The Alien - Link Select

Sabtu, 7 Februari 2015

ADAM DAN... HAWA ATAU ZAUJAH ???






SEPANJANG sejarah makhluk yang bernama manusia di muka bumi dengan segala kisahnya, ternyata masih banyak menjadi misteri. Sosok Adam sebagai manusia pertama dimuka bumi, menyimpan 1001 kisah dan misteri.

ADAM dalam bahasa Ibrani = אָדָם , dalam bahasa arab = آدم berarti tanah, manusia, atau cokelat muda.

adalah dipercaya oleh agama-agama Samawi sebagai manusia pertama, bersama dengan istrinya yang bernama Hawa. Menurut Agama Samawi pula, merekalah orang tua dari semua manusia yang ada di dunia. Rincian kisah mengenai Adam dan pasangannya berbeda-beda antara agama Islam, Yahudi, Kristen, maupun agama lain yang berkembang dari ketiga agama Abrahamik ini.  Adam hidup selama 930 tahun setelah penciptaan (sekitar 3760-2830 SM), sedangkan Pasangannya atau isterinya muncul ketika Adam berusia 130 tahun. Al-Quran memuat kisah Adam dan pasangannya dalam beberapa surat, di antaranya Al-Baqarah 2 : 30-38 dan Al-A’raaf [7]:11-25.


Adam tinggal di Syurga.  Syurga yang penuh dengan kemudahan dan kenikmatan. Walaupun begitu, Adam hanya seorang diri.  Tiada kawan-kawan. Tiada isteri.  Adam merasa kesunyian.  Sebenarnya Allah bukan sahaja menganugerahkan ruh dan ilmu pengetahuan kepada Adam yang baru diciptanya.  Bahkan Allah juga membekalkan keinginan tertentu pada Adam yang dinamakan fitrah atau naluri.  Fitrah mahu makan, minum, berkerja, berbual, tidur, seks dan lain-lain sama seperti yang kita rasa hari ini.  Allah sudah mengetahui sejak azali saat dan ketika mana Adam memerlukan seseorang sebagai teman. Suatu hari, Adam tidur.  Setelah sedar, Adam melihat seseorang duduk di sebelah dekat kepalanya. Adam bertanya. 


“Siapa engkau?”

“Seorang perempuan.”

“Kenapa kamu dicipta?”

“Agar kamu merasa tenang denganku.” 


MAJORITI umat Islam mengetahui bahawa ‘HAWA’ adalah teman dan pasangan Adam di Taman (Syurga). Hawa dianggap sebagai Ummul Basyar ("Ibu Umat Manusia"). Tetapi apakah di dalam al-Qur'an ada menyebut nama Hawa?

Jawapannya... TIADA!

Perkataan HAWA adalah terjemahan dari perkataan Greek Eva; Eve(dari Old Testament - English) yang diambil daripada bahasa klasik Hebrew – Hawwah; moden Hebrew – Khavah. bahasa Ibrani: חַוָּה, Ḥawwāh; bahasa Arab: حواء Hawwāʾ; bahasa Inggris: Eve atau Eva, Chava, Hava.

Menurut arti bahasa arti dari Hawa adalah "sesuatu yang hidup" atau juga bisa berarti "hasrat" atau "keinginan". Jika dicari asal makna ‘HAWA’ dalam bahawa Arab, maka ia merujuk kepada pengertian ‘suka’ ataupun ‘cinta’. Menurut ahli bahasa, ‘HAWA’ ialah kesukaan manusia kepada sesuatu yang dapat menggembirakan serta memenangkan hatinya.

Hawa yang berarti Hasrat atau keinginan adalah sebuah nama yang sesuai disematkan karena memang manusia ini diciptakan Allah berdasarkan KeinginanNya untuk menciptakan banyak manusia untuk memakmurkan bumi dan menjadi khalifah di bumi, yang dari rahimnya dilahirkan dan dikembang-biakan banyak manusia.







Namun, siapakah nama Isteri atau teman Adam itu menurut Qur’an?  Lebih baik kalau kita ambil namanya secaranya umum.  Iaitu ‘Pasangannya’  dalam bahasa Arab atau dalam bahasa Qur’an ia digelar ‘ZAUJAHA’ dan ‘ZAUJUKA’. Jadi, Isteri atau Pasangannya(Zaujaha) Adam ialah ZAUJAHA @ ZAUJUKA.  Ini menurut Qur’an secara umumnya.  Langkah yang terbaik ialah menamakannya sebagai Zaujaha atau Zaujuka untuk menolak tanggapan selama ini bahawa nama pasangan Adam itu adalah Hawa yang diambil dari Bible yang juga dalam kisah-kisah Israiliyat.  Ini kerana Adam tidak menyebut nama temannya itu tetapi ALLAH menyebutnya sebagai Pasangan dan Isteri kepada ADAM. Maka paling selamat dan sebaiknya ialah kita ambil dua nama itu dan kekalkan dalam bahasa Qur’an itu sendiri. Zaujaha atau Zaujuka adalah nama paling tepat untuk pasangan Adam a.s. Ataupun....  "ZAUJAH" yang merujuk kepada 'Isteri'.




ALLAH S.W.T
Berfirman: :
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Zaujaha), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya ALLAH sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”
[ Q.S AN-NISA’ 4 : 1 ]

“Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya - isterinya (Zaujaha)...”
[ Q.S AZ-ZUMAR 39 : 6 ]

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggal-lah engkau dan isterimu (Zaujuka) dalam syurga,...”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 35 ]


Kenyataan tentang penciptaan Hawa dari tulang rusuk Adam sendiri terdapat di dalam TAURAT / OLD TASTEMENT, iaitu;

“Lalu ELOHIM membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, ELOHIM mengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan daging.  Dan dari rusuk yang diambil ELOHIM dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu. Lalu berkatalah manusia itu: "Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku. Ia akan dinamai perempuan, sebab ia diambil dari laki-laki."
[ KITAB KEJADIAN 2 : 21-23 ]

Nama pasangannya, iaitu HAWA hanya kelihatan pada ayat ini :

“Kemudian manusia itu bersetubuh dengan HAWA, isterinya, dan mengandunglah perempuan itu, lalu melahirkan Kain; maka kata perempuan itu: "Aku telah mendapat seorang anak laki-laki dengan pertolongan TUHAN."
[ KITAB KEJADIAN 4 : 1 ]

"Karena ADAM yang pertama dijadikan, kemudian barulah HAWA."
[1 TIMOTIUS 2 : 13 ]

Manusia itu memberi nama HAWA kepada isterinya, sebab dialah yang menjadi ibu semua yang hidup.."
[ KEJADIAN 3 : 20 ]




KESIMPULANNYA
Menurut Qur’an nama pasangan ADAM itu adalah ZAUJAHA Ini kerana istilah atau perkataan Zaujaha & Zaujuka,  ini merupakan perkataan asal dalam bahasa asal manusia dari Syurga.  Merupakan bahasa Arab.  Bahasa yang telah dipilih ALLAH sebagai medium untuk Rasul terakhir dalam komunikasinya dengan manusia di akhir zaman.  Adalah lojik sekali kalau ALLAH mengembalikan manusia itu ke fitrah asalnya, dari segi bahasa yang dituturkan. ALLAH memilih bahasa ini sebagai bahasa ARAB yang sangat penting di dunia dan di Akhirat untuk memberitahu seluruh makhluk tenatng ketuhanan-Nya.... Tetapi ini bukan bermakna bahasa-bahasa selepas dan sebelum ARAB itu adalah bahasa yang tidak penting.  Bahasa-bahasa selain Arab juga penting, kalau tidak... tentu ALLAH tak cipta. 

Cuma pemilihan ALLAH untuk menurunkan wahyu-Nya dalam bahasa Arab adalah satu kemuliaan kepada bahasa ini.  Bukan juga bermakna bahasa Arab adalah bahasa ALLAH.  Sama ada ia bahasa ALLAH atau tidak.  Hanya ALLAH yang Maha Tahu hal ini.  Apa yang penting ialah bahasa Arab adalah bahasa Rasmi untuk menyiarkan wahyu terakhir. Kita tidak mahu melihat Islam mencedok dari kitab Bible Kristian... dan mendakwa Qur'an dan Muhammad meniru Bible dalam hal Adam dan Pasangannya.  Padahal, Qur'an membetulkan apa yang tak betul.... kalau tidak, akan disebut dalam Qur'an. Maka Nama Hawa itu tak betul dan tidak tepat.  kalau betul tentu ALLAH akan letak nama HAWA dalam Qur'an.. kerana ia satu sejarah penting dalam permulaan sejarah manusia di dunia. Kedua-duanya mesti jelas disebut seperti mana ALLAH menyebut ADAM sebagai manusia. Jelas, HAWA bukan nama sebenar mahupun gelaran kepada pasangan Adam menurut Al-Qur’an. Tetapi digelar secara umum kerana pasangan Adam itu adalah jenis perempuan yang menjadi pasangannya. Hanya Bahasa Arab Qur’an meltakkan kata nama ZAUJUKA yang bermaksud ISTERIMU.  Kerana ia kali pertama digunakan ke atas pasangan Adam dan tiada makhluk lain yang serupa dengannya, maka ia jadi kata nama KHAS.  Adalah Lojik sekali kalau kita ambil Perkataan ZAUJUKA ini sebagai kata nama Khas bagi pasangan Adam.  Dikekalkan dalam bahasa Qur’an seperti nama ADAM.   *Ini merupakan pendapat penulis yang lebih cenderung kepada QUR’AN dan agama suci ini iaitu ISLAM.  


Kita tahu, nama ‘Hawa’ yang diambil sejak sekian lama dari Perjanjian Lama dalam kitab Kejadian milik Kristian-Bible kini adalah nama yang tidak sesuai dalam Islam. Hawa adalah terjemahan dari perkataan Greek Eva; Eve(dari Old Testament - English) yang diambil daripada bahasa klasik Hebrew – Hawwah; moden Hebrew – Khavah.  Adalah dipercayai bahawa lima kitab yang pertama (termasuk Kejadian) di dalam Bible atau ALKITAB telah ditulis oleh seorang ulama agama bangsa Yahudi bernama Ezra, atau Uzair, seperti yang disebut di dalam al-Qur'an. Dengan itu, dirasakan amat ralat sekali apabila didapati ajaran Yahudi telah menyusup masuk ke dalam kepercayaan orang Islam setelah nama Nabi atau Rasul yang selamanya disanjung digunakan. Ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.  Qur’an cukup sempurna penerangannya dan hadis-hadis nabi yang menyebut nama Hawa ini juga adalah kebanyakkan pengaruh dari orang Yahudi dan Israiliyat mereka.  Memang sukar terima hal ini.. kerana selama ini MUFASSIRIN Islam menafsirkannya bahawa Pasangan dan Isteri Adam itu adalah HAWA.. berdasarkan Israiliyyat.... ketika itu pendedahan dari tantangan kerasulan nabi dari umat Yahudi dan Nasrani sangat kuat dan sangat jelas.. jadi musuh-musuh Islam memang berusaha sekuatnya untuk mempengaruhi ajaran Nabi Muhammad SAW untuk merosakan ajaran Islam dari dalam... kalau ALLAH sendiri tidak letak nama HAWA dalam Qur'an sedangkan nama watak yang kedua UTAMA selepas ADAM itu adalah sangat  penting dalam sejarah kemanusiaan... maka siapakah kita untuk meletakkan nama yang bukan bersumber dari Qur'an untuk meletakkan dalam kitab Qur'an?... ini sesuatu yang tidak patut berlaku.... ini akan melahirkan tuduhan bahawa umat islam dan ulama-ulama Islam mengubah dan menambah ayat-ayat  ALLAH... cukuplah apa yang ALLAH terangkan dalam Qur'an.. ambil yang itu sahaja... Haruslah kita meninggalkan istilah-istilah ini kerana sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu maka dia adalah dari kaum itu.  NAUDZUBILLAHI MIN ZAALIKH!




RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong daripada mereka.”
[ H.R.S : Imam Ahmad Ra. A. ]

“Bukan tergolong dari kalangan kami siapa yang menyerupai selain kami.”
[ H.R.S : Imam Tirmizi Ra. A. ]

“Sesungguhnya kalian akan mengikuti orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, bahkan sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun pasti kalian turut mengikutinya.” Kami (sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang diikuti itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Siapa lagi?”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]


Sebagai renungan bersama ...


ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?”
[ Q.S. AL-QAMAR 54 : 17 ]




“WALLAHU’ALAM BISSAWAB”

Artikel Oleh :
IMAM SULUKEN
19 RABIUL-AKHIR 1436H / 9 FEBRUARI 2015M

Tiada ulasan: