ALLAH S.W.T
Berfirman :
"Tidak
ada tuhan melainkan Allah"
[ Q.S. 37:35 ]
"Allah
saksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, dan para malaikat, dan
orang-orang yang berpengetahuan, yang tegakkan keadilan; tidak ada tuhan
melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana" [ Q.S. 3:18 ]
“Maka
ketahuilah kamu bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, dan mintalah ampun
untuk kesalahan kamu, dan untuk orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang
mukmin perempuan. Allah tahu ulang-alik kamu, dan tempat tinggal kamu.”
[ Q.S. 47 : 19
]
"Dan Kami
utus kamu (Muhammad) kepada manusia sebagai Rasul, dan cukuplah Allah jadi
saksi"
[ Q.S. 4:79 ]
"Dia yang
mengutus Rasul dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia
pertinggikannya di atas setiap agama. Cukuplah Allah sebagai saksi"
[ Q.S. 48:28 ]
"Apabila
orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, 'Kami saksikan bahawa
kamu benar-benar Rasul Allah.' Dan Allah tahu bahawa kamu adalah benar-benar
Rasul-Nya, dan Allah saksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar
pendusta-pendusta"
[ Q.S. 63:1 ]
Katakanlah,
"Wahai manusia, aku adalah Rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya
kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan
mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Nya, Nabi yang ummiy, yang
percayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu dapat
petunjuk."
[ Q.S. 7:158 ]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Perbanyakkanlah
mengucap kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH.”
Daripada Abu
Hurairah RA
[ H.R.S : Imam Ahmad & Tabrani Ra. A. ]
“Sebaik-baik zikir ialah LAA ILAAHA ILLALLAH. dan
sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah.”
Daripada Jabir
bin AbdullahR.A
[ H.R.S : Imam
Tirmizi Ra. A. ]
“Iman itu
lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan Laa ilaha
illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah S.W.T) dan yang paling
rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu
cabang daripada iman”.
Daripada Abu
Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam
Muslim Ra. A. ]
“Dahulu Bani
Israel dipimpin oleh para nabi, ketika wafatnya seorang nabi maka datanglah
nabi setelahnya, namun tidak ada nabi lagi setelahku.”
Daripada Abu
Hurairah RA
[ H.R.S : Imam
Bukhari & Muslim Ra. A.]
“Sesungguhnya
akan datang pada umatku tiga puluh pembohong, semuanya mengaku sebagai nabi,
padahal akulah penutup para nabi (khaatam an nabiyyin), tak ada lagi nabi
setelahku.”
Daripada Tsauban
RA
[ H.R.S : Imam
Abu Daud & Tirmidzi Ra. A.]
“Akulah batu
bata tersebut, dan aku adalah penutup para nabi.”
Daripada Abu
Hurairah RA
[ H.R.S : Imam
Bukhari & Muslim Ra. A.]
“Tiada Tuhan
selain ALLAH, tiada sekutu bagiNya.
Muhammad itu Rasulullah dan penutup kenabian.”
IMAM MUHAMMAD
JIBRIL AL-KHAIR B.A.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan