The Alien - Link Select

Ahad, 15 Februari 2015

GARAM ???



ALLAH S.W.T
Berfirman :
"Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!"
[ Q.S.YUNUS 10 : 92 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Sesungguhnya ALLAH S.W.T menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu Besi, Api, Air dan Garam.”
Daripada Abdullah Bin Umar Al-Khattab R.A
[ H.R.S : Imam Abu Muhammad al-Husain Ibn Mas'ud  al-Farrâ` al-Baghawiy Ra. A. ]

“Penghulu segala lauk-pauk kamu ialah Garam. Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan Garam."
Daripada  Anas Bin Malik R.A
[ H.R.S : Imam Ibnu Majah Ra. A. ]

"Sesiapa yang memulakan minum & makan dengan memakan secubit garam, ALLAH S.W.T akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH S.W.T sahaja."
[ H.R.S : Imam Abu Bakar Al-Bazzar Ra. A. ]


“Antara tanda-tanda kekuasaan ALLAH itu ialah Dia menciptakan Garam dalam Laut yang kemudiannya menjadi salah satu asbab mengapa tubuh Firaun tidak reput di dunia ini. Terjaminnya jasad Fir’aun dari kerosakkan adalah kerana Garam Laut itu lebih mempengaruhi jasadnya untuk tidak musnah. Tetapi askar-askarnya yang lain musnah bukan sebab garam tetapi sebab unsur lain.  Tetapi dalam hal Fir’aun, Garam menjadi salah satu asbab tubuhnya masih kekal sehingga kini dan dipamerkan di Muzium. Lihat sahaja bagaimana Fir’aun-fir’aun lain yang dimumiakan.  Mereka menggunakan garam!  Inilah rahsia GARAM yang pada zaman Islam ia telah dibongkar melalui sunnah-sunnah nabi Muhammad S.A.W.” 



Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam (masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garamlah yang menyebabkan laut terasa masin.

Kebanyakan garam digunakan sebagai garam makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit.

Garam juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.

Pada masa dahulu harga garam adalah sangat mahal.Ini adalah kerana terdapat sebuah negara yang membayar gaji tenteranya dengan garam dan dari situlah kata nama 'gaji' dalam bahasa Inggeris dicipta iaitu 'salary' yang diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud 'garam'

Selain itu, pada zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu pada awal 1940-an, garam juga boleh dikategorikan sebagai barang mewah. Ini adalah sesebuah rumah ataupun keluarga boleh dianggap mewah dan berada jika mempunyai garam kerana pada masa itu garam amat sukar untuk diperolehi.

Natrium klorida, juga dikenali dengan garam biasa, garam makan atau halit, adalah satu sebatian kimia yang menyebabkan kemasinan laut dan juga cecair dalaman dalam organisma multisel. Sebagai perencah utama dalam garam makan, ia biasanya digunakan sebagai pengawet makanan, contohnya ikan masin, dll.

Antara kegunaan garam dalam perubatan Islam:

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
1. PENYAKIT GHOUT – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.  Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.
2. ANTI - MABUK semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
3. PENCETUS TENAGA BADAN : Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam. Boleh juga diminum ketika hendak tidur di waktu malam.
4. PENCUCI PERUT : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
5. UBAT GIGI yang mujarab :  secubit garam untuk memberus gigi di selepas makan atau selepas bagun tidur dan pada waktu alam ketika hendak tidur.  Walaupun ada gigi yang berlubang atau sakit, hanya dengan beberapa kali berkumur dengan air garam selama 3 kali baca Al-Fatihah pasti akan meneutralkan kesakitan dna membunuh kuman dna bakteria mulut.
6.  UBAT KETIAK:  dua cubit garam dan sedikit air panas. Digaulkan sehingga suam dna dilumur atau dibasakan ketiak akan menghilang bau ketika dengan cepat.  Gunakan setiap hari ketika hendak tidur.
7. UBAT KELUMUMUR:  sesudu garam kasar dengan air suam segelas. Gunakan untuk mencucui rambut dan biarkan sehingga ia kering sendiri.
8.  PAGAR AURA GARAM :  Dengan baca BISMILLAH 7 Salawat Nabi - Garam kasar ditabur disekeliling rumah kediaman akan menghalang anasir dan kuasa2 hitam jahat seperti Syaitan Jin dan Manusia serta serangga dan kuman2 disekeliling rumah.
9. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya. Insyaalah tidak mengigau lagi.
10. Tabur garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.



Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dalam Hadis riwayat Al – Bazzar juga turut menjelaskan tentang cara pengambilan garam mengikut sunnah, guna ibu jari dan jari telunjuk, diikuti jari manis, jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam.

Sekiranya anda mencubit garam itu dari bekasnya, garam itu khas untuk anda sahaja. Garam tersebut tidak boleh dicampur dengan orang lain kerana ia berkaitan dengan sistem penghadaman dan energi anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya.

Namun demikian, janganlah pula kita tersilap dalam memilih garam untuk dijadikan amalan sunnah. Mengikut kajian yang dijalankan oleh para pakar sains pemakanan, garam gurun (garam asli ) yang dijadikan amalan oleh Nabi tidaklah sama kandungannya dengan garam yang kita gunakan seharian untuk tujuan memasak.

Garam biasa mempunyai kandungan sodium yang tinggi dan campuran asid dan kotoran lain yang boleh memudaratkan kepada penggunanya apatah lagi kepada mereka yang telah berpenyakit.

Garam gurun sebenarnya mengandungi potassium, magnesium dan lisina yang tinggi manakala kandungan sodiumnya pula rendah. Perbezaan ini boleh dilihat dengan mendedahkan garam biasa dan garam gurun kepada udara. Garam gurun akan bertukar menjadi cecair dalam masa kira-kira 12 jam manakala garam biasa terus tiada perubahan daripada bentuk asalnya.

Amalan mengambil secubit garam gurun (garam asli) sebelum dan selepas makan akan menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu dan dipam atau diberikan tekanan melalui sistem pembersihan buah pinggang.

Spekulasi yang mengatakan bahawa garam menjadi punca darah tinggi adalah salah. Punca darah tinggi terjadi disebabkan cara penggunaan garam yang salah ketika memasak. Kebanyakan orang akan memasukkan garam ke dalam masakan seperti gulai dan sebagainya ketika memasak, sedangkan cara yang betul adalah dengan membiarkan gulai tersebut selama 10 minit selepas di angkat dari api, kemudian barulah garam dimasukkan ke dalam gulai tersebut.

Ini kerana pantang garam adalah suhu panas, kerana apabila garam dipanaskan maka sifat ‘ion negatif’ akan rosak. Ini bermakna yang hilang adalah ‘klorida (CL) berion negatif’, yang tinggal hanyalah natrium ion positif yang bersifat asid. Yang diperlukan dalam garam adalah klorida dan ion negatif, kerana klorida inilah yang memegang zat besi dan oksigen.

Jika klorida di dalam garam berkurangan, ini bermakna oksigen di dalam garam akan berkurangan. Apabila oksigen di dalam garam berkurangan ini akan menyebabkan darah tidak boleh bergerak sendiri. Seterusnya jantung terpaksa pam darah dengan kuat. Pengurangan oksigen akan menambah karbon dioksida di dalam darah. Inilah yang di panggil darah tinggi.

Selain itu, jin takut kepada garam disebabkan garam mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Oksigen adalah tertakluk di dalam sifat nur. Jadi, inilah penyebab kepada jin atau syaitan takut dengan garam.

Disebabkan itu juga, garam digunakan untuk menghalau jin, syaitan dan sewaktu dengannya. Berdasarkan hadis-hadis yang disebutkan tadi, menjelaskan bahawa garam suatu unsur yang dianugerahkan oleh Allah demi kebaikan untuk kegunaan manusia, malah mempunyai banyak khasiat terhadap kesihatan. Tanpa garam sudah tentu setiap masakan atau lauk pastinya tidak sedap dan terasa tawar. Sebab itulah garam dikatakan ‘penghulu segala lauk’.

Garam Sunnah dan Pengamalannya. * Ambil secubit garam sunnah mengikut panduan yang diberikan . Guna ibu jari dan jari teliunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ). Kalau boleh jangan campur dengan orang lain . Kalau anda mencubit garam itu dari bekasnya . Ia khas untuk anda sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman dan energy anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya. Amal sebelum dan selepas makan dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ). Cara lain – Ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum dalam keadaan perut kosong . Kemudian minum air mineral sebanyak banyaknya 2 hingga 3 liter padu air sepanjang hari.
KELEBIHAN GARAM AMALAN RASULULLAH S.A.W MEMAKAN SECUBIT GARAM SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN KINI DIBUKTIKAN OLEH SAINS BAHAWA TABIAT INI MENAMBAHKAN KEBERKESANAN PERUT UNTUK MENGHADAM MAKANAN DAN MENGHINDARKAN PERUT DARI MENYERAP RACUN. Ternyata berkesan menghilangkan pelbagai penyakit. Garam Bukit Tulen sebagai minuman Kesihatan LARUTAN TEPU GARAM BUKIT TULEN (SOLE BRINE) TERAPI KRISTAL Tubuh manusia memerlukan garam termasuk elemen
-elemen kelumit. Meminum larutan garam dari hablur garam bukit tulen dapat merangsang sistem pencernaan dan metabolisma. Larutan ini juga dipercayai : 1) Menyumbang tenaga semulajadi yang tersimpan dalam struktur hablur garam dan tubuh dapat menggunakannya selama 24 jam. 2) Membantu memperseimbang kealkalian / keasidan dalam tubuh dan meneutralkan tekanan darah. 3) Membantu melarutkan dan menyah mendapan yang boleh mengakibatkan pembentukan "batu" dan pelbagai jenis rheumatisme seperti arthritis, batu hempedu dan batu karang. 4) Membantu meredakan rasa ketagihan. Ketagihan gula dan alkohol hilang sebaik sahaja pengambilan awal larutan tepu garam bukit tulen. Profesor Peter Ferreira, seorang pakar biofizik berbangsa German telah menjalankan beberapa jenis ujian-ujian klinikal ke atas pesakit-pesakit yang mengambil larutan tepu Garam Bukit pada setiap hari dan Melaporkan keputusan berikut: a) Pesakit-pesakit mengalami kehilangan Logam-logam berat dari tubuh seperti Plumbum, Merkuri(Raksa) dan Arsenik b) Pengungkaian enapan-enapan Kalsium c) Proses detoksifikasi perlahan tetapi berkesan d) Memperseimbang pH darah. RENDAMAN KAKI GARAM BUKIT TULEN TERAPI KRISTAL Rendaman kaki Garam Bukit Tulen Terapi Kristal sangat sesuai digunakan semasa sedang berehat sambil menonton TV dan membaca. Ia sangat berkesan untuk melegakan keletihan dan kelenguhan. Kekerapan menggunakannya dapat mengembalikan kesegaran anda. 1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan. 2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus. 3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki. 4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan. 5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah. 6. Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak 7. Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau 8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di samping mengaktifkan perjalanan darah. 9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout Amalan mandi dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian untuk merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.Berendam dengan air garam bukit tulen akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.


KESIMPULAN :

Jin dan Syaitan amat takut dan sensitif terhadap Garam.  Mereka lemah dna mati apabila dibasahi air garam yang dibacakan Bismillah. Ini merupakan perubatan sihir yang sangat efektif.Pelbagai penyakit dapat disembuhkan dan dicegah melalui pengambilan garam cara Sunnah nabi Muhammad SAW. Ajaran bahawa Garam mengakibatkan DARAH TINGGI adalah ajaran orang kafir dan munafiq yang mahu memusnahkan sunnah nabi dan Islam secara perlahan-lahan.  Ini merupakan fitnah yang menular kemas dikalangan umat Islam hari ini....



Tiada ulasan: