Khamis, 27 November 2014
Rabu, 26 November 2014
Isnin, 3 November 2014
PETUA???
Petua Orang Tua
2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.
2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
- Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
- Penawar Resdung
- Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
- Menegangkan Kulit Muka
- Menghilangkan Cagu
- Menyerikan Wajah
- Menghaluskan Kulit
- Menghilangkan Bau Badan
- Melembutkan Rambut
- Merawat Kulit Berkedut
- Melentikkan Bulu Mata
- Melebatkan Rambut
- Awet Muda
- Kulit Cerah dan Licin
- Rambut
- Mengurangkan Dengkur
- Menghilangkan Ketuat
- Mengempiskan Perut
2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
- Mengekalkan Kecantikan
- Menghasilkan Kulit Cantik
- Mengatasi Senggugut
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.
2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
- Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
- Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
- Menyegarkan Mata
- Menaikkan Seri Muka
- Mengelak Rambut Gugur
- Mengurangkan Air Pada Faraj
- Sihat Tubuh Badan
- Melangsingkan Tubuh
- Menghilangkan Parut di Kulit
- Mengelak Keguguran Rambut
- Menghilangkan Bau Ketiak
- Menghilangkan Kelemumur
- Rambut Gugur
- Menghilang Sakit Kepala
- Menghilang Ketumbit Mata
- Menurunkan Berat Badan
2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
- Mengatasi Tumit Pecah
- Awet Muda
2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
- Mudah Bangun Pagi
- Menghilangkan Jerawat
- Meluruskan Rambut Kerinting
- Menghaluskan Kulit Muka
- Memerahkan Bibir
- Memutih dan Mengilatkan Gigi
- Tegangkan Payudara
- Menghaluskan Kulit Muka
- Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
- Menghilangkan Bau Mulut
- Menghilangkan Lebam Mata
- Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
- Mengelak Santau
- Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur
- Menghilangkan Sakit Kepala
Jumaat, 17 Oktober 2014
SELAMAT HARI LAHIR 17.10.2014 ???
Dengan
Nama ALLAH yang Maha Pengasih...
Dengan
Nama ALLAH yang Maha Penyayang...
Segala
puji bagi ALLAH yang Maha Pencipta...
Wahai
Tuhan seluruh alam...
...
yang menciptakan diriku pada hari ini, sebagai hamba dan makhluk-Mu
Sesungguhnya
aku bersaksi...
TIADA
TUHAN YANG PATUT DISEMBAH SELAIN ALLAH
DAN
MUHAMMAD ITU RASULULLAH
Wahai
yang telah mengutus Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W...
sampaikanlah
salam dan salawatku kepadanya
Wahai
yang menerima Taubat dengan keampunan...
ampunilah
aku...
ampunilah
aku...
ampunilah
aku...
dan
ampunilah Ibu-ku...
dan
ampunilah Ayah-ku...
kasihilah
mereka berdua sepertimana mereka mengasihi aku sejak dari kecil... Wahai Yang
Maha Pengampun
Wahai
yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Dengan
nama-Mu, sesungguhnya aku bertakwa dan bertawakal atas segala urusan...
Wahai
yang Mengabulkan doa...
Wahai
yang merahmati dan memberkati
Rahmati
dan berkatilah mereka yang mendoakanku
dan
yang meraikan hari lahirku pada hari ini...
Sejahterakanlah
dan kurniakanlah kebaikan dan pahala yang baik untuk mereka semua dan sesiapapun
yang bersama mereka dengan rahmat dan berkat-Mu, Ya ALLAH...
Ya
Mujiibu...
Ya
Wahhabu...
Ya
Shamadu...
Cukuplah
Engkau sebagai wakil atas segala urusan
Salawat
dan Salam buat Junjungan Besar
Rasulullah S.A.W
Dan
segala puji bagi-Mu
Wahai
ALLAH,Tuhan seluruh alam...
Amin...
“Hiasilah Hari Lahirmu dengan Puji-pujian kepada ALLAH,
Istighfar dan Salawat serta Sedekah. Doakan kebaikan untuk orang yang mendoakan
kebaikan untuk mu. Jangan sesekali engkau hiasinya dengan adab buruk orang yang
MUNAFIK dan orang yang KAFIR kepada ALLAH.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A
Di ruang ini saya tertarik untuk menaip isi2 kepada soal jawab
yang dikendalikan oleh Ustazah Maznah Daud (AJK Penasihat Ibadah Haji/JAKIM) di
dalam slot Fikah Wanita Majalah Anis (keluaran Januari 2012) berkenaan amalan
sambutan harijadi di kalangan masyarakat kita.
Soalan
yang menarik perhatian saya: Apakah yang hendak diraikan?
Ya, apa yang hendak kita raikan sebenarnya? Wanita
terutamanya amat mengambil berat tentang tarikh lahir. Isteri boleh jadi
merajuk besar jika suami tidak ingat akan tarikh hari lahirnya. Hakikatnya
ramai yang tak perasan harijadi bermakna usia kita telah bertambah dan tempoh
hayat semakin berkurang. Dalam kata lainnya kubur pun sudah kata mari… macam
tak kena pulak kalau kita nak bergembira meraikannya jika difikir dari sisi ini
kan… kecualilah setahun yang lalu kita telah isi dengan ketaatan sehingga kita
rasa benar2 gembira.
Saya setuju dengan artikel Ustazah Maznah, jika
benar setahun yang lalu kita telah manfaatkan masa yang ada dengan segala
amal kebajikan, kebaikan dan ketaatan kepada Allah, maka wajarlah
kita rasa gembira dan bersyukur. Adalah lebih baik jika kesyukuran itu
diterjemahkan dengan menigkatkan lagi amal soleh, bukannya dengan membuat
upacara sambutan yang tidak selari dengan ajaran Islam.
Sebaliknya, jika setahun yang lalu kita cuai dalam melakukan
kebaikan dan ketaatan kepada Allah, maka kita patut berasa insaf, bertaubat dan
perbaiki diri agar esok menjadi insan yang lebih baik. Manfaatkan usia yang
dikurniakan (yang kita tak tau bila penamatnya) dengan amal soleh dan dekatkan
diri dengan Allah.
KESIMPULAN:
·
Jadikan hari lahir sebagai hari muhasabah diri –
sejauh mana kita telah berbakti kepada Pencipta yang telah memberikan kehidupan
ini kepada kita.
·
Pada hari lahir anak2 patut merenung kembali jasa ibu bapa.
Bertambah usia anak2, bertambahlah budi ibu bapa di dalam menjaga dan mendidik
mereka. Sudah terbalaskah budi ibu bapa?
·
Usah biasakan anak2 menjadikan budaya di mana hari lahir adalah
hari kita menanti dan menagih hadiah, terutama dari ibu bapa yang sememangnya
sudah banyak berkorban untuk anak2.
·
Sebaliknya insan yang menyambut hari lahirnya itulah yang
patutnya memberi hadiah kepada mereka2 yang telah berjasa dalam hidupnya
sehingga ke usia yang telah dicapai sekarang ini.
HUKUM:
Ada 2 pendapat ulama mengenai hukum sambutan hari lahir:
1) Sesetengah ulama berpendapat adalah haram sambutan harijadi
yang mengadakan upacara meniup lilin, menyanyi dan menari dalam keadaan
bercampur gaul lelaki dan perempuan kerana ianya perbuatan yang meniru budaya
orang bukan Islam. Nabi SAW bersabda: “sesiapa yang meniru satu kaum, maka dia
termasuk dalam kalangan kaum tersebut” (Riwayat Abu Daud).
2) Ada pendapat yang lain pula mengatakan sambutan hari jadi
adalah perkara yang tiada nas mengenainya, sama ada menyuruh atau melarang.
Oleh itu perlu dilihat kepada tujuan dan cara sambutan diadakan.
Wallahualam…
SELAMAT HARI LAHIR BUAT MEREKA2 YANG MENYAMBUT HARI
LAHIRNYA PADA HARI INI.
Untuk
penerangan hukum yang lebih jelas tentang amalan sambutan hari lahir,
sila baca http://myibrah.com/hukum-meniup-lilin
Penerangan dari Ustaz Azhar Idrus pula
Khamis, 17 Julai 2014
BINTANG DAUD ???
Symbol ISRAEL sebenarnya milik Palestine
Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang
Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.
Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.
Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula
Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)
Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambing negara Israel.
Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampiri saya, memberi salam dan memegang bahu saya.
"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.
'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan "? Beliau menambah.
Saya hanya menganggukkan kepala.
Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.
" Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.
"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.
"Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "
"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "
"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan marmar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".
Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.
"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel ." Kata saya.
Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.
Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".
Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.
Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.
Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.
Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .
Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza . Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.
Benarlah kata hukama':-
"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"
Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia .
Khamis, 19 Jun 2014
JUMAAT ???
JUMAAT
ALLAH SWT
Berfirman :
Berfirman :
"Wahai orang-orang yang
beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan SOLAT pada hari JUMAAT, maka
segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati ALLAH [dengan mengerjakan solat
Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah
baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]."
( Q.S. Al-Jumu'ah : 9 )
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
bersabda:
bersabda:
“Solat Jumaat itu hak wajib
dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis
manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang
sakit."
( H.R.S : Imam Abu Dawud & Imam
Hakim Rahm. A.)
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan
solat Jumaat, TIGA kali dengan SENGAJA, maka Allah SWT akan menutup hatinya
daripada menerima petunjuk."
( H.R.S : Imam Abu Daud Rahm. A. )
“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari
Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari
Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh
hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka
(umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang
paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah
ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.”
Daripada
Hudzaifah R.A
( H.R.S : Imam Muslim Rahm.
A. )
“Setiap
muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya,
nescaya
Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.”
Daripada Ibnu Amru R.A
( H.R.S
: Imam Ahmad dan Imam Tirmizi, undian
sahih oleh Imam Al-Bani )
“Solat lima waktu (sehari
semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu)
selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar”
( H.R.S : Imam Muslim Rahm. A. )
“Hari paling baik di mana matahari terbit pada
hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga,
serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari
tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap
Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”
Daripada Abu Hurairah R.A
( H.R.S : Imam Muslim Rahm. A. )
“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu
penghulu segala hari
(sebaik-baik hari).”
DaripadaAbu Hurairah R.A
( H.R.S
: Imam Muslim Rahm. A. )
“Hari ini
adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak
menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.”
Daripada Ibnu Abbas R.A
( H.R.S : Imam Ibnu Majah )
“Sebaik-baik
hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam
diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan
pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan
terjadi kecuali pada hari ini.”
Daripada Abu Hurairah R.A
( H.R.S : Imam Muslim Rahm. A. )
“Hari Jumaat adalah
penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini
lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari
jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi,
pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana
jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon
yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang
malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi
pada hari Jumaat.”
Daripada Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir R.A
( H.R.S : Imam Ahmad
Rahm. A.)
“Tidaklah seseorang mandi
pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau
mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan
dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia
mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan
saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang
terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.”
Daripada Salman Al-Farisi R.A
( H.R.S : Imam Bukhari
Rahm. A.)
“Hari JUMAAT adalah Hari Raya
mingguan umat Islam. Maka perbanyakkan Salawat dan Salam kepada saudara-saudara
kita seagama dan bersedekahlah pada hari itu dengan ikhlas semoga kita dapat
meraih pahala yang besar di hari yang bahagia itu.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A
NUBUAT MUHAMMAD DALAM BIBLE KRISTIAN ???
BAKKAH IALAH MEKAH
KAABAH yang suci telah dibina oleh Nabi Ibrahim
dan Nabi Ismail a.s di Tanah Suci MEKAH.
Nama MEKAH ini disebut satu kali dalam kitab suci Al-Qur’an dalam
“Dan Dia lah yang telah menahan tangan mereka (yang musyrik) daripada
melakukan perkara yang buruk terhadap kamu, dan tangan kamu daripada berbuat
demikian kepada mereka di kawasan MEKAH, sesudah Ia menjadikan kamu dapat
menewaskan mereka. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Melihat akan segala yang
kamu kerjakan.” surah 48 : 24
Nama lain bagi MEKAH ialah
BAKKAH, menurut dialek suku yang mendiami kawasan tersebut. Hal ini juga telah disebut satu kali dalam
ayat ini...
“Sesungguhnya Rumah Ibadat (Kaabah) yang mula-mula dibina untuk manusia
(beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di BAKKAH (MEKAH) yang berkat
dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” Surah 3 : 96
SUNGGUH MENAKJUBKAN!
Perkataan BAKKAH telah
disebut oleh Nabi Daud a.s di dalam ZABURnya Psalms 84 :6
Psalm 84:6 King James Version (KJV) “6 Who passing through
the valley of Baca make it a well; the rain also filleth the pools.”
TELAGA (Well) di sini ialah
TELAGA yang diketahui umum iaitu ZAM-ZAM, kini masih wujud lagi dan berdekatan
dengan KAABAH di MEKAH (BAKKAH)
RUMAH KEMULIAAN KU
Dalam Isaiah 60
AYAT 1
1 “Arise, shine; for thy light is come, and the glory of the Lord is risen upon thee.”
BANDINGKAN
dengan Surah 74 : 1-3
“Wahai
orang yang berselimut!(Muhammad). Bangunlah
serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka
ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!”
AYAT
2
2 “For, behold, the darkness shall cover the
earth, and gross darkness the people: but theLord shall arise upon thee, and his glory
shall be seen upon thee.”
*Kedatangan Nabi Muhammad SAW adalah pada masa
Jahilliyah. Di mana manusia telah melupakan Tuhan yang MAHA ESA sebagaimana
yang teklah diajarkan oleh nabi Ibrahim a.s dan semua nabi-nabi termasuklah
Nabi Isa a.s.
3 “And
the Gentiles shall come to thy light, and kings to the brightness of thy rising
4 Lift up thine eyes round about, and see: all they
gather themselves together, they come to thee: thy sons shall come from far,
and thy daughters shall be nursed at thy side.”
*Dalam tempoh kurang dari 23 tahun seluruh Arab
bersatu di bawah panji-panji ISLAM.
5 Then
thou shalt see, and flow together, and thine heart shall fear, and be enlarged;
because the abundance of the sea shall be converted unto thee, the forces of
the Gentiles shall come unto thee.
*Dalam tempoh kurang dari satu abad , ISLAM
telah tersebar keluar dari Jazirah ARAB ke negara-negara lain.
6 The multitude of camels shall cover thee, the
dromedaries of Midian and Ephah; all they from Sheba shall come: they shall
bring gold and incense; and they shall shew forth the praises of the Lord.
7 All the flocks of Kedar shall be gathered together unto thee,
the rams of Nebaioth shall minister unto thee: they shall come up with
acceptance on mine altar, and I will glorify the house of my glory.
*“Rumah Kemuliaanku” atau “House of my glory” di sini dikaitkan dengan RUMAH
ALLAH di MEKAH dan BUKANNYA Gereja Kristian seperti yang disangkakan oleh
pengulas-pengulas Injil Kristian. Nyata sekali bahawa perkampungan Bani Kedar
(Kini seluruh Arab Saudi sekurang-kurangnya) merupakan satu-satunya negeri di
dunia yang tidak dapat ditembusi oleh pengaruh gereja.
11. Therefore thy gates shall be open
continually; they shall not be shut day nor night; that men may bring unto thee
the forces of the Gentiles, and that their kings may be brought.
*Hal ini benar-benar merupakan kenyataan yang
TIDAK dapat dinafikan lagi. Di mana Masjidil Haram yang mana bangunan KAABAH di
Mekah telah dibiarkan TERBUKA pada waktu siang dan malamsejak ianya
dibersihkan dari Berhala-berhala oleh Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang
lampau. Pemerintah-pemerintah dan
raja-raja juga berkunjung ke situ utnuk menunaikan fardhu haji.
Langgan:
Catatan (Atom)









