The Alien - Link Select

Jumaat, 26 Oktober 2018

KUBIS DAN KHASIATNYA???

Kubis juga merupakan sumber yang baik serat makanan, menyediakan hampir 15 persen dari asupan makanan harian yang disarankan. Serat sangat penting untuk memastikan sistem pencernaan tubuh berfungsi pada tingkat optimal. Beberapa manfaat kubis untuk kesehatan yang positif kubis adalah sebagai berikut:


Hasil carian imej untuk kubis


1. MENCEGAH PERTUMBUHAN KANSER / ANTI-KANSER
Kubis mengandung sifat melawan kanker, termasuk lupeol, sinigrin, diindolylmethane (DIM), indole-3-carbinol (I3C), dan sulforaphane, yang dapat membantu pertahanan enzim dan menghambat pertumbuhan tumor. Senyawa sulforaphane dan I3C dalam kubis, keduanya telah terbukti meningkatkan efek anti kanker dari Taxol obat kemoterapi.

Salah satu penelitian terhadap wanita Cina menemukan bahwa konsumsi sayuran (seperti kubis, brokoli, kembang kol dan kubis Brussel) dikaitkan dengan risiko kanker payudara secara signifikan berkurang.

2. MEMELIHARA PROSES PERUT
Kubis adalah salah satu solusi alami terbaik untuk radang perut (disebut tukak lambung). Sebuah penelitian di Stanford University School of Medicine menemukan bahwa jus kubis segar sangat efektif dalam mengobati tukak lambung. Sifat anti-radang dari kubis adalah karena kandungan glutamine tinggi di dalamnya.


3. ANTI-INFLAMASI (PERADANGAN)
Kubis merupakan sumber yang baik dari asam amino glutamine dan diyakini untuk membantu mereka yang menderita semua jenis peradangan.

4. MENINGKATKAN SISTEM KEKEBALAN TUBUH
Karena jumlah tinggi vitamin C, kubis membantu memperkuat sistem kekebalan dan membantu tubuh melawan radikal bebas.

5. MENCEGAH RESIKO KATARAK
Kubis juga tinggi beta-karoten yang membantu melindungi terhadap usia terkait degenerasi macular dan mencegah katarak.

6. MENURUNKAN BERAT BADAN
Kubis adalah pilihan diet yang bagus bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Satu cangkir kubis dimasak hanya mengandung hanya 33 kalori. Itulah sebabnya orang yang diet sup kubis dapat makan dalam jumlah banyak dari sup tanpa kenaikan berat badan, sementara masih tetap sehat.

7. MENGURANGI RISIKO PENYAKIT ALZHEIMER
Penelitian terbaru menunjukkan bahwa makan kubis merah dapat mengurangi resiko penyakit Alzheimer. Kubis merah mengandung vitamin K dan anthocyanin, anti oksidan untuk membantu mengurangi plak pada otak, sehingga dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer.

8. MERINGANKAN SEMBELIT
Kandungan serat yang tinggi dalam kubis membantu merangsang sistem pencernaan, dan dengan demikian menghilangkan sembelit.

9. PERAWATAN KULIT
Anti oksidan dalam kubis membantu melindungi kulit dari kerusakan akibat radikal bebas yang diketahui menyebabkan tanda-tanda penuaan.

10. MERINGANKAN NYERI OTOT
Kubis mengandung lactic acid yang dikenal untuk membantu meringankan nyeri otot.

Untuk mendapatkan manfaat kesehatan yang maksimal dari kubis/kol, hindari memasak terlalu matang karena dapat menurunkan nilai gizi khususnya vitamin C dan nutrisi yang tersisa akan menjadi lebih sulit untuk dicerna. mencelur Kubis adalah lebih baik.

Kubis dapat dimakan dengan berbagai cara seperti direbus, dikukus, tumis atau bahkan panggang. Tapi kubis yang paling bergizi bila dimakan mentah (tentu saja setelah dicuci dengan air). Tambahkan daun mentah diiris atau diparut dalam salad sayuran untuk rasa yang lebih baik.


RESEPI KUBIS UNTUK KESIHATAN

Resepi ini merupakan resepi untuk kesihatan. Sediakan ¼ kobis bulat hidangan untuk seorang.

¼ Kubis
Sebiji Bawang Besar(Holland)
Air segelas.

Cincang kesemua bahan tadi dan rebus sehingga mendidih. Sebaik sahaja mendidih, matikan api dan biarkan seketika sehingga suam.  Makanlah bersama nasi.

Resepi ini sangat bagus untuk memulihkan Gastrik dan masalah usus.

SEKIAN

Isnin, 3 September 2018

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN : ULAR DALAM KUBUR WANITA


*ANTARA BAHAN-bahan bacaan aku yang tidak lekang dek panas.  sentiasa evergreen.  Selain karya-karya  Bercakap dengan Jin-Tamar Jalis, ini merupakan karya Abdul Muluk Bin Daud@Tok Awang Ngah, antara karya yang paling berharga dan bernilai bagiku. INI MERUPAKAN SIMPANAN PERIBADI DAN BACAAN PERIBADI. BUKAN UNTUK TUJUAN TERBITAN DAN JUALAN.





Siri Berkelahi Dengan Syaitan
  
1. Ular Dalam Kubur wanita

LAMA juga orang-orang kampung bercerita mengenai kematian Latip Pekak semasa memandikan mayat isterinya Mak Yot Bidan yang kononnya balik ke rumah semula.  Judin Bauk yang menjadi saksi peristiwa itu bersama adik arwah Mak Yot Bidan iatu Usin Macuk. Tetapi kata orang-orang tua yang balik semula ke rumah itu bukannya Mak Yot Bidan tetapi jelmaan 'hantu bungkusan'.
Semasa orang-orang mengkebumikan jenazah Latip Pekak, didapati kubur Mak Yot Bidan berlubang kira-kira sebesar lilitan betis. Apabila dijolok oleh Lebai Piut ke dalam, kayu penyolok itu sampai ke bawah. Berbunyi papan liang lahadnya apabila diketuk-ketuk.
Selepas kematian Latip Pekak tidaklah didengar lagi suara jeritan dari kubur Mak Yot Bidan. Apakah rahsia di sebalik kejadian itu tidak pula diketahui oleh orang-orang kampung. Ketika saya sampai ke kampung ini dapatlah saya mendengar serba sedikit ceritanya dari Judin Bauk.
"Tak tau aku apakah ilmu yang dipakai oleh arwah tu" jelas Judin Bauk apabila saya tanyakan kepadanya. "Yang aku tau dia seorang bidan di kampung ni dulu. Agaknya ilmu membidankan orang tentulah ada padanya" ujarnya bagaikan tergambar lagi kepadanya peristiwa yang berlaku.
"Sudah selesai semuanya, tak payahlah kita sebut-sebut lagi" Lebai Piut mencelah. "Perkara dah berlalu, biarlah orang-orang masih hidup jadikan teladan tentang petunjuk-petunjuk sedemikian dari Allah..." katanya perlahan.
"Benar kata Aki tu.." saya tersengih-sengih memerhatikan dia. "Tapi, baik juga kita mengetahui latar belakang mengapa kejadian itu berlaku. Dari sini bolehlah kita jadikan ia teladan kepada masyarakat kita. Sebab petunjuk dari Allah itu supaya kita semua insaf."  keinginan saya masih membara ingin mengetahui latar belakang kejadian yang menimpa diri arwah Mak Yot Bidan itu.
"Kadangkala....." Lebai Piut mengangguk-ngangguk lemah. "Kita melihat zahir saja, sedangkan yang zahir itu pun tidak semuanya kita tahu, hanya Allah saja Maha Mengetahui." dia memberitahu.  Saya memahami maksud Lebai Piut itu. Dia tidak mahu cerita mengenai kubur berasap itu dipanjang-panjangkan.  Tidaklah menghairankan kepada saya mengenai diri Lebai Piut itu. Dia memang bekas murid arwah Tok Aki saya. Oleh itu, saya cam betul akan tabiatnya seakan-akan mirip dengan arwah Tok Aki saya.
Sebenarnya saya datang ke kampung tersebut semata-mata mahu menziarahi Lebai Piut. Tetapi secara kebetulan cerita mengenai kubur berasap itu masih menjadi buah mulut orang-orang kampung itu, sengajalah saya tanyakan kepada Judin Bauk.
Ketika saya ke Merlimau di Melaka pun ada juga cerita mengenai kisah-kisah yang serupa dengan kejadian di kubur Mak Yot Bidan ini. Kawan saya Ali Burn yang ceritakan kepada saya. Tetapi saya tidak ambil peduli sangat cerita Ali Burn ini fasal kadangkala ceritanya bercampur temberang sedikit.
Kira-kira dalam bulan Jun 1982 Ali Burn telah mengajak saya berjumpa dengan seorang lelaki tua di Felda dekat Johor. Lelaki ini tinggal bersama anak perempuannya di situ. Tetapi dia bukanlah berasal dari Merlimau iaitu kampung asal Ali Burn. Bagaimanapun menantu Pak Uduh ini memang berasal dari Merlimau.
Pak Uduh sudah berumur lebih 80 tahun. Dia kelihatan sudah uzur kerana penyakit.  Matanya pun sudah rabun dan suaranya pun tidak berapa jelas bila bercakap. Tetapi bila Ali Burn datang, dia terlalu gembira. Memang Ali Burn selalu datang ke situ menemui Rahman menantu Pak Uduh. "Lama kau tak datang sini?" tanya Pak Uduh semasa Ali Burn memperkenalkan saya kepadanya. "Kalau aku selalu datang nanti Pak Uduh bosan." Ali Burn bergurau dengannya. "Lagi pun Pak Uduh nak simpan-simpan sangat, kalau ada apa-apa tu bagilah pada orang muda." tambahnya sambil duduk rapat dengan orang tua itu. "Apa yang kau hendakkan pada aku, orang tua tak berguna" sahut Pak Uduh tersengih-sengih. "Orang tua tak bergunalah selalunya ada isi...." kata Ali Burn memaut bahu orang tua itu. "Kemenyan sebesar lutut kalau tak dibakar tak berbau Pak Uduh." dia menepuk-nepuk bahu Pak Uduh.

