The Alien - Link Select

Selasa, 31 Mei 2011

HANYA DALAM SUNNAH NABI ADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT!!!

Tuan-tuan,sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.Di luar sunnah tiada kejayaan.Apakah sunnah itu?Iaitu cara nabi s.a.w.Bila kita ikut cara nabi s.a.w,Allah s.w.t akan beri kita kejayaan dunia akhirat.Cara lain selain cara nabi s.a.w,tiada kejayaan.Cara lain selain cara nabi s.a.w ,akan menempuh kegagalan.Oleh itu kita hendaklah yakin seyakin-yakinnya bahawa hanya cara nabi s.a.w yang bawa kejayaan,selain cara nabi s.a.w,langsung tiada kejayaan.

Cara Nasrani tiada kejayaan,cara Yahudi tiada kejayaan,cara Komunis tiada kejayaan,cara Sekular tiada kejayaan.Cara Timur tiada kejayaan.Cara Barat tiada kejayaan.Cara Hindu tiada kejayaan,cara Buddha tiada kejayaan.Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat kejayaan di sisi Allah s.w.t,Maha Besar dan Maha Berkuasa.

Apakah kejayaan?Kejayaan ialah apabila kita berjaya menyediakan diri kita untuk MENGUCAPKAN KALIMAH LAILAHAILALLAH DI AKHIR KALAM yakni kita mati dengan membawa iman kepada Allah s.w.t.

Iman tidak akan didapati dari cara selain cara nabi s.a.w.Iman hanya boleh didapati dengan CARA NABI S.A.W.

Cara Nasrani tidak bawa iman,cara Yahudi tidak bawa iman,cara Komunis tidak bawa iman,cara Sekular tidak bawa iman.Cara Barat tidak bawa iman.Cara Timur tidak bawa iman.Cara Hindu tidak bawa iman,cara Buddha tidak bawa iman.Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat iman,dengan iman inilah KITA AKAN DAPAT KEJAYAAN.

Hari ini umat Islam sudah banyak tinggalkan sunnah nabi s.a.w.Sebaliknya ramai umat lain selain umat Islam mengamalkan sunnah nabi.Maka umat Islam menempuh kegagalan HIDUP DI DUNIA.Umat lain pula mendapat KEJAYAAN HIDUP DI DUNIA.Contohnya kebersihan.

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)

Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya,dari Rasulullah s.a.w:"Sesungguhnya Allah S.W.T itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan,Dia Maha Indah yang menyukai keindahan,kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu”

(HR. Tirmizi)

Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “ sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”

Betapa lengkapnya Islam sampai membersihkan hidung pun jadi sunnah nabi s.a.w.Sebab itu siapa ikut sunnah nabi s.a.w,secara automatik dia jadi pembersih.

Lihat negara-negara Barat tuan,mereka amalkan sunnah nabi,jaga kebersihan,mereka dapat kejayaan di dunia.Lihat Jepun tuan,lihat Korea tuan...tempat mereka bersih dan kemas,maka mereka dapat kejayaan dunia dengan amalkan sunnah nabi.Tetapi mereka semua tidak dapat kejayaan akhirat sekaligus kejayaan segala kejayaan.JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN.

Sebab itu di dalam sunnah ada kejayaan.Bersihkan pejabat tuan,bersihkan rumah tuan.Tuan akan lihat di dalam sunnah ada kejayaan.

Nabi juga meminta kita bersugi (membersihkan gigi) dan ini sunnah nabi s.a.w.

Dari Aisyah r.a.h. "Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya ".
( Riwayat Baihaqi )

"Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi".
( Riwayat Muslim )







Lihat tuan-tuan!Betapa sempurnanya Islam sehinggakan orang yang bersugi mendapat redha Allah s.w.t dan solatnya lebih baik dari 70 puluh rakaat solat yang tidak bersugi.Nabi ajak kita jadi individu terhormat dan mulia.Islam ajak kita jadi manusia wangi,bersih dan sihat.Sebab itu orang yang ikut sunnah nabi s.a.w nescaya akan mendapat kejayaan.Hanyasanya orang yang berjaya ialah orang yang meletakkan dirinya dalam kemuliaan agama.

Adakah agama-agama lain mengajak penganutnya bersugi atau membersihkan hidung?Mari tuan-tuan kita ikut sunnah nabi s.a.w!Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.

Salah satu sunnah nabi s.a.w adalah solat berjemaah.Dengan solat berjemaah,kita dapat mengenali ahli kariah kita,jiran-jiran dan saudara-saudara kita.Ini memupuk kebaikan sosial dan ukhuwah sesama umat Islam.Islam bukan mengatur sistem individualistik.Islam adalah agama kemasyarakatan.Islam bukan agama rahib dan pendeta yang bersunyi diri.Islam agama yang sosial dan komuniti.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.

5 perkara ini jika tuan-tuan buat maka tuan-tuan semua telah tunaikan hak-hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya.Islam menganjurkan hidup bermasyarakat.Bukan hidup terpencil seorang diri.Inilah kesempurnaan hidup beragama.Bila kita ikut Islam,kita akan mencapai kesempurnaan hidup,di dunia dan akhirat.Bila kita ikut sunnah,kita akan dapat kejayaan.Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.

Bila di dalam kubur nanti malaikat tanya:

"Ma Ikhwanuka?" (Siapa saudaramu?)

Kita tak payah jawab tuan,mulut kita terkunci rapat.Yang jawab ialah amal kita.Nah!5 perkara tadi yang akan jawab siapa saudara kita.

Bila kita ikut sunnah nabi,bukan sahaja kejayaan dunia,malah kita akan dapat kejayaan di akhirat.Yakinlah tuan-tuan.

Jika kita contohi cara hidup nabi,kita akan dapat banyak kejayaan di dunia,disamping ganjaran pahala dari Allah Yang Maha Pemurah.Contohnya makan ikut cara nabi juga bawa kejayaan.Bagaimana nabi makan?Nabi makan dengan menggunakan jari,dan lepas makan nabi menjilati jari-jemarinya:

Kaab bin Malik r.a bercerita,

"Sesungguhnya Nabi s.a.w menjilati jari-jemarinya (sehabis makan) tiga kali"

(diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar,dari Abdurrahman bin Mahdi,dari Sufyan,dari Said bin Ibrahim,dari salah seorang anak Kaab bin Malik,yang bersumber dari bapanya)


Kenapa kena ikut cara nabi s.a.w?Kenapa kena ikut makan cara nabi s.a.w?

Hamba Allah:Saya tidak mahu awak jawab dengan berkata ini sunnah...ini sunnah...kena ikut.Saya sudah bosan.

Jadi nak jawab bagaimana yang tuan inginkan?

Hamba Allah:Saya mahu awak jawab dari segi logik kenapa saya perlu ikut sunnah.Contohnya makan dengan jari dan lepas makan kena jilat jari.Eiii...ini sungguh menjijikkan.Saya selalu guna sudu dan garpu.Ini lebih bertamadun.

Owh...tuan mahu saya terangkan dari segi asbab keduniaanlah,kenapa perlu makan ikut cara nabi.Jangan risau tuan...selama tuan ikut cara nabi s.a.w,tuan tetap dapat habuan di dunia malah ganjaran di akhirat.Tuan tidak perlu risau jadi miskin atau hina lepas amal cara nabi s.a.w malah tuan akan jadi mulia dan hidup tuan jadi berkat.Tidak mengapa kalau tuan makan dengan garpu dan sudu,tak jadi masalah,tapi kalau tuan ikut cara nabi memang tiada masalah malah boleh selesai masalah.

Hamba Allah:Saya tak nampak amal makan cara nabi buat saya jadi mulia.Makan dengan jari nampak kekampungan.Lepas itu jilat jari,menambahkan ciri-ciri primitif dan tidak bertamadun.

Itu tuan yang kata ke atau 'Orang Barat' yang kata?Bertenang ya maulana.Fikir dahulu sebelum bercakap.Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.Pegang perkataan ini sampai mati.

Kenapa nabi s.a.w makan dengan tangan?Sebab Allah s.w.t telah letakkan berkat dan kelebihan dalamnya.Di tapak tangan kita terdapat enzim yang bernama interferon.Interferon ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti inteferon alpha yang digunakan dalam perawatan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C.Di hujung jari kita juga terdapat asid amino dan protein malah kuku kita juga diperbuat dari sejenis protein yang dipanggil kerotin,di mana protein-protein ini bertindak sebagai pemangkin kepada proses penguraian makanan.Pemangkin dari protein ini dipanggil sebagai enzim.







Oleh itu sebelum karbohidrat terhurai di dalam mulut oleh enzim amilase dalam air liur,ia telah mengalami pra-penguraian dahulu ketika kita menggaulkan nasi dengan tangan.Enzim yang terhasil di antara kuku dan isi kuku kita juga mempunyai kekuatan lebih dari enzim amilase dalam air liur.Kesan daripada enzim dan protein ini yang biasa kita nampak ialah makanan cepat basi apabila disentuh dengan tangan (bermakna kesan dari proses penguraian makanan).

Hamba Allah:Ok,berikan lagi contoh dalam sunnah ada kejayaan.

Tuan nak lagi?Boleh...contoh sebelum makan sunnah makan buah dahulu.Bila kita ikut sunnah makan cara nabi s.a.w,Allah akan beri ganjaran pahala sebab ikut sunnah nabi.

Hamba Allah:Saya tidak mahu dengar pahala-pahala ke ganjaran ke...saya tak nampak semua benda tu.Saya nak tahu apa kajian saintifik makan buah sebelum makan.Biasanya makan buah selepas makan sebagai pencuci mulut.Pelik.






Masya Allah tuan...nampaknya tuan sudah ketinggalan zaman dan bertabiat pelik secara saintifiknya.Makan buah selepas makan adalah amat tidak menyihatkan.

Hamba Allah:Apa?Tidak sihat?Ini budaya dari Barat.Semua dari Barat adalah betul...betul dan betul.Mereka adalah kaum yang bertamadun dan saintifik.Bukan macam orang Islam.Jumud,kolot dan tak saintifik.


Astaghfirullahalazim...sebenarnya tuan apabila tuan makan buah selepas makan maka khasiat atau zat dari buah-buahan tadi tidak dapat digunakan dengan sempurna oleh tubuh tuan.Tuan hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah tuan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana tuan tidak makan dengan cara yang betul.Tuan SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG.

Hamba Allah:Subhanallah!Di dalam sunnah ada kejayaan.

Begitulah tuan-tuan,di dalam sunnah ada kejayaan.Ini baru bab makan dan kebersihan,berpuluh-puluh sunnah lagi yang mengandungi 1001 khasiat dan fadilat yang Allah s.w.t sediakan untuk manusia di dunia.Allah s.w.t adalah pencipta manusia maka Dia Maha Tahu akan apa yang baik untuk manusia.Bila kita amalkan sunnah nabi,bermakna kita cintakan nabi.Mana mungkin orang yang mengaku cintakan nabi dan ikut ajarannya benci pada janggutnya atau serbannya.Orang yang menjadikan artis-artis sebagai idola pun akan ikut segala fesyen artis itu dari rambut hingga ke hujung kaki.Kita mengaku Islam dan bernabikan Muhammad s.a.w,tetapi kita mencemuh janggut nabi,jubah nabi dan serban nabi.

Bila kita amalkan sunnah nabi dalam kehidupan,nanti Allah s.w.t mudahkan hidup kita.Sebab Allah telah letakkan asbab-asbab dunia sebagai keberkatan kepada orang yang amalkan sunnah nabi tadi.Dia amalkan makan cara nabi,Allah mudahkan sistem penghadamannya.Dia amalkan istinjak cara nabi,buang air kecil cara nabi,buang air besar cara nabi nanti Allah mudahkan sistem perkumuhannya,luaskan saluran perkumuhannya,tidak seperti orang yang tidak beristinjak cara nabi.Dia tidur cara nabi,Allah tegakkan tulang belakangnya,Allah jaga tubuhnya selama dia tidur.Ini belum lagi amal apa yang Allah sudah WAJIBKAN macam solat fardu.Kelebihan berdiri,rukuk,sujud,duduk dalam solat...semua itu ada sebab dari segi kesihatan,dari segi biologi,kimia dan fizik.JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN.

Oleh itu tuan-tuan,marilah kita amalkan sunnah nabi.Sebab apa tuan-tuan?
...SEBAB DI DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN!


ALLAHUAKBAR!

Ahad, 29 Mei 2011

MASUK NERAKA!!!

"Aku bengang betul ngan budak trafik tu. Bingai!" kata Haris, geram.
M menoleh dan merenung sahabatnya itu. "Kenapa, Haris?"
"Ade la tadi seorang budak trafik tu. ade ke patut, disamannya aku sebab parking kat tepi jalan tu. aku tau lah jalan tu line kuning!" Haris mengetap gigi.
"Tenang, Haris. cuba ko cite kat aku apa halnya tu."
"Tadilah, ada budak trafik tu. aku pi bangunan PKNS tu. kan kat tepi jalan tu ada banyak keta parking at situ. aku parking lah kat situ. masa aku nak masuk bengunan , aku toleh semula ke tempat aku letak keta tu. nak pastikanlah ia kat situ kan... tiba-tiba pula datang budak trafik ni, naik motor ngan kawan dia. aku tau diorang sedang bertugas menyaman kereta yang parking kat situ, aku cepat-cepatlah kembali ke kereta, tetapi malangnya, budak tu dah siap bagi surat saman kat cermin keta aku. punya geram aku masa tu.... aku nak parking jap je! bukan lama pun. masa tu aku ada lagi..bukannya dia tak nampak!"
"Dah tu?" kata M, ingin tahu.
"Dah tu, aku pikir aku salah la kan, jadi aku amiklah tiket saman tu. budak dua ekor tu lak pi kereta kat depan aku. samalah, saman juga. aku masa tu geram dan tak puas sikit. aku tunggu sampai diorang habis saman kereta yang berderet tepi jalan tu. tetapi aku terkejut, budak trafik tu berhenti di kereta yang kelima. diorang terus jalan sedangkan ada 7 kereta lagi yang ada di tempat yang sama. Kompom lah tak adil kan?!"
M tidak beri komentarnya, tetapi mengangguk-angguk macam burung belatuk.
"Mau je aku baling ngan batu motor diorang tadi."
"Rileklah bro, sabar." M senyum. "Dah tu apa ko boleh buat?"
"Apa boleh buat, dioarng dah jauh. takkan aku nak kejar. Buang minyak aku je!"
M kembali mengangguk-angguk.
"kalau ko apa ko buat?"
"Kalau aku?"
"Ya, kau akan buat apa, kalau ko kena macam ni?"
"Kalau aku... aku biar je!"
"Biar je?"
"habis tu?"
"Buatlah something... takkan ko nak bayar saman tu lak?"
"Alaa... tak payah, dah budak trafik tu nak MASUK NERAKA! lantaklah dia!"
"Takkan ko nak diamkan je?"
"Budak tu yang pilih tindakan dia macam tu. kalau aku, aku biar je.... dia nak buat jahat... aku lagi JAHAT. takde masanya aku nak betulkan orang macam tu! diri aku sendiri tak betul dan takde masa nak betulkan orang lain. takkan aku nak terhegeh-hegeh, ye tak?!"
"maksud ko?"
"Maksud aku..." M merenung sahabatnya. " buat jahat masuk Neraka, buat baik masuk Syurga. Konsep yang amat mudah, bukan?"
Haris diam dan menanti.
"Dah buat tu buat jahat dengan kerja dia, kerja yang diamanahkan. sepatutnya dia buat kerja tu, saman semua kereta yang ada kat situ. ini tak. pilih kasih! dah satu amanah diarosakkan. satu lagi dia tidak adil pada ko dan pada yang lain. fahamkan?"
"Oooo..." Haris angguk, faham.
"Kalau aku tegur, kang. tak pasal-pasal dia masuk Syurga. betul tak? so, biarlah dia masuk NERAKA!" kata M. dengan senyum kambingnya.

PENGAJARAN : Fikir sebelum bertindak!

Selasa, 24 Mei 2011

ELEXCELL ON THE WAY TO MARKET!!!



Akhirnya ia sudah melepasi ujian tahap 3.... ada beberapa ujian lagi yang akan menjadikannya ubat herba terbaik untuk stamina tubuh zahir dan batin serta sistem immune. Insyallah...

AJARAN SESAT???


GOMBAK - Kumpulan Syiah yang difatwakan sesat dan menyimpang daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini tidak pernah serik apabila jemaah itu sekali lagi diserbu oleh pihak berkuasa di Dataran Padang Rakyat, Taman Sri Gombak di sini semalam.

Ketika serbuan pada pukul 1.15 petang oleh sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu, penganjur didapati telah menjemput kira-kira 150 tetamu untuk hadir pada majlis 'Wanita Dalam Penyelesaian Masalah Global dan Pencapaian Keamanan Sejagat' yang sengaja diadakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa untuk menyebarkan fahaman tersebut.

Antara ajaran kumpulan itu ialah menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan dalam keadaan darurat.

PENULIS : Hmmmm... tak habis-habis menyusahkan!

Isnin, 23 Mei 2011

SURAH-SURAH QUR'AN DAN KELEBIHANNYA???


(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.

Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan.

Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.

Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan 'malaikat-maut', dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.

Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang.

Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana.

Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya.

Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.

Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.

Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.

Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan
kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir.

Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan mendapat keberkatan dari Allah.

(18) SURAH AL-NAHL ( Lebah)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(19) SURAH BANI ISRAIL (Anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.

Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.

(20) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.

Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(21) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.


(22) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.

Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap- tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(23) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan terhindar dari bala dan musibat.

Barang siapa membaca ayat 87 dari surah ini,nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(24) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(25) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.

Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(26) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk.

Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(27) SURAH AL-FURQAN (Pembeza)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(28) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(29) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(30) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat.

Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(31) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(32) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(33) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut.

Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(34) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit rohani dan jasmani.

(35) SURAH AL-AHZAB (Gulungan-gulungan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.

Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(36) SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(37) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.

(38) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.

Hadith yang lain mengatakan; Barangsiapa membaca surah " Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.."

Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul- maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."

Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.

-“Barangsiapa membacanya bersama surah Ash-Shaaffaat pada hari jumaat,nescaya Allah akan memperkenankan segala doa dan permohonannya”

-" Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.

-Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.

-Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

-Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barangsiapa membacanya sekali pada awal pagi,andaikata ia mati pada hari itu,mesti ia mati syahid.

- Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.

Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.

Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

(39) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah ia akan terpelihara daripada gangguan jin.

(40) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.

(41) SURAH AZ-ZUMAR (Puak-puak)
Barangsiapa membacanya,nescaya ia akan di kasihi dan di segani.

(42) SURAH AL-MU’MIN (Mu’min)
Barangsiapa membaca ayat 44 dari surah ini,nescaya ia akan terhindar dari penyakit-penyakit mata.

(43) SURAH FUSH-SHILAT (Dijelaskan)
Barangsiapa membaca ayat 36 dari surah ini,sebanyak 7 kali pada pagi Jumaat sebelum terbit matahari,nescaya dia akan terhindar dari ketakutan dan kebimbangan dan dari was was.

(44) SURAH ASY SYUURAA (Rembukan)
Barangsiapa membacanya,nescaya ia akan dipelihara oleh Allah dari kejahatan manusia.

Barangsiapa membaca ayat 15 dari surah ini,nescaya ia akan terhindar dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang buas.

Dan barangsiapa membaca ayat 19 dari surah ini,nescaya Allah akan memurahkan rezekinya.

(45) SURAH AZ-ZUKHRUF (Perhiasan)
Barangsiapa membacanya keatas air hujan atau air embun,lalu di beri minum keatas orang yang mengidap penyakit batuk kering, inshaAllah ia akan sembuh.

(46) SURAH AD-DUKHAN (Asap)
Barangsiapa membacanya keatas kanak-kanak yang baru lahir, inshaAllah ia akan terselamat dari gangguan manusia dan jin.

Dan barangsiapa membacanya,nescaya ia akan terpelihara dari segala-gala bala bencana.

(47) SURAH AL-JATSIYAH (Yang Berlutut)
Barangsiapa yang membacanya keatas kanak-kanak yang baru lahir,inshaAllah ia akan terselamat dari gangguan manusia dan jin.

(48) SURAH AL-AHQAFF (Bukit-Bukit Pasir)
Barangsiapa membacanya keatas air zam zam,lalu di minumnya,nescaya ia di kasihi dan disegani orang.

Barangsiapa membacanya nescaya teringat apa yang ia dengar.

Dengan membacanya keatas air hujan,lalu dimandikannya,nescaya akan sembuh dari segala jenis penyakit.

Barangsiapa membaca ayat 15 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan menjadi soleh,taat dan setia.

(49) SURAH MUHAMMAD (Nabi Muhammad s.a.w.)
Barangsiapa membacanya keatas air zam zam lalu di minumnya,nescaya ia akan di kasihi dan di segani orang.

(50) SURAH AL-FAT-H (Kemenangan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 3 kali,ketika melihat anak bulan ramadhan (puasa),nescaya hidupnya akan makmur sepanjang tahun.

Dengan membacanya akan mendapat kemenangan di medan peperangan.

Dengan membacanya ketika menaiki bahtera(kapal) ,inshaAllah terselamat ia dari karam.

(51) SURAH AL-HUJURAT (Bilik-bilik )
Barangsiapa membacanya,nescaya ia akan terpelihara dari gangguan jin.

Jika dibacakannya keatas perempuan yang menyusu anaknya,nescaya susu ibu itu akan bertambah.

(52) SURAH QAFF (Qaff)
Barangsiapa membacanya nescaya ia akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan dan kekayaannya akan kekal padanya buat selama-lamanya.

(53) SURAH ADZDZAARIYAT (Pembangkit-pembangkit Debu )
Barangsiapa membacanyan kepada orang sakit,nescaya ringganlah penyakitnya.

(54) SURAH ATH-THUUR (Gunung)
Jika pengembara membacanya,nescaya ai akan kembali kerumahnya dengan selamat.

(55) SURAH AN-NAJ-M (Bintang)
Dengan membacanya,nescaya ia akan berani apabila bercakap.

(56) SURAH AL-QAAMAR (Bulan)
Barangsiapa membacanya sebelum sembahyang Jumaat,nescaya ia akan di hormati,di segani dan ditakuti orang.

(57) SURAH AR-RAHMAAN (Pemurah)
Nabi kita Muhammad s.a.w. bersabda;
Barangsiapa membaca surah ini bersama surah Al-Waaqi’ah dan surah Al-Hadiid,nescaya ia akan dimasukkan kedalam syurga Firdaus’.

Sahabat ibnu Mas’ud r.a. membaritakan bahawa Nabi Muhammad bersabda ; Barangsiapa membaca surah Ar-Rahman ini ,nescaya ia akan di syafaatinya pada hari Qiama.

Barangsiapa membaca ayat 33 dari surah ini,nescaya ia akan terselamat dari penyakit-penyakit mata.

(58) SURAH AL-WAAQI’AH ( Kejadian Yang Besar)
Sahabat ibnu Mas’ud r.a. memberitakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; Barangsiapa membaca surah ini pada malam hari,nescaya ia akan terhindar dari kebuluran’ .

Sahabat Ibnu Mas’ud r.a. menyuruh anak-anak perempuannya membaca surah ini pada setiap malam.

Dan barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali,dengan sekali gus dalam satu majlis,nescaya segala doa dan permohonannya akan di perkenankan oleh Tuhan.

(59) SURAH AL-HADIID ( Besi)
Barangsiapa membacanya pada setiap pagi,nescaya dia akan terpelihara dari tembakan.

(60) SURAH AL-MUUJAADALAH (perempuan Yang Membantah)
Barangsiapa membacanya setiap pagi dan petang,nescaya dia akan di rahmati dan diberkati Allah.

(61) SURAH HASY-R (Pengusiran)
Barangsiapa membaca ayat 20 hingga akhir surah ini,nescaya dia akan mendapat kejernihan jiwa dan ketenangan hati.

(62) SURAH AL-MUMTAHANAH (Perempuan Yang Diuji)
Dengan membacanya selama 3 hari berturut turut,nescaya ia akan terselamat dari penyakit-penyakit perut.

(63) SURAH ASH-SHAFF (Baris)
Barangsiapa membaca ayat 9 hingga 13 dari surah ini,nescaya ia akan mendapat kehebatan dan disegani orang.

(64) SURAH AL-JUMU’AH (Hari Jumaat)
Barangsiapa membaca ayat 4 dari surah ini, segala benda-bendanya diberkati dan di pelihara.

(65) SURAH AL-MUNAAFIQUUN (orang-orang Munafik)
Dengan membacanya,nescaya terhindarlah pembaca dari penyakit penyakit mata.

(66) SURAH AT-TAGHAABUN ( Ternyata Kecurangan)
Barangsiapa membacanya,nescaya ia akan terpelihara dari kejahatan orang zalim.

(67) SURAH ATH-THALAAQ ( Perceraian )
Barangsiapa mengalami kesempitan rezeki,maka hendaklah ia bangun pada tengah malam Jumaat,lalu membaca kalimah istighfar 100 kali,selawat 100 kali dan ayat 7 dari surah ini 100 kali,nescaya ia akan mendapat rezeki yang murah.

(68) SURAH AT-TAHRIIM ( Mengharamkan )
Dengan membacanya akan terjelas hutang si penghutang dengan senang dan mudah.

(69) SURAH AL-MULK (Kerajaan )
Sabat Abu Hurairah r.a. membaritakan bahawa nabi s.a.w. bersabda: ’ Di dalam al Quraan ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, barangsiapa membacanya,nescaya ia akan mensyafaati si pembaca itu sehingga segala dosanya diampunkan Tuhan,surah itu ialah surah Al-Mulk.

Sahabat Ibnu Abbas r.a. memberitakan bahawa rasulullah s.a.w. bersabda : ’Didalam al-Quraan ada satu surah yang terdiri dari 30 ayat,barangsiapa membacanya ketika hendak tidur,maka Allah s.w.t. akan menulis 30 kebaikan baginya dan akan memaafkan 30 dosanyadan akan menghantarkan seorang melaikat yang akan memeliharaya dari segala bala bencana’

Hadith yang lain mengatakan; ’barangsiapa membaca surah ini (Al-Mulk) bersama-sama surah Aliff Laam Miim As-Sajadah diantara maghrib dan isya’,seakan-akan ia menghidupkan seluruh malam Qadar dengan beribadat’.

Dalam hadith yang lain pula Nabi s.a.w. bersabda;’hendaklah setiap mukmin membaca surah ini pada setiap malam’.

Ada lagi satu hadith mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda;’Bagi segala sesuatu ada perhiasan,dan perhiasan al-Quraan ialah surah Al-Mulk.barangsiapa membacanya pada setiap malam.allah s.w.t. akan menghiasi rumah baginya di dalam syurga.

(70) SURAH AL-QALAM (Qalam)
Barangsiapa membacanya dalam sembahyang,nescaya ia akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.

(71) SURAH AL-HAAQAAH (Yang Tentu datang )
Barangsiapa membacanya keatas anak yang baharu lahir,nescaya ia akan terpelihara dari segala jernis penyakit,terutama penyakit kanak-kanak dan jika membacanya keatas minyak zaitun,lalu menyapu keatas badan kanak-kanak itu,nescaya ia akan sihat sejahtera.

(72) SURAH AL-MA’AARIJ (jalan-Jalan Naik)
Dengan membacanya ketika hendak tidur,nescaya terjauhlah pembaca dari mimpi-mimpi yang buruk lagi kotor.

(73) SURAH NUH (Nabi Nuh a.s. )
Barangsiapa membacanya, nescaya akan tercapai segala hajatnya dan akan terjauh dari segala keluh kesah dan gundah gulana.

(74) SURAH AL-JIN (Jin)
Jika sesorang banduan membacanya,nescaya ia akan dibebaskan dari penjara dengan segera.

(75) SURAH MUZZAMMIL (Yang Berselimut )
Barangsiapa membacanya selalu,nescaya rezekinya akan dimurahkan.

Barangsiapa membaca 41 kali,nescaya segala doa dan permohonannya akan di perkenankan terutama permohonan rezeki.

Dan barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang,nescaya semua amal ibadatnya akan diterima oleh Tuhan Rabbul A’alaminn.

(76) SURAH AL-MUDDASTSIR (Yang Berselubung)
Barangsiapa hendak menghafaz Al-quraan,maka hendaklah ia membaca surah ini,lantas berdoa kepada Allah s.w.t. nescaya mudah baginya menghafaz al-Quraan itu.

(77) SURAH AL-QIYAAMAH (Qiamat)
Barangsiapa membacanya keatas air yang suci,lalu di minumnya, nescaya ia akan khyusu’ dan tawadhu’ didalam ibadatnya.

(78) SURAH AL-INSAAN (Manusia)
Barangsiapa membacanya sebanyak-banyaknya,nescaya Allah akan mengurniakan ilmu pengetahuan yang tidak terhitung banyaknya.

(79) SURAH AL-MURSALAAT ( Yang Dikirim )
Jika seorang pemerintah membacanya, nescaya rakyatnya akan mentaatinya.

(80) SURAH AN-NABAA (Cabaran)
Barangsiapa membacanya, nescaya harta bendanya akan terpelihara dari kecurian dan dari
kejahatan para penjahat.

(81) SURAH AN-NAAZI’AAT (Yang Beralih Cepat )
Barangsiapa membacanya ketika menentang musuh, nescaya ia akan terpelihara dari bencana musuh.

(82) SURAH ’ABASA (Bermasam Muka )
Barangsiapa membacanya, akan terpelihara dari keganasan para pengganas.

Dengan membacanya,nescaya terjauhlah pembaca dari segala jenis penyakit mata.

(83) SURAH AT-TAKWIIR (Menggulung)
Barangsiapa membacanya, nescaya Allah s.w.t. akan melindungi dia daripada tersingkap kejahatan-kejahatannya pada hari Qiamat.

Barangsiapa membacanya ketika turunnya hujan,lantas berdoa apa-apa yang di kehendakinya, nescaya Allah s.w.t. akan memperkenankan doanya itu.

(84) SURAH AL-INFITHAAR (Terbelah)
Jika seorang banduan membacanya, inshaAllah ia akan dibebaskan dari penjara.

Jika si demam membacanya keatas air, lalu dimandinya, inshaAllah akan sembuh demamnya itu.

(85) SURAH AL-MUTHAFFIFIIN (pencurang-Pencurang)
Barangsiapa membacanya keatas barang-barang yang tersimpan,nescaya akan terpelihara barang-barang itu dari kecurian, kerusakan dan kebakaran.

(86) SURAH AL-INSYIQAAQ (Pecah Belah)
Barangsiapa membacanya keatas orang yang terkena racun, inshaAllah ia akan sembuh.

(87) SURAH AL-BURUUJ (Bintang Bintang )
Barangsiapa berniat hendak mengembara jauh meninggalkan rumahnya,hendaklah membaca ayat 20 dari surah ini sebanyak 3 kali, inshaAllah terpelihara dirinya dan barang-barang yang dibawanya.

(88) SURAH ATH-THAARIQ (Bintang Penembus )
Bangsiapa membacanya keatas ubat yang hendak diminum, atau dtelan, inshaAllah tidak mendatangkan mudharat bagi dirinya.

(89) SURAH AL-A’ALAA (Yang Paling Tinggi )
Barangsiapa membacanya berterusan, inshaAllah akan terpelihara dari penyakit bawasir.

(90) SURAH GHAASYIYAH ( kejadian Yang Dahsyat)
Barangsiapa membacanya keatas makanan, inshaAllah akan terpelihara dari kemudharatan bagi dirinya.

(91) SURAH AL-FAJR ( Fajar)
Barangsiapa membacanya ketika hendak bersatu dengan isterinya, inshaAllah akan memperoleh anak yang solleh.

(92) SURAH AL-BALAD (Negeri)
Surah ini ialah pundi-pundi atau uncang bagi orang-orang miskin.barangsiapa membacanya sebelum dan sesudah sembahyang subuh, inshaAllah ia tidak akan kehabisan wang ringgit.

(93) SURAH ASY-SYAMS ( Matahari)
Barangsiapa membacanya sebanyak-banyaknya,nescaya Allah akan menyediakan segala apa yang di kehendakinya.

Barangsiapa membacanya keatas orang yang demam, inshaAllah akan sembuh demamnya itu.

(94) SURAH AL-LAIL ( Malam)
Barangsiapa membacanya kedalam telinga orang yang di rasuk syaitan atau jin,nescaya ia akan sedar.

Dan barangsiapa membacanya keatas air, lalu diberi minum kepada orang yang demam,nescaya ia akan sembuh.

(95) SURAH ADH-DHUHAA (Waktu Dhuha)
Barangsiapa membacanya untuk orang yang telah hilang, inshaAllah ia akan kembali dengan segera.

Barangsiapa membacanya keatas sesuatu barang yang kita terlupa dimana diletakkannya, inshaAllah akan teringat dimana diletakkannya.

(96) SURAH AL-INSYIRAAH ( Kelapangan )
Barangsiapa membacanya keatas orang yang sakit dada atau sakit didalam hati, inshaAllah akan sembuh penyakit itu.

Barangsiapa membacanya keatas air, lalu diberi minum kepada orang yang demam, inshaAllah akan sembuh.

(97) SURAH AT-TIIN (Buah Tin)
Jika si pengembara membacanya, inshaAllah ia akan kembali kepada keluarganya dengan selamat sejahtera.

(98) SURAH AL-A’LAQ (Segumpal Darah )
Jika si pengembara membacanya, inshaAllah ia akan kembali kepada keluarganya dengan selamat sejahtera.

(99) SURAH AL-QADR ( Kemuliaan )
Barangsiapa membacanya keatas air , lalu diminumnya, nescaya Allah akan mengurniakannya cahaya dalam penglihatanya dan keyakinan dalam hatinya.

Barangsiapa membacanya sebanyak-banyaknya, inshaAllah ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(100) SURAH AL-BAIYINAH ( Bukti )
Barangsiapa membacanya, inshaAllah akan terjauh dari penyakit berjangkit.

(101) SURAH AZ-ZALZALAH (Gempa)
Barangsiapa membaca sebanyak-banyaknya dalam sembahyang, nescaya Allah mengurniakannya kekayaan duniawi dan memeliharakannya daripada apa yang ditakutinya.

(102) SURAH AL-‘AADIYAAT ( Yang Berlari )
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terpelihara dari ketakutan dan Allah akan mengurniakannya rezeki yang murah.

(103) SURAH AL-QAARI’AH ( Penggegar )
Barangsiapa membacanya, nescaya Allah akan menjauhkannya dari kesempitan dan kepayahan dan rezekinya disediakan dari jalan yang tidak disangka-sangka.

(104) SURAH AT-TAKAATSUR (Berlebih-lebihan )
Barangsiapa membacanya 7 kali ketika turunnya hujan,ia akan mendapat pahala yang amat banyak.

Barangsiapa membaca sebanyak-banyaknya,nescaya Allah mengurniakannya kekayaan.

(105) SURAH AL-‘ASHR (Masa)
Barangsiapa membacanya berterusan, nescaya akan terpelihara rumah dan harta bendanya daripada binasa.

(106) SURAH AL-HUMAZAH (Pencela)
Barangsiapa membacanya berterusan, nescaya ia akan bertambah kaya dan akan murah rezekinya.

(107) SRUAH AL-FIL (Gajah)
Barangsiapa membacanya di medan peperangan dengan niat yang suci bersih, nescaya Allah akan menghinakan dan menewaskan musuhnya itu.

(108) SURAH QURAISH ( Bangsa Quraish )
Barangsiapa sentiasa membacanya, nescaya perbicaraannya akan berinspirasi (berkesan) ,dan permintaannya akan di perkenankan.

(109) SURAH AL-MAA’UUN (Pertolongan )
Barangsiapa membacanya ketika menghadapi makanan, inshaAllah akan terselamat dari apa apa yang di khuatirinya.

(110 ) SURAH AL-KAUTSAR
Barangsiapa membacanya 1,000 kali dan selawat 1,000 kali pada malam jumaat,lalu tidur dalam keadaan suci, inshaAllah ia akan melihat wajah baginda Muhamad s.a.w. dalam mimpinya.

(111) SURAH AL-KAAFIRUUN (Orang Orang Kafir )
Surah ini sebanding dengan satu per empat Al-Quraan.barangsiapa sentiasa membacanya ketika terbitnya dan terbenamnya matahari, ia akan di anugerahkan kesejahteraan untuk selama-lamanya.

Barangsiapa membacanya setiap pagi dan petang, inshaAllah ia akan terjauh dari syirik, bidaah, buruksangka dan kepercayaan-kepercayaan yang karut.

Sahabat Ibnu Abaasr.a. mengatakan bahawa surah ini benar-benar dibenci oleh syaitan kerana ia mengandungi ajaran-ajaran tauhid dan ajara- ajaran yang menjauhkan syirik.

(112) SURAH AN-NASHR (Pertolongan )
Barangsiapa membacanya ketika menghadapi musuh, nescaya Allah akan menewaskan musuhnya itu.

(113) SURAH AL-LAHAB (Julangan )
Barangsiapa membacanya keatas sesuatu penyakit yang ditakuti bertambah melarat, inshaAllah akan beransur kurang penyakitnya itu sehinggalah sembuh.

(114) SURAH AL-IKHLAASH (Tulus )
Fazilat dan pahala membacanya amatlah banyak.

Sahabat Abu Hurairah r.a. memberitakan bahawa nabi s.a.w. mendengar seorang membaca surah al-Ikhlaash ,lantas baginda s.a.w. bersabda;’telah wajib’.aku bertanya: wahai kekasih Allah,apa yang telah wajib?Baginda s.a.w. menjawab ’:syurga.’ Hadith ini menunjukkan barangsiapa membacanya, ia pasti masuk syurga.

Hadith yang lain menyatakan, barangsiapa membacanya sebanyak 50 kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya selama 50 tahun.

Sahabat Ibnu Abaas r.a. mengatakan : barangsiapa mengerjakan 4 rekaat sembahyang, lalu membaca surah Al-Ikhlash sebanyak 25 kali di tiap-tiap rekaat, nescaya Allah s.w.t. mengampunkan dosanya untuk selama 100 tahun; 50 tahun dahulunya dan 50 tahun kemudiannya.

Sahabat Annas r.a. memberitakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda : ’Barangsiapa membacanya sekali,nescaya Allah s.w.t. akan menurunkan kebaikan dan keberkatan untuknya : dan barangsiapa membacanya 2 kali,nescaya Allah s.w.t. akan menurunkan kebaikan dan keberkatan untuk sekelian isi rumahnya, dan barangsiapa membacanya 3 kali,nescaya Allah s..w.t. akan menurunkan kebaikan dan keberkatan untuk sekelian kaum keluarga dan tetangga tetangganya.’

Hadith yang lain mengatakan bahawa nabi s.a.w. mengatakan ;’ tidak kuasa kamu membaca 1/3 Al-quraan pada tiap-tiap malam?... mereka bertanya ;’bagaimanakah ya Rasulullahs.a.w.?
sabda Baginda s.a.w. ;’Bacalah surah Al-Ikhlash, serupa dengan 1/3 Al-Quraan’

Barangsiapa membacannya 10 kali,nescaya Allah s.w.t. membinakannya mahligai didalam syurga.

Mereka yang sentiasa membacanya ketika memasuki rumah, nescaya akan bertambah lapang rezeki dan keadaannya.

(115) SURAH AL-FALAQ (Cuaca Subuh)
Brangsiapa membacanya, nescaya akan terpelihara daripada terkena mata, sihir dan hasad dengki atau fitnah orang.

(116) SURAH AN-NAAS (Manusia )
Nabi s.a.w. bersabda;
’Sepuluh yang menahan daripada sepuluh.Surah Al-Fatihah dari kemurkaan Allah, surah Yaasiin daripada kedahagaan Hari qiamat, Surah Ad-Dukhaan daripada huruhara hari qiamat, Surah An-Naas memelihara daripada was was hingga akhir riwayat.maka barangsiapa membaca surah An-Naas, nescaya akan terpelihara dari was-was dan rasukan syaitan.

25 TANDA-TANDA PENYAKIT???

Untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.'

ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

a) Kepala.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepalan dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala : Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

b) Air Kencing yang Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.

c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT :
Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :
Sistem penghadaman yang lemah

PENUIS : Keep fit aaa....

Ahad, 22 Mei 2011

PENYAKIT DAN SIMPTOM???

Saraf Tapak Tangan
MASALAH USUS

Tanda :

■Ibu jari bengkok ,
■Jari telunjuk bengkok ,
■Ruas jari warna gelap
■Jari telunjuk dan jari tengah bila direntang rasa sakit


Simptom : Sembelit, badan & mulut berbau, sakit perut, mudah letih, mengantuk.

Punca : Najis yang dikeluarkan melebihi 14 jam, najis yang tidak keluar habis, pemakanan (kurang serat, kurang air).

Herba : D’Karm, Pelawas, Herba Tuju Angin, Roselle, Spirulina, Kopi radix, Teh Asiatica


MASALAH JANTUNG

Tanda : Jari tengah kiri bengkok ke kanan,Jari tengah kanan bengkok ke kiri,Tapak tangan berpeluh, Kuku bergelombang

Simptom : Mudah berdebar, Cepat letih bila buat kerja, Mudah terperanjat, Dada kiri terasa sakit, kebas pada jari

Punca : Kolestrol, Genetik, Stress

Herba : Omega 3, D’Karm, Herba Tuju Angin, Spirulina, Herba rebusan Lohard, madu (Herba diberi selepas makan)



SISTEM IMUNITI ATAU DAYA TAHAN TUBUH

Tanda : Jari manis meruncing / genting, tapak tangan berlopak

Simptom : Mudah kena jangkitan penyakit, lemah seluruh badan

Punca : Stress, pemakanan (gula berlebihan, terdedah kepada radikal bebas)

Herba : Madu, Roselle, Imuniti

Perawatan : Urutan Limfatik


MASALAH RAHIM

Tanda : Jari Kelingking meruncing, Bengkok

Simptom :Period tak teratur, senggugut, Keputihan,peranakan jatuh

Punca : Sembelit yang teruk, tulang belakang, Stress,keputihan, senggugut

Herba : Paramaria, Senggugut, Keputihan, Roselle, Omega 3, D’Deu, Spirulina, Herba tuju angin, Teh herba


MASALAH TULANG BELAKANG

Tanda :

Ruas 1 Bengkok : Masalah di bahagian Kepala

Ruas 2 Bengkok : Masalah pinggang ke atas

Sampai ke ruas ke-3 : Masalah seluruh tubuh



Simptom : Sakit di bahagian kepala, tulang belakang, tidak dapat deep sleeping, senggugut

Herba : Shark Cartillage, Omega-3, Radix, Minyak but-but

Perawatan : Kiropraktik


MASALAH SARAF

Tanda : Tapak tangan berlopak

Simptom : Sakit belikat dan tulang belakang, kebas dan lenguh, mudah ke saraf lumpuh, lemah tenaga (lelaki), rahim (wanita)

Punca :Stress, berkait dengan imuniti, kemalangan

Herba : Madu Asli, Teh Herba, Minyak But But, Roselle, Mengkudu



MASALAH KOLESTROL

Tanda : Warna merah pada setiap hujung jari (ruas jari ketiga).

Simptom : Rasa kesemutan / kebas hujung jari, cepat marah

Punca : Makanan berlemak, berminyak

Herba : Omega -3 Softgel, Mengkudu, Spirulina, D’Deu,

Jumaat, 20 Mei 2011

KOPI BABI???

Tiga pengarah, pengilang kopi DNA babi didakwa
KLUANG 19 Mei - Tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.

Jit Chiang, Jit Tong dan Jit Chen didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi antara pukul 3 petang hingga 4 petang di premis tersebut di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka kepada pegawai Jabatan Kesihatan, Amezatul Aida Mohd. Daim bagi tujuan analisis dan keputusan ujian Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menjual 20 peket kopi uncang dalam bungkusan belum dibuka yang mengandungi DNA babi kepada Amezatul Aida bagi tujuan serupa pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Keputusan analisis di Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya turut mendapati wujud DNA babi dalam kopi uncang tersebut.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Peraturan 11(1)(c) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana menjual makanan tanpa suatu pernyataan tentang adanya DNA babi pada label bungkusan makanan berkenaan.

Setiap pertuduhan tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Sementara itu, syarikat pengilang, Cheng Hiong Coffee Powder Trading didakwa atas pertuduhan menyedia dan membungkuskan kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel itu untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.

Syarikat tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di Kilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading di Jalan Mersing di sini antara pukul 10.40 pagi hingga 2 petang, 25 Mac lalu.

Dua rakan kongsi syarikat pengilang tersebut, Wong Siew Boey, 52, dan Ong Cheng Ming, 44, mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama dikenakan ke atas ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam, S. Selvarajah manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd. Radzaz.

Majistret Norhabsarina Ayob menetapkan 5 Julai ini untuk sebutan semula ketiga-tiga kes berkenaan.

SK : Inilah masalahnya kalau tuan punya restoran itu tidak Islam... kadang-kadang yang Islam pun, nama je Islam... susah nak detect mende2 ni.. lebih baik buat air sendiri kat rumah dan guna barang-barang halal yang diyakini sendiri... tawakkal la lepas tu... hari ini terkejut sikit dengan berita itu... dan satu yang agak menarik hari ini ialah Raja Filem Tamil masuk ICU... "Padayappa!"... semoga dia menemui sesuatu dalam hidupnya... malam tadi tidur kat umah baru... tetapi masih menghadapi beberapa masalah dari pemaju dan kontraktor yang tidak efisyen buat kerja... takut gak peti ais rosak sebab selalu Trip main suisnya.... haiyya!


Dr. Mahathir beri respons baik terhadap rawatan
KUALA LUMPUR 19 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi respons yang baik terhadap rawatan yang diberikan selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), awal pagi semalam.

Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff berkata, bekas Perdana Menteri itu juga mampu mengambil makanan dengan baik dan doktor yang merawatnya turut berpuas hati dengan respons yang diberikan bagi rawatan berkenaan.

"Beliau akan terus menerima rawatan antibiotik intravena dan fisioterapi dada dan dijangka terus menerima rawatan di IJN untuk beberapa hari lagi," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN kerana jangkitan pada dada setelah mengalami batuk dan demam.

Pada 2 Oktober lalu, negarawan berusia 86 tahun itu pernah dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia akibat jangkitan yang sama sewaktu berada di sana bagi menyampaikan ucapan pada seminar pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Melbourne.

Dalam pada itu, Sufi berkata, doktor turut menasihatkan Dr. Mahathir berehat dan tidak menerima kunjungan pelawat kecuali keluarga terdekat.

SK : "SEMOGA ALLAH MEMBERI BELIAU KESEMBUHAN DAN KESIHATAN... AMIN"

Khamis, 19 Mei 2011

MY NEW MEDALION 2011





medallion baru untuk pintu rumah aku...

Rabu, 18 Mei 2011

RAHSIA SOLAT 5 WAKTU???


1: Wajah yang cantik – solat subuh

2: Duit yang banyak – solat zohor

3: Kesihatan yang baik – solat asar

4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib

5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak

*Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .

SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak .

( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

Nah,... bukankah itu rahsia yang solat??? jadi... mari kita semua amalkan dengan berterusan. "Hendaklah kamu mendirikan solat sehingga datang yang hak (MATI)". Sesuatu yang menjadi rahsia solat ialah "TAMA'NINAH" iaitu mengambil masa beberapa saat antara dua rukun. biasanya aku akan membaca dan berzikir -Allah... Allah ... Allah... 3 kali. sebelum meneruskan rukun seterusnya.. ALHAMDULILLAH.. aku mendapat kemanisan solat pada batin dan zahir... mari kita semua buat..insyallah...
SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W : "Barangsiapa yang meninggalkan Tama'ninah, maka tiada solat baginya."-solatnya tidak sah!
lalu... BAGAIMANA SOLAT ANDA HARI INI???

Isnin, 9 Mei 2011

SYAHADAT DALAM KRISTIAN???

Salah satu ajaran yg hilang dari chrisitan itu ialah SYAHADAT.
Ramai sangat ummat christian tak mengamalkan SYAHADAT.

Padahal ini diajarkan dalam alkitab yg ditangan mereka. Sy tak asal cakap sahaja, smua kena ada bukti, dan bukti terkuat ialah kitab.

Yohanes 17:3 Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, SATU-SATUNYA ALLAH YANG BENAR, dan mengenal YESUS KRISTUS YANG ENGKAU UTUS.

Ayat ni, yg sy bagi dalam huruf besar, coba diubah dalam bahasa arab:
LAA ILAAHA ILLALLAH - ISA RASULULLAH
TIDAK ADA TUHAN SELAIN ALLAH - ISA UTUSAN ALLAH

Apakah ayat ini bermakna Tuhan itu 3 tapi 1???
Tidak! Ayat ini bermakna SATU-SATUNYA TUHAN ITU CUMA ALLAH.





Tak jauh beda dengan Syahadat Ummat Islam.
LAA ILAAHA ILLALLAH - MUHAMMAD RASULULLAH
TIDAK ADA TUHAN SELAIN ALLAH - MUHAMMAD UTUSAN ALLAH

Mari sekejap kita tengok lagi ayat diatas:





Yohanes 17:3 Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, SATU-SATUNYA ALLAH YANG BENAR, dan mengenal YESUS KRISTUS YANG ENGKAU UTUS.

Apakah ayat ini bermakna Jesus mengaku dirinya Tuhan???
Tidak! Jesus sendiri mengaku jika dia cuma UTUSAN ALLAH sahaja.

Tak jauh beza dengan para Nabi terdahulu
Nabi Ibrahim AS pun Utusan ALLAH
Nabi Musa AS pun Utusan ALLAH
Nabi Isa AS pun Utusan ALLAH

Malaikat Gabriel, (Malaikat Jibril), pun Utusan ALLAH sahaja.
Sy tak asal bicara, semua ada buktinya:

Lukas 1:19 Jawab malaikat itu kepadanya: "Akulah Gabriel yang melayani Allah dan aku telah DIUTUS untuk berbicara dengan engkau dan untuk menyampaikan kabar baik ini kepadamu.

Malaikat telah DIUTUS oleh ALLAH, apakah malaikat itu ALLAH? Tidak!
Jesus telah DIUTUS oleh ALLAH, apakah Jesus itu ALLAH? Tidak!
Tidak mungkin Aku mengutus Aku.

Dan Penyelamat pun bukan cuma Jesus sahaja, Nabi Musa pun Penyelamat, ini bukan sy yg cakap, tapi berdasar bukti.

Kisah 7:35 Musa ini, yang telah mereka tolak, dengan mengatakan: Siapakah yang mengangkat engkau menjadi pemimpin dan hakim? --MUSA INI JUGA TELAH DIUTUS OLEH ALLAH SEBAGAI PEMIMPIN DAN PENYELAMAT oleh malaikat, yang telah menampakkan diri kepadanya di semak duri itu.

Semua yg di utus oleh ALLAH, sudah pasti la bukan ALLAH.

Dalam Qur'an pun, Nabi Isa menyuruh ummatnya menyembah ALLAH sahaja, bukan menyembah dirinya.

Qs.3 Ali Imraan:51. Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, karena itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus".

Dan T E R B U K T I jika Nabi Isa pun sesungguhnya mengajarkan syahadat kepada ummatnya, tapi ajaran itu telah diubah oleh manusia dengan BAPTIS atas nama "Tuhan Bapa", "Tuhan Anak", & "Tuhan Roh Kudus."

Jadi, ada baiknya ummat christiani bersyahadat:
Tidak ada Tuhan Selain ALLAH
Isa Rasulullah... ^_^

Ahad, 8 Mei 2011

TUNTUTAN BODOH DAN JAWAPAN PUN BODOH!

APAKAH TUNTUTAN MCCBCHS (BUKAN ISLAM) MELALUI IFC..?

a. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu-bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
*Idea paling BODOH yang aku dengar!... kalau nak sangat... cara yang sama mesti dikenakan kepada anak–anak mereka yang bukan Islam- iaitu tidak seharusnya mereka menjadi orang bukan Islam.- mereka tentu sahaja boleh menjadi Islam...

b. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
*BOLEH dengan syarat... Orang MURTAD ini akan kami beri amaran 3 kali untuk bertaubat dan sekiranya masih mahu MURTAD- ia WAJIB DIHUKUM BUNUH DIKHALAYAK RAMAI!

c. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
*Gile ke apa??? Boleh je kalau nak sangat... Mahkmaah Sivil mestilah menggunakan undang-undang Islam sepenuhnya!

d. Tidak perlu dicatatkan di dalam Kad Pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
*Ha ha ha! – Kalau nak sangat boleh je... Anda BOLEH BUAT kad pegenalan anda sendiri dalam Negara yang anda bentuk sendiri... dengan Syarat Ia BUKAN di TANAH MELAYU (MALAYSIA)!

e. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
* Ha ha ha! Akal dah BINGEI ke apa???- boleh... rujuk nombor (b.) di atas!

f. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
-Boleh saja.. dengan Syarat seperti a. Di atas.... Ha ha ha!

g. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusaka selepas kematiannya.
* Boleh je... dengan syarat, semua harta-harta orang bukan Islam yang mahu mewarisi harta pusaka orang islam itu mesti diserahkan sepenuhnya kepada Orang Islam. Sekiranya tidak memiliki harta untuk diserahkan... maka ia tidak layak! He he he!...

h. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam seperti Kuil Hindu dan Gereja sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
* Boleh... dengan syarat, segala cukai-cukai pendapatan dan cukai lain yang dikenakan kerajaan WAJIB Digandakan sebanyak 10 kali dari nilai biasa.... hehehe!


i. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
*Ini idea orang MUNAFIK- Tidak tetap pada agamanya sendiri!... hehehe boleh saja... Katakanlah “Laa ilaaha illallah Muhammadurrasulullah” setiap hari... setiap masa!- Dan Islamlah... nescaya anda selamat!

j. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
*hahaha... boleh je... dengan syarat, hanya orang BUKAN Islam sahaja yang dibenarkan memilikinya atau membacanya... hahaha!- Diharamkan seperti HARAMNYA ROKOK DAN HARAMNYA BABI !

k. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
*Boleh saja... dengan syarat, Pelajaran Islam WAJIB diambil oleh semua pelajar di semua tahap dan semua penganut agama selain Islam... Boleh? Hahahha!

l. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
*Boleh dengan syarat... hanya dalam kaum masing2 sahaja program dakwah anda itu. Dan semua kaum mesti WAJIB mahir BAHASA MELAYU – Program agama dalam BAHASA MELAYU! Hehee!

m. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada memBayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
*Boleh je... dengan syarat, setiap cukai dan zakat dikenakan kepada orang Bukan Islam juga dengan kadar 10 kali ganda dari nilai biasa.... ok?

n. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
*Boleh dengan syarat, Agama selain Islam mestilah dihapuskan!... heheheh!
Kalau rasa-rasa boleh buat...silakanlah! kalau tak, duduk je dalam rumah masing2...buat taik mata! hehehe

Itulah syarat2 Do Re Mi... heheheh(teringat movie P. Ramlee- Laksamana Do Re Me)... hehehehe!

Semua diatas adalah idea BODOH aku je untuk tuntutan BODOH!- tapi fikirkanlah!

IFC DAN ANCAMANNYA ???


1. IFC (Interfaith Commission) yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang terlibat. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan agama. Kalau SUHAKAM berfungsi untuk mendengar kes-kes yang berkaitan dengan hak asasi manusia, maka IFC pula akan bertindak dan berfungsi sebagai badan yang mendengar kes-kes yang berkaitan dengan hak-hak individu di dalam mengamalkan hidup beragama (kebebasan beragama).

SIAPAKAH YANG MENCADANGKAN PENUBUHAN IFC?

2. IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism (Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha), Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) melalui memorandumnya kepada majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V.Harcharan Singh. Saya sempat berdialog dua kali dengan kumpulan-kumpulan ini dalam satu mesyuarat PANEL anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kebanyakan daripada pemimpin-pemimpin agama ini bersifat angkuh dan begitu radikal yang mana pernah pada satu ketika mereka mendesak agar kedudukan agama Islam sama rata sahaja dengan agama-agama lain di sisi Perlembagaan Negara.

SIAPAKAH YANG PALING BERSEMANGAT MENYOKONG IFC?

3. Majlis Peguan terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut :

- Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS ( Majlis Perunding Antara Agama Buddha - Kristian - Hindu - Sikh) mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IFC berjalan dengan lancar.

- Pada 8 Disember 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

- Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.

- Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC (Inter Religious Council) diadakan. Bengkel ini gagal apabila ke semua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepecayaan. Bagaimanapun Sister s In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

- Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik ke semua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah majlis Peguam sebagai ahli Jawatankuasa Penganjur tanpa pengetahuan mereka.

- Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini dianjurkan oleh suatu badan Yayasan Kristian yang beribu pejabat di negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

APAKAH MATLAMAT PENUBUHAN IFC ?


4. Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

APAKAH TUNTUTAN MCCBCHS (BUKAN ISLAM) MELALUI IFC..?

a. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu-bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

b. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

c. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

d. Tidak perlu dicatatkan di dalam Kad Pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

e. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

f. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

g. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusaka selepas kematiannya.

h. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara ruah-rumah ibadat orang bukan Islam seperti Kuil Hindu dan Gereja sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.


i. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

j. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.


k. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

l. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

m. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada memvayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

n. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

APAKAH BAHAYANYA PENUBUHAN IFC TERHADAP ISLAM..?

5. Berdasarkan deraf undang-undang penubuhan IRC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat bahaya kepada Islam dari sudut :

(i) Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam. IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung). Orang bukan Islam memang berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan agama Islam. campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri. Tidak perlu campurtangan IFC.

(ii) IFC berhak menentukan status agama seseorang. Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang antaranya adalah orang bukan Islam. Ini adalah camprtangan yang amat nyata dan menghina Mahkamah Syariah yang selama ini diberi kuasa untuk meentukan status agama seseorang itu. Manakala Jabatan Pendaftaran Negara pula tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Perkara ini terkandung dalam Seksyen 19(3) deraf undang-undang IFC.

APAKAH SIKAP KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM..?

Walaupun pada tahun 2005 yang lalu pihak kerajaan telah menangguhkan kelulusan penubuhan IFC ini, tetapi perjuangan IFC ini telah mula meresap dan merebak ke dalam masyarakat melalui suara-suara yang di bawa oleh Majlis Peguam , HINDRAF dan sebagainya. Nampaknya sekarang Majlis Peguam dan HINDRAF lebih agresif dalam hal untuk menuntut kesamarataan tentang agama-agama lain dengan kedudukan Islam di negara ini.

Jadi, sebagai seorang muslim mahukah kita membiarkan kedua-dua anasir ini meneruskan agenda IFC dalam bentuk pertikaian perundangan Islam oleh Bar Counsil dan juga perjuangan menerusi berarak di jalan-jalan raya macam HINDRAF. Kalau tak mampu nak menentang agenda IFC ini secara berdepan, maka cukuplah kalau tuanh/puan tolong sampaikan maklumat saya ini pada kawan-kawan rapat kita. Wassalam.

Tahukah tuan/puan sekarang ini..? Puak-puak pendokong IFC ini sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan dana antarabangsa bagi membina pusat/kompleks rumah ibadat untuk gereja, kuil, dan juga tok kong di Putrajaya. Dengar ceritanya kompleks akan dibina berhampiran dengan PICC, Putrajaya dan kalau terbina nanti maka akan terserlah dari udara jika kapalterbang yang nak mendarat ke KLIA. Berapa kerat sangat orang kristian, hindu dan buddha di Putrajaya tu. Tapi, demi kerana mereka nak menonjolkan syiar agama mereka bagi menandingi Islam, maka akan bina sebesar-besarnya di Putrajaya nanti
Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.

GREENDREAM : kenakan ISA ke atas mereka ini sahaja sekiranya melampau! ... ini semua ideologi DAJJAL LAKNATULLAH!.... berhati-hatilah.. jangan jadi pengikut makhluk terkutuk ini!

CABAR UNDANG-UNDANG KERAJAAN???

Pemimpin Kristian nafi berhasrat tukar kedudukan Islam
KUALA LUMPUR 8 Mei - Masyarakat serta pemimpin Kristian tempatan tidak pernah berhasrat untuk menukar Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Dr. Eu Hong Seng berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana masyarakat Kristian tempatan sentiasa memahami serta menghormati peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, selain pemimpin dan penganut mazhab Kristian Evangelical, pengikut mazhab Katolik dan Protestan tempatan turut mengakui kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dua blog tersebut seperti disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia semalam dan hari ini. Itu adalah laporan yang tidak berasas sama sekali.

"Masyarakat Kristian di Malaysia tidak kira mazhab apa pun sentiasa konsisten mengakui kedudukan agama-agama di Malaysia dengan Islam sebagai agama rasmi, tiada persoalan mengenainya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai usaha pihak tertentu yang mahu menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dengan Kristian melalui satu acara di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Laporan yang memetik dua laman blog iaitu 'bigdog' menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku menyiarkan laporan tentang usaha pihak tertentu yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama Persekutuan dan penganut Kristian sebagai Perdana Menteri negara ini.

Hong Seng menambah, acara yang dianjurkan NECF di Pulau Pinang tersebut sebenarnya adalah satu seminar bertajuk Unashamedly Ethical yang bertujuan mendidik masyarakat supaya menjauhkan diri daripada budaya rasuah bagi memastikan negara sentiasa aman dan berintegriti.

"Tiada langsung cubaan menukar kedudukan Islam dalam majlis itu namun saya tidak pasti sekiranya ada pemimpin Kristian yang bercakap soal itu dalam kapasiti persendirian tetapi ia tiada dalam agenda seminar, itu kenyataan rasmi NECF," tegasnya.

Sementara itu, editor Herald, The Catholic Weekly, Lawrence Andrew berkata, cubaan menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi dengan Kristian hanya akan menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di Malaysia.

"Justeru, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap laporan blog sedemikian kerana ia dengan jelas akan menggugat keharmonian penganut pelbagai agama di negara ini," jelasnya.

--------------------------------------------------------------------------
Sudah tiba masa ‘cakap cakap’ mengenai gerakan ini yang mungkin subersif dan mampu menggangu gugat keselamatan negara apabila majoriti iaitu orang Melayu-Islam bangkit dalam keadaan marah, disiasat secara rapi. Sekiranya benar, maka ianya patut ditangani termasuk mengambil tindakan sewajarnya.

Kita menghormati kedudukan ugama Bukan Islam dalam masyarakat dan hak mereka untuk menganuti dengan bebas. Sekiranya ianya digunakan sebagai ‘tunggangan’ atau ‘alasan’ untuk mengaburi gerakan minoriti dan lebih buruk lagi memainkan sentimen perkauman dan chauvinism, maka ianya wajar didedahkan demi bertujuan untuk menghalang.



PENULIS : Akal dah takde agaknya diorang ni... ini TANAH MELAYU! diulangi... ini TANAH MELAYU! Dan MELAYU ITU ISLAM... kalau TANAH BUKAN MELAYU...takpelah! selagi ini digelar TANAH MELAYU... Maka JANGAN BERMIMPI DI SIANG HARI!!!!
I.S.A kan ada... cari dalangnya dan masukkan dalam tahanan ISA! siasat serapinya dan pantas serta efisyen!

Jumaat, 6 Mei 2011

EKZEMA DAN UBATNYA???


Pakar dermatologi menyarankan individu yang mudah menghidap ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai.

Ekzema adalah penyakit berkaitan genetik yang mana sistem imunisasi individu bertindak keterlaluan terhadap alergen (bahan penyebab alahan) dan menyebabkan kulit mengalami keradangan, iritasi dan bengkak. Dalam keadaan sederhana, ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal. Bagi kes yang lebih teruk, kulit boleh merekah, melecet dan berdarah.

Perunding kanan dematologi, Dr Steven Chow, berkata di beberapa negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat kajian yang dijalankan terhadap kesan ekzema menunjukkan peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan.

"Melainkan mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan, walaupun setelah dewasa. Oleh itu, ibu bapa perlu menyedari akan kepentingan penggunaan pencuci sederhana digabungkan dengan pelembap terhadap anak mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rawatan mudah dan kos efektif berguna ini akan membantu mengurangkan pengulangan keradangan," katanya.

Pemerhatian menunjukkan permintaan bagi rawatan ekzema di Malaysia meningkat 20 peratus sejak 2001 yang mana sebahagian besarnya menjejaskan kanak-kanak.

Ekzema atopi diramalkan akan memberi kesan kepada sehingga 14 peratus kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti demam alergi dan asma. Beberapa faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.

Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.

Dr Chow berkata, kaji selidik bebas yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 23 peratus daripada individu yang menghidap dermatitis atopi tidak menggunakan pelembap dan 29 peratus tidak menggunakan pencuci yang sesuai. Berdasarkan kaji selidik itu, keputusan yang sama juga dijangka berlaku di negara ini.

"Dengan mengenalpasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema dalam jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan," katanya.

Sementara itu, perunding dermatologi, Dr Mardziah Alias, berkata penggunaan sabun dan bahan cuci kasar adalah penyebab biasa ekzema kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan kulit.

"Produk pencuci yang tidak sesuai akan mengikis lapisan perlindungan semulajadi pada kulit yang sensitif. Ia mengakibatkan kitaran yang menghasilkan tindakan balas yang menyebabkan keradangan," katanya.

Beliau berkata, menggunakan pelembap adalah elemen yang tidak diendahkan dalam penjagaan kulit dan ia sangatlah penting bagi ibu bapa yang prihatin terhadap anak mereka yang mempunyai sejarah ekzema dalam keluarga mereka.

"Kumpulan individu ini perlu memilih pelembap yang tidak mengandungi pewangi atau bahan awet untuk menghindari sebarang iritasi kulit. Paling baik ialah krim yang mempunyai dwifungsi untuk melembap dan pada masa sama sebagai agen anti-keradangan untuk melegakan kulit," katanya.

Oleh itu, katanya, dengan mengikut nasihat doktor, menggunakan produk sesuai dan mengamalkan regim penjagaan kulit yang betul, individu mungkin mampu mengawal ekzema dalam jangka masa panjang.

Justeru, sebagai organ terbesar yang meliputi bahagian luar tubuh, tidak hairanlah sebarang masalah yang timbul pada kulit boleh menyebabkan penghidapnya terpaksa menanggung kesengsaraan dan tekanan perasaan.

Ekzema atopik adalah sejenis penyakit kulit akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik.

Pakar Dermatologi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Mokhtar Nor berkata, penghidap ekzema tidak terkecuali mengalami tekanan perasaan dan gangguan emosi akibat masalah kulit yang keterlaluan ini.

Menurut beliau, penyakit yang berlaku pada pelbagai peringkat umur ini lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak yang berusia kurang dua tahun.

"Biasanya, bayi yang menghidap penyakit ini berumur antara enam hingga dua tahun,'' katanya.

Bayi yang menghidap ekzema akan menanggung kesengsaraan seperti rasa gatal yang berlebihan, pedih dan berasa resah.

Bagi kanak-kanak pula, biasanya ekzema membabitkan bahagian lutut, pelipat, siku, atas punggung, buku lali dan di belakang telinga.

Pada peringkat bayi, biasanya masalah ini lebih kerap berlaku pada muka dan kulit kepala.

Namun, apabila kanak-kanak ini berusia 18 bulan, ekzema ini lebih ketara pada bahagian pelipat siku dan belakang lutut.

TANDA- TANDA

Tanda-tanda utama seseorang menghidap penyakit ini ialah rasa gatal.

Selain itu, lain-lain tanda yang dicirikan dengan penyakit ini termasuklah:

* Mengelupas

* Bersisik

* Kemerah-merahan

* Kulit yang kering

* Penebalan kulit

* Ada kalanya lepuhan juga terbentuk

Ekzema pada bayi lebih kerap berlaku pada kepala, muka dan tangan, manakala pada orang dewasa dan kanak-kanak di belakang lutut dan pelipat siku.

RAWATAN

Pesakit akan dimaklumkan bahawa penyakit ini tidak boleh disembuhkan, tetapi boleh dikawal. Malah dalam keadaan tertentu, ia akan pulih dengan sendiri apabila pesakit meningkat dewasa.

Pada masa yang sama, pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun yang mengandungi bahan pelembap (emollients). Ini kerana, sabun biasa akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering, bertambah gatal dan rosak

* Ubat histamine (ubat menghilang rasa gatal) akan diberi kepada pesakit untuk mengelakkan pesakit menggaru.

* Sebaik-baiknya ubat ini diambil pada waktu malam kerana ia menyebabkan pesakit mengantuk.

Jika pesakit mendapat jangkitan sekunder, mereka akan diberi antibiotik.

Ubat ini perlu diambil dalam sukatan yang betul, sekurang-kurangnya selama satu minggu.

*Penggunaan ubat sapu (topikal steroid)

Kekuatan ubat yang digunakan ini bergantung kepada tahap keseriusan dan umur kanak-kanak yang terlibat.

Ini kerana, penggunaan ubat topikal steroid yang kuat iaitu yang tidak sesuai dengan kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.

Sehubungan itu, pastikan ia diambil sesuai dengan peringkat umur pesakit.

Sebaik-baiknya, elakkan mengambil ubat-ubatan yang dimakan kerana ia mempunyai kesan sampingan kepada pesakit.

Bagi kes-kes yang serius, ubat-ubatan seperti steroid, sitotoksik (azathioprine) dan phote kemoterapi (PUVA) boleh digunakan.

Dalam merawat masalah ekzema, mengurangkan jangkitan merupakan perkara yang paling utama. Ini kerana, bakteria lebih mudah membiak pada kulit mereka yang menghidap masalah ini.

Jangkitan bakteria seperti staphylococcus dan streptoccocus adalah jenis yang sering berlaku dan menyebabkan ekzema seseorang penghidap menjadi lebih serius.

Virus herpes simplex yang biasanya menyebabkan kayap bunga juga boleh menyebabkan ekzema seseorang bertambah teruk. Sehubungan itu, ubat-ubatan antibiotik dan ubat-ubat antiviral ada kalanya perlu diberi semasa rawatan.

KOMPLIKASI

* Ketahanan tubuh menjadi rendah, menyebabkan seseorang mudah diserang penyakit.

* Paling bahaya apabila dapat herpes simplex (kayap bunga).

* Jangkitan serius yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan kematian.

* Apabila kulit kering dan digaru, seseorang boleh mendapat jangkitan sekunder - jangkitan kuman.

Sehubungan itu, elakkan mengguna sabun mandi biasa dan kulit tidak digaru bagi mengelakkan kulit kering.

Penyakit ini boleh menjejaskan keseluruhan hidup penghidapnya seperti hubungan persahabatan, kerjaya dan waktu tidur.

* Hanya sebahagian kecil pesakit saja yang alah pada telur dan bahan pengawet yang mengakibatkan keadaan mereka menjadi lebih serius.

Sehubungan itu, jangan mudah menghalang anak-anak daripada memakan makanan tertentu sebelum benar-benar pasti yang mereka alah pada makanan tersebut.

PANDUAN

* Pastikan anda tidak terdedah dengan bahan yang boleh memedihkan kulit.

* Sesetengah bahan seperti pembersih rumah, sabun, losen selepas bercukur, sabun mandi, gaslin, turpentin dan lain-lain solvent boleh menimbulkan rasa pedih pada kulit.

* Pakai sarung tangan untuk melindungi kulit apabila anda melakukan sesuatu. Gunakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau campuran daripadanya.

* Elakkan mengguna sabun mandi biasa kerana ia boleh menyebabkan kulit bertambah kering. Elakkan menggaru bahagian yang gatal kerana ia boleh merosakkan kulit dan mudah dijangkiti kuman.

* Elakkan memakan makanan tertentu dan makanan yang mengandungi bahan awet jika alah pada bahan atau makanan tersebut. Banyakkan mengguna bahan pelembap kulit dan jangan biarkan kulit kering. Cepat berjumpa doktor dan jangan biarkan keadaan bertambah teruk.

* Pengambilan Evening Primrose Oil (EPO) dapat membantu sebahagian pesakit yang berada di tahap serius.
Penyakit ekzema atau dermatitis atopik ini juga ialah satu penyakit kulit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi kepada orang yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi yang berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan penyakit ekzema.Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak.

Oleh kerana kulit terasa gatal, maka pesakit akan menggaru kulit sehingga terdapat tanda cakaran. Akhirnya kulit merekah. Penyakit ekzema tidak boleh diubati. Rawatan ekzema cuma untuk melegakan rasa ketidakselesan pesakit bagi mencegah jangkitan sekunder penyakit kulit ini .

UBAT HERBA UNTUK EKZEMA
Dalam perawatan herbal, ubat untuk semua masalah di atas tak kiralah selsema atau gatal-gatal
Ubat HERBA yang boleh diguna pakai ialah :
HABBATUSSAUDAH SOFTGEL + VCO SOFTGEL + SABUN CLAY

Kelebihan Habbatus Sauda

Habbatussauda merupakan jamu yang unggul yang memiliki banyak manfaat terutama untuk pemeliharaan sistem imunasi yang kuat dan sihat. Habbatussauda ini juga sangat berguna untuk mereka yang mempunyai masalah:
• asma dan saluran pernafasan
• sistem imunasi yang lemah
• ginjal atau hati
• pencernaan & perut
• peredaran darah
• alergi
• demam
• jerawat

Bahan ini tidak mempunyai efek sampingan dan ia memiliki sejarah panjang tentang penggunaannya selama beberapa ratusan tahun.

Di dalam Kitab At Tibbun Nabawi (Perubatan Cara Nabi yang ditulis oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah), habbatussauda yang dikenali sebagai Al Habbah Al Barakah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatussauda dapat mengubati sekitar 50 penyakit tanpa kesan sampingan. Subhaanallah.

7 ciri-ciri utama habbatussauda:

1. Nilai pemakanan
2. Sistem imunasi
- meningkatkan sistem imunasi.
- pencengahan kepada kanser
3. Anti-histamine (ekzema)
- anti alahan
4. Anti-tumor
- berupaya menghalang pembetukkan sel2 tumor.
5. Anti-bakteria
6. – sesuai untuk mereka-mereka yang terkena cirit-birit dan masalah perut yang lain
7. Anti-radang (anti-inflammation)
- asma, bengkak sendi etc
8. Menggalakkan pengeluaran susu



Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) boleh diguna untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit menawan. Ini kerana kandungannya tinggi nurisi dan dihasilkan daripada pati kelapa dara organik yang bebas kolesterol. Penggunaan yang berterusan akan mengurangkan kadar kolesterol tidak baik, low-density lipoproteins (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik, high-density lipoproteins (HDL).
Antara khasiat lain Minyak Kelapa Dara (VCO) :
• membantu mengurangkan risiko kanser
• membantu menyingkirkan batu karang dan batu hempedu serta mengawal diabetes
• meningkatkan sistem imunisasi badan
• meningkatkan sistem penghadaman, penyerapan nutrien, kadar metabolisme dan pembakaran lemak
• memudahkan proses bersalin
• mengurangkan risiko arterioklerosis dan penyakit jantung
• memperbaiki dan memulihkan struktur kulit yang rosak
• menolong meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kelemumur
• membantu mencegah osteoporosi


MANDI SANTAN DAN LULURKAN KULIT DENGAN PATI SANTAN!

Khasiat Santan

Mengandungi asid lemak tepu untuk melindungi kulit dan mengekalkan daya ketahanan badan seseorang.

Mengandungi asid laurik untuk merangsang pertumbuhan kolagen dalam sel kulit mati serta bertindak melindungi kulit daripada kuman.

Santan – Rambut lebat, hitam dan lembut.

Santan juga boleh melebatkan rambut. Caranya:

Perah santan dari kelapa tua. Biarkan selama sejam agar patinya naik, kemudian sapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Selepas itu, bilas rambut kamu dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Kelebihan lulur santan

Menjelmakan kulit agar menjadi lebih halus, gebu dan cerah.

Membuang sel-sel mati dan daki yang terdapat pada badan.

Memutihkan bahagian pelipat seperti paha, lutut, siku dan selah ketiak.

Boleh mengurangkan tekanan dan keletihan badan.

Mengekalkan tenaga yang optimum.

Mengurangkan masalah bau badan dan mengawal masalah peluh berbau.

Membaiki tekstur kulit.

Mengurangkan dehidrasi.


PENULIS : Patutlah masa kecik-kecik dulu, mak aku mandikan aku ngan santan kelapa untuk ubat gatal-gatal seluruh badan aku akibat mencantas sayur keladi punya pokok. Akibat dari tak dengar cakap mak... bahananya aku tanggunglah... kena je aura Keladi tu... terus badan aku gatal2 yang teramat sangat...macam aku nak siat2 je kulit aku.... punyalah gatal! aku try juga mandi sungai lepas tu....sambil menangis tu tahan gatal... akhirnya mak aku memang tahu ubatnya...saja je dia nak kenakan aku ...bagi serik sikit... tetapi memang aku serik lepas tu... tak nak main potong pokok keladi gatal tu lagi... hahahaha....dan dari situ baru aku tahu khasiat santan kelapa... hehehehe!

Ringkasnya .. kenalah minum air kelapa muda, minum HABBATUSSAUDAH KOPI dan guna sabun Clay untuk mandi... jangan mandi kerap... sekali sehari, sapukan badan dengan minyak kelapa dara. Minum juga Histamin-ubat ANTI GATAL- klinik.

petua lain : Zikir "Allah... Allah...Allah" 5000 kali lepas solat Wuduk dan Taubat.. Ingat... Allah yang beri penyakit...dan Allah jua yang beri ubatnya... maka mengapa tidak minta dan berdoa pada Allah untuk diubati???

SELAMAT BERUBAT!