The Alien - Link Select

Jumaat, 10 Disember 2010

KAMI - ALLAHYARHAM SUDIRMAN



Memori terhadap pemilik nama sebenar Sudirman Haji Arshad pastinya segar di ingatan setiap daripada kita. Kemerduan suaranya tersendiri meninggalkan bukan sedikit kesannya terhadap industri muzik tanahair bahkan diiktiraf sebagai penghibur nombor satu Asia dan penyanyi pertama rakyat Malaysia memenangi Anugerah Penyanyi Terbaik Asia pada 19 Mac 1989 di Royal Albert Hall, London selain mendapat jolokan sebagai Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia.

beliau telah memegang watak utama sebagai Tookoo dalam filem Kami bergandingan dengan Zul Zamrin Huri yang diarahkan oleh Patrick Yeoh pada 1982 di mana filem ini telah memenangi Anugerah Festival Filem Malaysia ke-3 yang mana telah mengungguli kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

Kami mengangkat watak Tookoo, remaja yang inginkan kebebasan dan mencari kehidupan sendiri. Namun taraf pelajaran Tookoo yang terkandas setakat darjah lima tidak menjanjikan apa-apa dalam hidupnya. Lalu dia cuba berjuang meneruskan hidup dengan melakukan sebarang kerja yang dapat memberikannya sesuap nasi.
Satu hari dia bertemu Din, kanak-kanak berusia 11 tahun yang buta huruf. Din telah dipelihara oleh mak ciknya yang garang yang membuatkan dia melarikan diri dari rumah. Bertemu Tookoo membuatkan Din rasa dihargai meskipun pada mulanya kehadirannya kurang disenangi Tookoo. Mereka tinggal dan mencari pekerjaan bersama dalam situasi gembira malah Din menganggap Tookoo umpama seorang abang dan juga bapa bagi dirinya.

Begitu pun kehadiran pegawai kebajikan masyarakat untuk mengambil Din yang dianggap tidak memiliki keluarga menimbulkan situasi sedih keduanya. Mereka terpaksa berpisah kerana Tookoo juga beranggapan Din wajar tinggal bersama keluarga angkat untuk Cerita ni mmg sedih disebabkan nasib 2 org kawan ini .
Tajuk KAMI ini datang setelah nama Tookoo digabungkan dengan Din . Din tak reti membaca . Tapi Tookoo pula hanya bersekolah darjah 6 . Namun dgn ilmu yg sedikit itu Tookoo tetap mengajar Din membaca . Din ni tak pernah pergi sekolah dan dia juga buta huruf . Haizzz nasib baik la dia ni reti kira duit..Hehe..Lagi satu cerita yg menyayat hati bila Tookoo nak dgr sngt lagu kaset pujannya itu . Tapi takde recorder utk memainkannya.Banyak helah yg digunakan oleh Tookoo seperti pergi ke kereta2 yg tak berkunci dan mainkan kaset tersebut!Tapi bala ttp menimpa mereka.Tookoo agak kempunan la juga…meneruskan persekolahannya.

Selain Sudirman Haji Arshad dan Zul Zamrin Huri, turut membintangi Kami adalah Kwee Leng (Ibu tiri Tookoo), Ibrahim Din (Mamak), Shariff Babu (Pak Du) dan Azmi Mohamad (Abang Husin).

Pelangi Petang - Sudirman Haji arshad

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya…
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua…

Sudirman ni ada iras-iras muka Que Haidar sikit. Tu yang aku perasan laa... korang perasan tak??? Namun, pelik juga Sudirman pergi ya... apakah rahsia sebenarnya?? Ada yang mengatakan macam ni ( lihat http://mohdlin.blogspot.com/2008/03/misteri-dan-mistik.html)

KELUARGA Allahyarham Sudirman membuat keputusan untuk 'menyembunyikan' Penghibur Nombor Satu Negara itu mengenai penyakit dan punca kematiannya kerana tidak mahu peminat sukar menerima hakikat mengenai keadaannya yang sangat menyedihkan. Walaupun ia menyebabkan timbul pelbagai andaian sehingga ada yang mengaitkan Sudirman menghidap penyakit Aids, tetap mereka tegas untuk tidak mendedahkan kepada umum mengenai punca penyakit dan kematian penyanyi itu. Rakan karib Sudirman yang juga penulis lirik terkenal tanah air, Habsah Hassan berkata, bagaimanapun, sejak kebelakangan ini keluarga penyanyi itu seperti sudah bersedia untuk bercerita dan merungkai rahsia sebenar mengapa mereka bertindak 'menyorokkannya'. "Selepas bertahun-tahun, barulah rahsia itu terungkai. Keluarganya tidak mahu mendedahkan atau memberi peluang masyarakat Malaysia melihat Sudirman pada waktu itu kerana mereka tidak mahu melihat keadaan sebenar Sudirman yang sangat menyedihkan. Mereka sudah biasa tengok Sudirman dalam sentiasa ceria dan 'cute'.

"Secara perubatan, Sudirman disahkan mati kerana kegagalan hatinya berfungsi dengan sempurna. Tapi sebenarnya, ada punca kematian yang tidak boleh dijelaskan secara perubatan kerana pada waktu itu, Sudirman sedang menghadapi pelbagai perkara aneh. Saya akui, ia juga disebabkan ajalnya memang sudah sampai. Tetapi Sudirman melalui banyak perkara misteri dan mistik yang sukar untuk dipercayai pada zaman moden ini. Tetapi hakikatnya itulah yang dihadapi oleh Sudirman sehingga membawa kepada kematian," katanya.

-Namun yang hidup pasti Mati, masa akan menjemput kita bersama Malakal-Maut. Al-FATIHAH .... buat Sudirman, semoga Allah meletakkan Rohnya dikalangan orang-orang yang beriman.... amin

Khamis, 9 Disember 2010

SEBUAH NAMA...



DUA NAMA YANG DIGABUNG. Muhammad adalah nama seorang nabi agung(Nabi Muhammad SAW) bagi seluruh alam yang diutus Allah di masa lalu. Hebat dan memiliki akhlak yang terpuji. Namanya bermaksud Yang Terpuji. Anada boleh membaca sejarah kegemilangannya dalam mebentuk dunia Islam yang hebat hingga kini. Dan ZULQARNAIN pula bermaksud “Pemilik dua tanduk(Timur dan Barat)” merupakan tokoh dan nabi(ISKANDAR ZULQARNAIN-ALEXANDER THE GREAT) yang berjawatan penguasa atau raja yang beriman kepada Allah yang Esa. Telah mewujudkan tamadun Hellenistik(PERCAMPURAN TIMUR DAN BARAT). Orang yang bertanggung jawab mengekang kemaraan Yakjuj dan Makjuj. Gurunya adalah Socrates yang juga digelar Nabi dan cendikiawan Luqmanul Hakim dalam Qur’an. Sekarang dua nama ini digabung dengan harapan rahmat dan berkat Allah ke atas kedua-dua utusan Allah ini akan dicurahkan oleh-Nya kepada pemilik nama ini kelak... Insyallah...

ianya hasil perbincangan dengan seorang kawan yang hebat memilih nama... terima kasih buat beliau. asalnya adalah idea aku juga, cuma aku perlukan pandangan orang lain. dan bini aku juga setuju gunakan nama ini untuk anak yang bakal lahir... insyallah... semoga rahmat dan berkat Allah untuk zuriat kami... amin...

Rabu, 8 Disember 2010

MAKANAN BERASID ATAU BERALKALI?

Tahukah anda bahawa minuman dari teh herba adalah bersifat alkali dan sangat baik untuk badan. Teh herba boleh diperolehi dari daun pegaga, daun misai kucing, daun mas cotek, daun selom, daun pecah beling dan banyak lagi. Daun-daun herba ini dikeringkan, dikisar dan dimasukkan ke dalam uncang.
Gunakan air panas dan rendam uncang herba selama 10 minit. Minuman teh herba tidak mengandungi kafein, tidak menyebabkan kembung perut bahkan membantu meningkatkan tahap ph kealkalian badan anda.
Amalkan meminum teh herba selepas makan lebih-lebih lagi jika anda baru mengambil makanan yang berasid seperti nasi, lauk daging, lauk ayam, makanan laut, makanan bergoreng seperti pisang goreng atau kentang goreng.
Pastikan anda mengambil 70% atau 80% makanan beralkali dan hanya 30% atau 20% makanan berasid setiap hari.

Menu harian(Sifat Alkali)

Sayur
Kubis
Timun
Bawang Besar
Bawang putih
Brokoli
Bayam
Lobak merah

Buah
Tembikai
Limau
Tomato
Kurma
Avocado
Lemon
Anggur

Minuman
Teh Herba
Habbatussaudah bermadu
Susu Nespray
Air Suam
Air mineral


ALKALINE FOODS

Vegetables
Asparagus
Artichokes
Cabbage
Lettuce
Onion
Cauliflower
Radish
Swede
Lambs Lettuce
Peas
Courgette
Red Cabbage
Leeks
Watercress
Spinach
Turnip
Chives
Carrot
Green Beans
Beetroot
Garlic
Celery
Grasses (wheat, straw, barley, dog, kamut etc.)
Cucumber
Broccoli
Kale
Brussels Sprouts

Fruits
Lemon
Lime
Avocado
Tomato
Grapefruit
Watermelon (is neutral)
Rhubarb

Drinks
Green drinks
Fresh vegetable juice
Pure water (distilled or ionised)
Lemon water (pure water + fresh lemon or lime).
Herbal Tea
Vegetable broth
Non-sweetened Soy Milk
Almond Milk
Seeds, Nuts & Grains
Almonds
Pumpkin
Sunflower
Sesame
Flax
Buckwheat Groats
Spelt
Lentils
Cumin Seeds
Any sprouted seed

Fats & Oils

Flax
Hemp
Avocado
Olive
Evening Primrose
Borage
Coconut Oil
Oil Blends (such as Udo's Choice) Others
Sprouts (soy, alfalfa, mung bean, wheat, little radish , chickpea, broccoli etc)
Bragg Liquid Aminos (Soy Sauce Alternative)
Hummus
Tahini
General Guidance:

Stick to salads, fresh, alkaline vegetables and healthy nuts and oils. Try to consume plenty of raw foods and at least 2-3 litres of clean, pure water daily (ideally enhanced with pH drops).


ACID FOODS

Meats
Pork
Lamb
Beef
Chicken
Turkey
Crustaceans
Other Seafood (apart from occasional oily fish such as salmon) Dairy Products
Milk
Eggs
Cheese
Cream
Yogurt
Ice Cream

Others
Vinegar
White Pasta
White Bread
Wholemeal Bread
Biscuits
Soy Sauce
Tamari
Condiments (Tomato Sauce, Mayonnaise etc.)
Artificial Sweeteners
Honey

Drinks
Fizzy
Drinks
Coffee
Tea
Beers
Spirits
Fruit Juice
Dairy Smoothies
Milk
Traditional Tea
Convenience Foods
Sweets
Chocolate
Microwave Meals
Tinned Foods
Powdered Soups
Instant Meals
Fast Food Fats & Oils
Saturated Fats
Hydrogenated Oils
Margarine (worse than Butter)
Corn Oil
Vegetable Oil
Sunflower Oil
Fruits
All fruits aside from those listed in the alkaline column. Seeds & Nuts
Peanuts
Cashew Nuts
Pistachio Nuts
General Guidance:
Steer clear of fatty meats, dairy, cheese, sweets, chocolates, alcohol and tobacco. Packaged foods are often full of hidden offenders and microwave meals are full of sugars and salts. Over cooking also removes all of the nutrition from a meal!

PENULIS : kena catu jenis makanan ni... baru sihat.. Insyallah... banyakkan doa dan berusaha...insyallah hidup sihat.

AMALAN UNTUK WANITA!

Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.

Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat.

Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela.

Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.

Dalam wasiat ini Rasulullah S.A.W berpesan kepada puterinya bahawa dengan zikir itu akan menghilangkan rasa keletihan, kesulitan dapat ditanggung dengan kesabaran dan yang lebih penting lagi mengharapkan pahala.

Telah kita ketahui bahawa berbanyakkan berzikir itu dapat mensucikan jiwa dan hati. Untuk mencapai kejayaan hati yang ihlas dan murni ini Rasulullah S.A.W berwasiatkan kepada semua wanita agar kita mendapat kebaikan dari berzikir itu.

Lihatlah betapa agungnya zikir itu digantikan dengan seorang pembantu, kerana pada zahirnya zikir itu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup.

Begitulah wahai saudariku kaum muslimah, wasiat Nabi S.A.W yang disampaikan kepada salah seorang pemimpin Syurga, Fatimah, iaitu berupa kesabaran yang baik. Perhatikanlah, bagaimana seorang puteri Nabi dan isteri kepada sahabat yang mulia harus menggiling, membuat adunan roti dan melaksanakan pekerjaan rumahtangganya. Mengapa kita tidak menirunya?

AL-BAQARAH : 132-138


Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'kub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". (QS. 2:132)

Adakah kamu hadir ketika Ya'kub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalku?" Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Ilah-mu dan Ilah nenek moyangmu, Ibrahim, Isma'il, dan Ishaq, (yaitu) ilah Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk kepada-Nya". (QS. 2:133)

Itu adalah umat yang lalu; baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak dimintai pertanggungjawaban tentang apa yang telah mereka kerjakan. (QS. 2:134)

Dan mereka berkata: "Hendaklah kamu menjadi penganut agama Yahudi atau Nasrani, niscaya kamu mendapat petunjuk". katakanlah: "Tidak, melainkan (kami mengikuti) agama Ibrahim yang lurus. Dan bukanlah dia (Ibrahim) dari golongan orang musyrik". (QS. 2:135)

Katakanlah (hai orang-orang mu'min): "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'kub dan anak cucunya, dan apa yang telah diberikan kepada Musa dan 'Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Rabb-nya. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya". (QS. 2:136)

Maka jika mereka beriman kepada apa yang kamu telah beriman kepadanya, sungguh mereka telah mendapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu). Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (QS. 2:137)

Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nyalah kami menyembah. (QS. 2:138)

PAKEJ WANITA HAMIL -HPA


Pakej wanita hamil
Di hasilkan daripada pegaga dan bayam duri yang amat baik untuk imunisasi dan tenaga khususnya untuk menambah tekanan darah. Ia juga dapat mengatasi kekurangan darah dan kelesuan badan akibat dari melahirkan anak. Selain itu H.B juga dapat merawat :

Penyakit keputihan
Penyakit kecing manis
Penyakit kulit dan saraf
Penyakit kuning atau jaundis
Wanita yang hamil yang mana kekurangan darah.
Menghancurkan batu karang
Penyakit Bawasir
Penyakit Siphlis
Masaalah sembelit,perut kembung dan peptic ulser
Teh Herba


Di hasilkan daripada Pegaga yang mengandungi bahan aktif berpotensi Asiatikosid dan Madekassosid. Ia berfungsi merencatkan kesan radang yang disebabkan oleh radiasi. Pegaga merupakan herba terbaik untuk meningkatkan kesihatan sistem saraf.

Ia juga sangat baik untuk wanita yang mengandung dan melahirkan anak..
Menghaluskan dan mencantikan kulit.
Menguatkan sel otak dan baik untuk minda.
Menguatkan Imunisasi bagi mencegah penyakit.
Mencengah masaalah kardivaskular.
Sangat baik untuk masaalah tekanan darah rendah.
Mengurangkan kadar lemak setelah mengambil secara berterusan selama 2 minggu. badan akan terasa ringan dan segar
Mengatasi masalah sembelit dan angin.
Melancarkan pembuangan air besar dan membantu menggeluarkan toksik dalam badan.

Perincian tentang produk akan disertakan.

Harga Pakej Wanita Hamil : S.M: RM 42.00
Kos penghantaran: RM 8.00

PESAN SEKARANG!!!!

Selasa, 7 Disember 2010

PEACE KEEPER T.A.F.- UTC



Benarkah Sulu telah merdeka? Satu pertanyaan ringkas yang sukar dijawap oleh ahli MNLF atau MILF tetapi mudah bagi ahli UTC atau rakyat Kesultanan Sulu Darul Islam menjawapnya. Malah pihak Filipina dan Amerika Syarikat sendiri boleh menjawapnya dengan mudah iaitu "Sememangnya Sulu sejak dari dulu merdeka!". Untuk mengetahui jawapan Filipina dan Amerika Syarikat tersebut benar demikian ialah dengan melihat situasi dan kondesi sikap kerajaan Filipina dan reaksi AS sebelum dan selepas hari pengisytiharan kemerdekaan Sulu pada 17 Nov 2010 baru-baru ini.


SIKAP FILIPINA
Pihak luar yang menghantar pemantau @ perisik pada 17 Nov baru-baru ini pada awalnya tertanya-tanya mengapa kerajaan Filipina tidak mengambil tindakan menghalang KEMERDEKAAN SULU yang jelas telah MENCAKAR dan MEROBEK kedaulatannya terhadap Kepulauan Sulu. Mengapa Filipina berdiam diri? Filipina sengaja membiarkan atau sememangnya tidak mampu berbuat apa-apa? Mari kita lihat apa kata Tentera Marin Filipina,

"Kami diarahkan agar tidak mendekati bendera Sulu sejauh 100 meter serta dilarang sama sekali menyentuh rakyat United Tausug..." Ujar seorang tentera Marin.

Seorang Peace Keeper UTC telah bertanya kepada seorang Tentera Marin "Kalau UTC semakin kuat dan kukuh tentu pada akhirnya akan berlaku peperangan antara kami dengan kamu.." Maka dijawap oleh tentera Marin Filipina "Tidak mungkin kami berperang dengan anda, kerana kami akan keluar setelah kalian menjadi kuat dan boleh menjaga wilayah ini".

Setelah selesai pengisytiharan kemerdekaan Sulu pada 17 Nov baru-baru ini, unit Peace Keeper yang menjaga Pejabat Pendaftaran United Tausug di Buansa, Indanan yang jauhnya hanya beberapa kilometer dari Bandar Jolo telah mula memegang senjata M-16 dan M-14 seramai 9 anggota. Hal ini telah menimbulkan rasa panik dikalangan kejiranan sehingga beberapa rumah dikosongkan kerana takut United Tausug tersebut akan diserang oleh Tentera Marin atau BALIKATAN. Rasa panik akhirnya telah sampai ke pengetahuan Balai Polis Filipina hinggakan beberapa buah helikopter dan kapal terbang kecil tanpa juruterbang yang hanya dilengkapi kamera berlegar sekitar Buansa.

Akhirnya DO Indanan datang berjumpa salah seorang pemimpin United Tausug untuk meminta dirundingkan beberapa perkara antaranya ialah "Pihak polis tidak akan menghalang penggunaan senjata dikalangan Peace Keeper United Tausug, yang diharapkan ialah sekiranya pihak bersenjata United Tausug memasuki Bandar Jolo mesti memaklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu demikian sebaliknya iaitu sekiranya pihak polis melalui atau memasuki kawasan bersenjata United Tausug pihak polis akan memaklumkan terlebih dahulu kepada United Tausug". Malangnya tidak dipersetujui oleh pemimpin United Tausug atas dasar bahawa Tentera Kesultanan Sulu bebas bergerak kemana sahaja yang mereka mahu tanpa terikat dengan persetujuan pihak keselamatan Filipina kerana rakyat Kesultanan Sulu telah pun isytiharkan kemerdekaan. Penggunaan senjata adalah wajib bagi tentera sebuah negara yang merdeka.

Beberapa hari yang lalu Peace Keeper United Tausug telah mula membina Kem Tentera berdekatan Indanan dan mula menjalankan registrasi senjata persendirian untuk kegunaan Tentera United Tausug yang dinamakan TAF (Tausug Arm Forces). TAF telah ditubuhkan sejak tahun 2007 yang pada awalnya dikenali sebagai Peace Keepers United Tausug Citizens yang bertindak sebagai Pengawal Keselamatan tanpa senjata. Registrasi beberapa minggu yang lalu menyenaraikan hampir 2000 anggota TAF sebagai ahli awal. Beberapa bekas anggota MNLF dan MILF telah mula berdikit-dikit mendaftarkan diri sebagai anggota TAF kerana melihat kejayaan United Tausug menegakkan entiti Kesultanan Sulu membuahkan hasil. Kejayaan United Tausug isytiharkan kemerdekaan 17 Nov tanpa tentangan dan halangan dari pihak Filipina telah menimbulkan reaksi yang bercampur baur dikalangan pemimpin MNLF yang masih berkubu di atas pergunungan Jolo.
Rencana seterusnya dalam web penulis saudara Asree Moro di... ( http://tausug-global.blogspot.com/ ).

PENULIS : Alhamdulillah, akhirnya Kemerdekaan itu diiktiraf oleh masyarakat dunia. Yang paling penting sekali ialah, kesedaran orang Tausug sendiri untuk sedar dan tahu bahawa mereka sudah merdeka sejak dahulu lagi, kedaulatan ini tidak pernah digugat oleh sesiapa pun sejak zaman nenek moyang orang tausug. Tausug mesti bersatu semula di bawah satu agama iaitu Islam dan seterusnya bersatu dengan saudara seagama yang lain di seluruh dunia untuk persiapan diri seluruh umat untuk hari yang lebih BESAR! Iaitu hari di mana Dajjal laknatullah muncul. Bersiap untuk bersatu dengan tentera Nabi Isa a.s dan Imam Mahdi demi Allah dan Rasul-Nya.... Daulat UTC!