The Alien - Link Select

Isnin, 16 Februari 2015

SOLAT 5 WAKTU DALAM QUR'AN DAN HADIS???

SOLAT 5 WAKTU DALAM QUR’AN


ALLAH S.W.T
Berfirman :
“....Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah SOLAT itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya SOLAT  itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
[ Q.S. AN-NISA’ 4 : 103 ]

Peliharalah kamu segala Solat, khasnya Solat  Wusta (solat Pertengahan) dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk.
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 238 ]

“Maka BERTASBIH-lah (solat) kepada ALLAH semasa kamu berada pada WAKTU MALAM (Isyak)  dan semasa kamu berada pada WAKTU SUBUH. Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji di langit dan di bumi, dan juga pada WAKTU PETANG (Asar) dan semasa kamu berada pada WAKTU ZUHUR.”
[ Q.S. AR-RUM 30 : 17-18 ]

Dan dirikanlah SOLAT PADA DUA HUJUNG SIANG dan pada WAKTU-WAKTU YANG BERHAMPIRAN dengannya dari WAKTU MALAM.”
[ Q.S. HUD 11 : 114 ]

“Dirikanlah olehmu solat KETIKA GELINCIR MATAHARI (Solat Zuhur), hingga waktu GELAP MALAM (Solat Isyak) dan Bacaan Fajar (Solat Subuh) sesungguhnya Bacaan Fajar itu adalah disaksikan.”
[ Q.S. AL-‘ISRA 17 : 78 ]

”...Dalam tiga masa; (iaitu) sebelum SOLAT FAJAR dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari (Istiwa), dan sesudah SOLAT ISYAK.”
[ Q.S. AN-NUR 24 : 58 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Malaikat Jibril A.S telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau BERSOLAT ZUHUR bersamaku ketika TERGELINCIR MATAHARI dan SOLAT ‘ASAR ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan SOLAT MAGHRIB ketika TERBENAM MATAHARI  dan SOLAT ‘ISYA’ ketika TERBENAM SYAFAQ (iaitu cahaya merah) dan SOLAT SUBUH ketika terbit FAJAR. Pada keesokan harinya, Jibril A.S  bersolat bersama saya SOLAT ZUHUR ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan SOLAT ‘ASAR ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan SOLAT MAGHRIB ketika orang berbuka puasa dan SOLAT ‘ISYA’ ketika sepertiga malam dan SOLAT SUBUH ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril A.S berkata: Inilah waktu solat Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu solat adalah di antara waktu ini.”
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

"Jibril turun (datang), lalu ia jadi Imam saya, dan saya solat bersama dia, saya solat bersama dia, saya solat bersama dia, saya solat bersama dia, dan saya solat bersama dia.”  Beliau hitung dengan jari beliau lima kali solat.
Daripada Abu Mas'ud RA
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
*Jilid 3. Hadis Nombor 1434.

"Waktu ZUHUR  bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu ASAR, waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu  SOLAT MAGHRIB pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat. Waktu ISYAK pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu SOLAT SUBUH pula ialah dari terbit FAJAR sehingga terbit matahari."
Daripada Abdullah bin Amru R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

‘Jibril A.S berkata kepada Rasulullah SAW : “Bangunlah dan lakukan solat.” Maka beliau melakukan solat Zhuhur ketika matahari tergelincir. Kemudian waktu Ashar menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Ashar ketika panjang bayangan segala benda sama dengan panjang benda itu. Kemudian waktu Maghrib menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Maghrib ketika matahari terbenam. Kemudian waktu Isya` menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Isya` ketika syafaq (mega merah) menghilang. Kemudian waktu Shubuh menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Subuh ketika waktu fajar merekah/ menjelang.’
Dari Jabir bin Abdullah R.A
[ H.R.S : Imam Ahmad, Nasai dan Tirmizi Ra. A. ]


DALAM BIBLE pula nabi Isa dicatatkan berdoa pada waktu-waktu tertentu :

Pagi-pagi benar, waktu hari masih gelap, ia bangun dan pergi ke luar. Ia pergi ke tempat yang sunyi dan BERDOA di sana.
( MARKUS  1 : 35 )
SOLAT SUBUH / FAJAR

Dan setelah orang banyak itu disuruhnya pulang, pada Tengahari, Jesus naik ke atas bukit untuk BERDOA seorang diri. Ketika hari petang, ia BERDOA sendirian di situ.
( MATIUS 14 : 23 )
SOLAT ZOHOR, ASAR DAN MAGHRIB
  
Pada waktu itu pergilah Jesus ke bukit untuk BERDOA dan semalam-malaman dia BERDOA kepada Allah.
( LUKAS 6 : 12 )
SOLAT ISYAK DAN TAHAJJUD

Maka ia maju sedikit, lalu SUJUD dan BERDOA, katanya: "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari padaku, tetapi janganlah seperti yang kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki."
( MATIUS 26 : 39 )


Nabi Isa Sujud dan berdoa....


Secara terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut:

1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripada tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.

2. Waktu ‘Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang paling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.
3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.

4. Waktu ‘Isya’ bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik fajar.

5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang ufuk.





PENGERTIAN SOLAT

Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.
Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
syarat-syarat tertentu. Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun  fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbiyy.

Oleh itu....
“Solat terdiri dari Niat, Tasbih, Doa, Salawat dan bacaan ayat-ayat Qur’an serta Salam pada akhirnya untuk mengingati ALLAH dan berkomunikasi dalam posisi dan gerakan-gerakan tubuh zahir dan batin tertentu dan didirikan pada masa yang telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T.”



APAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK SOLAT?

Ahad, 15 Februari 2015

GARAM ???



ALLAH S.W.T
Berfirman :
"Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!"
[ Q.S.YUNUS 10 : 92 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Sesungguhnya ALLAH S.W.T menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu Besi, Api, Air dan Garam.”
Daripada Abdullah Bin Umar Al-Khattab R.A
[ H.R.S : Imam Abu Muhammad al-Husain Ibn Mas'ud  al-Farrâ` al-Baghawiy Ra. A. ]

“Penghulu segala lauk-pauk kamu ialah Garam. Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan Garam."
Daripada  Anas Bin Malik R.A
[ H.R.S : Imam Ibnu Majah Ra. A. ]

"Sesiapa yang memulakan minum & makan dengan memakan secubit garam, ALLAH S.W.T akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH S.W.T sahaja."
[ H.R.S : Imam Abu Bakar Al-Bazzar Ra. A. ]


“Antara tanda-tanda kekuasaan ALLAH itu ialah Dia menciptakan Garam dalam Laut yang kemudiannya menjadi salah satu asbab mengapa tubuh Firaun tidak reput di dunia ini. Terjaminnya jasad Fir’aun dari kerosakkan adalah kerana Garam Laut itu lebih mempengaruhi jasadnya untuk tidak musnah. Tetapi askar-askarnya yang lain musnah bukan sebab garam tetapi sebab unsur lain.  Tetapi dalam hal Fir’aun, Garam menjadi salah satu asbab tubuhnya masih kekal sehingga kini dan dipamerkan di Muzium. Lihat sahaja bagaimana Fir’aun-fir’aun lain yang dimumiakan.  Mereka menggunakan garam!  Inilah rahsia GARAM yang pada zaman Islam ia telah dibongkar melalui sunnah-sunnah nabi Muhammad S.A.W.” 



Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam (masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garamlah yang menyebabkan laut terasa masin.

Kebanyakan garam digunakan sebagai garam makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit.

Garam juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.

Pada masa dahulu harga garam adalah sangat mahal.Ini adalah kerana terdapat sebuah negara yang membayar gaji tenteranya dengan garam dan dari situlah kata nama 'gaji' dalam bahasa Inggeris dicipta iaitu 'salary' yang diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud 'garam'

Selain itu, pada zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu pada awal 1940-an, garam juga boleh dikategorikan sebagai barang mewah. Ini adalah sesebuah rumah ataupun keluarga boleh dianggap mewah dan berada jika mempunyai garam kerana pada masa itu garam amat sukar untuk diperolehi.

Natrium klorida, juga dikenali dengan garam biasa, garam makan atau halit, adalah satu sebatian kimia yang menyebabkan kemasinan laut dan juga cecair dalaman dalam organisma multisel. Sebagai perencah utama dalam garam makan, ia biasanya digunakan sebagai pengawet makanan, contohnya ikan masin, dll.

Antara kegunaan garam dalam perubatan Islam:

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
1. PENYAKIT GHOUT – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.  Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.
2. ANTI - MABUK semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
3. PENCETUS TENAGA BADAN : Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam. Boleh juga diminum ketika hendak tidur di waktu malam.
4. PENCUCI PERUT : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
5. UBAT GIGI yang mujarab :  secubit garam untuk memberus gigi di selepas makan atau selepas bagun tidur dan pada waktu alam ketika hendak tidur.  Walaupun ada gigi yang berlubang atau sakit, hanya dengan beberapa kali berkumur dengan air garam selama 3 kali baca Al-Fatihah pasti akan meneutralkan kesakitan dna membunuh kuman dna bakteria mulut.
6.  UBAT KETIAK:  dua cubit garam dan sedikit air panas. Digaulkan sehingga suam dna dilumur atau dibasakan ketiak akan menghilang bau ketika dengan cepat.  Gunakan setiap hari ketika hendak tidur.
7. UBAT KELUMUMUR:  sesudu garam kasar dengan air suam segelas. Gunakan untuk mencucui rambut dan biarkan sehingga ia kering sendiri.
8.  PAGAR AURA GARAM :  Dengan baca BISMILLAH 7 Salawat Nabi - Garam kasar ditabur disekeliling rumah kediaman akan menghalang anasir dan kuasa2 hitam jahat seperti Syaitan Jin dan Manusia serta serangga dan kuman2 disekeliling rumah.
9. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya. Insyaalah tidak mengigau lagi.
10. Tabur garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.



Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dalam Hadis riwayat Al – Bazzar juga turut menjelaskan tentang cara pengambilan garam mengikut sunnah, guna ibu jari dan jari telunjuk, diikuti jari manis, jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam.

Sekiranya anda mencubit garam itu dari bekasnya, garam itu khas untuk anda sahaja. Garam tersebut tidak boleh dicampur dengan orang lain kerana ia berkaitan dengan sistem penghadaman dan energi anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya.

Namun demikian, janganlah pula kita tersilap dalam memilih garam untuk dijadikan amalan sunnah. Mengikut kajian yang dijalankan oleh para pakar sains pemakanan, garam gurun (garam asli ) yang dijadikan amalan oleh Nabi tidaklah sama kandungannya dengan garam yang kita gunakan seharian untuk tujuan memasak.

Garam biasa mempunyai kandungan sodium yang tinggi dan campuran asid dan kotoran lain yang boleh memudaratkan kepada penggunanya apatah lagi kepada mereka yang telah berpenyakit.

Garam gurun sebenarnya mengandungi potassium, magnesium dan lisina yang tinggi manakala kandungan sodiumnya pula rendah. Perbezaan ini boleh dilihat dengan mendedahkan garam biasa dan garam gurun kepada udara. Garam gurun akan bertukar menjadi cecair dalam masa kira-kira 12 jam manakala garam biasa terus tiada perubahan daripada bentuk asalnya.

Amalan mengambil secubit garam gurun (garam asli) sebelum dan selepas makan akan menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu dan dipam atau diberikan tekanan melalui sistem pembersihan buah pinggang.

Spekulasi yang mengatakan bahawa garam menjadi punca darah tinggi adalah salah. Punca darah tinggi terjadi disebabkan cara penggunaan garam yang salah ketika memasak. Kebanyakan orang akan memasukkan garam ke dalam masakan seperti gulai dan sebagainya ketika memasak, sedangkan cara yang betul adalah dengan membiarkan gulai tersebut selama 10 minit selepas di angkat dari api, kemudian barulah garam dimasukkan ke dalam gulai tersebut.

Ini kerana pantang garam adalah suhu panas, kerana apabila garam dipanaskan maka sifat ‘ion negatif’ akan rosak. Ini bermakna yang hilang adalah ‘klorida (CL) berion negatif’, yang tinggal hanyalah natrium ion positif yang bersifat asid. Yang diperlukan dalam garam adalah klorida dan ion negatif, kerana klorida inilah yang memegang zat besi dan oksigen.

Jika klorida di dalam garam berkurangan, ini bermakna oksigen di dalam garam akan berkurangan. Apabila oksigen di dalam garam berkurangan ini akan menyebabkan darah tidak boleh bergerak sendiri. Seterusnya jantung terpaksa pam darah dengan kuat. Pengurangan oksigen akan menambah karbon dioksida di dalam darah. Inilah yang di panggil darah tinggi.

Selain itu, jin takut kepada garam disebabkan garam mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Oksigen adalah tertakluk di dalam sifat nur. Jadi, inilah penyebab kepada jin atau syaitan takut dengan garam.

Disebabkan itu juga, garam digunakan untuk menghalau jin, syaitan dan sewaktu dengannya. Berdasarkan hadis-hadis yang disebutkan tadi, menjelaskan bahawa garam suatu unsur yang dianugerahkan oleh Allah demi kebaikan untuk kegunaan manusia, malah mempunyai banyak khasiat terhadap kesihatan. Tanpa garam sudah tentu setiap masakan atau lauk pastinya tidak sedap dan terasa tawar. Sebab itulah garam dikatakan ‘penghulu segala lauk’.

Garam Sunnah dan Pengamalannya. * Ambil secubit garam sunnah mengikut panduan yang diberikan . Guna ibu jari dan jari teliunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ). Kalau boleh jangan campur dengan orang lain . Kalau anda mencubit garam itu dari bekasnya . Ia khas untuk anda sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman dan energy anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya. Amal sebelum dan selepas makan dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ). Cara lain – Ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum dalam keadaan perut kosong . Kemudian minum air mineral sebanyak banyaknya 2 hingga 3 liter padu air sepanjang hari.
KELEBIHAN GARAM AMALAN RASULULLAH S.A.W MEMAKAN SECUBIT GARAM SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN KINI DIBUKTIKAN OLEH SAINS BAHAWA TABIAT INI MENAMBAHKAN KEBERKESANAN PERUT UNTUK MENGHADAM MAKANAN DAN MENGHINDARKAN PERUT DARI MENYERAP RACUN. Ternyata berkesan menghilangkan pelbagai penyakit. Garam Bukit Tulen sebagai minuman Kesihatan LARUTAN TEPU GARAM BUKIT TULEN (SOLE BRINE) TERAPI KRISTAL Tubuh manusia memerlukan garam termasuk elemen
-elemen kelumit. Meminum larutan garam dari hablur garam bukit tulen dapat merangsang sistem pencernaan dan metabolisma. Larutan ini juga dipercayai : 1) Menyumbang tenaga semulajadi yang tersimpan dalam struktur hablur garam dan tubuh dapat menggunakannya selama 24 jam. 2) Membantu memperseimbang kealkalian / keasidan dalam tubuh dan meneutralkan tekanan darah. 3) Membantu melarutkan dan menyah mendapan yang boleh mengakibatkan pembentukan "batu" dan pelbagai jenis rheumatisme seperti arthritis, batu hempedu dan batu karang. 4) Membantu meredakan rasa ketagihan. Ketagihan gula dan alkohol hilang sebaik sahaja pengambilan awal larutan tepu garam bukit tulen. Profesor Peter Ferreira, seorang pakar biofizik berbangsa German telah menjalankan beberapa jenis ujian-ujian klinikal ke atas pesakit-pesakit yang mengambil larutan tepu Garam Bukit pada setiap hari dan Melaporkan keputusan berikut: a) Pesakit-pesakit mengalami kehilangan Logam-logam berat dari tubuh seperti Plumbum, Merkuri(Raksa) dan Arsenik b) Pengungkaian enapan-enapan Kalsium c) Proses detoksifikasi perlahan tetapi berkesan d) Memperseimbang pH darah. RENDAMAN KAKI GARAM BUKIT TULEN TERAPI KRISTAL Rendaman kaki Garam Bukit Tulen Terapi Kristal sangat sesuai digunakan semasa sedang berehat sambil menonton TV dan membaca. Ia sangat berkesan untuk melegakan keletihan dan kelenguhan. Kekerapan menggunakannya dapat mengembalikan kesegaran anda. 1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan. 2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus. 3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki. 4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan. 5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah. 6. Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak 7. Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau 8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di samping mengaktifkan perjalanan darah. 9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout Amalan mandi dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian untuk merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.Berendam dengan air garam bukit tulen akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.


KESIMPULAN :

Jin dan Syaitan amat takut dan sensitif terhadap Garam.  Mereka lemah dna mati apabila dibasahi air garam yang dibacakan Bismillah. Ini merupakan perubatan sihir yang sangat efektif.Pelbagai penyakit dapat disembuhkan dan dicegah melalui pengambilan garam cara Sunnah nabi Muhammad SAW. Ajaran bahawa Garam mengakibatkan DARAH TINGGI adalah ajaran orang kafir dan munafiq yang mahu memusnahkan sunnah nabi dan Islam secara perlahan-lahan.  Ini merupakan fitnah yang menular kemas dikalangan umat Islam hari ini....



Khamis, 12 Februari 2015

T.G.N.A ???






Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (10 Januari 1931 – 12 Februari 2015) (Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.[1]

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims....

AL-FATIHAH...

Rabu, 11 Februari 2015

NABI ADAM BERBAHASA ARAB???





Kenapa Al-Qur’an berbahasa Arab? ...dan kenapa Nabi-Nabi diturunkan di Tanah Arab?  Yang disoal pasti menjawab kerana Arab pusatnya dunia. Ya! memang jawaban itu ada benarnya namun masih kurang tepat dan kurang lengkap.  Memang Jazirah Arab dan Jazirah timur tengah adalah pusatnya dunia, karena Jazirah ini yang menghubungkan tiga benua yaitu Asia, Eropah dan Afrika. Pada awal tamadun dan perkembangan manusia juga terjadi di Jazirah Arab yang kemudian menyebar ke seluruh dunia.

Pendapat yang menyatakan bahawa bahasa Arab telah ada semenjak zaman Nabi ‘Adam A.S, sehingga perintis tulisan Arab dan pola kalimat bahasa Arab adalah Adam. Pendapat ini merupakan pendapat yang paling klasik dan merupakan interpretasi secara langsung dari Q.S. AL-BAQARAH 2 : 31, yang artinya kurang lebih sebagai berikut: “Allah telah mengajari Adam pengetahuan tentang segala nama.” Dari dalil ini, mereka yang ‘berpendapat’ bahwa nama-nama benda dan berbagai hal atau sifat di dunia ini telah diajarkan oleh Allah kepada Adam dalam bahasa Arab. Bahkan pengikut pendapat ini yang lebih tegas menyatakan bahawa huruf Arab telah dikuasai oleh Adam tanpa belajar dan langsung dari Allah seketika, atau disebut sebagai sebuah mukjizat atau paling tidak sebagai karunia (nadzariyah at tauqif).

ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya....”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 31 ]

“Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dia-lah yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia-lah yang telah menciptakan manusia; Dia-lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.”
[ Q.S. AR-RAHMAN 55 : 1-4 ]

“Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Qur’an sebagai bacaan dalam bahasa Arab...”
[ Q.S. TAHA 20 : 113 ]

“Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia.” (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini BERBAHASA ARAB yang fasih nyata.”
[ Q.S. AN-NAHL 16 : 103 ]

“Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran dengan BAHASA ARAB yang fasih serta terang nyata.”
[ Q.S. AS-SHU’ARA’ 26 : 193-195 ]

“Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Qur’an yang dibaca dengan BAHASA ARAB, supaya kamu memahaminya.”
[ Q.S. YUSOF 12 : 2 ]

“Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Qur’an dengan bahasamu ialah supaya mereka beringat dan insaf.”
[ Q.S. AD-DUKHAN 44 : 58 ]

“laitu Al-Quran yang BERBAHASA ARAB, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.”
[ Q.S. AZ-ZUMAR 39 : 28 ]

“Haa, Miim. Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai QUR’AN yang diturunkan dengan BAHASA ARAB, supaya kamu memahaminya.”
[ Q.S. AZ-ZUKHRUF 43 : 1-3 ]

“Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu AL-QUR’AN yang diturunkan dalam BAHASA ARAB bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.”
[ Q.S. FUSSILAT 41 : 3 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Cintailah kalian bangsa Arab itu kerana tiga perkara : Kerana daku berbangsa Arab,dan Al-Qur’an itu diturunkan di dalam bahasa Arab,dan percakapan ahli Syurga itu bahasa Arab.”
Daripada  Ibn ‘Abbas R.A


[ H.R.Hasan :  Imam Tabrani di dalam al-Awsath, Imam Hakim, Imam Baihaqi di dalam Syu’b al-Iman &  Al-Hafiz As-Salafi, Imam ‘Iraqi, Imam as-Suyuti, Mulla ‘Ali al-Qari, Imam As-Silafi dan Imam Az-Zurqani Ra. A. ]

“Jika terhinanya Bangsa (bahasa) Arab, maka akan terhinalah agama Islam .”
Daripada Jabir bin Abdullah R.A
[ H.R.Hasan :  Jabir bin Abdullah R.A]

“Mencintai (Bahasa) Arab adalah Iman, membenci Arab adalah Nifaq.”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]
[*dengan lafaz “Hubb al-Ansar min al-iman,” -Kitab al-Iman, hadith : 74]

“Bahasa yang paling dibenci oleh ALLAH S.W.T adalah bahasa Parsi, bahasa Syaitan bahasa Khuzi, bahasa ahli Neraka bahasa Bukhara, dan bahasa ahli Syurga bahasa Arab.”
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Abu Hurairah R.A]

“Daku orang Arab, al-Quran dalam bahasa Arab, dan bahasa ahli Syurga pun Arab.”
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S. : Imam Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Ausath, Imam al-Sayuthi Ra. A.]


“Ahli Syurga akan masuk ke Syurga dengan ketinggian Adam 60 hasta ukuran hasta Malaikat, dengan kecantikan Yusuf, dengan usia Isa 33 tahun dan dengan Lisan Muhammad Sollahu ‘Alaihi Wassalam (iaitu berbahasa Arab). Wajah mereka muda kacak, licin dan bercelak.”
Daripada Anas Bin Malik R.A
[ H.R.Dhaif  :  Imam Ibn Abi Dunya ; Kitab Sifat al-Jannah ]


 “Bahasa Arab ialah bahasa Syurga, barangsiapa yang bercakap dengannya, maka baginya hikmah yang banyak.”
[ NUKILAN : Hukama’ ]


ARAB secara bahasa bermaksud GURUN, atau sebuah hamparan tanah tandus berpasir yang sangat minima pepohonannya, serta menerima suhu panas matahari secara langsung. Jadi orang Arab adalah orang yang menghuni daerah gurun, dan bahasa Arab adalah bahasa Gurun.  Bangsa Arab adalah rumpun bangsa semitik, bersama bangsa Yahudi, Persia, Syiria dan Kanaan, dan merupakan bangsa dengan sejarah peradaban tertua di dunia, hal ini dapat dilihat melalui peradaban Mesopotamia di lembah sungai Tigris dan Eufrat. 

Menurut para ahli bahasa, bahasa Arab merupakan bahasa yang paling sempurna di antara seluruh bahasa yang dapat menjelaskan konsep-konsep dan masalah-masalah mendalam dan luas dalam bentuk-bentuk indah dan singkat. Bahasa Arab memang sebuah bahasa yang istimewa. Sehingga ALLAH S.W.T berkenan berbicara kepada umat manusia dengan bahasa Arab melalui Al-Qur’an Al-Kariim. Padahal Al-Qur’an itu bukan hanya ditujukan kepada bangsa Arab saja, melainkan untuk seluruh umat Manusia dan Jin di sepanjang zaman. Manusia yang hidup di dunia terdiri dari berbagai suku, bangsa, ras dan ribuan bahasa, namun ALLAH S.W.T menetapkan hanya ada satu bahasa yang digunakan untuk kitab suci Al Qur’an yaitu bahasa ARAB, bukan bahasa lain.

Nabi Adam adalah orang yang BERBANGSA DAN BERBAHASA ARAB. Namun setelah ia membangkang dan memakan  buah terlarang, ALLAH S.W.T menafikan Syurga dan segala nikmatnya dari Nabi Adam dan menjadikan Bumi dan ladangnya sebagai gantinya. ALLAH S.W.T mengambil bahasa Arab darinya dan menggantikannya dengan bahasa Suryani. Kemudian orang yang pertama kali berkata-kata dengan bahasa Arab adalah Nabi Ismail. Nabi Yusuf pada perjumpaannya pertama kali dengan Raja Mesir menyampaikan salam dalam bahasa Arab. Nabi Sulaiman menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa ibadahnya demikian juga dikatakan bahawa para perdana menteri Imam Mahdi Ra. A yang nota-bene bukan berbangsa Arab akan bercakap-cakap dalam bahasa Arab.

Sebelum diutusnya Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W, ALLAH S.W.T berfirman ke setiap bangsa manusia di DUNIA dengan menggunakan bahasa masing-masing yang ditutur dan difahami oleh bangsa itu.

ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka...”
 [ Q.S. IBRAHIM 14 : 4 ]

Menurut Kristolog ( peneliti agama Kristen ), Hj. Irena Handono, bahwa ALLAH S.W.T berbicara kepada setiap bangsa di dunia sesuai dengan bahasa masing-masing bagi setiap bangsa, termasuk memperkenalkan nama-Nya ( nama Allah ).  Misalnya untuk orang Yahudi mengenal Nama Allah dengan YHWH ( Yehweh), orang Kanaan ( Palestina ) mengenal Nama Allah dengan Il ( El ), orang India dengan Dev ( Indonesia jadi Dewa). Mungkin juga di Indonesia ( bangsa Melayu ) mengenal-Nya dengan Tuhan. , bangsa Cina dengan Thian, atau Jepang dengan Kamisama. Sedangkan bangsa Arab dengan ALLAH ( nama Peribadi dan Asli-Nya).

Kemudian setelah Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W diutus maka semua bangsa di dunia diseru untuk masuk agama ISLAM dan wajib menyebut nama Tuhan yang disembah dengan nama ALLAH S.W.T (Subhanahu wa ta’ala) Sehingga kita sebagai orang Islam tidak boleh menyebut sesembahan kita dengan Tuhan, tetapi haruslah dengan Nama Asli-Nya yaitu ALLAH S.W.T ( Irena Handono ).  Selain itu juga ALLAH S.W.T menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa seluruh kaum muslimin dari berbagai bangsa, suku, bahasa yang ada di dunia ini.

MENGAPA BAHASA ARAB DAN APA ISTIMEWANYA???

ALLAH S.W.T memilih bahasa Arab sebagai bahasa wahyu-Nya kepada umat manusia, tentu saja karena bahasa Arab memiliki keistimewaan dibandingkan bahasa lain.  Kerana Bahasa Arab adalah nenek moyang semua bahasa di dunia ini.  Memang di bumi ini dihuni manusia dengan berbagai bangsa, suku, ras dan ribuan bahasa. Namun, jika semua bangsa itu dirunut silsilahnya, maka akan diketahui bahawa semua bangsa berasal dari Jazirah Arab.  Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi oleh ALLAH S.W.T di Jazirah Arab.   

Beliau memiliki anak, cucu dan keturunannya juga di Arab. Salah satu keturunan Nabi Adam adalah nabi Nuh A.S. Saat itu manusia baru berbentuk satu bangsa yaitu kaum Nuh. Banjir besar telah memusnahkan hampir semua manusia ( kaum Nuh ), dan hanya beberapa gelintir manusia saja yang selamat, di antaranya adalah Nabi Nuh A.S dan tiga anaknya, yaitu Yafits, Sam, dan Ham. Ketiga anaknya inilah yang menurunkan semua bangsa di dunia, Sam menurunkan bangsa Timur Tengah, Eropa dan sebahagian Afrika, Yafits menurunkan bangsa Asia Timur, Tenggara, sebahagian selatan, barat, indian Amerika, kutub dan sebagian Eropa, Ham menurunkan bangsa Negro ( Afrika, Papua, Melanesia Pasifik, Aborigin, Maori ) dan sebagian kulit putih di Asia barat dan Eropah.

Bahasa yang digunakan oleh Nabi Adam A.S bukan sahaja bahasa HATI, tetapi bahasa LISAN yang berbunyi dalam bahasa Arab, karena bahasa ini menurut beberapa ulama adalah bahasa para penghuni Syurga. Nabi Adam ketika turun ke Bumi sudah bercakap-cakap dengan bahasa Arab, dan TENTU saja keturunan nabi Adam juga berbahasa Arab, termasuk bahasa kaum Nuh.

Seiring dengan berkembangnya manusia menjadi berbagai bangsa, maka bahasa Arab kemudian bertransformasi menjadi berbagai bahasa yang dibawa oleh kabilah-kabilah manusia yang mengembara ke seluruh daratan Bumi. Maka, terciptalah keaneka-ragaman bahasa manusia.

Arab adalah Bahasa Tertua Dan Abadi Di Dunia.  Mungkin sekarang bahasa Inggeris adalah bahasa yang paling populer sejak awal abad 19, karena empayar Inggeris yang menjajah sebahagian besar belahan bumi. Sekolah-sekolah pun wajib mempelajari bahasa Inggeris. Keluar negeri pun kita harus berbahasa Inggeris, bahkan Tukul pun bangga dengan bahasa Inggeris.  Namun, kita harus melihat kenyataan bahawa bahasa Inggeris yang kita ketahui adalah bahasa Inggeris modern yang telah banyak bertransformasi, saya yakin seorang yang fasih berbahasa Inggeris akan bingung jika disuruh membaca teks bahasa Inggeris kuno, yang sudah banyak kosakata yang hilang dan sudah tidak digunakan lagi.  Sebagai permisalan adalah bahasa Melayu kuno, saya yakin kita orang Malaysia akan bingung jika disuruh membaca naskah berbahasa Melayu kuno sebelum datangnya Islam ke Nusantara ( sebelum tahun 1200 ), karena banyak sekali kosakata yang hilang atau bertransformasi menuntut perkembangan zaman.

Namun berbeza dengan bahasa Arab, bahasa itu sejak ribuan tahun silam tetaplah seperti itu, dan tidak berubah, walaupun ada juga bahasa Arab campuran, tetapi bahasa rasminya, tetap seperti itu. Bahasa Arab asli disebut bahasa Arab klasik, yang secara tata bahasa, kosakata tidak pernah berubah dan masih digunakan oleh sebagai bahasa rasmi Arab Saudi, hanya beberapa perbendaharaan kata yang sedikit berubah ( pada bahasa Arab modern ). Walaupun di Arab sendiri berkembang bahasa Arab campuran di kalangan pemuda-pemudi Arab, namun tetaplah bahasa Arab asli terjaga keasliannya selama ribuan tahun.  Huruf Arab adalah transformasi langsung dari huruf paku bangsa Sumeria, huruf paku inilah yang menurunkan semua huruf di dunia.  Bahkan analisis para ulama mengatakan bahwa bahasa Arab sudah ada sebelum Nabi Adam ada dan akan terus ada sampai akhir zaman, karena sudah jelas bahwa bahasa Arab adalah bahasa Syurga.  Menurut catatan ahli arkeologi, bahasa Arab sudah digunakan sekitar 40 abad yang silam atau sekitar 40.000 tahun yang lalu.

Bahasa Arab Adalah Bahasa Yang Paling Banyak Diserap Oleh Bahasa Lain. Mungkin kita masih bangga karenamampu bertutur dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Korea, Jepun, Jerman, Perancis, dan lain-lain bahasa di dunia. Namun, banyak dari kosakata yang ada di bahasa-bahasa tersebut yang menyerap dari bahasa Arab.  Kalau Kursi jelas itu dari bahasa Arab yang diserap ke dalam bahasa Melayu sebagai Kerusi, begitu juga dengan kalimat, akhir, awal, hakim, dan sebagainya, juga merupakan kosakata bahasa Arab.  Namun, cuba dengan kata Pisang, pisang dalam bahasa Inggeris apa?

Sebagai contoh : Banana ( dibaca Benana ), namun kata Banana ini adalah asli bahasa Arab yaitu Banaana yang artinya juga pisang. Banaana juga diserap oleh hampir semua bahasa Eropah, bahkan bahasa Jepun dan Korea pun tetap Banana. Contoh lain adalah kataAdmiral (Inggeris ), ini juga adaptasi ( penyesuaian lidah ) dari bahasa Arab yaitu ‘Amirul Rahl’ atau Laksamana ( Panglima tertinggi angkatan laut ). Contoh lain adalah Qanun ( dibaca konun ), yang bermaksud undang-undang, perintah, seruan dan nama senjata ( meriam ), Qanun diserap dan diadaptasi oleh bahasa Inggeris menjadi Canon atau Meriam. Juga kata Sophia dalam bahasa Yunani yang berarti cinta, juga berasal dari bahasa Arab yaitu Safa, sufi. Dan masih banyak kata-kata serapan yang diserap dari bahasa Arab yang menjadi kosakata berbagai bahasa asing.

Bahasa Arab Adalah Bahasa Yang Mempunyai Kosakata Paling Banyak, karena kekayaan kosakata inilah yang menjadikan bahasa Arab banyak diserap oleh bahasa lain di dunia. Kekayaan kosakata bahasa Arab disebabkan karena bahasa Arab adalah bahasa tertua di bumi, sehingga mempunyai banyak sebutan hanya untuk sebuah benda.  Sebagai contoh adalah para peneliti bahasa Arab menemukan bahwa orang Arab sendiri punya 80 sinonim ( persamaan kata ) untuk kata Unta, dan lebih dari 200 sinonim untuk kata Qalbun atau Anjing.


“Yang demikian itu, bahawa Al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab karena bahasa Arab adalah bahasa yang paling fasih, jelas, luas, dan maknanya lebih mengena lagi sesuai untuk jiwa manusia. Oleh karena itu kitab yang paling mulia diturunkan kepada Rasulullah (Nabi Muhammad S.A.W) yang paling mulia, dengan bahasa yang termulia (Bahasa Arab), melalui perantara malaikat yang paling mulia (Malaikat Jibril A.S), ditambah kitab inipun diturunkan pada dataran yang paling mulia di atas muka bumi (Tanah Arab), serta awal turunnya pun pada bulan yang paling mulia (Bulan Ramadhan), sehingga Al-Qur’an menjadi sempurna dari segala sisi untuk seluruh manusia dan Jin.”
[ IBNU KATSIR Ra. A. ]



KESIMPULANNYA
Inilah sebabnya, kenapa Islam dan Al-Qur’an berbahasa Arab. Jadi sekarang sudah jelas sebagai seorang Muslim yang beragama ISLAM, tidak patut berbangga hanya kerana mahir bahasa Inggeris dengan fasih, atau bahasa-bahasa lain. Karena mempelajari bahasa Arab adalah sebahagian dari agama ISLAM itu sendiri.  Lojiknya,  bagaimana mahu memahami kebenaran Islam kalau tidak tahu bahasa Arab? Padahal umat Islam berjaya karena penguasaan bahasa Arabnya, dan pada akhirnya terperuk kerana melalaikan pendidikan bahasa Arab kepada generasi pewaris mereka.  Ini sesuatu yang sangat merugikan kalau ia berterusan.

“Mempelajari bahasa Arab adalah wajib hukumnya bagi seorang Muslim.”
[ IMAM SYAFIE Ra.A. ]

Namun, Secara pastinya seperti menurut kata-kata di bawah ini :

“Segala pujian bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam. Tidak diketahui bahasa yang akan dituturkan oleh Manusia pada hari Akhirat. Tidak diketahui juga manusia akan dengar daripada percakapan ALLAH S.W.T (pada hari tersebut). Ini kerana, ALLAH SWT dan Rasul-NYA tidak mengkhabarkan kepada kita sesuatu pun tentang perkara ini. Tidak kami menemui perselisihan diantara para sahabat RA mengenai masalah ini, bahkan mereka tidak memanjangkan permasalahan ini kerana berbicara mengenainya adalah sia sia."
[SYEIKH AL-ISLAM IBN TAIMIYAH Ra.A ]

Oleh itu, hal ini terus terbuka kepada kajian dan analisis kepada sesiapa sahaja yang mahu memikirkannya.  Mari kita lihat hadis-hadis nabi seterusnya dari pelbagai sumber berkenaan hal ini...



RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
 Bersabda :
 “Wahai manusia, ingatlah, sesungguhnya Tuhanmu (ALLAH) adalah Maha Satu, dan ayahmu adalah Diri Yang Satu (Adam). Orang Arab tidak lebih utama dari orang Ajam(Bukan Arab), dan orang Ajam tidak lebih utama dari orang Arab. Tidaklah lebih mulia orang berkulit hitam atas orang yang berkulit merah, dan tidak lebih mulia orang yang berkulit merah atas orang yang berkulit hitam, kecuali karena TAQWA.”

'Cinta kepada Arab merupakan tanda keimanan dan membencinya merupakan tanda kekufuran. Siapa yang mencintai Arab berarti telah mencintai aku, dan barangsiapa yang membenci Arab berarti telah membenciku'.

'Cintailah oleh kamu akan Arab karena tiga hal (dalam riwayat lain, Jagalah hak-hak ku melalui Arab karena tiga hal : pertama, karena aku orang Arab, kedua Alquran berbahasa Arab dan ketiga pembicaraan ahli surga dengan bahasa Arab'.

'Cintailah bangsa Arab dan jagalah kelestarian. Sesungguhnya kelestarian bangsa Arab adalah cahaya dalam Islam'.

“Kelemahan bangsa Arab, adalah kelemahan Islam.”

“Tidaklah yang membenci Arab itu kecuali orang munafik.”

“Wahai Salman, janganlah membenciku, nanti engkau akan berpisah dengan agamamu. Saya (Salman) berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana saya membenci engkau yang telah memberiku hidayah dari ALLAH S.W.T? Bersabda Rasulullah S.A.W: ‘Jika engkau membenci Arab maka engkau membenciku.’”

“Barangsiapa mencaci-maki Arab, dia termasuk orang-orang Musyrik.”

“Pertama -tama orang yang mendapat syafaat dari umatku adalah Ahlu-al-baitku, kemudian yang paling dekat dari keluargaku, orang yang paling dekat dari kaum Quraisy kemudian kaum Anshor, kemudian orang yang beriman kepadaku dan mengikutiku dari orang-orang Yaman, kemudian seluruh bangsa Arab, kemudian seluruh bangsa Ajam (Bukan Arab).”

“…Arab adalah barang tambang yang mempunyai keutamaan dibandingkan dengan Ajam,…"
Daripada Imam Zainal Abidin Ali bin Husein bin Ali bin Abi Thalib
[ H.R.S : Ibnu Jarir Ra.A ]

“Telah datang kepadaku Jibril as dan berkata: Ya Muhammad, sesungguhnya Allah swt telah mengutusku ke dunia, maka aku bentangkan sayapku dari mulai bumi bagian timur sampai bumi bagian barat, dari mulai tanah yang datar sampai kepada gunung-gunung, maka tidak aku temukan manusia yang lebih baik dari bangsa Arab, kemudian aku diperintahkan maka aku bentangkan sayapku pada bangsa Arab, maka tidak aku temukan manusia yang lebih baik dari Mudhar, kemudian aku diperintahkan maka aku bentangkan sayapku pada Mudhar, maka tidak aku temukan manusia yang lebih baik dari Kinanah, kemudian aku diperintahkan maka aku bentangkan sayapku pada Kinanah, maka tidak aku temukan manusia yang lebih baik dari Quraisy, kemudian aku diperintahkan maka aku bentangkan sayapku pada Quraisy, maka tidak aku temukan manusia yang lebih baik dari Bani Hasyim, kemudian aku diperintahkan untuk memilih yang paling baik di antara diri-diri mereka, maka tidak aku temukan seorang yang paling baik dari diri engkau.”
[ Oleh : Imam Ja'far al-Shadiq Ibn Muhammad al-Baqir Ra. A. ]

Apa pun hadis-hadis yang tertera di atas, kebanyakkan di-HASAN-kan dan ada yang di-DHOIF-kan oleh para ulama Islam hari ini.  Mereka punya alasan tersendiri tentang hal ini.  Namun, ia tidak menjadi satu sebab mengapa kita MALAS menguasai bahasa Arab.  Kerana dengan menguasai bahasa Arab sahajalah kita akan mengetahui hakikat agama yang paling mulia, yang diredhai ALLAH S.W.T dalam bahasa ini.  Penulis tidaklah menggalakan anda mengambil dalil-dalil hadis ini melainkan sekadar tatapan dan mengajak anda berfikir akan kebenaran dari hadis-hadis ini.   

Bagi penulis,  adalah lojik sekali kalau Nabi ‘Adam A.S dan seluruh penghuni Syurga adalah berbahasa Arab sejak dari mula lagi, di mana apabila Nabi Adam diturunkan ke Bumi sebahagian dari pengetahuannya tentang bahasa Arab itu diambil semula olah ALLAH dan sebahagian lagi bersama Nabi Adam dan Isterinya dan seterusnya keturunannnya bertutur dalam bahasa ini yang kemudiannya ditambah-tambah sehingga mewujudkan bahasa Suryani.   Seperti lumrahnya manusia yang berasal dari tanah pasti akan kembali ke tanah setelah mati, dan manusia yang berasal dari Syurga pasti akan kembali ke Syurga. Maka begitu juga bahasa Arab yang datang dari Syurga kini kembali menjadi bahasa yang bakal dituturkan oleh seluruh makhluk dalam Syurga kelak. Bahasa ini juga akan dituturkan oleh Nabi Isa A.S dan Imam Mahdi Ra. A. di akhir zaman kelak. Fikir-fikirkan.... “Tepuk Dada, Tanya Iman.”






“WALLAHU’ALAM BISSAWAB”

Artikel Oleh :
IMAM SULUKEN
22 Rabiul-Akhir 1436H / 12.02.2015M