The Alien - Link Select

Selasa, 7 Disember 2010

PEACE KEEPER T.A.F.- UTC



Benarkah Sulu telah merdeka? Satu pertanyaan ringkas yang sukar dijawap oleh ahli MNLF atau MILF tetapi mudah bagi ahli UTC atau rakyat Kesultanan Sulu Darul Islam menjawapnya. Malah pihak Filipina dan Amerika Syarikat sendiri boleh menjawapnya dengan mudah iaitu "Sememangnya Sulu sejak dari dulu merdeka!". Untuk mengetahui jawapan Filipina dan Amerika Syarikat tersebut benar demikian ialah dengan melihat situasi dan kondesi sikap kerajaan Filipina dan reaksi AS sebelum dan selepas hari pengisytiharan kemerdekaan Sulu pada 17 Nov 2010 baru-baru ini.


SIKAP FILIPINA
Pihak luar yang menghantar pemantau @ perisik pada 17 Nov baru-baru ini pada awalnya tertanya-tanya mengapa kerajaan Filipina tidak mengambil tindakan menghalang KEMERDEKAAN SULU yang jelas telah MENCAKAR dan MEROBEK kedaulatannya terhadap Kepulauan Sulu. Mengapa Filipina berdiam diri? Filipina sengaja membiarkan atau sememangnya tidak mampu berbuat apa-apa? Mari kita lihat apa kata Tentera Marin Filipina,

"Kami diarahkan agar tidak mendekati bendera Sulu sejauh 100 meter serta dilarang sama sekali menyentuh rakyat United Tausug..." Ujar seorang tentera Marin.

Seorang Peace Keeper UTC telah bertanya kepada seorang Tentera Marin "Kalau UTC semakin kuat dan kukuh tentu pada akhirnya akan berlaku peperangan antara kami dengan kamu.." Maka dijawap oleh tentera Marin Filipina "Tidak mungkin kami berperang dengan anda, kerana kami akan keluar setelah kalian menjadi kuat dan boleh menjaga wilayah ini".

Setelah selesai pengisytiharan kemerdekaan Sulu pada 17 Nov baru-baru ini, unit Peace Keeper yang menjaga Pejabat Pendaftaran United Tausug di Buansa, Indanan yang jauhnya hanya beberapa kilometer dari Bandar Jolo telah mula memegang senjata M-16 dan M-14 seramai 9 anggota. Hal ini telah menimbulkan rasa panik dikalangan kejiranan sehingga beberapa rumah dikosongkan kerana takut United Tausug tersebut akan diserang oleh Tentera Marin atau BALIKATAN. Rasa panik akhirnya telah sampai ke pengetahuan Balai Polis Filipina hinggakan beberapa buah helikopter dan kapal terbang kecil tanpa juruterbang yang hanya dilengkapi kamera berlegar sekitar Buansa.

Akhirnya DO Indanan datang berjumpa salah seorang pemimpin United Tausug untuk meminta dirundingkan beberapa perkara antaranya ialah "Pihak polis tidak akan menghalang penggunaan senjata dikalangan Peace Keeper United Tausug, yang diharapkan ialah sekiranya pihak bersenjata United Tausug memasuki Bandar Jolo mesti memaklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu demikian sebaliknya iaitu sekiranya pihak polis melalui atau memasuki kawasan bersenjata United Tausug pihak polis akan memaklumkan terlebih dahulu kepada United Tausug". Malangnya tidak dipersetujui oleh pemimpin United Tausug atas dasar bahawa Tentera Kesultanan Sulu bebas bergerak kemana sahaja yang mereka mahu tanpa terikat dengan persetujuan pihak keselamatan Filipina kerana rakyat Kesultanan Sulu telah pun isytiharkan kemerdekaan. Penggunaan senjata adalah wajib bagi tentera sebuah negara yang merdeka.

Beberapa hari yang lalu Peace Keeper United Tausug telah mula membina Kem Tentera berdekatan Indanan dan mula menjalankan registrasi senjata persendirian untuk kegunaan Tentera United Tausug yang dinamakan TAF (Tausug Arm Forces). TAF telah ditubuhkan sejak tahun 2007 yang pada awalnya dikenali sebagai Peace Keepers United Tausug Citizens yang bertindak sebagai Pengawal Keselamatan tanpa senjata. Registrasi beberapa minggu yang lalu menyenaraikan hampir 2000 anggota TAF sebagai ahli awal. Beberapa bekas anggota MNLF dan MILF telah mula berdikit-dikit mendaftarkan diri sebagai anggota TAF kerana melihat kejayaan United Tausug menegakkan entiti Kesultanan Sulu membuahkan hasil. Kejayaan United Tausug isytiharkan kemerdekaan 17 Nov tanpa tentangan dan halangan dari pihak Filipina telah menimbulkan reaksi yang bercampur baur dikalangan pemimpin MNLF yang masih berkubu di atas pergunungan Jolo.
Rencana seterusnya dalam web penulis saudara Asree Moro di... ( http://tausug-global.blogspot.com/ ).

PENULIS : Alhamdulillah, akhirnya Kemerdekaan itu diiktiraf oleh masyarakat dunia. Yang paling penting sekali ialah, kesedaran orang Tausug sendiri untuk sedar dan tahu bahawa mereka sudah merdeka sejak dahulu lagi, kedaulatan ini tidak pernah digugat oleh sesiapa pun sejak zaman nenek moyang orang tausug. Tausug mesti bersatu semula di bawah satu agama iaitu Islam dan seterusnya bersatu dengan saudara seagama yang lain di seluruh dunia untuk persiapan diri seluruh umat untuk hari yang lebih BESAR! Iaitu hari di mana Dajjal laknatullah muncul. Bersiap untuk bersatu dengan tentera Nabi Isa a.s dan Imam Mahdi demi Allah dan Rasul-Nya.... Daulat UTC!

Tiada ulasan: