The Alien - Link Select

Sabtu, 14 Mac 2015

JIHAD ???





ALLAH SWT
Berfirman :
“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
[ Q.S AT-TAUBAH 9 : 41 ]

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihak-Mu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)."
[ Q.S. AN-NISA’ 4 : 75 ]

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
[ Q.S. AL-ANFAAL 8 : 60 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Barangsiapa berjuang supaya Kalimah Allah menjadi yang paling tinggi maka dia fi sabilillah (pada Jalan Allah)”
[ H.R.S : Imam Bukhari dan Muslim Ra. A. ]

“Barangsiapa mati, sedang ia tidak pernah berjihad dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad, ia mati dalam satu cabang kemunafikan.”
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Muttafaqun Alaihi. ]

“Berjihadlah menentang orang musyrikin dengan harta, nyawa dan lidah kamu.”
[ H.R.S : Imam Abu Daud Ra. A. ]


“Apabila kamu ingin ber-JIHAD fi Sabilillah, maka mintalah dan berdoalah kepada ALLAH SWT,  kalahkan Nafsumu dengan Iman dan minta izinlah dari ibu dan bapamu, tutuplah wajahmu dan hilangkan Riya’ dalam hatimu dan niatkan IKHLAS kerana ALLAH S.W.T semata-mata agar apabila kamu gugur di medan Jihad, maka Syahid-mu diterima ALLAH S.W.T sebagai Syahid yang sejati.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A


“Sebab TUHAN, ELOH-mu, Dialah yang berjalan menyertai kamu untuk berperang bagimu melawan musuhmu, dengan maksud memberikan kemenangan kepadamu.”


(KITAB ULANGAN 20 : 4 )

Khamis, 12 Mac 2015

SALAM ???

SALAM

ALLAH SWT
Berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi SALAM kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.” [ Q.S. AN-NUR 24 : 27 ]

“Dan apabila kamu akan masuk ke suatu rumah, maka ucapkanlah SALAM atas diri kalian.”
[ Q.S. AN-NUR 24 : 61 ]

“Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu”.
[ Q.S. AN-NISA’ 4 : 86 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara:  Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya.  Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya.  Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya.  Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya).  Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya.  Apabila ia mati hendaklah engkau hantarkan jenazahnya.”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. hadis no. 2162 ]

 “Kamu tidak dapat memasuki Syurga kecuali bila kamu beriman. Iman mu belumlah lengkap sehingga kamu berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih-sayang diantara kamu sekalian? Sebarkanlah ucapan SALAM  di antara satu sama lain, baik kepada yang kamu kenal maupun yang belum kamu kenal.”
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

“Tatkala ALLAH menciptakan Adam A.S, Dia berfirman, “Pergilah dan ucapkanlah SALAM kepada para Malaikat yang sedang duduk, lalu perhatikanlah apa yang mereka akan jawab, sesungguhnya jawaban (para malaikat itu) adalah salam (penghormatan)mu dan anak keturunanmu. Maka Adam A.S berkata, “ASSALAMU’ALAIKUM”, lalu mereka (para malaikat) menjawab, “Assalamu’alaika wa Rahmatullah”. Mereka menambahkan: “Warahmatullah”.
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari (6227) & Imam Muslim (2841) Ra. A. ]

 “Kamu memberi makan (orang yang memerlukannya), dan kamu mengucapkan SALAM kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.”
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al’Ash R.A bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Ajaran Islam yang manakah yang paling baik?”
[ H.R.S : Imam Bukhari (4684) & Imam Muslim (993) Ra. A. ]

“Sesungguhnya Nabi S.A.W apabila baginda mengucapkan suatu kalimat, baginda mengulanginya tiga kali. Dan apabila baginda datang kepada suatu kaum, baginda memberi salam kepada mereka tiga kali.”
Daripada Anas R.A
 [ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
 “Tiada dua orang muslim yang saling berjumpa lalu berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah”
[ H.R.S : Imam Abu Daud dan dishahihkan oleh Imam Al-Albani Ra. A. ]

Seorang lelaki bertanya:
Wahai Rasulullah S.A.W, jika seseorang dari kita bertemu saudaranya atau temannya, apakah dia perlu membungkuk kepadanya? Baginda menjawab: “Tidak.” Orang itu bertanya: “Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?” Baginda menjawab “Tidak.” Orang itu bertanya lagi: “Apakah perlu dia memegang tangannya dan bersalam dengannya?”
Baginda S.A.W menjawab: “Ya.” 
Dari Anas R.A
[ H.R.S :  Imam Tirmizi Ra. A. ]

 “Janganlah kalian memberi SALAM seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani, kerana sesungguhnya pemberian salam mereka memakai ISYARAT dengan tangan.”
Daripada Jabir bin Abdullah R.A
[ H.R.S : Imam Baihaqi dan  Imam Al-Albani Ra. A. ]

 “Janganlah memulakan ucapan salam kepada Yahudi dan Nasrani dan jika kamu bertemu dengan mereka di perjalanan, tolaklah mereka ke arah sudut yang sempit.”
Dari Abu Hurairah (radiallahua’anh) Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda yang maksudnya;
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

    “Jawablah dengan ucapan WA’ALAIKUM.”
Daripada Qatadah, daripada Anas bin Malik R.A bahawa sahabat Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) telah bertanya kepada baginda: “Bahawa ahli kitab (Yahudi dan Kristian) memberi salam kepada kami, maka bagaimana kami membalasnya?”
[ H.R.S : Imam Muslim , Abu Daud, an-Nasai dan Ibn Majah Ra. A. ]

Keadaan sahabat Rasulullah SAW apabila mereka bertemu mereka bersalaman dengan berjabat tangan, dan jika mereka menyambut kepulangan yang jauh, maka mereka berpelukan.
[ H.R.S : Imam Abu Daud Ra. A. ]

“Jadilah kamu orang yang pertama mengucapkan SALAM kepada saudaramu agar penyakit dalam hatimu sirna dan diganti dengan kasih sayang. Jabatlah tangan saudara seagamamu kecuali yang diharamkan bagimu menyentuhnya.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A


Isnin, 9 Mac 2015

Q.S. IBRAHIM 14 : 22-24 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu. Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
[ Q.S. IBRAHIM 14 : 22-24 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Mencari ilmu adalah Fardhu bagi setiap Muslim.”
Daripada Anas bin Malik R.A
[ H.R.S : Ibnu Majah [0184] ]


“Barangsiapa yang memilih jalan yang ada padanya ilmu maka akan Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga.”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.”
[ H.R.S : Ahmad dan Tirmidzi Ra. A. ]

“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi orang yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi orang yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.”
[ H.R.S : Abu Daud Ra. A. ]


“Aku boleh berdebat dengan sepuluh orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah berdebat dengan satu orang yang Jahil.  Kerana orang yang Jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.”
IMAM MUHAMMAD IBN IDRIS AL-SYAFII Ra. A.

"Hindarilah berdebat dengan orang Jahil dan Ego. Engkau hanya akan memperolehi kekalahan dan permusuhan. Tetapi berdebatlah dengan orang yang berilmu dan berkasih sayang. Nescaya engkau akan perolehi pengetahuan dan kepuasan."

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

Ahad, 8 Mac 2015

Q.S. IBRAHIM 14 : 19-21 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Tidakkah engkau telah nampak dan mengetahui bahawa Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat? Jika Ia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu. Dan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah melakukannya. Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): "Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah?" Mereka menjawab : "Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)."

[ Q.S. IBRAHIM 14 : 19-21 ]

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda : 
“Apabila seseorang mengafirkan temannya, maka ucapan (yang mengafirkan) itu benar-benar kembali kepada salah seorang di antara keduanya (yang mengatakan atau yang dikatakan).”
Daripada Ibnu Umar R.A 
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

Selasa, 3 Mac 2015

ALLAH.... ALLAH... ALLAH.... ???




ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku...”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 152 ]

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan Allah dan hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak.”
[ Q.S. AL-AHZAB 33 : 21 ]

“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama ALLAH dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;
[ Q.S. AL-AHZAB 33 : 41 ]

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu (ALLAH) dalam HATI-mu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
[ Q.S. AL- ‘A’RAF 7 : 205 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Aku seperti yang hambaku sangkakan, dan aku bersama dengannya apabila dia mengingati (berzikir) pada-Ku. Jika dia mengingatiKu (berzikir) berseorangan, Aku mengingatinya berseorangan, jika dia mengingatiKu (berzikir) di perkumpulan ramai (mala'), Aku mengingatinya di perkumpulan ramai yang lebih baik dari itu.”
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.Q.R.S. : Imam Bukhari  & Imam Muslim Ra. A. ]

"Tidak akan tiba kiamat hingga tidak ada yang mengucapkan di atas bumi (kalimat) ALLAH, ALLAH."
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

"Kiamat tidak akan dirasakan oleh orang yang mengucapkan (kalimat) ALLAH... ALLAH...”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

 “Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang mati.”
Daripada Abu Musa R.A

“Siapa yang banyak mengingati ALLAH (zikrullah), Allah menyayanginya.” 
Daripada Saidatina ‘Aisyah R.A
[ H.R.S : Fairuz Ad-Dailami R.A ]

“Hendaklah kamu banyak berzikir kepada ALLAH, sehingga orang orang mengatakan bahawa kamu telah GILA.”
Daripada Abu Said Al-Khudri R.A
[ H.R.S : Imam Al-Hakim dan Imam Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi Ra. A. ]


“Hidupkanlah hatimu dengan Zikir ALLAH... tidurkan hatimu dengan Zikir ALLAH dan berilah makan dan minum hatimu dengan Zikir ALLAH... ALLAH... ALLAH...  Sesungguh tidak berzikir seseorang hamba ALLAH itu melainkan ALLAH akan mengingatinya dengan lebih baik dari itu.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A



Isnin, 2 Mac 2015

Q.S. IBRAHIM 14 : 16-18 ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
Di belakangnya disediakan Neraka Jahannam, dan ia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli Neraka).

Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya), dan ia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat.

Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.
[ Q.S. IBRAHIM 14 : 16-18 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
 “Sesungguhnya yang Halal itu jelas dan yang Haram itu jelas, dan di antara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam wilayah samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus ke dalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahawa larangan Allah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah bahawa dalam jasad ada sekerat daging jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati.”

Daripada Abu 'Abdillah An-Nu'man bin Basyir R.A

[ H.R.S : Imam Bukhari (52) & Imam Muslim (1599) Ra. A. ]

Khamis, 26 Februari 2015

MUHAMMAD UTUSAN ALLAH ???






ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu( juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
[ Q.S. ALI-IMRAN : 18 ]

“Bukanlah Muhammad itu ayah seseorang dari kalian, namun ia adalah RASULULLAH dan NABI TERAKHIR. Dan sesungguhnya Allah maha tahu akan segala sesuatu.”
[ Q.S. AL- AHZAB : 40 ]

"Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada Rasul-Ku!"  Mereka
menjawab:  "Kami telah beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang yang tunduk patuh.”

[ Q.S AL-MAIDAH 5 : 111 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Aku adalah seorang nabi bukanlah pendusta, aku adalah cucu Abdul Muthalib."
Daripada Al-Abbas bin Abdul Muthalib R.A

[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

Muhammad bin Abdullah (Arab/Jawi: محمد بن عبد الله; disebut [mʊħɑmmæd]  (Speaker Icon.svg dengar)) (570 M-8 Jun 632 M)[1] merupakan nabi dan rasul yang terakhir bagi umat Islam.[2] Lebih dikenali sebagai Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab/Jawi: نبي محمد صلى الله عليه وسلم), baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam.[3] Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain.[4][5][6][7]

Dilahirkan di Makkah, Semenanjung Arab,[8][9] baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibril ketika sedang berada di Gua Hira. Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (الدين ad-Din) yang diterima Allah sahaja.
KHATAMUNNABIYYIN



Muhammad menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Muhammad telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M. Peristiwa penghijrahan Muhammad itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Muhammad telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah. Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta membukanya. Muhammad dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.[10] Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas peristiwa Haji Wida atau Haji Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematiannya, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan bersatu dengan tatanegara Islam.[11][12]



CAPAL RASUL