BENARKAH NABI
MUHAMMAD WAFAT KARENA DIRACUN ?
Tuduhan meninggalnya
Rasulullah SAW karena diracun sering dilakukan berdasarkan hadist ini :Volume 5, Book 59,
Number 713:Dikisahkan oleh Aisyah
R.A : Rasulullah S.A.W dalam keadaan sakit yang menyebabkan kematiannya, biasa
berkata, “O, Aisyah... Aku masih merasakan sakit akibat makanan yang aku makan
di Khaibar dan saat ini, aku merasa seolah-olah urat nadiku terputus akibat
racun itu.”Benarkah Rasulullah
SAW meninggal akibat diracun oleh wanita Yahudiseperti hadist
diatas??? marilah kita bahas bersama-sama mengenairiwayat perang khaibar
dan wanita yahudi yang mencuba meracun Rasullullah SAW
tersebut.
*Hadis ini adalah hadis yang lemah dan cuba mencemarkan maruah dan nama
baik Nabi Muhammad SAW. Dari hujah Qur’an
tentang nabi Muhammad SAW dan para Sahabat Baginda SAW, jelas menunjukan bahawa
itu semua adalah FITNAH musuh-musuh Islam yang cuba utuk memusnahkan Islam dari
dalam dengan menggunakan nama-nama periwayat hadis yang mahsyur seperti Imam Bukhari
dan Imam Muslim.
PERISTIWA PERANG KHAYBAR
Dari Anas bin Malik R.A, katanya : Rasulullah s.a.w. memasuki Khaibar pagi hari. Waktu itu mereka
keluar kelapangan. Setelah mereka melihat beliau mereka berkata :”Muhammad dan
tentera”. Lalu mereka segera menempati benteng mereka. Nabi s.a.w mengangkat
kedua belah tangannya dan berdoa
: “Allahu Akbar”! Hancurlah Khaibar! Bila kami duduki lapangan suatu kaum, maka
amat buruk pagi hari orang yang diberi peringatan (tetapi) tidak menurut.” (H.R.S. : Imam Bukhari )Dari Abu Hurairah R.A., katanya : Setelah Khaibar dikuasai dan diduduki, ada orang yang menghadiahkan daging
kambing yang beracun kepada Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W : “Saya hendak bertanya kepadamu tentang satu hal! Adakah kamu mahu memberikan
keterangan yang sebenarnya kepada saya!”Mereka menjawab :
“Ya”Nabi S.A.W bertanya
kepada mereka : "Siapa ayahmu?”mereka itu menjawab :
”Si Anu !”Lalu baginda S.A.W bersabda
: "Kamu dusta, akan tetapi ayah kamu si “Anu”.Mereka itu berkata :
”Benar, Tuan!”Baginda S.A.W bertanya :
”Adakah kamu mahu menjawab dengan benar kepada saya tentang sesuatu yang saya
tanyakan?”Mereka berkata : “Ya,
hai Abu Qasim! Sekiranya kami berdusta, tuan ketahui dusta kami sebagaimana
tuan ketahui tentang ayah kami”.Baginda S.A.W menanyakan
kepada mereka : “Siapa ahli Neraka”?”Mereka itu menjawab :
“Kami berada di dalamnya dalam masa yang singkat, kemudian kamu gantikan kami
di dalamnya.”Nabi S.A.W lalu
bersabda : ”Kamu akan tetap disiksa dalam Neraka itu, demi ALLAH! Kami tidak
akan pernah menggantikan kamu di dalam Neraka itu.”Kemudian baginda bersabda lagi : “Adakah kamu mahu menjawab dengan benar kepada saya tentang
sesuatu yang saya tanyakan?”Jawab mereka : “Ya,
hai Abu Qasim!”Baginda S.A.W bertanya :
“Adakah kamu isikan racun dalam daging kambing ini?”Jawab mereka : ”Ya!”Tanya beliau :
“Apakah yang mendorong kamu berbuat demikian?”Jawab mereka :
”Maksud kami ialah, kalau sekiranya tuan seorang pendusta, kami akan senang.
Dan kalau sekiranya tuan seorang Nabi, racun itu TIDAK akan membahayakan tuan. Dan, ternyata MEMANG BENAR engkau seorang NABI,
daging tersebut memberi khabar kepadamu bahawa ia beracun, maka dengarlah bahwa
saya bersaksi ‘Tiada Tuhan Selain Allah, dan Engkau Muhammad benar-benar utusan ALLAH.”
(H.R.S. : Imam Bukhari
- 1412)
AKHIRNYA kerana takjub dan kagum serta dengan MUKJIZAT itu, Zainab
binti Harist pun masuk Islam karena kebenaran yang ajaib itu dan juga berdasarkan kesedarannya
dan kemahuannya sendiri.
“Demi ibu-bapakku wahai Rasul! Sungguh,
andaikan Isa putra Maryam telah dikarunai oleh Allah kemampuan untuk dapat
menghidupkan kembali orang mati, namun apakah hal itu lebih menakjubkan berbanding dengan DAGING KAMBING YANG DIRACUNI dan telah masak digoreng, ketika ia berbicara dan memberitahumu melalui pahanya : “JANGANLAH ENGKAU MEMAKANKU, KARENA AKU BERACUN!”
SAIDINA
UMAR AL-KHATTAB R.A
OLEH YANG DEMIKIAN, NABI MUHAMMAD S.A.W SELAMAT DARI TERKENA RACUN TERSEBUT MENURUT KATA-KATA ZAINAB BINTI HARITS, IAITU PEREMPUAN YAHUDI YANG TELAH MENJADI DALANG DAN CUBA MERACUNI NABI MUHAMMAD S.A.W. INI TEPAT DENGAN JANJI ALLAH KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W SELAGI BAGINDA S.A.W TERUS MENYAMPAIKAN WAHYU DARI ALLAH. MAKA ALLAH MENJAMIN DNA MEMELIHARA NABI S.A.W DARI GANGGUAN DAN KEJAHATAN MANUSIA. ( QUR'AN SURAH AL-MAIDAH : 67 )
Pembuktian bahwa
Rasulullah SAW TIDAK WAFAT / meninggal terkena racun tersebut.
* Perang Khaybar
terjadi pada tahun 628 M (tahun ke 7 H) dan pada bulan February 629 M (Zul
Qa’dah 7 H) Nabi dan kaum Muslimin melaksanakan Umratul Qadha’.* Setelah perang
Khaibar berakhir dengan KEMENANGAN UMAT ISLAM, Rasulullah menikah dengan Shafiyah binti Huyaiy bin
Akhtab. Pada tahun yang sama.* Bulan JanuarI 630 M
(Ramadhan 8 H) Nabi Muhammad S.A.W pun masih SEHAT WAL ‘AFIAT. Beliau membuka kota
Makkah dan menghancurkan semua berhala-berhala yang ada di sekitar Ka’bah.
Peristiwa ini dikenal dengan “FATHUL MAKKAH”.* 4 (Empat tahun) SELEPAS peristiwa Perang Khaibar, Rasulullah S.A.W masih HIDUP sihat walafiat kerana baginda di
dari mula hingga akhir tugasnya sebagai Nabi ALLAH yang dijaga dari kejahatan
dan gangguan manusia.
*Dan pada bulan
maret 632 M, atau tepatnya Dzulhijjah 10 H) Rasulullahmelaksanakan Haji
Wada’ bersama-sama dengan kira-kira 114.000,- orang Muslimin untuk
menunaikan ibadah haji di Mekah.* Pada bulan Mei
632M, atau bulan safar 11 H, Rasulullah S.A.W menyiapkan Tentera Usamah untuk pergi
ke Negeri Syam.* Pada 7 Jun 632
M atau pada hari Isnin 12 Rabi’ul awal (bertepatan dengan hari kelahiran beliau)
Nabi Muhammad wafat kerana penyakit biasa. Iaitu DEMAM yang sangat tinggi. Yang
paling penting ialah apabila wahyu terakhir turun. Tanda paling besar bahawa Nabi Muhammad S.A.W
akan kembali kepada Penciptanya...
Inilah WAHYU ALLAH yang terakhir dan menjadi tanda bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W pasti kembali (MATI) kepada Penciptanya....
ALLAH SWTBerfirman :“... Pada hari ini,
Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu
kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu ...” ( Q.S Al-Maidah 5 : 3
)
"Wahai Muhammad,
sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah
apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang
olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka
bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu." MALAIKAT JIBRIL A.S
"Wahai para
sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah
kamu tahu bahwa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan
kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahwa ia menunjukkan
perpisahan kita dengan Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W. Hasan dan Husin menjadi
yatim dan para isteri nabi menjadi janda." KHALIFAH ABU BAKAR @
ABU QUHAFAH AS- SIDDIQ R.A
Saidina Ali R.A.Berkata:"Ya, Rasulullah,
Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini (Al-Maidah : 3) membawa tanda
bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?."RASULULLAH NABI
MUHAMMAD S.A.Wberkata : "Semua yang
dikatakan oleh Abu Bakar R.A adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku
meninggalkan kamu semua telah dekat.”
RASULULLAH NABI
MUHAMMAD S.A.W Bersabda :“Tidaklah seorang
nabi sakit kecuali akan diberi pilihan antara dunia dan akhirat.”Aisyah R.A berkata;
Dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sakit yang menyebabkan
kematiannya, aku mendengar beliau menuturkan dengan terputus-putus,Baginda S.A.W
bersabda:“Bersama orang-orang
yang telah Allah beri nikmat kepada mereka, baik dari para nabi, orang-orang
yang jujur, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang yang shalih dan
mereka itulah sebaik-baik teman.”Saidatina Aisyah R.A
berkata : “Maka aku tahu bahwa waktu itu beliau sedang
diberi pilihan.”Daripada Muhammad bin
‘Abdullah bin Hausyab,Ibrahim bin Sa’ad, Bapaknya, Urwah dari Saidatina Aisyah
R.A( Hadis Mutawatir Mutafaqun
Alaih.)
"RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W, penutup para Utusan ALLAH itu WAFAT atas pilihannya sendiri untuk kembali kepada ALLAH dalam keadaan biasa seperti manusia biasa sebagai Utusan ALLAH yang terakhir. Tiada satu makhluk pun yang mampu memudaratkannya atau dapat menzaliminya. ALLAH telah memelihara Zahir dan Batin Nabi Muhammad SAW dari sebarang kejahatan dan gangguan Manusia dan Jin. Tiada satu pun mahkluk di alam ini yang bergembira dengan kewafatan Nabi Muhammad SAW kecuali IBLIS Laknatullah, dan tiada satu makhluk pun yang amat bersedih melebihi Malaikat Jibril A.S. dan Malaikat Maut A.S." IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A
Ibnu Sa’ad, p.265;Rasulullah S.A.W
jatuh sakit dan dia yakni Malaikat Jibril A.S, berdoa baginya sambil berkata,
“Dengan nama Allah aku berdoa untuk
mengusir semua yang melukaimu dan menangkal semua yang dengki padamu dan dari
semua mata yang jahat dan Allah akan menyembuhkanmu.”
Ibnu Sa’ad, p.322;Sesungguhnya, ketika
Rasulullah S.A.Wmerasa sakit, dia meminta kesembuhan dari Allah. Tapi atas
sakitnya yang menyebabkan dirinya mati, dia tidak berdoa untuk minta
kesembuhan; baginda SAW biasa berkata, “Wahai jiwa! Apa yang terjadi atas
dirimu sehingga kau mencari berlindung di setiap tempat perlindungan?”
PERISTIWA KEWAFATAN / KEMATIAN
MUHAMMAD
Ibnu Sa’ad p.322:Ketika saat terakhir Nabi
semakin menderita, dia biasa menarik selimut menutupi mukanya; tapi ketika dia
merasa tak nyaman, dia menyingkirkannya dari wajahnya dan berkata, “Kutukan
Allah bagi orang-orang Yahudi dan Kristian yang membuat kuburan para nabi
mereka sebagai tempat keramat.”
KESIMPULANNYA...
SEKIRANYA Nabi
Muhammad SAW difitnah bahawa baginda SAW mati kerana diracun oleh musuh. MAKA baginda S.A.W diketegorikan sebagai MATI SYAHID. Mati Syahid
adalah Kematian yang SANGAT TERMULIA sebagai seorang ISLAM dan sebagai seorang
Utusan ALLAH yang terakhir. Kematian dan
sebab kematian itu tidak langsung menjejaskan keagungan dan kemuliaan sebagai
nabi Terakhir yang dimuliakan oleh ALLAH.
TETAPI sebenarnya menurut Qur’an
yang merupakan AKHLAK Nabi Muhammad SAW itu sendiri menyatakan bahawa
FITNAH musuh-musuh Islam yang mahu melemahkan semangat umat Islam dan mahu
mencemar maruah dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW. Nabi
Muhammad S.A.W tidak mati diracun
seperti fitnah musuh-musuh Islam itu, sebaliknya hanya kewafatan biasa sebagai
seorang Nabi yang telah tamat tugasnya sebagai penyampai wahyu ALLAH. Jaminan keselamatan dari gangguan manusia
juga turut berakhir ketika 'wahyu terakhir' turun. Peristiwa Racun Di Khaybar itu langsung TIDAK dapat memudaratkan Nabi Muhammad SAW, kerana baginda masih di bawah jaminan
perlindungan ALLAH SWT ketika itu. Sesuai
dengan firman ALLAH SWT dalam surah.
ALLAH S.W.TBerfirman :“Wahai Rasul Allah!
Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau
tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah
engkau menyampaikan perutusanNya; dan ALLAH JUA-LAH AKAN MEMELIHARA DARI (KEJAHATAN)
MANUSIA. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang
kafir.”(QS Al-Maidah 5 : 67
)
“Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu
beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka
telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman
dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan
dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau
khuatir wahai Muhammad) kerana ALLAH akan MEMELIHARA (dan umatmu) dari KEJAHATAN mereka; dan Dia lah jua Yang
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. “ (Q.S.
A-Baqarah 2 : 137)
"RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W, penutup para Utusan ALLAH itu WAFAT atas pilihannya sendiri untuk kembali kepada ALLAH dalam keadaan biasa seperti manusia biasa sebagai Utusan ALLAH yang terakhir. Tiada satu makhluk pun yang mampu memudaratkannya atau dapat menzaliminya. ALLAH telah memelihara Zahir dan Batin Nabi Muhammad SAW dari sebarang kejahatan dan gangguan Manusia dan Jin. Tiada satu pun mahkluk di alam ini yang bergembira dengan kewafatan Nabi Muhammad SAW kecuali IBLIS Laknatullah, dan tiada satu makhluk pun yang amat bersedih melebihi Malaikat Jibril A.S. dan Malaikat Maut A.S."
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A
Tiada ulasan:
Catat Ulasan