The Alien - Link Select

Selasa, 27 Ogos 2013

SANTAPAN ROHANI ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :

Dan kamu tidak menyalahkan kami, melainkan karena kami telah beriman kepada ayat-ayat Rabb kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami". (Mereka berdo'a): "Ya Rabb kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)".
(QS. 7:126)
Berkatalah pembesar-pembesar dari kaum Fir'aun (kepada Fir'aun): "Apakah kamu membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerusakan di negeri ini (Mesir) dan meninggalkan kamu serta ilah-ilahmu?" Fir'aun menjawab: "Akan kita bunuh anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup perempuan-perempuan mereka dan sesungguhnya kita berkuasa penuh di atas mereka".
(QS. 7:127)
Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".
(QS. 7:128)


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Loceng adalah alat muzik yang berasal dari Syaitan (Yang Terkutuk).”

Daripada : Abu Hurairah R.A
(H.R.S : Muslim - no. 5279).


“Solatlah, nescaya kamu menjadi sihat zahir dan batinmu.”

Imam Muhammad Jibril Al-Khair. B.A

Isnin, 26 Ogos 2013

SKROL BUAT UMAT HINDU???

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH
LAGI
MAHA PENYAYANG

AKU BERSAKSI
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
DAN NABI MUHAMMAD ITU
PESURUH-NYA

SESUNGGUHNYA PERUTUSAN INI ADALAH
DARIPADA AKU
 IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR. B.A
HAMBA ALLAH.

 Keselamatan bagi mereka yang terus
mengikuti cahaya petunjuk
Amma Ba’du


Wahai umat Hindu,
aku menyeru kamu kepada ISLAM, Agama yang diredai ALLAH untuk seluruh manusia dan jin.  
Sesungguhnya aku bersaksi bahawa BRAHMAN, Tuhan yang Esa itu adalah ALLAH, Tuhan seluruh alam ini yang telah mengutus.   Kalki-Avatar atau Krisyna itu adalah Nabi Muhammad S.A.W, utusan terakhir dari Brahman Yang Esa.
Nabi Muhammad SAW bersamanya kitab Qur’an dan Islam sebagai agama yang diredai-Nya.

Apakah kamu memilih agama selain Islam? Sedangkan seluruh langit dan Bumi ini tunduk patuh (Islam) kepada ALLAH, Tuhan seluruh alam.
Ketahuilah sesungguhnya ALLAH telah mengutus terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW bersamanya kitab Qur’an dan Islam sebagai agama yang diredai-Nya untuk seluruh Manusia dan Jin.   
Tidak ada paksaan dalam beragama.
Barangsiapa yang memilih selain Islam maka kerugian besar baginya di dunia dan di Akhirat.
Maka, Islamlah... nescaya kamu selamat. 
Sekiranya kamu berpaling, maka saksikanlah.  Sesungguhnya,  kami adalah umat Islam yang tetap terus beriman kepada ALLAH dan Rasul-rasul-Nya.”

Hanya menyampaikan dengan Ikhlas dan benar
daripada

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

SKROL BUAT UMAT YAHUDI???

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH
LAGI
MAHA PENYAYANG

AKU BERSAKSI
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
DAN NABI MUHAMMAD ITU
PESURUH-NYA

SESUNGGUHNYA PERUTUSAN INI ADALAH
DARIPADA AKU
 IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR. B.A
HAMBA ALLAH.

 Keselamatan bagi mereka yang terus mengikuti cahaya petunjuk
Amma Ba’du

Sesungguhnya aku bersaksi
Tiada Tuhan selain ALLAH dan Nabi Musa A.S itu adalah pesuruh ALLAH seperti mana Nabi Isa A.S yang mengesahkan kenabian Nabi Musa A.S dan Nabi Muhammad S.A.W, yang merupakan Nabi dan Rasul Tuhan yang terakhir.  Aku juga beriman kepada Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa A.S yang kini terkandung dalam Qur’an, kitab ALLAH yang teragung dan paling sempurna sebagai
mukjizat Nabi Muhammad SAW, Keturunan yang diberkati ALLAH dari Nabi Ismail A.S  bin Nabi Ibrahim A.S, saudara Nabi Ishak A.S.

Wahai umat Yahudi,
aku menyeru kamu kepada ISLAM, Agama yang diredai ALLAH untuk seluruh manusia dan jin.  Sesungguhnya YHWH yang Esa atau HaShem itu adalah ALLAH, Tuhan seluruh alam ini yang telah mengutus Nabi Muhammad SAW bersamanya kitab Qur’an dan Islam sebagai agama yang diredai-Nya.  


Apakah kamu memilih agama selain Islam? Sedangkan seluruh langit dan Bumi ini tunduk patuh (Islam) kepada ALLAH, Tuhan seluruh alam.
Ketahuilah sesungguhnya ALLAH telah mengutus terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW bersamanya kitab Qur’an dan Islam sebagai agama yang diredai-Nya untuk seluruh Manusia dan Jin.   
Tidak ada paksaan dalam beragama.
Barangsiapa yang memilih selain Islam maka kerugian besar baginya di dunia dan di Akhirat.
Maka, Islamlah... nescaya kamu selamat. 
Sekiranya kamu berpaling, maka saksikanlah.  Sesungguhnya,  kami adalah umat Islam yang tetap terus beriman kepada ALLAH dan Rasul-rasul-Nya.”

Hanya menyampaikan dengan Ikhlas dan benar
daripada

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A


SKROL UNTUK UMAT BUDDHA???

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH
LAGI
MAHA PENYAYANG
DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH
LAGI
MAHA PENYAYANG

AKU BERSAKSI
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
DAN NABI MUHAMMAD ITU
PESURUH-NYA

SESUNGGUHNYA PERUTUSAN INI ADALAH
DARIPADA AKU
 IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR. B.A
HAMBA ALLAH.

 Keselamatan bagi mereka yang terus
mengikuti cahaya petunjuk
Amma Ba’du


Wahai umat BUDDHA,
Sesungguhnya aku bersaksi bahawa ALLAH, Tuhan seluruh alam.  ini yang telah mengutus Nabi Siddharta Gautama Buddha anak  Śuddhodana juga dikenali dalam Islam sebagai
Nabi Zulkifli A.S yang diutus dikalangan kamu agar kamu mengerti, memahami dan menyedari kehidupan fitrah kamu sebagai Islam.  
Kemudian diikuti dengan nabi utusan terakhir atau Antim Maitreya Buddha atau Nabi Muhammad S.A.W yang membawa Kitab terakhir iaitu Qur’an dan Islam sebagai agama diredai ALLAH yang suci dan terang cahayanya.

Aku menyeru kamu kepada ISLAM, Agama yang diredai ALLAH untuk seluruh manusia dan jin.  
Apakah kamu memilih agama selain Islam? Sedangkan seluruh langit dan Bumi ini tunduk patuh (Islam) kepada ALLAH, Tuhan seluruh alam. Ketahuilah, barangsiapa yang memilih selain Islam maka kerugian besar baginya di dunia dan di Akhirat.
Maka, Islamlah... nescaya kamu selamat. 
Ketahuilah sesungguhnya ALLAH telah mengutus Buddha terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW bersamanya kitab Qur’an dan Islam sebagai agama yang diredai-Nya untuk seluruh Manusia dan Jin.   
Tidak ada paksaan dalam beragama. Sekiranya kamu berpaling, maka saksikanlah.  Sesungguhnya,  kami adalah umat Islam yang tetap terus beriman kepada ALLAH dan Rasul-rasul-Nya.”

Ikhlas dan benar
daripada


IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

SANTAPAN ROHANI ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :

Fir'aun berkata: "Apakah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepadamu? sesungguhnya (perbuatan) ini adalah suatu muslihat yang telah kamu rencanakan di dalam kota ini, untuk mengeluarkan penduduknya daripadanya; maka kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu ini).
(QS. 7:123)
demi, sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kakimu dengan bersilang secara bertimbal balik, kemudian sungguh-sungguh aku akan menyalib kamu semuanya".
(QS. 7:124)
Ahli-ahli sihir itu menjawab: "Sesungguhnya kepada Rabblah kami kembali.
(QS. 7:125)


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :

 “Barang siapa membuat gambar dia akan di-azab oleh ALLAH  sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya.”

Maka berkata  Ibnu Abbas R.A :“Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa.”

Daripada :  Ibnu Abbas R.A
(H.R.S : Muslim)


“Dengan Syariat Islam,
segala ibadah kita terus kepada ALLAH, Tuhan seluruh alam ini tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang tidak diredai-Nya.   Tiada tuhan selain ALLAH.  Sekiranya kamu akui walaupun hanya dengan mulut sekalipun akan Berhala-berhala sembahan manusia sebagai tuhan mereka.  Maka ketahuilah, sesungguhnya kamu telah SYIRIK kepada ALLAH dan Syirik itu adalah satu kezaliman yang besar!”


Imam Muhammad Jibril Al-Khair. B.A

Ahad, 25 Ogos 2013

SANTAPAN ROHANI???

ALLAH S.W.T
Berfirman :

Dan ahli-ahli sihir itu serta merta meniarapkan diri dengan bersujud.
(QS. 7:120)
Mereka berkata: "Kami beriman kepada Rabb semesta alam,
(QS. 7:121)
(yaitu) Rabb Musa dan Harun".
(QS. 7:122)


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :

“...Orang yang paling bahagia mendapat syafaat ku
pada hari kiamat kelak ialah orang yang mengucapkan
LAA ILLAHA ILLALLAH
dengan ikhlas sepenuh hatinya atau jiwanya.

(H.R.S : Bukhari yang bersumber dari Abu Hurairah).


“Fahami dan amalkan Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Ihsan dengan penuh Ikhlas...  pasti kamu memahami siapa diri kamu.”

Imam Muhammad Jibril Al-Khair. B.A



Khamis, 22 Ogos 2013

SANTAPAN ROHANI???

ALLAH S.W.T
Berfirman :

Dan Kami wahyukan kepada Musa: "Lemparkanlah tongkatmu!". Maka sekonyong-konyong tongkat itu menelan apa yang mereka sulapkan.
(QS. 7:117)
Karena itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan.
(QS. 7:118)
Maka mereka kalah di tempat itu dan jadilah mereka orang-orang yang hina.
(QS. 7:119)


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :

"Dunia ini adalah terlaknat,
terlaknat pula apa-apa yang ada di atasnya, melainkan berzikir kepada Allah dan apa-apa yang menyamainya, juga orang yang alim serta orang yang menuntut ilmu."

Daripada Abu Hurairah R.A
H.R.S : Termidzi (Hadis Hasan)


“Tunaikan dengan Ikhlas dan penuh dengan Ihsan akan solat fardhu lima waktumu.  Nescaya dijamin tempat mu oleh ALLAH akan Syurga yang luasnya bagai langit dan Bumi. Jangan berhutang tanpa membayarnya dan jangan menzalimi manusia dan jin. Kalau tidak pasti tempat mu di Syurga akan lambat engkau diami.”


Imam Muhammad Jibril Al-Khair. B.A