Dengan
Nama ALLAH yang Maha Pengasih...
Dengan
Nama ALLAH yang Maha Penyayang...
Segala
puji bagi ALLAH yang Maha Pencipta...
Wahai
Tuhan seluruh alam...
...
yang menciptakan diriku pada hari ini, sebagai hamba dan makhluk-Mu
Sesungguhnya
aku bersaksi...
TIADA
TUHAN YANG PATUT DISEMBAH SELAIN ALLAH
DAN
MUHAMMAD ITU RASULULLAH
Wahai
yang telah mengutus Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W...
sampaikanlah
salam dan salawatku kepadanya
Wahai
yang menerima Taubat dengan keampunan...
ampunilah
aku...
ampunilah
aku...
ampunilah
aku...
dan
ampunilah Ibu-ku...
dan
ampunilah Ayah-ku...
kasihilah
mereka berdua sepertimana mereka mengasihi aku sejak dari kecil... Wahai Yang
Maha Pengampun
Wahai
yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Dengan
nama-Mu, sesungguhnya aku bertakwa dan bertawakal atas segala urusan...
Wahai
yang Mengabulkan doa...
Wahai
yang merahmati dan memberkati
Rahmati
dan berkatilah mereka yang mendoakanku
dan
yang meraikan hari lahirku pada hari ini...
Sejahterakanlah
dan kurniakanlah kebaikan dan pahala yang baik untuk mereka semua dan sesiapapun
yang bersama mereka dengan rahmat dan berkat-Mu, Ya ALLAH...
Ya
Mujiibu...
Ya
Wahhabu...
Ya
Shamadu...
Cukuplah
Engkau sebagai wakil atas segala urusan
Salawat
dan Salam buat Junjungan Besar
Rasulullah S.A.W
Dan
segala puji bagi-Mu
Wahai
ALLAH,Tuhan seluruh alam...
Amin...
“Hiasilah Hari Lahirmu dengan Puji-pujian kepada ALLAH,
Istighfar dan Salawat serta Sedekah. Doakan kebaikan untuk orang yang mendoakan
kebaikan untuk mu. Jangan sesekali engkau hiasinya dengan adab buruk orang yang
MUNAFIK dan orang yang KAFIR kepada ALLAH.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A
Di ruang ini saya tertarik untuk menaip isi2 kepada soal jawab
yang dikendalikan oleh Ustazah Maznah Daud (AJK Penasihat Ibadah Haji/JAKIM) di
dalam slot Fikah Wanita Majalah Anis (keluaran Januari 2012) berkenaan amalan
sambutan harijadi di kalangan masyarakat kita.
Soalan
yang menarik perhatian saya: Apakah yang hendak diraikan?
Ya, apa yang hendak kita raikan sebenarnya? Wanita
terutamanya amat mengambil berat tentang tarikh lahir. Isteri boleh jadi
merajuk besar jika suami tidak ingat akan tarikh hari lahirnya. Hakikatnya
ramai yang tak perasan harijadi bermakna usia kita telah bertambah dan tempoh
hayat semakin berkurang. Dalam kata lainnya kubur pun sudah kata mari… macam
tak kena pulak kalau kita nak bergembira meraikannya jika difikir dari sisi ini
kan… kecualilah setahun yang lalu kita telah isi dengan ketaatan sehingga kita
rasa benar2 gembira.
Saya setuju dengan artikel Ustazah Maznah, jika
benar setahun yang lalu kita telah manfaatkan masa yang ada dengan segala
amal kebajikan, kebaikan dan ketaatan kepada Allah, maka wajarlah
kita rasa gembira dan bersyukur. Adalah lebih baik jika kesyukuran itu
diterjemahkan dengan menigkatkan lagi amal soleh, bukannya dengan membuat
upacara sambutan yang tidak selari dengan ajaran Islam.
Sebaliknya, jika setahun yang lalu kita cuai dalam melakukan
kebaikan dan ketaatan kepada Allah, maka kita patut berasa insaf, bertaubat dan
perbaiki diri agar esok menjadi insan yang lebih baik. Manfaatkan usia yang
dikurniakan (yang kita tak tau bila penamatnya) dengan amal soleh dan dekatkan
diri dengan Allah.
KESIMPULAN:
·
Jadikan hari lahir sebagai hari muhasabah diri –
sejauh mana kita telah berbakti kepada Pencipta yang telah memberikan kehidupan
ini kepada kita.
·
Pada hari lahir anak2 patut merenung kembali jasa ibu bapa.
Bertambah usia anak2, bertambahlah budi ibu bapa di dalam menjaga dan mendidik
mereka. Sudah terbalaskah budi ibu bapa?
·
Usah biasakan anak2 menjadikan budaya di mana hari lahir adalah
hari kita menanti dan menagih hadiah, terutama dari ibu bapa yang sememangnya
sudah banyak berkorban untuk anak2.
·
Sebaliknya insan yang menyambut hari lahirnya itulah yang
patutnya memberi hadiah kepada mereka2 yang telah berjasa dalam hidupnya
sehingga ke usia yang telah dicapai sekarang ini.
HUKUM:
Ada 2 pendapat ulama mengenai hukum sambutan hari lahir:
1) Sesetengah ulama berpendapat adalah haram sambutan harijadi
yang mengadakan upacara meniup lilin, menyanyi dan menari dalam keadaan
bercampur gaul lelaki dan perempuan kerana ianya perbuatan yang meniru budaya
orang bukan Islam. Nabi SAW bersabda: “sesiapa yang meniru satu kaum, maka dia
termasuk dalam kalangan kaum tersebut” (Riwayat Abu Daud).
2) Ada pendapat yang lain pula mengatakan sambutan hari jadi
adalah perkara yang tiada nas mengenainya, sama ada menyuruh atau melarang.
Oleh itu perlu dilihat kepada tujuan dan cara sambutan diadakan.
Wallahualam…
SELAMAT HARI LAHIR BUAT MEREKA2 YANG MENYAMBUT HARI
LAHIRNYA PADA HARI INI.
Untuk
penerangan hukum yang lebih jelas tentang amalan sambutan hari lahir,
sila baca http://myibrah.com/hukum-meniup-lilin
Penerangan dari Ustaz Azhar Idrus pula
Tiada ulasan:
Catat Ulasan