The Alien - Link Select

Sabtu, 8 Oktober 2016

HUJAH PERTAMA ???


Hafiz Firdaus Abdulllah :
Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala apabila Dia menyatakan kesempurnaan, kelengkapan dan perincian kitab suci-Nya al-Qur’anul Karim, adalah merujuk kepada peranan yang dimiliki oleh al-Qur’an sebagai “kitab induk” yang telah mengusulkan pelbagai kaedah dan cara bagi umat manusia menerima dan mempraktikkan risalah Allah dalam kehidupan harian mereka sehingga ke Hari Akhirat.[1] Al-Qur’an adalah lengkap dan sempurna dalam konteks ia meletakkan asas-asas mentauhidkan Allah dan kaedah-kaedah menjanakan syari’at-Nya. Demikian juga, apabila dikatakan bahawa kitab al-Qur’an tidak meninggalkan atau terlupa apa-apa, ia bererti bahawa al-Qur’an tidak leka atau lengah dari menggariskan pelbagai kaedah serta prinsip penukilan hukum dan ajaran yang diperlukan umat untuk melaksanakan syari’at Allah yang indah ini dalam semua suasana dan keadaan.
JAWAPAN
: Al-Qur’an BUKAN-lah Kitab Induk seperti yang didakwa oleh penulis artikel ini.  Tiada satu ayat pun yang menyatakan demikian.  Tanpa dalil dari Qur’an.  Beliau hanya berkata-kata menurut pendapat Habr-habr agama golongan Sunni, Yusuf Qardhawi.  Dakwaan seperti ini memang tidak dapat diterima tanpa penjelasan wahyu dari ALLAH.  Bagaimana pun, Qur’an menurut ALLAH :


“Ha Mim.  Demi Kitab yang jelas, Sesungguhnya, Kami membuatnya sebuah Qur'an bahasa Arab supaya kamu faham.  Dan sesungguhnya ia adalah di dalam IBU KITAB, di sisi Kami; sungguh tinggi, bijaksana.”
(Q.S. 43:1-4)

*Qur’an jelas di sini adalah berasal dalam IBU KITAB yang ada di sisi ALLAH.  Boleh saja ia digelar sebagai KITAB INDUK di sisi ALLAH.  Qur’an bukanlah Kitab Induk di sisi ALLAH seperti yang didakwa oleh penulis ini.  Tetapi ia hanya menjadi KITAB UTAMA untuk rujukan bagi Nabi Muhammad dan seluruh umatnya. Kerana tidak ada kitab selain Qur’an yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad.


“…dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. ……” (6:19)

Hafiz Firdaus Abdulllah :
Dalam suasana kelengkapan dan keterperincian inilah al-Qur’an meletakkan dasar serta prinsip yang jitu bahawa hadis serta sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam wajib dijadikan salah satu dari sumber syari’at yang ditaati, dirujuki dan dipegangi. Apabila hadis dan sunnah Rasulullah disisihkan, maka ia bererti menyisih sebahagian dari dasar dan prinsip penting yang digariskan oleh al-Qur’an; dan apabila hadis dan sunnah Rasulullah ditentang, ia bererti menentang sebahagian dari ajaran al-Qur’an itu sendiri.[2]

JAWAPAN
:  Tiada ada dalam mana-mana ayat Qur’an yang menyatakan demikian.  Malah tiada satu pun ayat yang menyebut perkataan SUNNAH NABI atau HADIS NABI  dalam mana-mana surah atau ayat dalam Qur’an.  Penulis artikel ini hanya mendakwa tanpa alasan dan dalil yang jelas dari Qur’an.  Beliau hanya bersandarkan kata-kata Habr agama -  Ibnu Qayyim.
Qur’an itu Jelas dan lengkap, terperinci dan tiada satu pun yang tertinggal melaionkan semua hal yang berkaitan dengan apa yang diwahyukanNya itu disebut dengan jelas.

“Tha Sin. Inilah ayat-ayat al-Qur'an, dan sebuah Kitab yang jelas.” (27:1)

“Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab; kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka akan dikumpulkan.” (6:38)

“Sesungguhnya Kami buatkan untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan…”(30:58)
“Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan tetapi kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.” (17:89)

“Apa, adakah aku akan cari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang turunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas...” (6:114)

“Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh tukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.” (6:115)

“Dan Kami telah datangkan kepada mereka sebuah Kitab yang Kami jelaskan, berdasarkan pengetahuan, menjadi satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi kaum yang percayai.” (7:52)

“Alif Lam Ra. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya menentukan, dan kemudian dijelaskan, daripada yang Bijaksana, Menyedari.”  (11:1)

Tetapi Qur’an itu sendiri adalah HADIS dari ALLAH yang menjadi Ucapan Rasul yang mulia. Renungkan ayat-ayat ini :

"Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab" (39:23).

Kitab yang dimaksudkan adalah al-Qur'an, yang diturunkan kepada Nabi Allah yang terakhir, Muhammad. Kitab tersebut diturunkan kepada baginda untuk dipanjangkan kepada seluruh manusia. Maka baginda, dengan cara lisan terutamanya, sampaikan kandungan Kitab kepada orang-orang di sekelilingnya. Justeru, seluruh kandungan kitab Hadis Allah yang diterima merupakan Hadisnya juga. Seperti maksud firman Allah berbunyi,

"Sesungguhnya ia adalah ucapan Rasul yang mulia" (69:40)

Maka tidak ada perintah dari ALLAH untuk mengikuti HADIS NABI atau SUNNAH nabi yang diriwayatkan oleh habr-Habr hadis seperti 6 imam hadis yang terkenal dalam golongan sunni.  Melainkan disuruh untuk mentaatiNya melalui Qur’an dan mentaati RasulNya melalui ajaran ALLAH dalam Qur’an yang berbentuk AL-HIKMAH yang sendirinya ada dalam Kitab Qur’an itu sendiri(17:39).
Adapun percakapan, perlakuan nabi sebagai manusia. Bukanlah termasuk dalam ajaran ALLAH dan ia tidak perlu diikuti kerana ia adalah satu fitrah kehidupan manusia. Makan minum, berak, berjimak dan bergaul sesama manusia lain boleh sahaja dipelajari secara semulajadi tanpa kitab ALLAH.  Sebelum Qur’an turun kepada nabi Muhammad, semua orang ARAB tahu makan dan minum, tahu berjimak dan bergaul serta bersyair, memerintah dan mentadbir Mekah.  Mereka berjubah, serban, berjanggut dan lain-lain budaya Arab. Abu jahal misalnya, berjanggut dna berserban, berjubah macam nabi Muhammad.   Itu hanya budaya bukan berkaitan dengan agama.
 Kalau ia adalah agama.  Maka semua manusia tak kira bangsa adalah wajib memakai serban, berjanggut dan berjubah tanpa mengira iklim dan tempat sesebuah tempat di bumi ini.

Hafiz Firdaus Abdulllah :
Adalah merupakan tindakan yang amat jahil apabila seseorang itu memahami ayat-ayat di atas secara zahir (face value) sehingga mereka berkata segala apa yang berkaitan dengan agama dan kehidupan di dunia ini telah diperincikan satu-persatu di dalam al-Qur’an. Jika inilah kefahaman mereka, maka penulis bertanya – jika pagi tadi kita bersarapan Mee Goreng dan ingin mengetahui hukumnya, bolehkah kita mencarinya di dalam al-Qur’an ? Pastinya kita tidak akan menemui keterangan tentang Mee Goreng. Maka apakah dengan itu Mee Goreng tersebut menjadi sesuatu yang halal, atau haram, atau sesuatu yang dilupai oleh al-Qur’an ?
JAWAPAN
: Pendapat penulis ini adalah terlebih jahil. Mungkin beliau mengatakan bahawa Qur’an tidak cukup sempurna sehingga beliau memerlukan kitab lain yang dikarang oleh habr-habr agama golongannya utnuk melengkapkan Qur’an.  Tindakan beliau adalah lebih menghina kesempurnaan dan kebijaksanaan yang diabadikan oleh ALLAH dalam Qur’an.

"Atau, adakah mereka punyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak izinkan?" (42:21)

Sekutu-sekutu dalam ayat ini adalah Habr-habr agama yang berani mengada-adakan sesuatu yang tidak diajar oleh ALLAH dalam wahyuNya kepada Nabi Muhammad SAW. Dengan mengandalkan pendapat-pendapat Habr-habr agama seperti Yusuf Qardhawi dan Ibnu Qayyim, jelas beliau menghina kemuliaan Qur’an.  Seolah-olah Qur’an itu memang tidak cukup atau ALLAH terlupa nak sebut perkara-perkara yang diajarkan oleh habr-habr agama golongan mereka.  Ini bukan sahaja merendah-rendahkan Qur’an malah menghina ALLAH dan rasulNya.
Mengaitkan dengan dalil ‘Mee Goreng’, adalah sesuatu yang tidak sepatutnya.  Hal-hal seperti ini adalah perkara yang anda boleh pelajari di luar kitab ALLAH dan sudah pasti ia adalah ilmu ALLAH jua.  Apa yang digariskan oleh ALLAH dalam Qur’an adalah jelas, yang haram dan halal adalah jelas. Terpulang kepada kita bagaimana mengaplikasikannya dalam kehidupan kita hari ini.


Hafiz Firdaus Abdulllah :
Sebaliknya jika difahami ayat-ayat di atas sebagai yang menerangkan peranan al-Qur’an dalam meletakkan dasar serta prinsip syari’at dan kehidupan, pasti kita akan ketahui bahawa Mee Goreng tersebut adalah halal dan baik untuk dimakan, kerana al-Qur’an sedia menggariskan beberapa prinsip asas pemakanan, antaranya semua yang ada di mukabumi ini adalah halal untuk dimakan (Yunus 10:59) asalkan disembelih atas nama Allah (al-An’aam 6:121) atau dari sembelihan Ahli Kitab (al-Maidah 5:05) dan ia bukan bangkai atau daging khinzir (al-Maidah 5:03); dan bahawa umat Islam sangat dianjur makan (al-An’aam 6:142) asalkan mereka tidak berlebih-lebihan (al-A’raaf 7:31).[3] Inilah maksud dan cara sebenar mengguna-pakai ayat-ayat di atas yang menjadi asas perbincangan.

JAWAPAN
: Ayat yang disebutkan itu adalah jelas hukum dalam Qur’an.  Anda tidak perlukan hukum selain apa yang ditetapkan oleh ALLAH dalam wahyuNya ini, cukup dengan ayat-ayat ALLAH ini, anda tidak perlukan yang lain. Mungkin anda boleh menerima pakai panduan dalam Quraish Sihab, tetapi pastikan ia tidak bercanggah dengan Qur’an.  Pastikan ia selari dengan Qur’an.  Namun, ingatlah dalam firman ALLAH yang berikut :

“Itu ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?” (45:6)

Kepada penulis
saudara Hafiz Firdaus Abdulllah
Mengambil habr-Habr agama sebagai panduan selain dari Qur’an adalah kontradik dengan Qur’an (45 :6).  Tidak salah sekiranya apa yang dikatakan oleh mereka itu selari dengan Qur’an.  Itu bukan masalah.  Masalahnya apabila mereka mengajar sesuatu yang bukan dari ajaran ALLAH. Mereka menulis kitab-kitab mereka sendiri sebagai kononnya satu penjelasan kepada Qur’an tanpa menyedari mereka ini mengajar sesuatu yang berbeza dengan mesejNya dan tidak sedar berada dalam golongan yang disebutkan oleh ALLAH dalam Qur’an.
Maksud firman Allah:

"Atau, adakah mereka punyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak izinkan" (42:21).

Orang-orang yang memandai-mandai mensyariatkan sebagai agama adalah hanya para habr atau ulama agama. Mereka memakai gelaran seperti "Imam" atau "Maulana" atau "Syeikhul" dan sebagainya.  Mereka juga diangkat sebagai pemelihara atau tuhan oleh pengikut-pengikut mereka, menurut ayat yang berikut:

"Mereka ambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah ..... tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa mereka sekutukan" (9:31)

Oleh kerana ajaran manis mereka, atas nama Islam sebenar, serta kelalaian pengikut-pengikutnya, maka apabila diseru kepada Allah satu-satunya, pengikut-pengikutnya tidak percaya, tetapi jika mereka disekutukan dengan-Nya, mereka percaya pula. Tanpa sedar hari ini umat islam mengagung-agungkan ulama atau habr ini dalam menyelesaikan masalah kehidupan mereka tanpa melihat dna merujuk kepada firman ALLAH terlebih dahulu. Kata-kata  Habr adalah muktamad bagi mereka.  Namun, Alhamdulillah. Masih ada hamba ALLAH yang merenung firman ALLAH setelah bertanya kepada Habr-habr agama ini.  Dengan Qur’an sahajalah kita akan tahu sama ada ajaran habr-habr agama ini betul atau salah menurut firman ALLAH. Tanpa mereka sedari, Habr-habr ini bukan sahaja menghalang mesejNya untuk sampai kepada kita malah mereka menjadi sebab utama perlawanan umat manusia kepada ALLAH. Kerana ajaran mereka juga pengikut-pengikut melawan Allah dengan cara menolak ajaran-Nya. Sila renungkan dua ayat yang berikut:

"Itu adalah kerana, apabila diseru kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu percayai. Putusan adalah bagi Allah, Yang Tinggi, Yang Besar" (40:12)

"Kemudian pada Hari Kiamat, Dia aibkan mereka, dengan berkata, 'Di manakah sekutu-sekutu-Ku, orang-orang yang kerana mereka kamu melawan?'" (16:27)


ALLAH DISANJUNG

SEGALA PUJI BAGI ALLAH, PEMELIHARA SELURUH ALAM

Rabu, 28 September 2016

RANGKA DOA???

::: DOA :::

:: PEMBUKA DOA ::

SUBHAANAKA ALLAHUMMA
“Suci Engkau dari segala sesuatu, Ya Allah…”
(Q.S.10:10)


:: ISI DOA ::

"RABBIGHFIRLI WALIWAALIDAYA WALIMANN DAGHALA BAITIYYA MUKMINAN WALIL MUKMINIINA WAL MUKMINAATI WALAA TAZIIDI DZAALIMIINA ILLA TABAARA''
“Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim, kecuali dalam kebinasaan!”
(Q.S. 71:28)

(Q.S. 12:101, 17:24, 20:25-28, 20:114, 21:83, 23:97-98, 23 : 118, 27:19, 28:24, 29:30, 37:100, 66:11, 3:26-27) 

*Isi doa boleh ditambah menurut keinginan sendiri


:: PENUTUP DOA ::

“INNAKA SAMI’UDDOA’I.”
Sesungguhnya Engkau mendengar Doa."
(Q.S.3:38, 14:39)

 “RABBI TAQABBAL DOA’I”
“Wahai pemeliharaku, kabulkanlah doaku.”
(Q.S.14:40)


SUBHAANAKA ALLAHUMMA,... 
“Suci Engkau dari segala sesuatu, Ya Allah… ”
(Q.S.10:10)

RABBIL 'IZZATI 'AMMA YASHIFUUN

Pemelihara Yang Mulia, di atas apa yang mereka terangkan!
(Q.S. 37:180)

“WASALAAMUN ALALMURSALIIN.”
“Dan sejahtera ke atas para utusan," 
(37:181)
*Bukan dalam solat

"WALHAMDULILLAHIRRABBIL AALAMIN.”
“Dan Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam." 
(Q.S 37:182, 10:10)

:::

Isnin, 26 September 2016

ALLAH SATU-SATUNYA ???


Kalimat wahdahu direnungkan. Ia bermaksud satu-satunya dan hanya berkait dengan Allah dan penyembahan-Nya sahaja.
Terdapat enam ayat al-Qur'an mengandungi kalimat tersebut. Setiap satu beri peringatan, dan peringatan diberi secara berperingkat menurut kronologi ayat-ayat.
Ayat pertama mengisahkan satu pertanyaan membabitkan suruhan menyembah Allah satu-satunya, serta tinggalkan apa yang disembah oleh bapa-bapa atau nenek moyang, berbunyi,
7:70. Mereka berkata, "Adakah kamu datang kepada kami supaya kami sembah Allah satu-satunya, dan supaya kami tinggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah? Maka datangkan kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu berkata benar."
Mereka yang bertanya itu adalah pembesar-pembesar kaum Ad, dan pertanyaan dilontar kepada Rasul yang diutus, Hud, yang tinggal selepas Nabi Nuh.
Mereka didapati enggan tinggalkan apa yang bapa-bapa mereka sembah (tabiat turun menurun hingga ke zaman ini) dan dalam jawapan Hud kepada mereka, dibangkitkan juga amalan mereka yang mengadakan nama-nama yang Allah tidak turunkan kuasa (seperti orang-orang zaman ini jugak!) Dengan buat demikian mereka adalah orang-orang yang dustakan ayat-ayat Allah.
Dua ayat yang menyusul melengkapkan cerita, berakhir dengan janji yang telah dijanjikan, berbunyi,
7:71. Berkatalah dia (Hud), "Kotoran dan kemurkaan daripada Pemelihara kamu akan jatuh ke atas kamu. Apa, adakah kamu debat aku mengenai nama-nama kamu namakan, kamu dan bapa-bapa kamu, yang Allah tidak turunkan kuasa padanya? Maka lihat dan tunggulah, aku bersama kamu melihat dan menunggu."
7:72. Maka Kami selamatkan dia, dan orang-orang bersama dia dengan pengasihan daripada Kami; dan Kami potong sisa terakhir orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukan orang-orang mukmin (yang percayai).
Cerita sepenuh di lembaran itu bermula dari 7:65.

Ayat kedua mengajak melihat gelagat manusia pada hari ini pula, yang berpaling ke belakang dan lari apabila Pemelihara diingatkan satu-satunya daripada al-Qur'an. Orang-orang ini tidak mendengar, tidak memahami al-Qur'an. Firman-Nya,
17:45. Apabila kamu baca al-Qur'an, Kami letak antara kamu dan orang-orang tidak percayai akhirat, satu tabir yang mengadang,
17:46. Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.
Mereka yang berpaling dan lari ketika diingatkan Allah satu-satunya di dalam al-Qur'an dikategorikan sebagai tidak percayai akhirat, walaupun sering kedengaran mereka bercerita mengenainya, iaitu cerita akhirat yang palsu.

Ayat seterusnya dalam kronologi, menyebut lagi tentang golongan tadi. Kali ini mengenai hati mereka yang meluat apabila disebut Allah satu-satunya. Tapi gembira apabila orang-orang selain Dia disebut.
39:45. Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang tidak percayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka gembira.
Sehubungan itu, satu pertanyaan telah timbul pada masa lalu, iaitu mengapa di laman web ini tidak ada hadis (dalam artikel), bermaksud menyuruh agar ayat-ayat al-Qur'an disekutukan dengan yang lain dalam penulisan. Supaya jadi gembira!
Selanjutnya, mungkin dengan hati yang meluat itu, maka bagi mereka yang berkuasa, akan menggunakan kuasa untuk menyekat amalan menyembah Allah satu-satunya.

Firman ke-4 mengandungi wahdahu meneruskan penjelasan mengenai panggilan kepada Allah satu-satunya, yang malangnya tidak dipercayai golongan tertentu, tetapi jika Dia disekutukan, mereka akan percaya. Ini, cerita hari ini jugak. Firman-Nya,
40:12. Itu adalah kerana, apabila diseru kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu percayai. Putusan adalah bagi Allah, Yang Tinggi, Yang Besar.
Dia selalu saja didapati disekutukan dengan orang-orang ditaati seperti Rasul yang palsu, para Imam dan tokoh-tokoh alim yang lain.

Setelah semuanya jelas, Dia mengingatkan tentang bencana bakal menimpa pada iman yang tidak percaya kepada Allah satu-satunya (atau al-Qur'an satu-satunya). Peringatan bermaksud,
40:84. Kemudian, apabila mereka lihat bencana Kami, mereka berkata, "Kami percaya kepada Allah satu-satunya, dan kami tidak percaya kepada apa yang kami telah sekutukan dengan-Nya."
40:85. Tetapi iman mereka, apabila mereka melihat bencana Kami, tidak bermanfaat kepada mereka - sunnah (resam) Allah, seperti yang telah berlalu pada hamba-hamba-Nya; maka rugilah orang-orang tidak percaya di sana.

Satu penyesalan yang tidak berguna! Supaya tidak rugi di sana, Dia menyuruh ikut satu teladan yang baik daripada seorang Nabi dan orang-orang biasa yang bersamanya, iaitu percayai Allah satu-satunya. Mesej disampaikan dalam firman Tuhan terakhir mengandungi kalimat wahdahu berbunyi,
60:4. Kamu ada teladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang bersama dia, apabila mereka berkata kepada kaum mereka, “Kami berlepas diri daripada kamu dan apa kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, dan antara kami dan kamu, permusuhan adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya, sehingga kamu percayai Allah satu-satunya.” ....... “Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami tawakal; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan.
Doa tersebut dilengkapkan dalam ayat menyusul:
60:5. Wahai Pemelihara kami, janganlah buat kami satu cubaan bagi orang-orang tidak percaya; dan ampunkanlah kami. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.”
Disusuli ayat di bawah, yang turut jadi ayat penutup di sini, tentang teladan baik tersebut adalah bagi orang-orang yang mengharapkan Allah dan Hari Akhir. Firman-Nya,
60:6. Kamu ada teladan yang baik pada mereka bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa berpaling, maka sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.

Lalu dicuba sedaya upaya supaya tidak berpaling daripada percaya Allah satu-satunya di dalam al-Qur'an.
Allah disanjung!

Penulis Bacaan
23 Sept 2012
















Sabtu, 24 September 2016

QUR’AN ITU RASUL HARI INI ???





QUR’AN ITU RASUL HARI INI



Dan bahawa Rasul, menurut al-Qur'an, didapati berada di kalangan masyrakat dewasa ini. Firman Allah,

"Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus." (3:101)


Kerana Rasul dikatakan hadir pada hari ini maka dia disangka hanya terdiri daripada orang-orang yang menyampaikan ayat-ayat Allah, yang bilangannya didapati begitu ramai.


Sedia maklum bahawa ayat-ayat Allah yang diturunkan, antara lain, beri petunjuk kepada manusia pada jalan lurus. Tugas itu, apabila direnungkan tidak hanya mampu dilaksana oleh Rasul jenis manusia kerana sebuah Kitab pun mampu buat demikian. Lalu Kitab itu boleh juga dianggap sebagai Rasul, seperti ditunjukkan dalam kandungan Peringatan berbunyi,

"Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu banyak perkara yang kamu sembunyikan daripada Kitab, dan banyak yang dimaafkan. Telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang jelas.
Allah beri petunjuk kepada siapa ikut kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia beri petunjuk kepada mereka pada jalan lurus." 
(5:15-16)


Rasul dikatakan telah datang dan apa yang dikatakan telah datang di situ dijelaskan lagi dengan frasa sebuah Kitab yang jelas. Justeru, ayat tersebut dengan jelas membawa mesej iaitu Rasul adalah Kitab.

Lihat fungsi Rasul

Kami tidak utus kamu melainkan kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira PEMBAWA BERITA GEMBIRA, dan PEMBERI AMARAN; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. 
[Q.S.34:28]

"Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu pada satu masa jeda antara Rasul-Rasul, supaya kamu tidak kata, 'Telah tidak datang kepada kami sebarang pembawa berita gembira, dan tidak juga sebarang pemberi amaran.' Sungguh, telah datang kepada kamu PEMBAWA BERITA GEMBIRA, dan PEMBERI AMARAN; Allah berkuasa atas segala sesuatu."
[Q.S.5:19]


LIHAT FUNGSI QUR’AN PULA MENURUT QUR’AN ITU SENDIRI

"Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang tahu,
PEMBERI BERITA GEMBIRA, dan PEMBERI AMARAN, tetapi kebanyakan mereka berpaling, dan tidak mendengar."
[Q.S.41:3-4]


JADI, DARI SEGI FUNGSI RASUL…
 QUR’AN ITU ADALAH RASUL HARI INI, SELEPAS KEWAFATAN RASUL MANUSIA IAITU NABI MUHAMMAD.

OLEH ITU IKUTILAH DAN BERIMANLAH KEPADA QUR’AN SEBAGAI RASUL HARI INI YANG KEKAL SELAMANYA.
SIAPA YANG TIDAK MAHU BERIMAN KEPADA QUR’AN YANG MENJADI RASUL SELEPAS KEWAFATAN RASUL MANUSIA IAITU NABI MUHAMMAD … LIHAT APA ANCAMAN ALLAH KE ATAS YANG TIDAK MAHU BERIMAN KEPADA QUR’AN.

 “… tetapi sesiapa yang tidak beriman kepadanya, sedang dia seorang daripada golongan-golongan, maka janji temunya ialah API. Maka jangan kamu dalam keraguan daripadanya; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.”
[Q.S. 11:17]

OLEH ITU TAATILAH RASUL INI SELAMANYA. BUKAN SAHAJA RASUL DARI JENIS MANUSIA YANG WAJIB DITAATI, TETAPI RASUL DALAM BENTUK KITAB YANG BERFUNGSI SAMA SEPERTI RASUL.

“Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul,..”
[Q.S.4:59]

“… Dan Kami utus kamu kepada manusia sebagai Rasul, dan cukuplah Allah jadi saksi.”
[Q.S.4:79]

“Sesiapa taati Rasul, sesungguhnya dia taati Allah; dan sesiapa berpaling, maka Kami tidak utus kamu untuk jadi penjaga kepada mereka.”
[Q.S. 4:80]

Katakanlah(Rasul), "Jika kamu cintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan cintai kamu, dan ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih." 
[Q.S. 3:31]

IKUT RASUL ADALAH SAMA DENGAN MENTAATI RASUL ITU.  HAL INI DIJELASKAN OLEH ALLAH DENGAN PENEGAS DARI-NYA AGAR RASUL BERKATA SEPERTI AYAT INI…

Katakanlah, "Taatlah kepada Allah, dan Rasul." [Q.S. 3:32]

SEMUA AYAT YANG MENYEBUT PERKATAAN ‘TAAT’ DISABITKAN DENGAN PANGKAT ATAU GELARAN RASUL DAN BUKANNYA MUHAMMAD, MESKIPUN BAGINDA ADALAH RASUL.

RASUL DIPERINTAHKAN UNTUK SAMPAIKAN MESEJ-MESEJNYA. RASUL TELAH TAAT KEPADA ALLAH.

"Wahai Rasul, sampaikanlah apa-apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu kerana, jika kamu tidak buat, tidaklah kamu sampaikan Mesej-Nya. Allah lindung kamu daripada manusia. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya. "
(5:67)

INI MEMBAWA MAKSUD AGAR MESEJ ALLAH YANG DITERIMA OLEH RASUL SAHAJA YANG WAJIB DITAAT, BUKAN SELAIN ITU.  MESEJ-MESEJ INI ADALAH DALAM QUR’AN SEPENUHNYA.

…. Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. …… (6:19)

“Sesungguhnya Kami datangkan kepada mereka Ucapan supaya mereka mengingati.” 
[Q.S. 28:51]

DAN IA MERUPAKAN UCAPAN RASUL YANG MULIA.

"Sesungguhnya ia adalah ucapan Rasul yang mulia"
[Q.S.69:40)

ORANG IKUT KITAB DAN BERPEGANG KEPADA KITAB INI JUGA TIDAK DISIA-SIAKAN.

“Dan orang-orang yang berpegang teguh pada Kitab, dan melakukan solat - sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah orang-orang yang membetulkan.”
[Q.S. 7:170]

RASUL TELAH MENTAATI ALLAH DENGAN MENERIMA MESEJ-MESEJ-NYA DAN MENYAMPAIKANNYA KEPADA KITA.

“… Aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang percayai.'" 
[Q.S.7:203]

IS2016