Orang tua itu tersenyum. Dia tahu Ali Burn hanya begurau. Kedatangan Ali Burn menemui dia juga memang mempunyai tujuan. Saya juga tahu Ali Burn datang menemui Pak Uduh kerana mahu mencungkil-cungkil rahsia ilmu kebatinan orang tua itu. Memang menjadi kelaziman orang tua-tua seperti Pak Uduh itu tidak akan menurunkan ilmunya kepada orang yang tidak boleh diharap.
Maksud orang tidak boleh diharap ialah mereka yang tidak bersungguh, melainkan sekadar mahu menguji-nguji atau tidak dengan sepenuh hati. Sebab itulah Pak Uduh sering mengelak-ngelak bila Ali Burn cuba mendapatkan sesuatu ilmu kebatinan darinya. Selepas itu Ali Burn pun memperkenalkan saya kepada Pak Uduh. Memang saya sendiri berhajat mahu bertemu dengannya setelah Ali Burn menceritakan serba sedikit mengenai diri orang tua itu kepada saya.
"Jabat tangan tadi pun aku tau dah, jabat tangan orang berisi..." kata Pak Uduh tersengih-sengih merenung saya. Mungkin kerana matanya yang rabun dia terpaksa merenung saya tepat-tepat. "Adalah isiya Pak Uduh" sahut Ali Burn pantas. "Kalau tak ada isi kosonglah semuanya, baru jadi hantu penanggal semua tali perut habis terkeluar ditarik kepala..." katanya ketawa terkekeh-kekeh.
Pak Uduh juga ketawa. Saya juga ikut sama ketawa. Geli juga dengan kata-kata Ali Burn itu. Fasal itulah kawan-kawan kami gelarkan dia Ali Burn temberang, kerana ada saja ceritanya mahu memanaskan suasana dengan gelak ketawa. "Iyalah, tahi pun isi juga namanya" balas Pak Uduh dihujung ketawanya. "Tetapi berisi dengan tahi, tak sama berisi dengan ilmu..." ujarnya macam menyindir.
Dari Pak Uduh inilah saya mendapat cerita mengenai kisah Naesah Lawa yang kuburnya berasap seperti yang diceritakan oleh Ali Burn sebelum itu. Kampung Pak Uduh memang di Melaka, tetapi bukanlah dari Merlimau. Naesah Lawa itu seorang janda muda yang mudah memikat pemuda-pemuda. Antaranya yang jatuh hati pada Naesah Lawa ialah Pak Uduh sendiri.
Akhirnya Naesah berkahwin juga dengan Pak Uduh, tetapi mereka tidak mempunyai anak. Ketika berkahwin dengan Pak Uduh, Naesah Lawa sudah dua kali bersuami. Sebagai orang yang warak, Pak Uduh selalu menghabiskan masanya di surau menunaikan ibadat, di samping belajar agama dari guru-guru agama yang diundang khas.
Naesah Lawa pula dalam diam-diam berkenalan dengan seorang anak muda yang lain pula. Perhubungannya dengan anak muda, satu hari telah terserempak dengan emak Pak Uduh. Apa lagi perkara itu terus diberitahu kepada Pak Uduh. Tetapi Pak Uduh tidak terus terburu-buru. Dia meminta emaknya bersabar dulu, kerana dia belum melihat dengan matanya sendiri akan perbuatan isterinya itu. Sejak itu emak Pak Uduh mula tidak senang dengan sikap Naesah Lawa. Malah dia menuduh Naesah Lawa sudah menggunakan ubat pengasih menyebabkan Pak Uduh tunduk mengikuti perintahnya.
Sebenarnya Pak Uduh bukanlah terkena ilmu guna-guna atau ubat pengasih. Dia seorang yang taat kepada perintah agama.  Sebab itulah dia masih boleh bersabar mendengar aduan dari emaknya sendiri terhadap kecurangan isterinya itu. Tetapi emaknya tetap berkeras menyalahkan Pak Uduh. Tidak lama kemudian emak Pak Uduh jatuh sakit muntah-muntah darah. Ada bomoh yang mengatakan dia terkena santau. Sebaliknya apabila dibawa ke hospital pihak hospital mengatakan dia terkena penyakit batuk kering. Hospital pula mengesyorkan supaya dihantar mendapat rawatan lanjut di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun emak Pak Uduh tidak mahu berubat di hospital. Akhirnya dia mati kerana mengidap penyakit batuk darah. Sama ada dakwaan bomoh yang mengubatnya itu benar atau tidak, Pak Uduh juga tidak mahu mempercayai sangat. Tetapi Pak Uduh sendiri sudah mencubanya sendiri mengubat emaknya dengan membacakan ayat-ayat Qur’an seperti yang dipelajarinya.
Setiap kali dia memberi emaknya minum air yang sudah dibacakan Yassin, emaknya muntah-muntah darah. Di dalam darah beku itu terdapat beberapa helai rambut. Malangnya, Pak Uduh sudah terlambat mahu mengubati emaknya. Orang tua itu meninggal dunia sebelum sempat Pak Uduh mengubatnya lebih mendalam.
Disebabkan terpengaruh juga dengan dakwaan bomoh mengenai emaknya yang termakan santau itu, Pak Uduh telah mengerjakan solat sunat tahajud 44 malam agar orang yang menganiaya emaknya bertaubat.  Dia tidak berharap untuk bertemu dengan orang yang menganiaya itu, kerana gurunya berpesan supaya tidak berbuat demikian. Hanya yang diajarkan oleh gurunya memohon doa agar orang yang menganiaya itu bertaubat kepada Allah. Tidak sampai 44 malam Pak Uduh melakukan sembahyang sunat tahajudnya, tiba-tiba Naesah Lawa isterinya jatuh sakit. Dia meracau-racau dan menjerit-jerit sepanjang malam. Dia menuduh emak mertuanya sengaja membuat fitnah mengenai hubungan sulitnya dengan seorang pemuda.
Disebabkan tidak tertahan dengan peristiwa emaknya baru saja meninggal dunia, kemudian isterinya mula jatuh sakit meracau-racau, maka Pak Uduh terpaksa minta tolong kepada gurunya To' Kiyai Parjo dari Johor. "Mengapa tak diubat sendiri?" tanya To' Kiyai Parjo apabila Pak Uduh menceritakan masalahnya.
"Hati saya tak tenteram To' Kiyai, tak dapat nak khusyuk..." dia menjelaskan dalam perasaan bimbang. "Kalau begitu kau tak tahan diuji." sahut To' Kiyai Parjo mengingatkan. "Tak tenteram bererti kau tak sabar, kalau mau cari kemenangan mesti sabar. Mesti tenteram, barulah kau dapat menggunakan ilmu kau." ujarnya macam kesal dengan sikap Pak Uduh.
Tetapi Pak Uduh tidak pedulikan lagi mengenai kata-kata gurunya. Yang penting dia mesti selamatkan isterinya Naesah Lawa. Dia tidak sanggup kehilangan isteri, setelah kehilangan emaknya.  "Sekarang, aku mahu kau sendiri mengubatnya." tegas To' Kiyai Parjo memberi isyarat.
Pak Uduh memahami isyarat itu. Dia mesti ditidurkan oleh To' Kiyai Parjo untuk melihat sendiri penyakit isterinya. Dengan cara itu barulah dia dapat mengubat mengikut cara yang diajar oleh To' Kiyai Parjo.
Ketika ditidurkan oleh To' Kiyai Parjo, Pak Uduh merasa dirinya keluar dari jasadnya. Dia terapung-apung di awangan menurut perintah To' Kiyai Parjo. Apabila disuruh melihat tubuh isterinya Naesah Lawa, dia nampak Naesah Lawa terbaring dengan seluruh tubuhnya berlubang-lubang. Kelihatan nanah dan darah keluar dari lubang-lubang sebesar guli itu.
"Apa yang kau nampak?" dia terdengar suara To' Kiyai Parjo sayup-sayup dari jauh. "Berlubang-lubang badannya. Ada darah dan nanah keluar." Pak Uduh memberitahu apa yang dilihatnya. "Bacakan ayat ini dan hembuskan ke situ." perintah To' Kiyai Parjo. Dia membacakan tiga kali ayat yang diajarkan oleh To' Kiyai Parjo, kemudian dihembuskan ke tubuh Naesah Lawa. Sebaik saja dihembuskan seluruh tubuh Naesah Lawa menjadi hancur. Ketika ini Pak Uduh merasakan sekelilingnya bagai dilanda ribut kencang, hingga dia juga hampir-hampir diterbangkan.
"Mengapa?" soal To' Kiyai Parjo. "Ribut kencang..." jelasnya cemas. "Bacakan doa ini." kata To' Kiyai Parjo memberi panduan.
Sebaik dibacakan ribut kencang tiba-tiba berhenti. Dia tidak nampak lagi tubuh Naesah Lawa, tetapi kelihatan seorang lelaki berjubah putih dengan janggutnya juga putih sampai ke pusat.  Dia memberitahu apa yang dilihatnya kepada To' Kiyai Parjo. Tetapi apabila dia membacakan ayat yang diperintahkan oleh To' Kiyai Parjo, lelaki berjubah putih itu tersenyum lalu memberi salam. Ketika ini Pak Uduh sudah tidak mendengar lagi suara To' Kiyai Parjo yang sayup-sayup tadi. Dia merasa begitu jauh terasing. Pak Uduh menyahut salam lelaki berjubah itu.
"Kenapa kau nak tolong orang yang akan mati?" lelaki berjubah itu bertanya.
"Mati hanya ditentukan oleh Allah....." sahut Pak Uduh keras.
"Kau orang berilmu" ujar lelaki berkenaan macam menyindir. "Tetapi tidak mendalami ilmu kau. Ilmu Allah luas dan kau tak akan jemu-jemu mempelajarinya" kata lelaki berjubah putih itu lagi.
Pak Uduh dapat mengagak bahawa lelaki berjubah putih di depannya bukanlah syaitan. Kerana syaitan tidak akan berani menyebut ayat-ayat Allah. Bagaimanapun dia tidak berani bertanya siapakah lelaki berkenaan. Apa lagi dia tidak dapat lagi berhubungan dengan To' Kiyai Parjo.
"Sekarang, baliklah kau" lelaki berjubah putih itu memerintahkan dia meninggalkan tempat itu.
"Tidak......aku mahu selamatkan isteri aku!" tegas Pak Uduh.
"Isteri seorang mukmin ialah perempuan yang mempunyai cukup syarat di sisi Allah" suara orang tua berjubah putih itu keras. "Apakah kau mau seorang isteri yang dilaknati di sisi Allah" jelas orang tua itu lagi.
"Kau setan, memang pendusta" sahut Pak Uduh menahan kemarahan yang mula membakar hatinya. Dia cuba mengharapkan To' Kiyai Parjo segera menyeru namanya, tetapi sia-sia belaka.
Astaghafarullah-alazzim......" keluh lelaki tua itu menyesali sikap Pak Uduh. "Jangan kau jadikan yang hak itu batil, dan yang batil itu hak." katanya mengingatkan.
"Jadi kau siapa?" Pak Uduh masih mendongkol.
"Orang berilmu mesti banyak bersabar." orang tua berjubah putih itu menasihati dia. "Aku tau To' Kiyai Parjo, aku juga tau tentang kau. Bukankah kau telah menunaikan Sunat Tahajud selama 44 malam?" katanya mengingatkan Pak Uduh.
"Iya....." angguk Pak Uduh.
"Kau sudah memohon pada Allah tunjukkan kebenaran?" tanyanya lagi.
Pak Uduh angguk.
"Sekarang itulah kebenaran!" tegas orang tua berjubah putih itu lagi. "Aku guru pada To' Kiyai Parjo, dan aku bukan syaitan yang mahu mempengaruhi kau. Mari ke mari..." dia menghulurkan tangannya.
Cepat-cepat Pak Uduh memeluknya. Terbau padanya sekelilingnya harum semerbak yang belum pernah diciumnya selama itu. Sekaligus air mata Pak Uduh menitis.
"Maafkan saya To' Wali" Pak Uduh menangis terisak-isak.
"Sudahlah Uduh.." dia memujuk sambil mengusap-ngusap kepala Pak Uduh.
"Naesah yang memberi emak kau racun santau, kerana emak kau terserempak akan perbuatan curangnya terhadap kau. Sekarang baliklah kau." katanya meninggalkan Pak Uduh.
Barulah Pak Uduh dapat mendengar suara bisikan To' Kiyai Parjo. Bagaimanapun Pak Uduh meminta untuk balik segera masuk ke tubuhnya. Tidak lama kemudian dia membuka mata, dan dilihatnya Naesah Lawa masih terlentang menderita sakit.
"Saya fikir tak payahlah kita ubatkan lagi Naesah ni To' Kiyai..." bisik Pak Uduh.
To' Kiyai Parjo tersenyum. Dia sudah tahu apakah yang tersirat di hati Pak Uduh. Malah pertemuan Pak Uduh dengan arwah gurunya itu juga sudah difahami oleh To' Kiyai Parjo.
"Kalau kau dah kata begitu, terpulanglah" ujar To' Kiyai Parjo perlahan.
Tiga hari selepas itu pun perut Naesah Lawa menjadi buncit. Lama kelamaan menjadi busung hingga kulit perutnya mengening-ngening.  Apa yang dilihat oleh Pak Uduh melalui makrifatnya jelas telah berlaku ke atas Naesah Lawa.  Seminggu selepas perutnya menjadi busung Naesah Lawa pun meninggal dunia.
Pada senja waktu maghrib hari dikebumikannya itulah Pak Uduh mendengar jeritan nyaring dari tanah perkuburan. Jeritan itu juga didengar oleh orang-orang kampung. Selepas menunaikan fardhu maghrib Pak Uduh bersama adik iparnya (iaitu adik lelaki Naesah Lawa) bernama Selamat telah pergi ke tanah perkuburan.
Jeritan itu memang jelas seakan-akan suara Naesah Lawa. Sebab itulah dia mengajak Selamat ikut sama melihatnya. Memang betul jeritan itu datangnya dari kubur Naesah Lawa. Ketika mereka berdua sampai rintihan dan ngongoian Naesah Lawa begitu jelas dan menusuk perasaan. Dari kubur itu kelihatan asap berkepul naik. Air mata Pak Uduh menitik melihat peristiwa yang menimpa ke atas kubur isterinya. Kalaulah emaknya masih hidup bolehlah dia melutut meminta ampun kepada emaknya bagi pihak Naesah Lawa. Tetapi semuanya telah berlalu, dia hanya dapat berdoa meminta pertolongan Allah supaya mengampunkan Naesah Lawa. Ketika mereka berdua sampai rintihan dan ngongoian Naesah Lawa begitu jelas dan menusuk perasaan.
Dari kubur itu kelihatan asap berkepul naik.  Air mata Pak Uduh menitik melihat peristiwa yang menimpa ke atas kubur isterinya. Kalaulah emaknya masih hidup bolehlah dia melutut meminta ampun kepada emaknya bagi pihak Naesah Lawa. Tetapi semuanya telah berlalu, dia hanya dapat berdoa meminta pertolongan Allah supaya mengampunkan Naesah Lawa.
"Mat...." kata Pak Uduh sayu. "Kakak kau terseksa. Kau balik dan beritahu To' Kiyai Parjo. Biar abang tunggu di sini buat apa yang patut." bisiknya tersedu sedan.
Kesedihan yang menusuk di jiwanya bukanlah kerana kematian isterinya, tetapi penderitaan yang ditanggung oleh isterinya setelah disemadikan di dalam kubur. Kalaulah benar Naesah Lawa membuat perhubungan dengan lelaki lain dia boleh melupakan saja segalanya. Dia sedia mengampunkan dosa Naesah Lawa terhadapnya. Tetapi perbuatan Naesah Lawa tergamak memberikan emaknya makan racun santau itu, hanya emaknya sajalah yang boleh mengampunkan.
"Baliklah Mat, minta bantuan dari orang kampung" katanya lagi menahan kesedihan.
"Baiklah bang" sahut Selamat perlahan. "Macam mana pun abang sabarlah. Apa nak buat dah nasib dia..." Selamat cuba mententeramkan perasaan Pak Uduh. Selamat terus balik ke rumah Pak Uduh, kerana di sana orang sudah berkumpul untuk mengadakan kenduri arwah. To' Kiyai Parjo juga ada menunggu di rumah Pak Uduh. Segala kejadian yang dilihatnya di kubur kakaknya diberitahu oleh Selamat kepada mereka yang ada di situ.
"Abang Uduh minta To' Kiyai ke sana." jelas Selamat.
Beberapa orang yang ada di atas rumah turun ke bawah. Mereka bersama-sama To' Kiyai Parjo mengikut Selamat menuju ke kubur Naesah Lawa. Apabila sampai di kubur mereka dapati Pak Uduh sedang membacakan Surah Yassin dengan tenang. Bunyi jeritan juga mula mengendur. Kepulan asap juga sudah mula berkurangan. Tetapi keadaan demikian sementara saja. Selepas itu asap dari kubur semakin menebal dan jeritan suara meminta tolong semakin kuat. Sekali-sekala keluar api dari celah-celah kepulan asap itu.
Semakin kuat bacaan Surah Yassin dibacakan, semakin kedengaran jeritan nyaring tidak ketahuan.
"Begini Uduh...." To' Kiyai Parjo menepuk bahu Pak Uduh. "Kalau kau izinkan kita galikan semula kubur Naesah ni, kita mandikan dia dengan air Yassin" ujarnya menahan kesedihan yang menusuk-nusuk. Pak Uduh hanya mengangguk. Lidahnya sudah tidak terucapkan apa-apa lagi. "Kalau begitu kau Selamat, bawalah kawan-kawan" To' Kiyai Parjo berpaling pada Selamat. "Bawa cangkul, bawa lampu gaslin dan bawa air segeluk" perintahnya.
Selamat tidak menyahut. Dia terus mengajak beberapa orang pemuda balik semula mengambil barang-barang yang dipesan oleh To' Kiyai Parjo. Sementara bahang panas dari kubur Naesah Lawa sudah dirasakan oleh Pak Uduh. Bagaimanapun dia tidak undur dari menahan panas yang semakin membahang itu. To' Kiyai Parjo membacakan sesuatu doa sambil menghembuskan ke kubur Naesah Lawa. Lama To' Kiyai Parjo berdoa barulah terasa bahang panas itu terasa berkurangan. Pak Uduh juga ikut sama berdoa seperti yang pernah diajarkan oleh To' Kiyai Parjo kepadanya.
Tidak lama kemudian Selamat bersama dua tiga orang pemuda tadi datang membawa cangkul dan lampu gaslin. Air sejuk di dalam jag diberikannya kepada To' Kiyai Parjo. Setelah diperintahkan gali oleh To' Kiyai Parjo mereka pun sama-sama menggali semula kubur tersebut. To' Kiyai Parjo mahu memandikan saja jenazah yang sudah dikebumikan itu dengan air yang sudah dibacakan Surah Yassin. Ketika menggalinya Selamat merungut-rungut juga kerana terasa panas. Tetapi To' Kiyai Parjo menasihatkan supaya tidak disebut-sebutkan perkara bahang panas itu.
Setelah digali semula Selamat cuba membuka papan yang menutup liang lahad, tiba-tiba dia terkejut dan cepat-cepat melompat ke atas. Mukanya jadi pucat ketakutan. "Kenapa Mat...?" tanya Pak Uduh. Selamat tidak menjawab. Dia terkaku tidak boleh bercakap apa-apa. Untuk mempastikan keadaan sebenarnya mereka mendekatkan lampu gaslin ke tebing kubur. Pak Uduh sendiri membukakan papan dinding liang lahad tersebut. Sebaik saja papan dinding itu ditarik ke atas mereka dapat melihat ular-ular bisa berkumpul di dalam liang tersebut membelit jenazah Naesah Lawa yang baru saja dikebumikan siang tadinya.

Dari mana datangnya ular-ular tersebut? "Hanya Allah Yang Maha Mengetahui" kata To' Kiyai Parjo bila melihat kejadian tersebut. Tentulah mustahil terdapat ular di dalam kubur yang baru saja dikorek dan baru saja dikambus semula. Mustahil jua ada sarang ular di situ. Kalau mahu dikira ular bersarang di situ, bagaimana pula dengan api dan asap yang kelihatan di atas kubur tersebut. Anehnya apabila sudah digali tidak ada langsung kesan asap atau api di situ.
"Jangan difikirkan sangat" To' Kiyai Parjo menasihatkan mereka yang terpegun melihat kejadian tersebut. "Pengetahuan Allah meliputi tujuh petala bumi tujuh petala langit. Kita yang hidup ini insaflah........" jelasnya dengan linangan air mata, bukan kerana kesedihan tetapi gementarnya kepada Allah. Kemudian dia menyiramkan air sejuk di dalam jag yang sudah dibacakan Yassin ke tubuh Naesah yang dibelit ular-ular bisa itu. Setelah disiram air tersebut ular-ular berkenaan lari menyusup di dalam lubang liang lahad dan hilang entah ke mana. To' Kiyai Parjo turun ke dalam kubur lalu mengepal tanah tiga kepal. Dia berdoa sambil menghembuskan kepada kepalan tanah itu.
Dengan tidak menghiraukan sesiapa dia terus meletakkan tanah yang dikepal tadi ke kepala mayat. Setelah semuanya selesai To' Kiyai Parjo memerintahkan supaya dikambus semula. Hari berikutnya tidak ada lagi kedengaran jeritan dari kubur Naesah Lawa. Sementara di rumahnya Pak Uduh membaca Yassin setiap malam seperti yang diingatkan oleh To' Kiyai Parjo.
Jadi, bila teringatkan pertemuan saya dengan Pak Uduh bersama Ali Burn, saya merasakan ada sesuatu yang mesti telah berlaku menyebabkan kubur Mat Yot Bidan itu jadi demikian. Tetapi disebabkan Lebai Piut tidak mahu diungkit-ungkit lagi maka saya pun tidaklah mahu bertanyakan lagi pada Judin Bauk. Bagaimanapun setelah Judin Bauk balik ke rumah barulah Lebai Piut mahu menerangkan kepada saya kisah sebenarnya mengapa kubur Mak Yot Bidan boleh jadi begitu.
"Bukan kerana ilmu sesat yang dituntut" kata Lebai Piut serba salah mahu menceritakan kepada saya. “Tetapi dosa kepada sesama makhluk, inilah yang berat hendak kita tanggung." jelasnya mengeluh pendek.
"Tak ada dia menuntut ilmu sesat?" tanya saya.
"Wallahhu'alam..." dia tersengih-sengih bagaikan soalan itu mencuit hatinya.
"Tetapi Yot tu berkehendakkan Latip Pekak semasa dalam tangan suaminya lagi, iaitu arwah abang haji." katanya lagi.
"Ohhh, begitu..." saya terangguk-angguk mendengarkannya. Arwah abang haji yang disebutkan oleh Lebai Piut itu ialah abangnya sendiri Haji Suri. Saya juga mendengar berita kematian arwah Haji Suri akibat termakan racun. Hairan juga saya ketika itu, kerana orang seperti dia masih ada juga orang sakit hati hingga tergamak memberi racun. Setahu saya arwah Haji Suri itu memang warak. Dia tidak pernah ambil tahu masalah peribadi orang lain. Malah dia akan bercakap kalau ada perkara-perkara yang ditanyakan kepadanya saja. Bagaimana orang seperti dia masih ada orang yang sakit hati terhadapnya. Kalau setakat hati pun tak apa juga, tetapi tergamak pula memberikan racun.
"Yot yang memberinya racun....." tiba-tiba isteri Lebai Piut mencelah.
"Hisss, awak tu diam!" Lebai Piut berpaling kepada isterinya yang baru saja sampai menatang dulang air ke depan kami. "Mana awak tahu Yot yang racun, awak nampak?" katanya perlahan, tetapi jelas dia tidak senang dengan sikap isterinya membuat tuduhan itu.
"Ramai orang cakap...." jelas Mak Ton tegas.
"Cakap orang cuma syak wasangka saja. Allah saja Yang Maha Mengetahui." ujar Lebai Piut kesal dengan keterlanjuran isterinya itu.
Memang Lebai Piut tidak mahu menerangkan lebih lanjut perkara sebenarnya. Tetapi esoknya apabila saya tanyakan kepada Judin Bauk mengenai cerita kematian arwah Haji Suri itu, memang dia juga pernah mendengar khabar angin kononnya kematian arwah Haji Suri itu akibat diracun oleh Mak Yot Bidan. Habis saja edah selepas kematian arwah Haji Suri itu, Mak Yot Bidan pun terus berkahwin dengan Latip Pekak. Bagaimanapun orang-orang kampung tidak dapat ceritanya yang sahih, selain dari khabar-khabar angin. Kalau ada pun mereka yang tahu tidak ada siapa pula yang berani bercakap terus terang. Maklum sajalah Mak Yot Bidan itu merupakan bidan di dalam kampung. Masing-masing memerlukan pertolongan Mak Yot Bidan bila tiba waktunya.


TAMAT



Rabu, 29 Ogos 2018

AYAT PEMANGGIL IKAN???


AYAT PEMANGGIL IKAN
*Baca ketika mula memancing

BISMILLAHI MASYA ALLAH,
LAAHAULA WA LAA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYYIL ADZIIM.
BISMILLAAHIL-QAHHAR,
AINAMAA TAKUUNU YA’TII BIKUMULLAHU JAMII’AN,
INNALLAHAA ALAA KULLI SYAI’N QADIIR
BISMILLAHIRROHMAANIRROHIM.
ALLAATA’LUU A’LAYYA WA’TUUNII MUSLIMIIN.

Maksudnya :
Dengan nama ALLAH , inilah yang dikehendaki ALLAH.  tiada daya upaya ku dan tiada daya upaya selain ALLAH yang Tinggi yang Agung.”
Dengan Nama ALLAH yang Pemaksa. Di mana sahaja kamu berada, Allah akan datangkan kamu semua. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
Dengan nama ALLAH, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
Janganlah kamu meninggi terhadapku, tetapi datanglah kepadaku dalam kepatuhan.

*Bacakan ayat-ayat ini pada segelas air di tempat memancing,  buang separuh ke dalam laut/kolam/tasik, dan separuh lagi jadikan air untuk dicampurkan pada umpan.

Selasa, 7 Ogos 2018

USUS BUNTU / APPENDIKS CARA RAWATAN ???


AYAT MENYEMBUHKAN PENYAKIT DAN SAKIT DIRI SENDIRI
“Bismillahissalam(3x), A’udzubillahissalam wa qudratihi min syarri maa ajiduu wa uhaadziru.”
“Dengan nama ALLAH Yang Sejahtera, Aku berlindung kepada Allah Yang Sejahtera dan kekuasaanNya dari setiap kejelekan yang aku jumpai dan aku takuti”.

DOA UNTUK MINTA KESEMBUHAN DARI ALLAH
Bismika Ya ALLAH, Anni massaniiyaddhurru wa anta arhamarrahimiin. Subhaanaka, Allahumma rabbannaasi, adzhibilba`sa, wasy fihi, wa antasy syaafii, laa syifaa a illaa syifaa uka, syifaa an laa yughoodiru saqoman, YA Rahmaanirrahim, ya maalikiyawmiddiin, Iyyakana’buduu waiyyakanasta’in. Ya samiuddoai, ya Rabbi takabbal doa’I Walhamdukaa ya ALLAH yang rabbil a’alamin.
Dengan nama Mu, Ya ALLAH, Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.  Engkau disanjung ya Allah, rabb pemelihara manusia, hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, engkau-lah yang maha menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan hanya kesembuhan dari-mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sedikit pun penyakit, Wahai yang pengasi, ya Pemurah. Ya menguasai hari pembalasan.  Hanyya Engkau yang kami mengabdi dan hanya kepada Engkau kami memohon. Wahai yang mendengar doa, Tuhanku, kabulkan doa ku dan segala puji bagiMu wahai Tuhan seluruh alam.

HERBA
-Lobak Merak(Makanan Mentah- Anti kanser)
-Nenas (Makanan Vitamin C + Anti-Kanser)
-Kubis + Bawang Merah rebus (Makanan- Anti kanser)
-Bawang Putih 7 biji (Minuman-Anti Bengkak dan anti Radang)
-Air Alkali( Minuman- Campur dgn Bawang Putih atau Kunyit)
-Kunyit 7 CM (Minuman- Anti Radang)
-Air Lemon Panas (Minuman Vitamin C)
-Kunyit, Timun, Limau Nipis, Lobak Merah diblender dan diminum 3 kali sehari
-Air 3 Batang Serai Panas.

UBAT HERBA SAPUAN
-Sebiji Bawang Putih di hancurkan seperti Puri- dipupur ke bahagian bawah pusat(V area)- tempat yang sakit-usus buntu.

REFLEKSOLOGI TANGAN DAN KAKI
Titik Sang Yang (Gambar Jari telunjuk)
Titik Usus Buntu dalam garisan Longitud Jari manis kaki kanan dan latitud buku lali (Gambar Tapak Kaki Kanan)
http://refleksi.id/category/refleksi/

PANTANG
-Cili dan makanan pedas yang lain.
-Minuman bergas
-Minuman Bergula sintetik

MINUMAN YANG DIGALAKAN
-Susu  + bawang Putih atau Kunyit.
-Air suam


Apa itu appendiks?

Penyebab dan tanda gejala usus buntu, Usus buntu atau dalam istilah kedoktoran disebut apendiks, sering dianggap sebagai organ yang tak berguna. 
Namun Bill Parker dari Duke University menyanggah pandangan tersebut karena ternyata usus buntu membantu mengembalikan populasi bakteri yang menguntungkan bagi manusia. Sejumlah bukti menguatkan peran usus buntu sebagai tempat di mana bakteri baik hidup aman dan tidak terganggu hingga mereka dibutuhkan oleh tubuh. Inilah mengapa usus buntu disebut ‘rumah aman’ bagi bakteria baik(macam Balai Polis la fungsingya.). James Grendell dari Winthrop University-Hospital di Long Island menemukan ternyata usus buntu berperanan menyelamatkan hidup manusia dari infeksi. Manfaat usus buntu ternyata memiliki peranan terhadap kekebalan tubuh.



Gambar1



 "SELAMAT BERUBAT"