The Alien - Link Select

Rabu, 30 Mac 2016

SURAH PEMBEZA / AL-FURQAN ???


Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

25:1. Berkatnya Dia yang turunkan Pembeza kepada hamba-Nya agar dia menjadi seorang pemberi amaran bagi semua alam.

25:2. Yang kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; Dia tidak ambil kepada-Nya seorang anak, Dia tidak ada sekutu dalam kerajaan; dan Dia cipta segala sesuatu, kemudian Dia tentukannya dengan satu penentuan.

25:3. Namun begitu, mereka ambil untuk mereka tuhan-tuhan, selain daripada-Nya, yang tidak cipta sesuatu sedang mereka sendiri diciptakan; dan mereka tidak berkuasa atas mudarat atau manfaat kepada diri-diri mereka sendiri; dan mereka tidak berkuasa atas kematian, dan tidak juga kehidupan, dan tidak juga kebangkitan.

25:4. Orang-orang tidak percaya berkata, "Ini tidak lain kecuali fitnah yang dia ada-adakan, dan kaum yang lain membantunya." Maka mereka mendatangkan kezaliman dan dusta.

25:5. Mereka berkata, "Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia tulis, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang."

25:6. Katakanlah, "Yang turunkannya, yang tahu rahsia di langit dan bumi; sesungguhnya Dialah Pengampun, Pengasih."

25:7. Dan mereka berkata, "Apakah yang kena dengan Rasul ini, bahawa dia memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar? Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan kepadanya untuk menjadi pemberi amaran bersamanya?

25:8. Atau, mengapakah harta simpanan tidak dilemparkan kepadanya, atau kebun (jannah) yang daripadanya dia makan?" orang-orang zalim berkata, "Kamu hanyalah ikut seorang lelaki yang kena sihir!"

25:9. Perhatikan bagaimana mereka buat persamaan-persamaan terhadap kamu, dan menjadi sesat, dan tidak boleh dapatkan jalan!

25:10. Berkatnya Dia yang, jika Dia hendaki, akan buatkan untuk kamu yang lebih baik daripada yang itu - taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, dan Dia jadikan untuk kamu istana-istana.

25:11. Tidak, tetapi mereka dustakan Saat; dan Kami sediakan bagi orang yang dustakan Saat dengan yang Menyala.

25:12. Apabila ia lihat mereka dari tempat yang jauh, mereka dengar gelegaknya, dan keluhannya.

25:13. Dan apabila mereka dilemparkan, diikat bersama dalam belenggu, ke dalam tempat yang sempit di Api, mereka menyeru di sana untuk kebinasaan.

25:14. "Jangan seru pada hari ini untuk satu kebinasaan, tetapi serulah kebinasaan yang banyak!"

25:15. Katakanlah, "Adakah itu lebih baik, atau Taman Yang Kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa, dan ia adalah balasan bagi mereka dan kepulangan?"

25:16. Bagi mereka, di dalamnya apa yang mereka hendaki, tinggal selama-lamanya; ia adalah satu janji yang mengikat Pemelihara kamu, dan hendaklah ditanya.

25:17. Pada hari Dia kumpulkan mereka, dan apa-apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, dan berkata, "Adakah kamu yang sesatkan mereka ini, hamba-hamba-Ku, atau adakah mereka sendiri yang sesat daripada jalan?"

25:18. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Tidaklah patut bagi kami ambil untuk kami wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Engkau; tetapi Engkau telah beri kesenangan hidup mereka dan bapa-bapa mereka sehingga mereka melupakan Peringatan, dan mereka adalah kaum yang keji."

25:19. Maka mereka dustakan apa yang kamu kata, dan kamu tidak boleh palingkannya, dan tidak juga dapatkan sebarang pertolongan. Sesiapa antara kamu yang buat zalim, Kami akan rasakan kepadanya azab yang besar.

25:20. Dan Kami tidak utus sebelum kamu para utusan melainkan mereka memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar; dan Kami buatkan sebahagian kamu jadi satu cubaan bagi sebahagian yang lain, "Mahukah kamu sabar?" Pemelihara kamu melihat.

25:21. Berkata orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami, "Mengapakah malaikat-malaikat tidak diturunkan kepada kita, atau mengapakah kita tidak melihat Pemelihara kita?" Mereka sombong di dalam diri-diri mereka, dan jadi penghina, dengan penghinaan yang besar.

25:22. Pada hari mereka melihat malaikat-malaikat, tidaklah ada berita gembira pada hari itu bagi orang-orang yang berdosa; mereka berkata, "Satu larangan yang terlarang!"

25:23. Kami hadapkan apa-apa amalan yang mereka buat, dan membuatnya debu yang bertaburan.

25:24. Penghuni-penghuni Taman pada hari itu adalah lebih baik tempat menginap mereka, lebih baik tempat istirahat mereka.

25:25. Pada hari langit berpecah belah dengan awan-awan, dan malaikat-malaikat turun, dengan penurunan.

25:26. Kerajaan pada hari itu, Kerajaan yang benar, kepunyaan Yang Pemurah, dan ia adalah hari kesukaran bagi orang-orang tidak percaya.

25:27. Pada hari orang yang zalim menggigit tangan-tangannya, dengan berkata, "Aduhai, sekiranya aku telah ambil jalan bersama Rasul!

25:28. Celakalah aku! Sekiranya aku tidak ambil si polan sebagai sahabat!

25:29. Sesungguhnya dia sesatkan aku daripada Peringatan setelah ia datang kepadaku; syaitan adalah pengabai manusia."

25:30. Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan."

25:31. Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi musuh di kalangan orang-orang yang berdosa; tetapi Pemelihara kamu mencukupi sebagai pemberi petunjuk, dan sebagai penolong.

25:32. Orang-orang tidak percaya berkata, "Mengapakah al-Qur'an tidak diturunkan kepadanya semua sekali gus?" Begitulah, supaya Kami teguhkan hati kamu dengannya, dan Kami bacakannya dengan bacaan sebenar.

25:33. Mereka tidak datang kepada kamu dengan sebarang persamaan melainkan Kami datangkan kepada kamu yang benar, dan penjelasan (tafsir) yang lebih baik.

25:34. Orang-orang yang akan dikumpulkan ke Jahanam di atas muka-muka mereka, mereka berada di tempat yang lebih buruk dan lebih jauh sesat daripada jalan.

25:35. Kami beri Musa al-Kitab, dan melantik bersama dia saudaranya Harun sebagai wazir.

25:36. Dan Kami berkata, "Pergilah kepada kaum yang dustakan ayat-ayat Kami"; kemudian Kami binasakan mereka dengan kebinasaan yang sebenar-benarnya.

25:37. Dan kaum Nuh, apabila mereka dustakan Rasul-Rasul, Kami tenggelamkan mereka, dan Kami buat mereka menjadi satu ayat bagi manusia; dan Kami sediakan bagi orang-orang zalim, azab yang pedih.

25:38. Dan Ad, dan Tsamud, dan penduduk Ras, dan antara yang demikian, generasi-generasi yang banyak.

25:39. Dan masing-masing Kami jadikan persamaan-persamaan, dan masing-masing Kami binasakan, dengan kebinasaan.

25:40. Sesungguhnya mereka telah mendatangi bandar raya yang dihujani hujan yang buruk; apa, tidakkah mereka melihatnya? Tidak, tetapi mereka tidak mengharapkan kebangkitan.

25:41. Dan apabila mereka melihat kamu, mereka hanya ambil kamu dalam ejekan, "Apa, inikah dia yang Allah bangkitkan sebagai seorang Rasul?

25:42. Sesungguhnya dia hampir-hampir sesatkan kita daripada tuhan-tuhan kita, tetapi kita sabar pada mereka." Kelak mereka akan tahu, apabila mereka melihat azab, siapa yang lebih jauh sesat daripada jalan.

25:43. Sudahkah kamu lihat orang yang mengambil keinginannya menjadi tuhannya? Adakah kamu jadi wakil kepada mereka?

25:44. Atau, kamu sangka kebanyakan daripada mereka mendengar atau memahami? Mereka, tidak lain, adalah seperti binatang ternak; tidak, mereka lebih jauh sesat daripada jalan.

25:45. Tidakkah kamu renungkan Pemelihara kamu, bagaimana Dia menjulurkan bayang-bayang? Sekiranya Dia hendak tentu Dia membuatnya tetap berdiam. Kemudian Kami buatkan matahari untuk menjadi satu panduan kepadanya.

25:46. Kemudian Kami menariknya kepada Kami, dengan tarikan perlahan-lahan.

25:47. Dia yang buatkan malam bagi kamu untuk menjadi pakaian, dan tidur untuk rehat, dan siang Dia buatkan untuk kebangkitan.

25:48. Dan Dia yang utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya; dan Kami turunkan dari langit air yang bersih,

25:49. Supaya Kami hidupkan tanah yang mati, dan memberi minum daripadanya, daripada apa yang Kami ciptakan, binatang ternak dan manusia yang ramai.

25:50. Sesungguhnya Kami mengulang-ulanginya di kalangan mereka supaya mereka mengingati; namun begitu, kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.

25:51. Sekiranya Kami hendak, tentu Kami bangkitkan di tiap-tiap bandar raya, seorang pemberi amaran.

25:52. Maka jangan taati orang-orang tidak percaya, tetapi berjuanglah terhadap mereka dengan perjuangan yang besar.

25:53. Dan Dia yang membiarkan dua laut, yang ini bersih dan enak, rasanya menggembirakan, dan yang ini masin dan pahit, dan Dia letak di antara mereka satu barzakh (tembok), dan satu larangan yang terlarang.

25:54. Dan Dia yang ciptakan daripada air, manusia, dan membuatnya sekeluarga melalui darah dan perkahwinan; Pemelihara kamu Berkuasa.

25:55. Dan mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak manfaatkan mereka, dan tidak juga mudaratkan mereka; dan orang tidak percaya adalah penyokong menentang Pemeliharanya.

25:56. Dan Kami tidak utus kamu, melainkan sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran.

25:57. Katakanlah, "Aku tidak minta upah kepada kamu untuk ini, ia hanyalah bagi orang yang hendak akan ambil kepada Pemeliharanya satu jalan."

25:58. Tawakallah (percayakanlah) kepada Yang Hidup, Yang Tidak Mati, dan sanjunglah dengan memuji-Nya. Cukuplah dengan Dia menyedari kesalahan-kesalahan hamba-hamba-Nya,

25:59. Yang cipta langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, dalam enam hari, kemudian duduk di atas Arasy, Yang Pemurah; maka tanyalah yang maklum mengenainya!

25:60. Tetapi apabila dikatakan kepada mereka, "Sujudlah kamu kepada Yang Pemurah", mereka berkata, "Dan apakah ia Yang Pemurah? Adakah kami akan sujud kepada apa yang kamu perintahkan kami?" Dan ia menambahkan mereka dalam pelarian.

25:61. Berkatnya Dia yang meletakkan di langit gugusan bintang, dan Dia letak pada mereka sebuah lampu, dan bulan yang memberi cahaya.

25:62. Dan Dia yang buatkan malam dan siang silih berganti bagi orang yang hendak mengingati, atau hendak berterima kasih.

25:63. Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, "Salam",

25:64. Yang melalui malam dengan bersujud kepada Pemelihara mereka, dan berdiri.

25:65. Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau palingkanlah daripada kami azab Jahanam; sesungguhnya azabnya adalah penderitaan yang paling ngeri,

25:66. Buruknya ia sebagai sebuah tempat menginap, dan sebuah tempat tinggal."

25:67. Yang, apabila mereka nafkahkan (belanjakan) tidak membazir, dan tidak juga kikir, tetapi di antara yang demikian itu, dengan satu pendirian yang saksama,

25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang buat demikian itu akan temui harga dosa.

25:69. Akan dilipatgandakkan azab untuknya pada Hari Kiamat, dan dia tinggal di dalamnya, terhina selama-lamanya.

25:70. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat amalan (kerja-kerja) yang baik; bagi mereka itu, Allah akan tukar kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah Pengampun, Pengasih.

25:71. Dan sesiapa bertaubat, dan buat kerja-kerja baik , dia benar-benar bertaubat kepada Allah dalam taubat.

25:72. Dan orang-orang yang tidak saksikan yang dusta, dan apabila mereka melalui percakapan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan mulia,

25:73. Dan orang-orang yang apabila mereka diingatkan dengan ayat-ayat Pemelihara mereka, tidak jatuh padanya, pekak dan buta,

25:74. Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang bertakwa."

25:75. Mereka itu dibalas dengan bilik yang tertinggi, kerana mereka sabar, dan mereka akan terima di dalamnya salam hormat, "Salam!"

25:76. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; adalah baik sebagai sebuah tempat menginap, dan sebuah tempat tinggal.

25:77. Katakanlah, "Pemeliharaku tidak pedulikan kamu sekiranya tiada seruan kamu. Maka sesungguhnya kamu telah dustakan, dan pasti ia akan mengikat."


Daftar Surah

Tiada ulasan: