The Alien - Link Select

Khamis, 19 Jun 2014

JUMAAT ???

JUMAAT

ALLAH SWT
Berfirman :
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan SOLAT pada hari JUMAAT, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati ALLAH [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]."
( Q.S. Al-Jumu'ah : 9 )


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
bersabda:
“Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit."
( H.R.S : Imam Abu Dawud & Imam Hakim Rahm. A.)
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat, TIGA kali dengan SENGAJA, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk."
 ( H.R.S : Imam Abu Daud Rahm. A. )

“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.”
Daripada Hudzaifah R.A
( H.R.S : Imam  Muslim Rahm. A. )

“Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya,
nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.”
Daripada Ibnu Amru R.A
( H.R.S : Imam  Ahmad dan Imam Tirmizi, undian sahih oleh Imam Al-Bani )


 “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar”
 ( H.R.S : Imam Muslim Rahm. A. )

 “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”
Daripada Abu Hurairah R.A
 ( H.R.S : Imam Muslim Rahm. A. )

 “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari
 (sebaik-baik hari).”
DaripadaAbu Hurairah R.A
( H.R.S : Imam Muslim Rahm. A. )

 “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” 
Daripada Ibnu Abbas R.A
( H.R.S : Imam Ibnu Majah )


 “Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” 
Daripada Abu Hurairah R.A 
 ( H.R.S : Imam Muslim Rahm. A. )


 “Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.”
Daripada Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir R.A
 ( H.R.S : Imam Ahmad Rahm. A.)


 “Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.”
Daripada Salman Al-Farisi R.A
 ( H.R.S : Imam Bukhari Rahm. A.)


“Hari JUMAAT adalah Hari Raya mingguan umat Islam. Maka perbanyakkan Salawat dan Salam kepada saudara-saudara kita seagama dan bersedekahlah pada hari itu dengan ikhlas semoga kita dapat meraih pahala yang besar di hari yang bahagia itu.”

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

Tiada ulasan: