Buah TARAP @ MARANG... sejenis buah yang hanya terdapat di BORNEO dan Filipina sahaja. Di semenanjung Malaysia...TIADA! Diulangi TIADA langsung buah ini di jual walaupun pada musim Durian. Buah ini ada pada musim Durian sahaja seingat aku la... dan benihnya aku bawa ke Shah Alam dan tanam .. ada lah dalam 30 pokok yang sekarang dah berdaun....kalau ditanam...sekarang dalam 5 tahun lagi dapatlah merasa buahnya... aku boleh sahaja nikmatinya di KK...setiap kali balik pada bulan 12 aku sempat menikmatinya... hehehehe... anyway...aku dah bagi kawan-kawan aku sedikit benihnya untuk ditanam di sini...lima tahun lagi dapatlah diorang merasa... hehehehe itu pun kalau panjang umur la... rasanya amat sedap... manis dan lemak2 sikit... hanya mereka yang pernah makan sahaja yang tahu rasanya... boleh dikatakan ia lebih hebat dari DURIAN. SEDAP!!!
anyway...kita lupakan pasal buah yang tiada di semenanjung ini... imbas semula... aku kini berada di tempat kerja baru. alhamdulillah... tempat bagus dan selesa serta ramai kawan. lebih best lagi aku leh menulis semula dan berblog...heheeheee... NAMPAKNYA AKU KENA BUKA BUKU SEMULA- NOVEL THE SULUKEN dan PAHLAWAN ADAMUS bakal disiapkan secepatnya... idea dah mai dah!
kepada yang nak rasa buah ini...pergilah ke KOTA KINABALU SABAH, pada bulan 12 ( Krismas laa.. pada 25 Dis.) boleh beli dan rasa buah ini. tetapi awas jangan makan banyak...nanti senak perut! dan jangan makan buah yang sudah rasa masam... nanti sakit perut!...makan yang fresh(seperti gambar di atas) sahaja. buah yang sudah masak itu akan terasa lembik bila ditekan kulitnya tu...so shoppingla di Barter...ada banyak buah ini.
selamat Tahun baru 2012.... enjoy the year!
3 ulasan:
hahaha... ye betul kat semenanjung tak ada.. maksudnye tak ada dijual di pasaran kan, tapi kalau pokoknye ada laaa.. belambak kat hutan tapi buahnye tak merasa, sebab ia menjadi makanan kepada haiwan yg meloncat dari dahan ke dahan, tahun lepas aku datang KK nak merasa buah nie sampai RANAU aku pegi cari tapi tak ada musim, aku pegi bulan 8, sedih tul laaa.. nanti hujung tahun 2012 aku datang lagi cari :)
YA... DATANG PADA BULAN 12..INSYALLAH ADA...CAIYOK!
kalo semenanjung, nak tgk pokok dan makan buah dia, pegi lah kat kolam air panas batang kali.. buah dia bermusim.. kalo nak kenal pokok dia tinggi, daun macam daun sukun.. batang dia orang cina buat keranda, sebab bila tanam kayu dia tak reput..
Catat Ulasan