Rabu, 8 Februari 2012
Khamis, 2 Februari 2012
BUAH MARANG @ TARAP ????
Buah TARAP @ MARANG... sejenis buah yang hanya terdapat di BORNEO dan Filipina sahaja. Di semenanjung Malaysia...TIADA! Diulangi TIADA langsung buah ini di jual walaupun pada musim Durian. Buah ini ada pada musim Durian sahaja seingat aku la... dan benihnya aku bawa ke Shah Alam dan tanam .. ada lah dalam 30 pokok yang sekarang dah berdaun....kalau ditanam...sekarang dalam 5 tahun lagi dapatlah merasa buahnya... aku boleh sahaja nikmatinya di KK...setiap kali balik pada bulan 12 aku sempat menikmatinya... hehehehe... anyway...aku dah bagi kawan-kawan aku sedikit benihnya untuk ditanam di sini...lima tahun lagi dapatlah diorang merasa... hehehehe itu pun kalau panjang umur la... rasanya amat sedap... manis dan lemak2 sikit... hanya mereka yang pernah makan sahaja yang tahu rasanya... boleh dikatakan ia lebih hebat dari DURIAN. SEDAP!!!
anyway...kita lupakan pasal buah yang tiada di semenanjung ini... imbas semula... aku kini berada di tempat kerja baru. alhamdulillah... tempat bagus dan selesa serta ramai kawan. lebih best lagi aku leh menulis semula dan berblog...heheeheee... NAMPAKNYA AKU KENA BUKA BUKU SEMULA- NOVEL THE SULUKEN dan PAHLAWAN ADAMUS bakal disiapkan secepatnya... idea dah mai dah!
kepada yang nak rasa buah ini...pergilah ke KOTA KINABALU SABAH, pada bulan 12 ( Krismas laa.. pada 25 Dis.) boleh beli dan rasa buah ini. tetapi awas jangan makan banyak...nanti senak perut! dan jangan makan buah yang sudah rasa masam... nanti sakit perut!...makan yang fresh(seperti gambar di atas) sahaja. buah yang sudah masak itu akan terasa lembik bila ditekan kulitnya tu...so shoppingla di Barter...ada banyak buah ini.
selamat Tahun baru 2012.... enjoy the year!
Rabu, 25 Januari 2012
UBAT SEGALA PENYAKIT KECUALI MATI!!!
MA’UL JANNAH ATAU AIR SYURGA
“Sebaik-baiknya air di muka bumi ialah air Zam-Zam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.” [HR. Ibnu Abbas Radhiallaahu ‘anhu].
Keajaiban air Zam-Zam
Dari kajian yang telah dilakukan, ternyata air Zam-Zam mengandung fluoride yang memiliki daya efektif membunuh kuman dan membuat air Zam-Zam seolah-olah sudah mengandung ubat. Perbezaan air Zam-Zam dengan air lain di kota Mekah dan kota lain adalah dari segil kuantiti kalsium dan garam magnesiumnya. Kandungan kedua mineral itu lebih banyak pada air Zam-Zam yang menyebabkan air Zam-Zam dapat memberi kesegaran bagi jemaah yang kehausan. Hal ini dibuktikan oleh seorang doktor dari Universiti Yokohama, Dr. Masaru Emoto. Dr. Masaru Emoto yang mendapati bahawa air zamzam memiliki daya penyembuhan yang luar biasa. Keajaiban struktur air Zam-Zam telah dibuktikan Dr. Masaru Emoto dalam suatu penelitian yang dipaparkan dalam sebuah seminar di Malaysia. Kesimpulannya adalah bahawa tidak ada kandungan air di dunia yang menyamai kandungan air Zam-Zam.Kehebatan lain adalah telaga air Zam-Zam tidak pernah ditumbuhi lumut, sedangkan di seluruh dunia telaga mana pun selalu ditumbuhi lumut dan tumbuhan mikroorganisme yang lain.
Molekul Air Zam-Zam Paling Cantik
Menurut kajian yang dilakukan, molekul air Zam-Zam merupakan molekul air paling cantik dan indah di antara air semua jenis air. Dr. Emoto menjelaskan bagaimana sebuah kata yang diucapkan dapat mempengaruhi bentuk molekul air. Tentu saja setiap doa yang terhembus dari setiap jemaah haji selama ini menjadikan air Zam-Zam sebagai air terindah yang akan terus menghapus dahaga setiap tamu Allah di Makkah.
Keistimewaan Air Zam Zam
1. Meminum Air zam zam menjadi satu amalan ibadah, dengan niat mengikuti anjuran Rasulullah.
2. Diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Abbas, Aku pernah menyiapkan air zam zam untuk Rasulullah, kemudian beliau meminumnya sambil berdiri.
3. Makruh hukumnya apabila dipergunakan untuk mencuci najis, atau dipakai untuk membersihkan hadas besar.
4. Disunatkan membawa air zamzam pulang ke negeri masing2 bagi jemaah (penunai rukun Islam ke lima) yang memang berasal dari luar Negara Arab, dan Rasullulullah adalah orang pertama yang membawanya keluar kota Mekkah, iaitu ke Madinah.
5. Mata Airnya tidak pernah kering, meskipun berjuta-juta umat manusia meminumnya setiap hari terutama pada musim ibadah haji, bahkan sekarang dengan peralatan canggih, orang yang berada di Masjid Nabawi (Madinah) yg berjarak 450 Km dari Mekah boleh minum air zam zam setiap saat.
6. Pada waktu Rasululullah akan melakukan Sa’ie, beliau meminum air zam zam sampai kenyang, kemudian menyiram kepalaNya dengan air zam zam.
7. Banyak orang menyiram dan membasahi kain (baju) ihram, kemudian direntang tanpa diperah agar kering sendiri, dan akan dipakai sebagai ‘Kafan” ( pembungkus mayat) kalau meninggal nanti.
Keutamaan Air Zam Zam
1. Air Syurga (maa’ul-Jannah) : ertinya air yang penuh berkat dan manafaat.
2. Nikmat Allah : salah satunya nikmat Allah bagi para Jemaah haji yang dapat merasakan nikmatnya air ditengah-tengah padang pasir.
3. Pencuci hati: Air Pencuci hati Nabi Muhammad SAW, ketika Malaikat Jibril membasuh hati Muhammad dengan air zam zam.
4. Penuh Berkat : kerana Rasulullah SAW sering meminumnya dan tangannya yang penuh berkat dicelupkannya ke telaga zam zam.
5. Mengenyangkan : Air yang mengenyangkan dan menghilangkan dahaga.
6. Ubat penyakit : Air penyembuh penyakit, baik penyakit zahir, batin
7. Abadi: Tidak akan kering hingga hari Kiamat, kerana ia menjadi bukti keagungan dan kebenaran Allah.
SK : Air zam-zam penawar seluruh penyakit (dari jenis pening, demam hinggalah ke penyakit AIDS dll...) KECUALI MATI!
Selasa, 24 Januari 2012
SULTAN SULU???
ALHAMDULILLAH...MATAWANG KERAJAAN SULU DARUL ISLAM TELAH PUN SAH DITERIMA PAKAI TETAPI BELUM RASMI LAGI... INSYALLAH SELURUH RAKYAT SULU AKAN MENGGUNAKAN DINAR DAN DIRHAM INI.
3 KITAB UTAMA ISLAM
AL-QUR’AN (AL-FURQAAN)
Quran ialah bacaan, manakala maksudnya ialah kitab suci yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Ia mengandungi berbagai-bagai pengajaran, hukum-hakam, perundangan dan peraturan lengkap sebagai panduan umat Islam dan keselamatan sejagat. Quran diturunkan oleh Allah kepada semulia-mulia makhluk iaitu Nabi Muhammad melalui semulia-mulia malaikat iaitu Jibril, pada semulia-mulia bulan iaitu bulan Ramadan, di semulia-mulia tempat iaitu Mekah, dalam semulia-mulia bahasa iaitu bahasa Arab. Ini menunjukkan segala bentuk kesempurnaan dan kemuliaan itu wujud di dalam Quran itu sendiri.
Sebagai orang Islam, kita dipertanggungjawabkan beberapa perkara ke atas Quran, antaranya:
1. Memelihara dan menjaga kesucian Quran supaya tidak tercemar ataupun dicemar, dihina ataupun dipermain-mainkan dan sebagainya.
2. Mempercayainya sebagai kitab Allah yang suci dan qadim.
2. Mempercayainya sebagai kitab Allah yang suci dan qadim.
3. Mempelajari dengan membaca dan memahami segala isi kandungannya.
4. Menghayati dan beramal dengannya secara keseluruhan dalam aspek kehidupan.
HADIS QUDSI
Ulamak hadis mengatakan bahawa Hadis Qudsi itu ialah perkataan Nabi yang disebut dengan mengatakan Allah bertitah, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadaNya.
Ulamak hadis mengatakan bahawa Hadis Qudsi itu ialah perkataan Nabi yang disebut dengan mengatakan Allah bertitah, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadaNya.
Hadis Qudsi itu adalah sama setingkat dengan firman Allah Ta'ala (Al-Quran) , hanya dia diwahyukan secara langsung, yakni terus menerus kepada Nabi s.a.w di mana baginda pula telah menyampaikan kepada umatnya menerusi lisannya. Jadi kedudukan Hadis ini adalah di tengah-tengah antara firman Allah Ta'ala dan Hadis Nabi s.a.w.
Kesimpulan Hadis Qudsi ialah titah Allah yang disampaikan kepada Nabi di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah; sedang hadis-hadis yang lain tidak demikian. Hadis Qudsi itu dinamakan juga Hadis Ilahi atau Hadis Rabbani.
Hadis yang akan dibincangkan diambil dari Kitab "Hadis Qudsi Analisa Dan Komentar" ditulis oleh Syed Ahmad Semait, seorang ulama' Singapura yang disegani.
HADIS NABI
Perkataan hadith atau sunnah adalah sesuatu daripada Nabi Muhammad sama ada berupa perkataan, perbuatan, pengakuan, tingkah laku dan sebagainya.
Semasa Nabi Muhammad hidup, penulisan hadith adalah dilarang sehingga zaman pemerintahan Umayyah pada akhir kurun pertama ataupun awal kurun kedua hijrah. Khalifah Umar Abdul Aziz mengarahkan gabenornya Abu Bakar bin Hizam supaya mengumpul dan membukukan segala hadith Nabi Muhammad yang terdapat dalam catatan-catatan dan hafalan-hafalan yang dipastikan kesahihannya sebagai hadith Nabi Muhammad.
Sesiapa yang menolak hadith secara total secara tidak langsung menolak kerasulan Nabi Muhammad. Ini adalah fahaman atau pegangan yang salah dan penyelewengan yang menyesatkan. Hadith adalah sumber hukum kedua terbesar dalam Islam, di mana Quran adalah menjadi sumber perundangan utama yang menerangkan segala permasalahan dan hukum-hukum dalam Islam secara umum.
Hadith Nabi Muhammad diperlukan bagi mentafsir dan menghuraikan ayat-ayat umum itu supaya lebih jelas dan terperinci. Justeru, kita diperintahkan supaya mengikuti Nabi Muhammad dengan mengambil apa yang disampaikan oleh beliau.
Allah menjelaskan dalam surah al-Hasyr ayat 7:
‘Ambillah apa yang dibawa oleh utusan Allah(nabi Muhammad) dan tinggalkanlah apa yang ditegah’.
Dalam surah al_Ahzab ayat 21 menyatakan:
‘ bagi kamu utusan Allah sebagai contoh ikutan yang terbaik’.
Dalam surah an-Nisak, ayat 80 Allah menyatakan yang bermaksud:
‘Sesiapa yang mentaati rasul, sesungguhnya beliau mentaati Allah dan sesiapa yang berpaling (tidak mentaati rasul) maka Kami tidak mengutuskan kamu, wahai Muhammad, melainkan sebagai pengawal mereka’.
Dalam konteks ini, Nabi Muhammad berkata:
‘Sesiapa yang menghayati sunnah saya, sesungguhnya beliau menyayangi saya dan sesiapa yang menyayangi saya akan bersama saya di dalam syurga’.
WAHAI KRISTIAN DAN YAHUDI!!!
Katakanlah: "Barangsiapa menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkan (Al-Qur'an) ke dalam hatimu (Muhammad) dengan seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab-*100 Suhuf, Zabur, Taurat dan Injil) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira (Injil) bagi orang-orang yang beriman". (QS. 2:97)
"Apa? adakah kamu akan mengajar Allah mengenai agama kamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit, dan apa yang di bumi? Dan Allah mengetahui segala sesuatu."
(49:16)
"Wahai ahli Kitab, adakah kamu mendendami kami kerana kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan sebelumnya, dan bahawa kebanyakan kamu adalah orang-orang fasiq?" (5:59)
'Kami percaya kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu Satu (Allah), dan kepada-Nya kami menyerah (muslim.)'"
(29:46)
... bagi kamu agama kamu dan bagi aku, agama aku.
(Al-Kaafirun : 6)
Langgan:
Ulasan (Atom)







