The Alien - Link Select

Khamis, 2 April 2015

Q.S. IBRAHIM 14 : 34-36 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.  Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.  Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat).
[ Q.S. IBRAHIM 14 : 34-36]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin."
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

“Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah S.A.W. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh ALLAH S.W.T.”
Daripada Miqdam bin Ma’dikariba R.A
[ H.R.S : Imam Abu Daud Ra. A. ]


Selasa, 31 Mac 2015

MAT SALLEH ???




Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Βajau dan Ѕulu. Ibunya daripada suku Bajau. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di PengalabanPaitan.


Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.





Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya'.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai sejarah pernah bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan apatah lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh.



Jumaat, 27 Mac 2015

IMAN ???

ALLAH S.W.T
Berfirman : 
".... Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
[ Q.S AT-TAUBAH 9 : 61 ]
“Wahai orang-orang yang beriman! Kekalkanlah keimananmu kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadanya. Maka, sesiapa yang ingkar kepada Allah SWT dan para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya serta hari akhirat, sesungguhnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang cukup jauh.”
[ Q.S. AN-NISA’ 4 : 136 ]
“Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.”
[ Q.S. YUSUF 12 : 106 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
 “Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu Istiqamah’.”
Daripada Sufyan Ibn ‘Abdullah R.A  
[ H.R.S : Imam Ahmad, an-Nasai, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah Ra. A. ]


"Iman adalah percaya kepada Allah S.W.T, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, hari Akhirat dan Qada dan Qadar yang baik dan buruk daripada Allah SWT.”

[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. – Hadis Jibril ]

Khamis, 26 Mac 2015

Q.S. IBRAHIM 14 : 31-33 ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan).  Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).  Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.”
[ Q.S. IBRAHIM 14 : 31-33]



RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Solatlah kamu seperti kamu melihat aku solat.”
 [ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

"Batas pemisah di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat."
[ H.R.S : Imam Bukhari dan Imam Muslim Ra. A. ]

"Sesungguhnya saat yg paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika ia sedang bersujud."
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]


Selasa, 24 Mac 2015

ALLAH ???



"Tiada yang menenangkan Hati selain Zikrullah."
Imam MJK B.A

Selasa, 17 Mac 2015

NABI ISA AL-MASIH A.S @ JESUS ???




RASULULLAH NABI ISA AL-MASIH A.S
BERSABDA :
"Sesungguhnya aku ini hamba ALLAH, Dia memberiku kitab suci (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; serta berbakti kepada ibu-ku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan itu semoga dilimpahkan kepada-ku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan juga pada hari aku dibangkitkan hidup kembali."

[ Q. S. MARYAM 19 : 30-33 ]

ALLAH & RASULULLAH MUHAMMAD S.A.W .... NABI ISA A.S ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.”
[ Q.S. IBRAHIM 14 : 25-27]




RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Orang yg redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai rasul, nescaya akan merasakan kelazatan iman.”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

"Sebaik-baik Ucapan adalah Kitab Allah Azza Wa Jalla dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wa Sallam."
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

"Tiada seorang beriman hingga aku (Muhammad SAW) lebih dicintai dari ayahnya, anaknya, dan seluruh manusia."
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

"Cintai apa yang dicintai Allah dan rasul-Nya, dan bencilah apa yang dibenci oleh Allah dan rasul-Nya."
[ H.R.S : Imam Ahmad Ra. A. ]

"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka."
[ H.R.S : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]




RASULULLAH NABI ISA AL-MASIH A.S
BERSABDA :
"Sesungguhnya aku ini hamba ALLAH, Dia memberiku kitab suci (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; serta berbakti kepada ibu-ku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan itu semoga dilimpahkan kepada-ku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan juga pada hari aku dibangkitkan hidup kembali."
[ Q. S. MARYAM 19 : 30-33 ]