The Alien - Link Select

Isnin, 26 Januari 2015

SOLAT LIMA WAKTU DALAM QUR'AN ???






KESILAPAN BESAR BAGI QURANIYUN DAN SHIAH SERTA PUAK=-PUAK YANG ANTI-HADIS YANG SELALU MENGATAKAN SOLAT YANG DIFARDHUKAN DALAM QUR'AN HANYA ADA 3 JENIS SOLAT DAN WAKTUNYA....

SEBENARNYA ADA 2 NAMA SOLAT YANG JELAS TERSURAT IAITU SOLAT FAJAR DAN SOLAT ISYAK YANG DUA LAGI DISEMBUNYIKAN DALAM SOLAT WUSTA (SOLAT PERTENGAHAN) DAN SATU LAGI TERLETAK DALAM WAKTU WUSTA ANTARA FAJAR DAN ISYAK. IAITU ZAHRI ATAU ZOHOR. MANAKALA WAKTU SOLAT SELEPAS ZOHOR, ADALAH SOLAT ASAR PULA DITERANGKAN OLEH NABI DALAM HADIS

SOLAT 5 WAKTU MENURUT QUR’AN


ALLAH S.W.T
Berfirman :
Sesungguhnya waktu solat adalah dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
(QS4:103)

Peliharalah kamu segala Solat, khasnya Solat  Wusta (solat Pertengahan) dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk.
(QS2 : 238)

Peraturan orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu. Dirikanlah olehmu Solat ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan Bacaan Fajar sesungguhnya Bacaan Fajar itu adalah disaksikan. Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah Tahajjud  padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
(QS17:77-79)

Dan dirikanlah solat pada dua akhir siang dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya (Bahagian permulaan malam) dari waktu malam (SOLAT ISYAK). Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
                (QS11:114)    

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu, dalam tiga masa; sebelum solat Fajar, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari(Az-Zahri), dan sesudah solat Isyak; itulah tiga masa bagi kamu...  
(QS24 : 58)

(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam (Isyak) dan semasa kamu berada pada waktu PAGI (Fajar). Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji di langit dan di bumi, dan juga pada waktu petang (Asar dan Maghrib) dan semasa kamu berada pada waktu SIANG (Zohor).
(QS30:17-18)



PENJELASAN :

*SIANG TIDAK BIOLEH DIBAHAGI. SIANG ADA SATU SAHAJA.  DUA AKHIR SIANG BERMAKNA SIANG ITU DIBAHAGI DUA DAN SETIAP BAHAGIAN ADA AKHIR.  MAKNANYA ADA DUA BAHAGIAN DALAM SATU SIANG.
IAITU BERMULA FAJAR HINGGA TENGAHARI : AKHIR SIANG PERTAMA.
TENGAHARI HINGGA SENJA : AKHIR SIANG KEDUA. 
MAKA IA MENJADI DUA AKHIR SIANG DI SINI.
SEBAB ITU DALAM AYAT 24 : 58 ADA TIGA WAKTU YANG DISEBUT. INI ADALAH SISTEM PEMBAHAGIAN SIANG.  IAITU WAKTU SOLAT FAJAR-WAKTU TENGAH HARI (SATU BAHAGIAN SIANG DAN DARI TENGAHARI KE WAKTU ISYAK ADALAH BAHAGIAN KEDUA SIANG.  JADI SIANG ADA DUA BAHAGIAN. DUA BAHAGIAN BERMAKNA DUA TEPI SIANG.  JADI MAKSUD GELINCIR MATAHARI ITU ADALAH MATAHARI BERADA DI ATAS KEPALA PADA AKHIR SIANG PERTAMA- PADA KETIKA MATAHARI GELINCIR SEDIKIT KE BARAT KETIKA ITU KITA DIPERINTAHKAN UNTUK SOLAT(17:78)- TEPI SIANG PERTAMA DAN INI DINAMAKAN ZOHOR KERANA DISEBUT DALAM (24:58)...   KEMUDIAN AKHIR SIANG KEDUA IAITU SELEPAS TENGAHARI KE SENJA JUGA DIPERINTAHKAN KITA SOLAT PADA AKHIR SIANGNYA. IAITU SEBELUM SENJA.  JADI INI DALAM WAKTU ASAR.  JADI SOLAT-SOLAT YANG DILAKUKAN PADA AKHIR SIANG PERTAMA DAN PADA AKHIR SIANG KEDUA DINAMAKAN SOLAT WUSTA ATAU SOLAT PERTENGAHAN KERANA SIANG ITU DUA BAHAGIAN KERANA ADA DUA TEPI SIANG MAKA PEMBAHAGI ITU DINAMAKAN PERTENGAHAN ATAU WUSTA - ADA DUA JENIS SOLAT DI SINI IAITU SOLAT AKHIR SIANG PERTAMA (ZOHOR) DAN SOLAT AKHIR SIANG KEDUA(ASAR). SIANG KEDUA-LEPAS ASAR- BERAKHIR PADA SENJA . DAN PERINTAH SOLAT BELUM BERAKHIR LAGI. PADA SENJA INI KITA DIPERINTAHKAN UNTUK SOLAT MAGHRIB –WAKTU YANG BERHAMPIRAN DENGANNYA DARI WAKTU MALAM-  MENUNJUKKAN BELUM MALAM LAGI TETAPI SENJA(MAGHRIB).... 
INILAH... SOLAT ZOHOR-AKHIR SIANG PERTAMA, ASAR DAN MAGHRIB DI AKHIR SIANG KEDUA YANG DIGELAR SOLAT WUSTA ATAU SOLAT PERTENGAHAN.

KEMUDIAN -“HINGGA WAKTU GELAP MALAM”-(17:78) BERMULANYA GELAP MALAM DIPERINTAHKAN PULA UNTUK SOLAT IAITU SOLAT ISYAK(24:58) -
IAITU SOLAT FARDHU PENUTUP BAGI SOLAT-SOLAT SEHARIAN ITU
MAKA CUKUPLAH DISITU DISYARATKAN  BAHAWA SOLAT ADA LIMA WAKTU
SEPERTI YANG DISYARIATKAN KEPADA RASULULLAH DAN UMATNYA
QUR’AN MEMANG LENGKAP...
DARI SEGI MAKNA SAHAJA KITA SUDAH TAHU ADANYA SOLAT LIMA WAKTU DALAM QUR’AN HANYA DUA NAMA SOLAT YANG RASMI SAHAJA YANG DISEBUT OLEH ALLAH, SELAIN ITU TERKANDUNG DALAM NAMA ATAU GELARAN SOLAT WUSTA ATAU SOLAT PERTENGAHAN YANG MENUNJUKKAN LOKASI BUKAN WAKTU TERNTENTU. SEMENTARA FAJAR, ZAHRI DAN ISYAK MENUNJUKKAN WAKTU TERTENTU.   INI SUDAH CUKUP MENGGAMBARKAN WAKTU-WAKTU SOLAT YANG LAIN TERKANDUNG DALAM SOLAT WUSTA ATAU SOLAT PERTENGAHAN.

PENJELASAN INI SUDAH MEMADAI ADANYA SOLAT 5 WAKTU. 

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu;


SEBAGAI HAMBA ALLAH... KITA PATUT TAHU BERFIKIR KERANA INI BERULANG-KALI DIBERITAHU OLEH ALLAH DALAM QUR’AN....
"untuk menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berfikir."
[QS. GHAFIR : 54]


Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir.
[QS. AL-BAQARAH 2 : 219]

Dan perumpamaan perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir
[QS. AL-HASYR : 21]

Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir? dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.
[QS. FATHIR : 37)



DAN PENJELASAN DETIL DAN LEBIH LENGKAP DIPRAKTIKAN OLEH RASULULLAH MELALUI TUNJUK AJAR MALAIKAT JIBRIL SELAMA DUA HARI DALAM
KISAH INI...

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
 “Jibril A.S  telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zohor bersamaku ketika tergelincir matahari dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan ‘Isya’ ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh ketika terbit fajar.

Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama saya solat Zohor ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan ‘Isya’ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.”
(HRS)
               

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Jibril turun (datang), lalu ia jadi Imam saya, dan saya solat bersama dia, saya solatbersama dia, saya solat bersama dia, saya solat bersama dia, dan saya solat bersama dia". Beliau hitung dengan jari beliau lima kali solat.”
Daripada Abu Mas'ud R.A
[H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. -Jilid 3. Hadis Nombor 1434]

"Nabi melakukan solat ZOHOR atau yang anda namakan solat 'Al Uulaa' (solat pertama) ialah ketika MATAHARI TERGELINCIR ke barat. Dan beliau solat ASAR, ketika salah seorang kami kembali dari perjalanannya ke ujung kota, sedangkan matahari masih terasa panasnya. Dan aku (kata Sayyar) lupa ucapannya tentang solat MAGHRIB.  Dan Nabi lebih suka mengundurkan solat ISYAK yang anda namakan Al 'Atamah, dan beliau tidak menyukai tidur sebelum solat Isyak , dan bercakap-cakap sesudahnya. Dan selesai solat SUBUH ketika seseorang telah mengenal orang duduk di samping, sedangkan Nabi membaca dalam solat itu sebanyak 60 sampai 100 ayat."
Daripada Sayyar bin Salamah R.A, Abu Barzah Al Aslami
[H.R.S : Imam Bukhari Ra. A Jilid 1. Hadis Nombor 0309]


 “Dan waktu solat subuh dari terbitnya fajar (sadiq) sampai sebelum terbitnya matahari.”
Daripada Abdullah bin Umar R.A
[H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]


DAN HADIS-HADIS NABI LEBIH DETIL MENERANGKAN ISI DAN PUZZLE DALAM QUR’AN. SETERUSNYA ULAMA YANG BENAR-BENAR BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA MENERUSKAN KERJA WAJIB INI UNTUK KEBAIKAN SELURUH UMAT MANUSIA DAN JIN.



MAKA JELASLAH, DAKWAAN ANTI-HADIS, QURANIYUN DAN SHIAH INI ADALAH SESAT!


Tiada ulasan: