1-5]

“Katakanlah, "Sesiapa yang jadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang turunkannya ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin.”
[Q.S. AL-BAQARAH / LEMBU 2 : 97]

 “Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur’an kepada kamu, satu penurunan,”
[Q.S. AL-INSAN / MANUSIA 76 : 23]

Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab…”
 [Q.S. AZ-ZUMAR / KUMPULAN  39 : 23]

“…Inilah sebuah Kitab yang Kami turunkan, yang diberkati.”
[Q.S. AL-AN’AM / BINATANG TERNAK 6 : 92] 

“Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta, Dia cipta manusia daripada dadih darah. Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia, Yang mengajar dengan pena,”
[Q.S. AL-ALAQ / DADIH DARAH 96:1-4]

“Dan sebuah al-Qur'an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu (Muhammad) membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami turunkannya dengan satu penurunan."
 [Q.S. AL-ISRA / BANI ISRAIL  17 : 106]

“Kami beri kamu tujuh yang berulang-ulang, dan al-Qur'an yang besar….
…. Maka Kami turunkannya kepada orang-orang yang membahagi-bahagi,
Yang memecahkan al-Qur'an kepada bahagian-bahagian.
[Q.S. AL-HIJR 15 : 87, 90-91]

"Atas Kamilah untuk mengumpulkannya, dan untuk membacakannya. Maka, apabila Kami membacanya, kamu ikutlah bacaannya. Kemudian atas Kamilah untuk menjelaskannya.."
[ Q.S. AL-QIYAMAH / KIAMAT 75 : 17,18, 19]

"Sesungguhnya ia adalah ucapan Rasul yang mulia"
[Q.S. AL-HAQQAH / YANG PASTI 69:40]

" Tidak sekali-kali! Ia adalah Peringatan, Dan sesiapa hendak akan mengingatinya, Pada naskhah-naskhah gulungan yang dimuliakan, Dinaikkan, dibersihkan, Oleh tangan-tangan para jurutulis, Yang mulia, yang taat."
 [Q.S. AL- ‘ABASA / BERMUKA MASAM 80:11-16]



SEJARAH PENURUNAN AL-QUR’AN MENURUT QUR’AN

Sejarah penurunan Al-Qur’an menurut Qur’an itu sendiri.  Menurut keterangan Qur’an yang berserakkan dalam beberapa surah dan ayat, menjelaskan kepada kita dengan cukup jelas.

ALLAH telah meng-ISRA-kan nabi Muhammad dari masjidil Haram atau Tempat Sujud yang diharamkan ke Masjidil Aqsa atau tempat sujud yang lebih jauh yang diberkati sekitarnya.  Masjidil Aqsa bukanlah merujuk kepada Masjid Aqsa di Palestin. .

Bagaimanakah mungkin Nabi Muhammad melawat Masjidil Aqsa sedangkan ianya dibina selepas 705 Masihi atau 73 tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad pada 632 Masihi?  

Buat pengetahuan anda, nama Masjidil Aqsa tersebut juga diambil dari Al Quran (17:1).  Sila rujuk sejarah Masjid Al-Aqsa di Palestin untuk fakta yang lebih jelas.

Masjidil Aqsa atau Tempat Sujud yang lebih jauh ini merujuk pada kawasan yang diberkati iaitu kawasan di mana Nabi Muhammad diutus sebagai Rasul terakhir dalam tanah Arab itu sendiri.    

Tidak Syak lagi, Tempat Sujud yang lebih jauh adalah di Gua Hira’, di mana nabi Muhammad di-ISRA–kan di waktu malam(17:1) dan menerima wahyu Qur’an yang pertama dan terakhir pada malam yang berkuasa(97:1-5) yang berlaku dalam bulan Ramadhan(2:185).  Qur’an diturunkan ke dalam hati Nabi dari ALLAH(27:6) dalam satu penurunan (76:23)tersebut melalui Malaikat Jibril(2:97) atau Roh Qudus Al-Amin kemudian membacakannya dan diikuti oleh nabi bacaannya(75:17-19).

Penurunan Qur’an kepada nabi Muhammad hanya berlaku sekaligus(76:23).  Nabi menulisnya dengan tangan kanannya(25:5, 29:48).  Ia adalah Hadis membentuk sebuah kitab dari ALLAH(39 : 23, 6:92,).  Kitab Qur’an ini kemudiannya dibahagi-bahagikan (15:91) dan dibacakan kepada kaumnya yang Ummiy(6:19, 62:2).

Ayat-ayat Qur’an dibacakan sedikit demi sedikit walaupun kaumnya selalu bertanya mengapa Qur’an tidak diturunkan kepada Muhammad sekaligus(25:32).  Sebenarnya, ia telah diturunkan dengan satu penurunan kepada Nabi Muhammad dan Malaikat Jibril menurunkannya ke dalam hati Nabi menurut bahagian-bahagian(17:106) atau surah dalam Qur’an.  Disebar dan dibacakan kepada kaumnya selama 23 tahun di Mekah dan di Madinah, mengikut bahagian-bahagian atau surah-surah yang telah ditentukan oleh ALLAH(75:17).  Oleh itu, Wahyu atau surah pertama yang diwahyukan kepada nabi adalah surah Al-Fatihah(1:1-7).   Ayat pertama yang diajarkan secara lojiknya adalah Surah Al-Alaq yang bermula dengan ayat ‘Iqra’ atau Bacalah(96:1-4).

Qur’an, adalah ucapan Rasul yang mulia(69:40), ditulis oleh nabi sendiri(25:5, 29:48) dan ditulis oleh jurutulis yang dimuliakan(80:15-16) ini telah tiba kepada kita hari ini.

Tanpa riwayat-riwayat manusia.  Qur’an sendiri menerangkan dengan jelas bagaimana sejarah penurunannya.


ALLAH DISANJUNG