Pemimpin Kristian nafi berhasrat tukar kedudukan Islam
KUALA LUMPUR 8 Mei - Masyarakat serta pemimpin Kristian tempatan tidak pernah berhasrat untuk menukar Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Dr. Eu Hong Seng berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana masyarakat Kristian tempatan sentiasa memahami serta menghormati peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, selain pemimpin dan penganut mazhab Kristian Evangelical, pengikut mazhab Katolik dan Protestan tempatan turut mengakui kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dua blog tersebut seperti disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia semalam dan hari ini. Itu adalah laporan yang tidak berasas sama sekali.
"Masyarakat Kristian di Malaysia tidak kira mazhab apa pun sentiasa konsisten mengakui kedudukan agama-agama di Malaysia dengan Islam sebagai agama rasmi, tiada persoalan mengenainya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai usaha pihak tertentu yang mahu menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dengan Kristian melalui satu acara di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Laporan yang memetik dua laman blog iaitu 'bigdog' menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku menyiarkan laporan tentang usaha pihak tertentu yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama Persekutuan dan penganut Kristian sebagai Perdana Menteri negara ini.
Hong Seng menambah, acara yang dianjurkan NECF di Pulau Pinang tersebut sebenarnya adalah satu seminar bertajuk Unashamedly Ethical yang bertujuan mendidik masyarakat supaya menjauhkan diri daripada budaya rasuah bagi memastikan negara sentiasa aman dan berintegriti.
"Tiada langsung cubaan menukar kedudukan Islam dalam majlis itu namun saya tidak pasti sekiranya ada pemimpin Kristian yang bercakap soal itu dalam kapasiti persendirian tetapi ia tiada dalam agenda seminar, itu kenyataan rasmi NECF," tegasnya.
Sementara itu, editor Herald, The Catholic Weekly, Lawrence Andrew berkata, cubaan menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi dengan Kristian hanya akan menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di Malaysia.
"Justeru, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap laporan blog sedemikian kerana ia dengan jelas akan menggugat keharmonian penganut pelbagai agama di negara ini," jelasnya.
--------------------------------------------------------------------------
Sudah tiba masa ‘cakap cakap’ mengenai gerakan ini yang mungkin subersif dan mampu menggangu gugat keselamatan negara apabila majoriti iaitu orang Melayu-Islam bangkit dalam keadaan marah, disiasat secara rapi. Sekiranya benar, maka ianya patut ditangani termasuk mengambil tindakan sewajarnya.
Kita menghormati kedudukan ugama Bukan Islam dalam masyarakat dan hak mereka untuk menganuti dengan bebas. Sekiranya ianya digunakan sebagai ‘tunggangan’ atau ‘alasan’ untuk mengaburi gerakan minoriti dan lebih buruk lagi memainkan sentimen perkauman dan chauvinism, maka ianya wajar didedahkan demi bertujuan untuk menghalang.
PENULIS : Akal dah takde agaknya diorang ni... ini TANAH MELAYU! diulangi... ini TANAH MELAYU! Dan MELAYU ITU ISLAM... kalau TANAH BUKAN MELAYU...takpelah! selagi ini digelar TANAH MELAYU... Maka JANGAN BERMIMPI DI SIANG HARI!!!!
I.S.A kan ada... cari dalangnya dan masukkan dalam tahanan ISA! siasat serapinya dan pantas serta efisyen!
Ahad, 8 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan