The Alien - Link Select

Isnin, 9 Februari 2015

IBLIS LAKNATULLAH???



Aku merendah diri dan sujud kepada ALLAH, tuhan sekalian alam yang telah memanjangkan umurku sehingga hari kiamat. Sekarang sudah dekatnya masa yang telah dijanjikan.”
IBLIS LAKNATULLAH


“Wahai Rasul Allah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci ALLAH  yang menjadikanmu pemimpin para Nabi dan Rasul, pemimpin penduduk Syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk Neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."
IBLIS LAKNATULLAH


“Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan. Aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."”
IBLIS LAKNATULLAH

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."
IBLIS LAKNATULLAH

“Mereka yang suka berzina adalah sahabat-sahabatku. Pemabuk adalah Teman Tidurku, Temanku yang paling rapat ialah Pemakan Riba dan Rasuah. Pencuri adalah Tetamuku. Utusanku adalah Tukang sihir.  yang membuatku gembira adalah orang yang bersumpah dengan Cerai. Kekasihku adalah orang yang meninggalkan solat Jumaat dan manusia yang paling membahagiakanku adalah orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."


IBLIS LAKNATULLAH




Sabtu, 7 Februari 2015

ADAM DAN... HAWA ATAU ZAUJAH ???






SEPANJANG sejarah makhluk yang bernama manusia di muka bumi dengan segala kisahnya, ternyata masih banyak menjadi misteri. Sosok Adam sebagai manusia pertama dimuka bumi, menyimpan 1001 kisah dan misteri.

ADAM dalam bahasa Ibrani = אָדָם , dalam bahasa arab = آدم berarti tanah, manusia, atau cokelat muda.

adalah dipercaya oleh agama-agama Samawi sebagai manusia pertama, bersama dengan istrinya yang bernama Hawa. Menurut Agama Samawi pula, merekalah orang tua dari semua manusia yang ada di dunia. Rincian kisah mengenai Adam dan pasangannya berbeda-beda antara agama Islam, Yahudi, Kristen, maupun agama lain yang berkembang dari ketiga agama Abrahamik ini.  Adam hidup selama 930 tahun setelah penciptaan (sekitar 3760-2830 SM), sedangkan Pasangannya atau isterinya muncul ketika Adam berusia 130 tahun. Al-Quran memuat kisah Adam dan pasangannya dalam beberapa surat, di antaranya Al-Baqarah 2 : 30-38 dan Al-A’raaf [7]:11-25.


Adam tinggal di Syurga.  Syurga yang penuh dengan kemudahan dan kenikmatan. Walaupun begitu, Adam hanya seorang diri.  Tiada kawan-kawan. Tiada isteri.  Adam merasa kesunyian.  Sebenarnya Allah bukan sahaja menganugerahkan ruh dan ilmu pengetahuan kepada Adam yang baru diciptanya.  Bahkan Allah juga membekalkan keinginan tertentu pada Adam yang dinamakan fitrah atau naluri.  Fitrah mahu makan, minum, berkerja, berbual, tidur, seks dan lain-lain sama seperti yang kita rasa hari ini.  Allah sudah mengetahui sejak azali saat dan ketika mana Adam memerlukan seseorang sebagai teman. Suatu hari, Adam tidur.  Setelah sedar, Adam melihat seseorang duduk di sebelah dekat kepalanya. Adam bertanya. 


“Siapa engkau?”

“Seorang perempuan.”

“Kenapa kamu dicipta?”

“Agar kamu merasa tenang denganku.” 


MAJORITI umat Islam mengetahui bahawa ‘HAWA’ adalah teman dan pasangan Adam di Taman (Syurga). Hawa dianggap sebagai Ummul Basyar ("Ibu Umat Manusia"). Tetapi apakah di dalam al-Qur'an ada menyebut nama Hawa?

Jawapannya... TIADA!

Perkataan HAWA adalah terjemahan dari perkataan Greek Eva; Eve(dari Old Testament - English) yang diambil daripada bahasa klasik Hebrew – Hawwah; moden Hebrew – Khavah. bahasa Ibrani: חַוָּה, Ḥawwāh; bahasa Arab: حواء Hawwāʾ; bahasa Inggris: Eve atau Eva, Chava, Hava.

Menurut arti bahasa arti dari Hawa adalah "sesuatu yang hidup" atau juga bisa berarti "hasrat" atau "keinginan". Jika dicari asal makna ‘HAWA’ dalam bahawa Arab, maka ia merujuk kepada pengertian ‘suka’ ataupun ‘cinta’. Menurut ahli bahasa, ‘HAWA’ ialah kesukaan manusia kepada sesuatu yang dapat menggembirakan serta memenangkan hatinya.

Hawa yang berarti Hasrat atau keinginan adalah sebuah nama yang sesuai disematkan karena memang manusia ini diciptakan Allah berdasarkan KeinginanNya untuk menciptakan banyak manusia untuk memakmurkan bumi dan menjadi khalifah di bumi, yang dari rahimnya dilahirkan dan dikembang-biakan banyak manusia.







Namun, siapakah nama Isteri atau teman Adam itu menurut Qur’an?  Lebih baik kalau kita ambil namanya secaranya umum.  Iaitu ‘Pasangannya’  dalam bahasa Arab atau dalam bahasa Qur’an ia digelar ‘ZAUJAHA’ dan ‘ZAUJUKA’. Jadi, Isteri atau Pasangannya(Zaujaha) Adam ialah ZAUJAHA @ ZAUJUKA.  Ini menurut Qur’an secara umumnya.  Langkah yang terbaik ialah menamakannya sebagai Zaujaha atau Zaujuka untuk menolak tanggapan selama ini bahawa nama pasangan Adam itu adalah Hawa yang diambil dari Bible yang juga dalam kisah-kisah Israiliyat.  Ini kerana Adam tidak menyebut nama temannya itu tetapi ALLAH menyebutnya sebagai Pasangan dan Isteri kepada ADAM. Maka paling selamat dan sebaiknya ialah kita ambil dua nama itu dan kekalkan dalam bahasa Qur’an itu sendiri. Zaujaha atau Zaujuka adalah nama paling tepat untuk pasangan Adam a.s. Ataupun....  "ZAUJAH" yang merujuk kepada 'Isteri'.




ALLAH S.W.T
Berfirman: :
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Zaujaha), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya ALLAH sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”
[ Q.S AN-NISA’ 4 : 1 ]

“Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya - isterinya (Zaujaha)...”
[ Q.S AZ-ZUMAR 39 : 6 ]

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggal-lah engkau dan isterimu (Zaujuka) dalam syurga,...”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 35 ]


Kenyataan tentang penciptaan Hawa dari tulang rusuk Adam sendiri terdapat di dalam TAURAT / OLD TASTEMENT, iaitu;

“Lalu ELOHIM membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, ELOHIM mengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan daging.  Dan dari rusuk yang diambil ELOHIM dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu. Lalu berkatalah manusia itu: "Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku. Ia akan dinamai perempuan, sebab ia diambil dari laki-laki."
[ KITAB KEJADIAN 2 : 21-23 ]

Nama pasangannya, iaitu HAWA hanya kelihatan pada ayat ini :

“Kemudian manusia itu bersetubuh dengan HAWA, isterinya, dan mengandunglah perempuan itu, lalu melahirkan Kain; maka kata perempuan itu: "Aku telah mendapat seorang anak laki-laki dengan pertolongan TUHAN."
[ KITAB KEJADIAN 4 : 1 ]

"Karena ADAM yang pertama dijadikan, kemudian barulah HAWA."
[1 TIMOTIUS 2 : 13 ]

Manusia itu memberi nama HAWA kepada isterinya, sebab dialah yang menjadi ibu semua yang hidup.."
[ KEJADIAN 3 : 20 ]




KESIMPULANNYA
Menurut Qur’an nama pasangan ADAM itu adalah ZAUJAHA Ini kerana istilah atau perkataan Zaujaha & Zaujuka,  ini merupakan perkataan asal dalam bahasa asal manusia dari Syurga.  Merupakan bahasa Arab.  Bahasa yang telah dipilih ALLAH sebagai medium untuk Rasul terakhir dalam komunikasinya dengan manusia di akhir zaman.  Adalah lojik sekali kalau ALLAH mengembalikan manusia itu ke fitrah asalnya, dari segi bahasa yang dituturkan. ALLAH memilih bahasa ini sebagai bahasa ARAB yang sangat penting di dunia dan di Akhirat untuk memberitahu seluruh makhluk tenatng ketuhanan-Nya.... Tetapi ini bukan bermakna bahasa-bahasa selepas dan sebelum ARAB itu adalah bahasa yang tidak penting.  Bahasa-bahasa selain Arab juga penting, kalau tidak... tentu ALLAH tak cipta. 

Cuma pemilihan ALLAH untuk menurunkan wahyu-Nya dalam bahasa Arab adalah satu kemuliaan kepada bahasa ini.  Bukan juga bermakna bahasa Arab adalah bahasa ALLAH.  Sama ada ia bahasa ALLAH atau tidak.  Hanya ALLAH yang Maha Tahu hal ini.  Apa yang penting ialah bahasa Arab adalah bahasa Rasmi untuk menyiarkan wahyu terakhir. Kita tidak mahu melihat Islam mencedok dari kitab Bible Kristian... dan mendakwa Qur'an dan Muhammad meniru Bible dalam hal Adam dan Pasangannya.  Padahal, Qur'an membetulkan apa yang tak betul.... kalau tidak, akan disebut dalam Qur'an. Maka Nama Hawa itu tak betul dan tidak tepat.  kalau betul tentu ALLAH akan letak nama HAWA dalam Qur'an.. kerana ia satu sejarah penting dalam permulaan sejarah manusia di dunia. Kedua-duanya mesti jelas disebut seperti mana ALLAH menyebut ADAM sebagai manusia. Jelas, HAWA bukan nama sebenar mahupun gelaran kepada pasangan Adam menurut Al-Qur’an. Tetapi digelar secara umum kerana pasangan Adam itu adalah jenis perempuan yang menjadi pasangannya. Hanya Bahasa Arab Qur’an meltakkan kata nama ZAUJUKA yang bermaksud ISTERIMU.  Kerana ia kali pertama digunakan ke atas pasangan Adam dan tiada makhluk lain yang serupa dengannya, maka ia jadi kata nama KHAS.  Adalah Lojik sekali kalau kita ambil Perkataan ZAUJUKA ini sebagai kata nama Khas bagi pasangan Adam.  Dikekalkan dalam bahasa Qur’an seperti nama ADAM.   *Ini merupakan pendapat penulis yang lebih cenderung kepada QUR’AN dan agama suci ini iaitu ISLAM.  


Kita tahu, nama ‘Hawa’ yang diambil sejak sekian lama dari Perjanjian Lama dalam kitab Kejadian milik Kristian-Bible kini adalah nama yang tidak sesuai dalam Islam. Hawa adalah terjemahan dari perkataan Greek Eva; Eve(dari Old Testament - English) yang diambil daripada bahasa klasik Hebrew – Hawwah; moden Hebrew – Khavah.  Adalah dipercayai bahawa lima kitab yang pertama (termasuk Kejadian) di dalam Bible atau ALKITAB telah ditulis oleh seorang ulama agama bangsa Yahudi bernama Ezra, atau Uzair, seperti yang disebut di dalam al-Qur'an. Dengan itu, dirasakan amat ralat sekali apabila didapati ajaran Yahudi telah menyusup masuk ke dalam kepercayaan orang Islam setelah nama Nabi atau Rasul yang selamanya disanjung digunakan. Ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.  Qur’an cukup sempurna penerangannya dan hadis-hadis nabi yang menyebut nama Hawa ini juga adalah kebanyakkan pengaruh dari orang Yahudi dan Israiliyat mereka.  Memang sukar terima hal ini.. kerana selama ini MUFASSIRIN Islam menafsirkannya bahawa Pasangan dan Isteri Adam itu adalah HAWA.. berdasarkan Israiliyyat.... ketika itu pendedahan dari tantangan kerasulan nabi dari umat Yahudi dan Nasrani sangat kuat dan sangat jelas.. jadi musuh-musuh Islam memang berusaha sekuatnya untuk mempengaruhi ajaran Nabi Muhammad SAW untuk merosakan ajaran Islam dari dalam... kalau ALLAH sendiri tidak letak nama HAWA dalam Qur'an sedangkan nama watak yang kedua UTAMA selepas ADAM itu adalah sangat  penting dalam sejarah kemanusiaan... maka siapakah kita untuk meletakkan nama yang bukan bersumber dari Qur'an untuk meletakkan dalam kitab Qur'an?... ini sesuatu yang tidak patut berlaku.... ini akan melahirkan tuduhan bahawa umat islam dan ulama-ulama Islam mengubah dan menambah ayat-ayat  ALLAH... cukuplah apa yang ALLAH terangkan dalam Qur'an.. ambil yang itu sahaja... Haruslah kita meninggalkan istilah-istilah ini kerana sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu maka dia adalah dari kaum itu.  NAUDZUBILLAHI MIN ZAALIKH!




RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong daripada mereka.”
[ H.R.S : Imam Ahmad Ra. A. ]

“Bukan tergolong dari kalangan kami siapa yang menyerupai selain kami.”
[ H.R.S : Imam Tirmizi Ra. A. ]

“Sesungguhnya kalian akan mengikuti orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, bahkan sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun pasti kalian turut mengikutinya.” Kami (sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang diikuti itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Siapa lagi?”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]


Sebagai renungan bersama ...


ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?”
[ Q.S. AL-QAMAR 54 : 17 ]




“WALLAHU’ALAM BISSAWAB”

Artikel Oleh :
IMAM SULUKEN
19 RABIUL-AKHIR 1436H / 9 FEBRUARI 2015M

Khamis, 5 Februari 2015

SIAPA IMAM MAHDI ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.”
[ Q.S. AN-NUR 24 : 55 ]
“Dan Kami ingin memberikan anugerah kepada orang-orang yang tertindas di muka bumi ini, menjadikan mereka para pemimpin, dan menjadikan mereka sebagai para pewaris.”
[ Q.S. AL-QASHASH 28 : 5 ]

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Sentiasa ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi: "Kemudian turun Isa bin Maryam A.S dari langit, dan berkata pemimpin mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isa menjawab, tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah S.W.T  ke atas umat ini (umat Islam).”
Daripada Jabir bin Abdullah R.A
[ H.R.S : Imam muslim Ra. A.]

"Al-Mahdi itu seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas Sunnahku seperti aku berperang atas wahyu."
Daripada Ummul Mukminiin Saidatina Aishah R.A
[ H.R.S : Na'im bin Hammad ]

"Al-Mahdi itu dari keturunanku, dari anak cucu Fatimah."
Daripada Said bin Al-Musaiyab daripada Ummu Salmah R.A
[ H.R.S : Imam Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i, At-Tabarani dan Al-Hakim Ra. A. ]

"Berpandukan QUR’AN dan HADIS Nabi, kamu akan mengenali IMAM MAHDI dan Imam Mahdi tidak akan muncul tanpa kamu memilih dan mengisytiharkannya sebagai Juru-Islah terakhir bagi kamu di dunia ini."

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A




Rabu, 4 Februari 2015

AZAN ???



ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Jika kamu dipanggil (diseru-Nadaitum) untuk Solat...”
[ Q.S. AL-MAIDAH 5 : 58 ]

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan (Nudiya) untuk mengerjakan Solat pada hari Jumaat...”
[ Q.S. AL-JUMU’AH  62 : 9 ]

“Pemberitahuan (Azaanun) daripada Allah dan RasulNya kepada sekalian manusia.”
[ Q.S. AT-TAUBAH 9 : 3 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Apabila tiba waktu Solat hendaklah salah seorang kamu melakukan Azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam."
[ H.R.S : Imam Bukhari dan Imam Muslim Ra. A. ]

"Apabila dikumandangkan Azan untuk solat, Syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang belum kamu ingat!" Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat."
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

"Apabila kamu mendengar muadzin menyerukan azan, maka ucapkan pula apa yang dibaca muadzin itu. Kemudian bacalah salawat untukku, kerana sesungguhnya orang yang bersalawat bagiku, Allah memberi berkat kepadanya sepuluh kali. Sesudah itu mohonkanlah bagiku kepada Allah 'Alwasilah', iaitu suatu tempat di syurga yang hanya akan ditempati oleh seorang hamba Allah. Aku berharap, akulah yang akan menempatinya. Maka siapa yang memintakan 'Alwasilah' itu untukku, dia akan beroleh syafa'at (pembelaan) dariku."
Daripada 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]


“Nabi Muhammad S.A.W pada malam Israk-mikraj telah diperlihatkan dengan Azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Malaikat Jibril A.S mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam A.S dan Nabi Nuh A.S.  ALLAH S.W.T menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi.”

[ H.R.S :  Al-Bazzar Abi Bakar Ahmad bin ‘Amr bin Abd al-Khaliq Ra. A. ]

Selasa, 3 Februari 2015

Q.S. IBRAHIM 14 : 10-12 ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
Rasul-rasul mereka bertanya: "Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata".

Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.

"Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah".
[ Q.S. IBRAHIM 14 : 10-12 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
 Bersabda :
“Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam Neraka.”
Daripada Anas R.A

[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

Isnin, 2 Februari 2015

SURAH IBRAHIM : 4-9 ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :

Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya yang sentiasa menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu."

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Dan Nabi Musa berkata: "Kalau kamu dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar, maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah), kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

 (Mengapa kamu masih berdegil) bukankah telah datang kepada kamu khabar berita orang-orang yang terdahulu daripada kamu, iaitu kaum Nabi Nuh, dan Aad juga Thamud serta orang-orang yang kemudian daripada mereka ? Tiada sesiapapun yang mengetahui bilangan mereka melainkan Allah. Mereka telah didatangi oleh rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, lalu mereka meletakkan tangan mereka ke mulut mereka sambil berkata: "Sesungguhnya kami kufur ingkarkan apa yang - mengikut dakwaan kamu - kamu diutus membawanya, dan sesungguhnya kami adalah dalam keadaan yang meragukan terhadap iman dan tauhid yang kamu ajak kami kepadanya".
 [ Q.S. IBRAHIM 14 : 4-9 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
 Bersabda :
“Kelak akan muncul kaum dari keturunan orang tersebut. Bacaan al-Quran kamu tidak ada nilainya dibandingkan bacaan mereka, dan solat kamu tidak ada nilainya dibandingkan solat mereka, dan puasa kamu tidak ada artinya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran sehingga kamu akan menyangka bahwasanya al-Quran itu milik mereka saja, padahal sebenarnya al-Quran itu akan melaknat mereka. Umatku akan menderita di tangan mereka. Merekalah seburuk-buruknya manusia. Jika aku hidup saat itu, aku akan bangkit melawan mereka.”
[HRS : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A.]

“Tidak ada penyakit berjangkit, tiada kesialan, tiada jelmaan roh manusia yang keluar dari kuburnya dan tiada kecelakaan pada bulan Safar dan larilah kamu daripada orang yang berpanyakit kusta sepertimana kamu lari daripada singa.”
Daripada Abu Hurairah R.A
[H.R.S : Imam Bukhari Ra. A.]
“Jika kamu dengar berita sesuatu wabak Taun berlaku di sesuatu tempat, maka janganlah kamu memasuki tempat itu dan jika ia sudah berlaku di tempat kamu maka jangalah kamu keluar daripadanya.”
[H.R.S : Imam Bukhari Ra. A.]
“Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya."
[H.R.S : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A.]

"Berdebat dengan orang jahil dan ego hanya menghasilkan kekalahan dan permusuhan. Berdebatlah dengan orang berakal dan bijak serta merendah-diri, nescaya kamu berdua pasti menang dan mengeratkan silaturrahim serta menguatkan keyakinan."

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL- KHAIR B.A

Sabtu, 31 Januari 2015

QURANIYUN... SESAT DAN KAFIR???



ALIRAN QURANIYUN MUSLIM

Muslim al-Quran sahaja, juga digelar anti-Hadis[1], [2], adalah Muslim yang mengikut al-Quran dan menganggapnya satu-satunya teks suci dalam Islam. Mereka kebanyakannya adalah umat Islam progresif, menolak semua Hadis dan Sunnah, pustaka yang disusun oleh para cendekiawan kemudian yang mengkatalogkan riwayat-riwayat apa yang Nabi Muhammad s.a.w. dilaporkan telah berkata dan lakukan, yang dianggap penting oleh Muslim tradisional untuk agama Islam dan diamalkan oleh cendekiawan Islam tradisional.

ETIMOLOGI
Ahli al-Quran sahaja dapat juga dirujukkan dalam banyak cara, contohnya Qur'āniyūn (Bahasa Arab: قرآنيون‎) dan Ahl al-Qur'ān/ahle Qur'an (Bahasa Arab: أهل القران‎), kedua-dua diterjemahkan kepada "ahli al-Quran" (yang juga digunakan dalam bahasa Inggeris), Penyerah, dan biasanya oleh pembangkang mereka munkiru al-hadīth (Bahasa Arab: منكروا الحديث‎) (i.e. "penolak Hadis") dan juga istilah lain.[3]

DOKTRIN
Ahli al-Quran sahaja secara umumnya menganggap diri mereka sebagai "Muslim" sahaja, sebuah terma atau gelaran yang diambil dari dalam al-Quran itu sendiri. Mereka tidak menganggap diri mereka termasuk dalam mana-mana mazhab, seperti Ahli Sunnah Wal Jamaah atau Syiah kerana mereka tidak menerima ajaran selain al-Quran, oleh itu sejagatnya mereka menolak kedudukan muktamad yang berlandaskan Hadis oleh gagasan Muslim ortodoks seperti yang berlaku di kalangan pelbagai pengikut Sunnah Sunni, Shia, Sufi, Ahmadiyya and lain-lain mahzab pengikut Hadis dalam Islam. Sejauh mana ahli al-Quran menolak kesahihan Sunnah tidak dapat dipastikan, namun kumpulan-kumpulan yang lebih lama bertapak, telah mempersoalkan kesahihan Hadith and menolak Hadith sepenuhnya untuk pelbagai sebab, antara sebab yang paling utama ialah Hadis tidak pernah disebut di dalam al-Quran sebagai sumber teologi dan amalan umat Islam. Hadis hanya direkodkan dalam bentuk tulisan setelah lebih dari dua abad setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Ahli al-Quran turut melihat Hadis sebagai mempunyai ralat-ralat yang mempunyai percanggahan apabila dibandingkan dengan al-Quran. Ahli al-Quran sahaja turut menolak fatwa berasaskan Hadis dan isu-isu yang berkaitan dengannya.

SEJARAH
Terdapat sedikit sastera pada kewujudan Quranist Islam sama ada dari sumber Islam ataupun luar.

Tulisan yang pertama berupa sejarah Islam, sama ada dalam hadis atau Sirah memberi pandangan 'Quranist' Islam tidak disebut. Walaupun hadis ini tidak dianggap sebagai sumber sejarah yang dipercayai oleh Quranists atau oleh pengkritik barat piawaian yang paling scriptual [4][5], yang mereka lakukan sekurang-kurangnya mata kepada isu-isu kontemporari yang dihadapi oleh penulis pada masa mereka telah direkodkan. Jika ideologi hadithist inovatif dikenakan pada Quranist lazim Islam abad selepas teologi Quranist lazim, seperti yang didakwa oleh Quranists, tiada bukti yang wujud tindak balas.

Terawal-jauh rehat mazhab dari teologi tradisional Islam seperti yang dicatatkan adalah Khawarij mazhab, yang berbeza dengan ketara dari ideologi Quranist. Tiada sebutan dibuat bentuk Quranist Islam dalam pertikaian ini. Sama adalah Quranism yang disebut dalam perbahasan kemudian teologi antara pelbagai sekolah seperti Muktazilah.

Panjang Quranist muncul dalam kesusasteraan dalam abad ke-20. Salah penyokong utamanya adalah [Rashad Khalifa]], yang mengasaskan [Amerika menyerahkan Antarabangsa]] mazhab dan dibunuh oleh Muslim ortodoks. Ajaran Khalifa tertumpu pada penolakan Sunnah sebagai pihak berkuasa satu yang dibuat Khalifa Quranist satu tetapi teologi beliau termasuk ajaran yang telah tidak diterima oleh semua Quranists, termasuk kepercayaan yang al-Quran mempunyai satu kod ajaib berdasarkan nombor 19, bahawa dia sendiri adalah seorang utusan Tuhan, dan bahawa Al-Quran sekarang ini rosak dan diperlukan dua ayat-ayat dikeluarkan.

Quranists mempunyai organisasi pusat dan sebahagian besarnya menyebarkan ajaran mereka melalui internet. Quranists tidak mempunyai masjid yang berbeza dan cenderung untuk berdoa di masjid-masjid Islam yang ortodoks. Quranists kekal mazhab kecil dalam dunia Islam, dan masa sahaja yang mereka mungkin telah membentuk peratusan besar penduduk adalah pada hari-hari terawal Islam, yang tuntutan Quranists yang Quranist sepenuhnya sekurang-kurangnya pada masa Nabi Muhammad, namun tiada sejarah wujud untuk menyokong dakwaan ini.

PENARIKHAN
Sebahagian daripada kesukaran dalam mewujudkan kredibiliti bersejarah bagi sekolah sama ada menggunakan kritikan teks sekular adalah bahawa Al-Quran yang terawal lengkap terbukti oleh sains datang dari abad ke-9 [6]. Earlier Quran fragments exist dating from the 8th century CE and possibly the late 7th century CE[7]

Bagi sejarah, satu gambaran yang ganjil muncul dua sekolah Islam dengan no rujukan sejarah: ideologi muncul hadithist berdasarkan hadith yang tidak disebutkan di dalam al-Quran sendiri dan direkodkan abad selepas fakta yang bersekedudukan, dan sebuah sekolah Quranist Islam tidak mempunyai rujukan kewujudan dalam abad (atau kemudian) awal Islam. Kedua-dua sekolah berdasarkan al-Quran, yang tarikh complition sendiri tertakluk kepada perbahasan sekali sejarah tradisional diketepikan dan radioaktif karbon dating digunakan untuk teks yang disediakan.

MAZHAB AWAL ISLAM
Penolakan ahli al-Quran sahaja terhadap teologi Islam ortodoks
Perbezaan doktrin di antara ahli al-Quran sahaja dengan Islam ortodoks merangkumi perihal kecil kepada teras pusat kepercayaan seperti lima tiang agama Islam. Bahagian-bahagian yang mempunyai perbezaan ketara adalah:

Syahadah (lafazan kepercayaan). Ahli al-Quran sahaja melafaz 'lâ ilâha illallâh' (Tiada Tuhan melainkan Allah) berbanding dengan Sunni 'lâ ilâha illallâh, Muḥammadur rasûlullâh' (Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah Pesuruh Allah) and Syiah 'lâ ilâha illallâh, Muḥammadur rasûlullâh, wa Ali –un- vali -ul –lah' (Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah Pesuruh Allah, Ali adalah Wali Allah). Hanya lafazan Syahadah ahli al-Quran sahaja yang menurut ayat seperti yang terkandung dalam al-Quran;

Wanita ahli al-Quran yang datang haid boleh menunaikan Solat (sembahyang), memasuki Masjid dan menyentuh al-Quran, dengan al-Quran hanya melarang wanita datang haid daripada melakukan persetubuhan atau berkahwin dengan lelaki baru tidak kurang daripada tiga kitaran haid pertama setelah meninggalkan suami, malahan al-Quran tidak lagi menyebut lagi mengenai larangan-larangan lain mengenai perihal wanita datang haid;

Al-Quran tidak menghuraikan bilangan kali untuk sembahyang dalam sehari. Sebilangan ahli al-Quran sahaja mentafsirkannya sebagai tiga kali manakala yang lain berpendapat sama dengan bilangan ortodoks lima kali dalam sehari. Ahli al-Quran menolak alkisah Hadis mengenai Miraj (perjalanan malam) di mana Nabi Muhammad SAW dikisahkan terbang ke Masjid Aqsa di Baitulmaqdis di atas Buraq, diangkat ke Syurga langit ke-7 (Sidratul Muntaha), berjemaah dengan Nabi Musa serta Nabi-nabi yang lain, dan menawarkan bilangan Solat yang diwajibkan oleh Allah dengan akhirnya ditetapkan kepada lima. Pengikut-pengikut Hadis mempercayai bahawa kesimpulan daripada peristiwa-peristiwa semasa Miraj, seseorang Muslim yang sekali doanya membawa lima puluh kali ganda pahala daripada doa orang yang bukan Muslim, manakala ahli Al-Quran menolak kesimpulan tersebut dan alkisah ini;

Jumlah Zakat. Pengikut Hadis menetapkan 2.5% daripada kekayaan mereka untuk zakat berdasarkan kaedah-kaedah dan formula-formula yang ditetapkan daripada sumber-sumber sekunder, manakala ahli al-Quran sahaja bebas memberi sedekah sebanyak mana yang diinginkan, dengan al-Quran tidak menetapkan jumlah yang spesifik atau bilangan kali untuk memberi zakat;

Ahli al-Quran tidak diikat oleh tatacara spesifik rakaat golongan Hadis, dan juga mereka tidak menganggap terdapat ganjaran tambahan jika Solat dilakukan di Mekah;
Sunat, sama ada lelaki mahupun wanita, tidak memainkan sebarang peranan dalam teologi ahli al-Quran sahaja;

Sesetengah ahli al-Quran mengganggap arak tidak dilarang dalam Islam dan larangan yang hanya terkandung dalam al-Quran ialah elakkan membuat Solat jika mabuk[8], manakala golongan al-Quran sahaja yang lain mentafsirkan larangan al-Quran bagi meminum arak[9] adalah haram seperti mana golongan ortodoks Muslim lain;

Ahli al-Quran sahaja tidak menganggap anjing sebagai tidak suci atau perlu dielakkan, manakala pemilikan dan interaksi dengan anjing adalah dilarang bagi golongan ortodoks Muslim;

Ahli al-Quran sahaja adalah bebas untuk terlibat dalam muzik dan tarian tanpa kekangan, kerana tidak tersebut pun di dalam al-Quran mengenai larangan atau tidak mengalakkan aktiviti-aktiviti ini. Komuniti ortodoks Islam pula membenarkan permit muzik and tarian hanya dengan kekangan yang ketat;

Azan ahli al-Quran sahaja berbeza daripada Azan golongan ortodoks Muslim;
Golongan ortodoks Muslim mengalakkan cara pemakaian mengikut tatacara Nabi Muhammad atau golongan-gologan isteri Nabi Muhammad, melibatkan janggut tumbuh kepada panjang tertentu, merapikan kumis atau misai, memakai taqiyah (topi) dan memakai niqab atau hijab (bergantung kepada mahzab) dan wanita tidak digalakkan atau dilarang daripada berpakaian cara-cara lain seperti lelaki, memakai pakaian berwarna kuning, sutera dan barang kemas emas. Pemakaian tidak memainkan peranan ketat dalam teologi ahli al-Quran sahaja melainkan seseorang itu berpakaian sederhana sepert yang termaktub dalam al-Quran, Surah 24:30-31. Seperti golongan ortodoks Muslim, ahli al-Quran sahaja berbeza pendapat sama ada Quran mewajipkan wanit memakai hijab untuk menutup rambutnya atau tidak. Namun begitu, bagi niqab pula berbeza dengan golongan ortodoks Muslim, kerana niqab tidak memainkan peranan dalam teologi ahli al-Quran sahaja;
Ahli al-Quran sahaja menolak bahawa memberikan susu bada kepada lelaki dewasa yang tidak bertalian darah akan membuatkannya (mahram), manakala sebahagian golongan Muslim sunni menyatakan bahawa tindakan ini akan mengakibatkan mahram[10].

Penolakan ahli al-Quran sahaja pada hukuman Islam ortodoks
Ahli al-Quran sahaja menolak hukuman-hukuman utama yang dibenarkan dan dilaksanakan oleh Mazhab-mazhab Islam Sunni and aliran Syiah Mazhab yang terlaksana selama lebih seribu tahun. Antaranya:

Hukuman mati untuk golongan Murtad, oleh kerana hukuman bunuh ini tidak termaktub di dalam al-Quran dan sepert dilarang seperti mana Surah 2:256 dan Surah 18:29. Hanya Allah SWT yang berhak menghukum golongan ini dengan api neraka.

Hukuman merejam batu untuk zina. Sebaliknya, ahli al-Quran sahaja mengikuti hukuman yang ditetapkan al-Quran iaitu hukuman 100 sebatan[11] oleh kerana al-Quran tidak membezakan antara pezina muhshan (penzina yang berkahwin) atau ghairu muhshan (penzina yang belum berkahwin) untuk hukuman ini, melalui penggunaan perkataan 'Zina' (Arabic: الزنا‎ ) dalam Surah 24:2. Hukum Zina di dalam al-Quran hanyalah 100 sebatan bagi kedua-dua belah pihak. Undang-undang Syariah ortodoks mengenakan hukuman sebatan hanya kepada golongan belum berkahwin seperti mana al-Quran, tetapi hukuman merejam batu sehingga mati kepada golongan sudah berkahwin seperti mana Sunnah;
Keperluan empat orang saksi untuk tuduhan zina iaitu mesti melihat penembusan jelas faraj semasa persetubuhan (walaupun kemestian ini jarang diketengahkan dalam amalan), manakala al-Quran hanya memerlukan empat saksi untuk tuduhan zina.

Hukuman mati untuk golongan homoseksual. Al-Quran tidak menyebut hukuman untuk bagi golongan homoseksual melainkan rujukan khas kepada komuniti Nabi Lut, suatu hukuman yang hanya Allah yang boleh jatuhkan. Ahli al-Quran sebaliknya melihat sifat homoseksual sebagai dosa yang hanya boleh dihukum oleh Allah pada hidup ini atau selepas hidup.

Hukuman memotong tangan bagi pencuri, walaupun sesetengah golongan ahli al-Quran yang menyokong hukuman ini. Terdapat perbezaan pendapat di antara golongan ahli Al-Quran disebabkan timbulnya persoalan bagaimana mentafsirkan maksud perkataan Arab 'iqta' dalam Surah 5:38-9, yang mana sesetengah membaca maksudnya sebagai 'potong' manakala yang lain membaca sebagai 'menyelar' (menanda cap dengan besi panas) atau 'mencegah daripada bertindak' lantas melarang daripada memotong tangan.

Piawai hak asasi manusia antarabangsa
Ahli Al-Quran sahaja menyokong hak asasi manusia antarabangsa dan menggalakkan pemahaman semula Islam sebagai "suatu sistem kepercayaan yang sebenarnya serasi dengan nilai-nilai merdeka dalam suatu dunia demoktratik"[12] di bawah sokongan Hudud (Arabic ح). Namun, terdapat ahli Al-Quran sahaja yang kekal ortodoks bagi pendekatan terhadap hak asasi manusia, iaitu menyokong penuh aplikasi undang-undang dan hukuman yang melanggar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Mereka menyokong hukuman yang dilarang di dalam negara-negara bukan Muslim seperti memotong tangan untuk mencuri [13], pensaliban, pemotongan anggota badan dan hukuman mati ke atas musuh perang[14] kerana hukuman-hukuman tersebut termaktub di dalam al-Quran. Dalam apa pun kes, dengan mengambil kira aplikasi hukuman mati dan pemotongan anggota badan dengan mengambil kira taubat, pendekatan Quranis terhadap hak asasi manusia adalah lebih selaras dengan piawai hak asasi antarabangsa berbanding dengan undang-undang ortodoks Muslim/Shariah.

Al-Quran digunakan oleh ahli al-Quran sahaja
Hampir kesemua golongan Quranis menerima al-Quran Bahasa Arab seperti yang digunakan oleh kumpulan ortodoks Muslim, kecuali golongan minoriti 'submitter' yang berpaling kepada apa yang mereka dakwa sebagai al-Quran asli dengan mengeluarkan ayat-ayat 9:128-129 untuk dipadankan teologi 'Quran Code 19' mereka. Seperti golongan Muslim ortodoks, Quranis menerima al-Quran Bahasa Arab sebagai sumber berwibawa. Namun, tidak seperti golongan ortodoks lain, Quranis menganggap al-Quran sebagai sumber muktamad dan menolak Hadis serta Sunnah.

Golongan Quranist semakin aktif menterjemahkan al-Quran Bahasa Arab kepada bahasa-bahasa lain[15], kerana mereka menganggap kebanyakan penterjemahan oleh golongan ortodoks Muslim mengandungi berdasarkan tanggapan peribadi ataupun disalahterjemahkan untuk dipadankan kepada ideologi ortodoks. Al-Quran ortodoks kerap dipenuhi dengan ulasan dalam tanda kurungan - berlandaskan Sunnah - sepanjang ayat-ayat tertentu membuatkan pembaca mentafsirkan al-Quran melalui tanggapan penterjemah, walaupun ulasan-ulasan dalam tanda kurung tidak wujud dalam al-Quran Bahasa Arab. Walaupun begitu, ulasan dalam tanda kurunga tetap ada tetapi jarang - atau langsung tiada- dalam penterjemahan Quranis. Quranis boleh mencari nasihat maksud ayat-ayat tertentu daripada Quranis lain, tetapi guru tiada hak kekuasaan yang diturunkan daripada Allah seperti di dalam Islam Syiah, atau hak kekuasaan moral serta agama seperti di dalam Islam Sunni.

Walau bagaimanapun, penterjemahan Quranis mengalami cabaran-cabaran yang sama bagi menterjemahkan sesetengah perkataan-perkataan penting seperti penterjemahan ortodoks; contohnya, sesetengah Quranis menyatakan bahawa Surah 4:34 dengan jelas membenarkan isteri yang berdegil dipukul sepertimana yang dipersetujui oleh golongan ortodoks Islam, manakala Quranis yang lain tidak mentafsirkan ayat-ayat tersebut sebagai pukulan fizikal seperti mana penterjemahan 19.org menyatakan sebagai pisahkan daripada mereka. Golongan Sunni dan Syiah pula memberikan ulasan tambahan kepada Surah 4:34, dengan Sunnah mengatakan pukulan ke atas muka tidak dibenarkan mahupun pukulan yang memberikan kecederaan kekal. Quranist pula tiada ulasan tambahan mengenai isu ini. Cabaran-cabaran lain termasuklah sama ada al-Quran membenarkan tangan seorang pencuri dipotong ataupun diselar, sama ada minum arak dibenarkan dan sama ada Neraka adalah abadi ataupun seketika. Sejarah orang menolak hadis sebenarnya sudah panjang lebar, maksudnya ia sudah lama berlaku. Ia bukan masalah baru. Saya tidak ingin membahaskan di sini secara panjang lebar. Mungkin ia boleh dibahaskan di pentas lain seperti seminar, yang boleh kita bentangkan kertas kerja mengenai isu ini. Antara yang popular dalam sejarah penolakan hadis antaranya adalah golongan Muktazilah.

Golongan Muktazilah mengambil pendekatan menolak hadis-hadis yang bukan dalam kategori mutawatir. Maksud mutawatir adalah riwayat itu disampaikan oleh satu kelompok yang besar/ramai kepada satu kelompok yang ramai yang mana mustahil dengan jumlah tersebut mereka berpakat untuk berbohong.

Al-Quran sampai kepada kita secara mutawatir. Maka mustahil untuk orang berbohong dalam menyampaikan ayat Al-Quran kepada kita. Maka mereka terima Al-Quran. Sebaliknya, mereka menolak hadis-hadis yang bukan mutawatir khususnya dalam bidang akidah, kerana akidah/ kepercayaan memerlukan keyakinan penuh dan pasti menurut pendirian muktazilah. Jadi muktazilah hanya terima hadis-hadis yang mutawatir sahaja. Adapun hadis-hadis lain mereka tidak mahu terima.

Itu muktazilah adalah sebenarnya ideologi asas kepada anti-hadis. Tetapi kemudian datang pemikiran yang lebih teruk lagi sehingga membentuk satu pemikiran Quraniyyun ini. Terbentuknya ideologi Quraniyun ini sehingga menolak semua hadis dengan hujah-hujah yang disebutkan tadi; Antaranya firman Allah, “Dia (Muhammad) tidak bercakap ikut hawa nafsu, melainkan apa yang disampaikan adalah wahyu yang Allah wahyukan kepadanya”, “Allah tidak tinggalkan sesuatu pun penjelasan dalam Al-Quran” maknanya semua telah dijelaskan.

Kita ingin lontarkan beberapa persoalan kepada golongan antihadis, dan perlu mereka jawab; dari mana mereka mendapat tafsiran terhadap ayat-ayat Al-Quran yang mereka gunakan itu? Itu isunya. Jika hendak dibandingkan tafsiran mereka dengan tafsiran Nabi Muhammad SAW, lebih baik kita mengambil tafsiran Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Allah berikan wahyu kepada Muhammad, dan Baginda sampaikan kepada kita kitab Al-Quran. Jadi siapakah yang paling faham wahyu? Adakah Baginda atau kita?

Kalau dia hendak mengatakan tafsiran dia lebih baik dari tafsiran Muhammad SAW, dia kena buktikan apa kredibiliti dia. Dia tidak terima wahyu sedangkan Nabi Muhammad SAW menerima wahyu, dan Bagindalah yang paling faham tentang wahyu. Maka penjelasan Baginda adalah yang perlu kita terima dan perlu kita dahulukan daripada penjelasan orang lain.
tokoh-tokoh sesat Quraniyun



PENOLAKAN KEPADA RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W MELALUI PENOLAKAN KE ATAS SUNNAH DAN HADIS RASULULLAH S.A.W.  MENJADIKAN MEREKA KAFIR KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA.