The Alien - Link Select

Isnin, 16 Februari 2015

SOLAT 5 WAKTU DALAM QUR'AN DAN HADIS???

SOLAT 5 WAKTU DALAM QUR’AN


ALLAH S.W.T
Berfirman :
“....Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah SOLAT itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya SOLAT  itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
[ Q.S. AN-NISA’ 4 : 103 ]

Peliharalah kamu segala Solat, khasnya Solat  Wusta (solat Pertengahan) dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk.
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 238 ]

“Maka BERTASBIH-lah (solat) kepada ALLAH semasa kamu berada pada WAKTU MALAM (Isyak)  dan semasa kamu berada pada WAKTU SUBUH. Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji di langit dan di bumi, dan juga pada WAKTU PETANG (Asar) dan semasa kamu berada pada WAKTU ZUHUR.”
[ Q.S. AR-RUM 30 : 17-18 ]

Dan dirikanlah SOLAT PADA DUA HUJUNG SIANG dan pada WAKTU-WAKTU YANG BERHAMPIRAN dengannya dari WAKTU MALAM.”
[ Q.S. HUD 11 : 114 ]

“Dirikanlah olehmu solat KETIKA GELINCIR MATAHARI (Solat Zuhur), hingga waktu GELAP MALAM (Solat Isyak) dan Bacaan Fajar (Solat Subuh) sesungguhnya Bacaan Fajar itu adalah disaksikan.”
[ Q.S. AL-‘ISRA 17 : 78 ]

”...Dalam tiga masa; (iaitu) sebelum SOLAT FAJAR dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari (Istiwa), dan sesudah SOLAT ISYAK.”
[ Q.S. AN-NUR 24 : 58 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Malaikat Jibril A.S telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau BERSOLAT ZUHUR bersamaku ketika TERGELINCIR MATAHARI dan SOLAT ‘ASAR ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan SOLAT MAGHRIB ketika TERBENAM MATAHARI  dan SOLAT ‘ISYA’ ketika TERBENAM SYAFAQ (iaitu cahaya merah) dan SOLAT SUBUH ketika terbit FAJAR. Pada keesokan harinya, Jibril A.S  bersolat bersama saya SOLAT ZUHUR ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan SOLAT ‘ASAR ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan SOLAT MAGHRIB ketika orang berbuka puasa dan SOLAT ‘ISYA’ ketika sepertiga malam dan SOLAT SUBUH ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril A.S berkata: Inilah waktu solat Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu solat adalah di antara waktu ini.”
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

"Jibril turun (datang), lalu ia jadi Imam saya, dan saya solat bersama dia, saya solat bersama dia, saya solat bersama dia, saya solat bersama dia, dan saya solat bersama dia.”  Beliau hitung dengan jari beliau lima kali solat.
Daripada Abu Mas'ud RA
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
*Jilid 3. Hadis Nombor 1434.

"Waktu ZUHUR  bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu ASAR, waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu  SOLAT MAGHRIB pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat. Waktu ISYAK pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu SOLAT SUBUH pula ialah dari terbit FAJAR sehingga terbit matahari."
Daripada Abdullah bin Amru R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

‘Jibril A.S berkata kepada Rasulullah SAW : “Bangunlah dan lakukan solat.” Maka beliau melakukan solat Zhuhur ketika matahari tergelincir. Kemudian waktu Ashar menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Ashar ketika panjang bayangan segala benda sama dengan panjang benda itu. Kemudian waktu Maghrib menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Maghrib ketika matahari terbenam. Kemudian waktu Isya` menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Isya` ketika syafaq (mega merah) menghilang. Kemudian waktu Shubuh menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Subuh ketika waktu fajar merekah/ menjelang.’
Dari Jabir bin Abdullah R.A
[ H.R.S : Imam Ahmad, Nasai dan Tirmizi Ra. A. ]


DALAM BIBLE pula nabi Isa dicatatkan berdoa pada waktu-waktu tertentu :

Pagi-pagi benar, waktu hari masih gelap, ia bangun dan pergi ke luar. Ia pergi ke tempat yang sunyi dan BERDOA di sana.
( MARKUS  1 : 35 )
SOLAT SUBUH / FAJAR

Dan setelah orang banyak itu disuruhnya pulang, pada Tengahari, Jesus naik ke atas bukit untuk BERDOA seorang diri. Ketika hari petang, ia BERDOA sendirian di situ.
( MATIUS 14 : 23 )
SOLAT ZOHOR, ASAR DAN MAGHRIB
  
Pada waktu itu pergilah Jesus ke bukit untuk BERDOA dan semalam-malaman dia BERDOA kepada Allah.
( LUKAS 6 : 12 )
SOLAT ISYAK DAN TAHAJJUD

Maka ia maju sedikit, lalu SUJUD dan BERDOA, katanya: "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari padaku, tetapi janganlah seperti yang kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki."
( MATIUS 26 : 39 )


Nabi Isa Sujud dan berdoa....


Secara terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut:

1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripada tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.

2. Waktu ‘Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang paling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.
3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.

4. Waktu ‘Isya’ bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik fajar.

5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang ufuk.





PENGERTIAN SOLAT

Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.
Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
syarat-syarat tertentu. Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun  fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbiyy.

Oleh itu....
“Solat terdiri dari Niat, Tasbih, Doa, Salawat dan bacaan ayat-ayat Qur’an serta Salam pada akhirnya untuk mengingati ALLAH dan berkomunikasi dalam posisi dan gerakan-gerakan tubuh zahir dan batin tertentu dan didirikan pada masa yang telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T.”



APAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK SOLAT?

Tiada ulasan: