Khamis, 9 Disember 2010
SEBUAH NAMA...
DUA NAMA YANG DIGABUNG. Muhammad adalah nama seorang nabi agung(Nabi Muhammad SAW) bagi seluruh alam yang diutus Allah di masa lalu. Hebat dan memiliki akhlak yang terpuji. Namanya bermaksud Yang Terpuji. Anada boleh membaca sejarah kegemilangannya dalam mebentuk dunia Islam yang hebat hingga kini. Dan ZULQARNAIN pula bermaksud “Pemilik dua tanduk(Timur dan Barat)” merupakan tokoh dan nabi(ISKANDAR ZULQARNAIN-ALEXANDER THE GREAT) yang berjawatan penguasa atau raja yang beriman kepada Allah yang Esa. Telah mewujudkan tamadun Hellenistik(PERCAMPURAN TIMUR DAN BARAT). Orang yang bertanggung jawab mengekang kemaraan Yakjuj dan Makjuj. Gurunya adalah Socrates yang juga digelar Nabi dan cendikiawan Luqmanul Hakim dalam Qur’an. Sekarang dua nama ini digabung dengan harapan rahmat dan berkat Allah ke atas kedua-dua utusan Allah ini akan dicurahkan oleh-Nya kepada pemilik nama ini kelak... Insyallah...
ianya hasil perbincangan dengan seorang kawan yang hebat memilih nama... terima kasih buat beliau. asalnya adalah idea aku juga, cuma aku perlukan pandangan orang lain. dan bini aku juga setuju gunakan nama ini untuk anak yang bakal lahir... insyallah... semoga rahmat dan berkat Allah untuk zuriat kami... amin...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan